Monday 11 April 2016

Tanda lain - Yakjuj Makjuj - Isa



Soalan Lazim 20 Tanda lain - Yakjuj Makjuj - Isa

Beriman dengan Berita Besar

Imam Ahmad Al-Hassan dalam menjawab maksud ayat-ayat awal dalam Surah Al-Baqarah menjelaskan ayat:

﴿وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ﴾

dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan apa yang telah diturunkan sebelummu, dan dengan akhirat mereka yakin. [Al-Baqarah 2:4]

Ini adalah sifat-sifat orang-orang yang beriman, iaitu: (beriman kepada apa yang diturunkan sebelummu) mengesahkan bahawa orang-orang yang bertakwa yang disediakan bagi mereka oleh Muhammad (S) sebagai ilmu dan panduan - mereka orang-orang yang berkelayakan dengan beriman dengannya - bukan sahaja yang beriman dengan nubuwah sebelumnya dari agama Hanif, Yahudi dan Kristian ini, yang menyifatkan mereka, kerana mereka beriman kepada apa yang diturunkan kepada Al-Rasul; kerana untuk menghurai mengenai hal-hal mereka kerana mereka menyaksikan Al-Kitab itu untuk memberi petunjuk kepada mereka, maka mereka mula memahami Islam dan Iman dari Al-Rasul, mereka mendapat petunjuk dari Tuhan dan ditambahkan dengan pimpinan Muhammad (S).

Ia telah membenarkan ayat-ayat awal, Jika tidak ayat-ayat hidup seperti Al-Quran, yang merangkumi semua zaman sehingga bangkitnya Al-Saah

Dari Abdul Rahim Al-Qashir berkata : Pada suatu hari aku berada di sisi Abi Ja'far (as), dia berkata: Wahai Abdul Rahim, aku berkata: Ya Tuan, beliau berkata, Allah berfirman

﴿إنما أنت منذر ولكل قوم هاد﴾

 [Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.]

Ketika Rasulullah (S) bersabda: Aku adalah pemberi peringatan dan Ali pemberi petunjuk (Al-Hadi), dari itu siapakah pemberi petunjuk hari ini? Beliau berkata: Lama aku membisu dan kemudian aku angkat kepalaku, lalu aku berkata, Semoga aku menjadi tebusan tuan, pada kamu para pewaris seorang demi seorang sehingga berakhir dari tuan, Semoga aku menjadi tebusan tuan - tuan adalah pemberi petunjuk (Al-Hadi), beliau berkata: Benar kamu wahai Abdul Rahim, bahawa Al-Quran hidup tidak mati, dan ayat-ayatnya hidup tidak mati, kalau ayat apabila diturunkan pada sesuatu kaum yang mati dan ayat yang mati maka matilah Al-Quran ) Bihar Al-Anwar: Jilid 35 halaman 403.


Maka pada zaman ini, sebagai contoh, beriman kepada Al-Mahdi (as) dengan Isa, Ilyas dan Al-Khidhir adalah Iman dengan apa yang telah diturunkan kepada Al-Rasul, dan apa yang telah diturunkan sebelumnya, kerana Al-Mahdi (as) bersama dengan apa yang diturunkan kepada Al-Rasul. Isa, Ilyas dan Al-Khidhir bersama dengan apa yang diturunkan sebelumnya. Maka mereka (as) adalah Al-Ghaib (diangkat dan masih hidup) di dalam ayat sebelumnya (الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ) dan apa yang telah diturunkan di dalam ayat ini.

Pada akhir zaman iaitu zaman ini sebelum

1.   Al-Mahdi (as) dengan dibantu oleh
2.   Isa (as),
3.   Ilyas (as) dan
4.   Al-Khidhir (as)

Mereka yang ghaib ini akan zuhur (diturunkan semula). Permulaan zaman kezuhuran mestilah ada

·      muqarrab (Yang karib) dengan lmam Mahdi (as)
·      yang pertama beriman dengan lmam Mahdi (as)
·      yang membawa wasiat Al-Rasul (lantikan Allah)
·      yang mempunyai 3 nama (Ahmad, Abdullah (hamba Allah dan Al-Mahdi)
·      yang namanya serupa dengan namaku
·      yang nama bapanya serupa dengan nama bapaku
·      yang keluar dari arah timur
·      yang membawa panji-panji kebenaran
·      yang mempunyai ilmu dan hikmah
·      yang menyeru (berdakwah) kepada Hakimiyah Allah (Bai3atu Lillah)

Dialah Ahmad Al-Hassan Al-Yamani (as) washi dan utusan lmam Mahdi (as), Al-Qaim Aali Muhammad, Hujjah Allah dan Khalifah Allah Al-Mahdi yang dijanjikan di akhir zaman.

Al-Albani dalam Al-Silsilah Al-Sahihah menjelaskan terdapat hadits yang berbunyi:

لا تقوم الساعة حتى تملأ الأرض ظلماً وجوراً وعدواناً، ثم يخرج رجل من عترتي أو من أهل بيتييملؤها قسطاً وعدلاً، كما ملئت ظلماً وعدواناً

"Tidak akan terjadi Al-Saah (hari akhirat)  sehingga bumi dipenuhi kezaliman, ketidakadilan dan permusuhan, kamudian akan keluar seorang lelaki dari 'itrahku atau Ahlulbaitku, yang akan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan setelah dipenuhi kezaliman dan permusuhan." (Hadits riwayat Ahmad, juz 3, hal 36; Ibnu Hibban, hal 1880; Al-Hakim, juz 4, hal 557; Abu Na'im dalam kitab Al-Hilyah, juz 3, hal 101) .

Sebelum berlakunya Al-Saah (hari akhirat, hari kiamat) ia adalah Akhir Zaman atau Kiamat Kecil sebelum Kiamat Besar berlaku.




Terlalu banyak khabar (riwayat) di kalangan Sunni dan Syiah menjelaskan kerja-kerja tersebut. Termasuklah perkhabaran segala kerja dakwah, peperangan …… peristiwa dan keadaan-keadaan yang berlaku di akhir itu.


Pengikut dan Musuhnya.

Di dalam perkhabaran tersebut tunggak utama ada berbagai nama yang ditujukan kepada yang pertama beriman dengan lmam Mahdi (as):

1.   Al-Yamani, Al-Hashimi (gelaran keluarga Muhammad (S)), Al-Manshur, Mahdi Pertama dan…. dan…
2.   Sahabat lmam Mahdi (as): terkenal dengan 313 (termasuk Al-Yamani) – Ansar utama – panglima-panglima tenteranya.- termasuk 50 perempuan - yang pertama adalah dari Basrah (Ahmad) dan yang akhir adalah Al-Abdal dari Syam
3.   Ansar 10 000 yang berbai3ah dengan Al-Yamani
4.   Al Khurasani yang dipimpin oleh Syuaib bin Soleh menyerahkan panji-panjinya kepada Al-Yamani

Ansarnya terdiri dari Muslim Syiah, Sunni, orang-orang Kristian, atheis dan manusia lain yang berbai3ah dengannya3 Selain itu ada musuh-musuh umum yang menolak dakwahnya dan musuh-musuh khusus yang memerangi. Mereka ternasuklah
              
1.   Umat manusia yang tidak ambil peduli
2.   Umat Islam Syiah (terutamanya)
3.   Umat Islam Sunni
4.   Al-Nashibi
5.   Al-Sufyani dan bala tenteranya
6.   Al-Dajjal yang dibunuh Isa
7.   Dajjal Besar (Al-Dajjal Al-Akbar)


Tanda lain


قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَىٰ أَن تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا ﴿٩٤
Mereka berkata: "Hai Zhulkarnain, sesungguhnya Ya'juj dan Ma'juj itu yang membuat kerusakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?" [Al-Kahf 18:94] 

Zhulkarnain pernah diminta untuk membina tembok besi dipateri (dikimpal) dengan tembaga  dan ia telah dilakukan oleh Zhulkarnain. Rasulullah pernah terjaga dari tidur bermimpikan tembok besi hampir siapditebuk oleh Ya'juj dan Ma'juj.

﴿حَتَّىٰ إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍ يَنسِلُونَوَاقْتَرَبَ الْوَعْدُ الْحَقُّ فَإِذَا هِيَ شَاخِصَةٌ أَبْصَارُ الَّذِينَ كَفَرُوا يَا وَيْلَنَا قَدْ كُنَّا فِي غَفْلَةٍ مِّنْ هَـٰذَا بَلْ كُنَّا ظَالِمِينَ﴾
Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya'juj dan Ma'juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. * Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar, maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir. (Mereka berkata): "Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zalim".[Al-Anbiak 21:97] 

Soalan ini pernah ditanyamelalui internet.

 Apa yang dimaksudkan dengan Yakjuj dan Makjuj yang akan keluar di akhir zaman menurut riwayat?

Jawapan Imam Ahmad Al-Hassan:

Insya-Allah, anda akan dapat maklumat terperincinya di dalam kitab yang akan diterbitkan.


Sunday 10 April 2016

Bila Tunjukkan Wasiat Rasulullah, Mereka Bertanya Sahih Atau Tidak



Soalan Lazim 19 Bila Tunjukkan Wasiat Rasulullah, Mereka Bertanya Sahih Atau Tidak


Apabila kita ditanya soalan seperti ini kita harap dia seorang manusia yang terbuka dan kita harus meneliti beberapa perkara:

1.   Siapa yang bertanya. Ini penting kerana pencari kebenaran mudah diurus berbanding si taksub mazhab. Sebuah manuskrip lama akan diakui keabsahannya tanpa mengira sumber mana, pada hal yang penting ia terpecaya (tsiqah). Ia melibatkan ilmu Sejarah.
2.   Tanya mereka mana lebih penting antara wasiat itu sahih atau tidak dengan adakah Rasulullah berwasiat atau tidak,
Perkara ini melibatkan perbandingan mazhab yang memerlukan penguasaan ilmu yang mendalam terutama ilmu Sirah (Sejarah) Rasulullah kerana ia merupakan titik bengik perpecahan umat Islam.

Walaubagaimana pun usaha dakwah perlu diteruskan. Soalan ini bukan sahaja datang dari Muslim Sunni malah juga akan ditanya oleh Muslim Syiah.


Wasiat

Allah SWT berfirman:
﴿كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ ۖ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ﴾

Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan kebaikan (Al-Khair), berwasiat untuk ibu-bapak dan karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa [Al-Baqarah 2:180] 

Sudah tentulah wasiat itu wajib dan diwasiatkan (ditulis) beberapa ketika sebelum meninggal dunia

Ada hadith-hadith Bukhari dalam bab pada Wasiat dan Perjanjian (Wasaayaa) contohnya seperti berikut

Rasulullah bersabda, "Tidak dibenarkan seseorang Islam yang mempunyai sesuatu untuk diwasiatkan untuk tinggal dua malam tanpa memiliki wasiat terakhirnya dan bukti bertulis dan disimpan bersamanya." Jilid 4, Kitab 51, Nombor 1


Adakah Muhammad Rasulullah (S) penghulu orang-orang yang bertakwa tidak meninggalkan WASIAT kerana baginda tidak meninggalkan kebaikan (Al-Khair)?


Wasiat Rasulullah Yang Tertangguh
Dan Wasiat Rasulullah Yang Ditulis

Sekiranya kita merujuk kepada rentetan peristiwa yang berlaku sebelum kewafatan Rasulullah (S), dan secara khususnya pada hari khamis terakhir yang lebih dikenali dengan “Tragedi Hari Khamis”. Maka kita akan dapati bahawa umat Islam keseluruhannya bersepakat bahawa Rasulullah (S) hendak meninggalkan wasiat, dan baginda bersabda bawakan kepada aku lembaran tulis dan dakwat untuk kamu catatkan apa yang tidak akan membuatkan kamu sesat selama-lamanya. Namun sekumpulan sahabat membantah dan terbahagi kepada dua kumpulan menyebabkan Rasulullah (S) murka dan seterusnya bersabda “pergilah kamu dari sisiku”. Terdapat puluhan hadis menyebutkan tentang Tragedi Hari Khamis ini di dalam kitab-kitab Ahl Al-Sunnah wa Al-Jamaah berbanding kitab-kitab Syiah dan kitab-kitab sejarah lainnya. Dibawakan di sini riwayat yang diambil dari kitab Sahih Bukhari : 

Telah diceritakan kepada kami Ibrahim bin Musa, begitu juga diceritakan kepada kami Hisham bin Mu’ammar, dan diceritakan kepadaku Abdullah bin Muhammad, diceritakan kepada kami Abdul Razaq, dikhabarkan kepada kami Muammar daripada Al-Zuhri, daripada Ubaidullah bin Abdullah, daripada Ibnu Abbas r.a, dia telah berkata: Ketikamana maut menghampiri Rasulullah (S) dan di dalam rumahnya terdapat sekumpulan lelaki antaranya Umar bin Al Khattab, maka Nabi (S) telah bersabda, Dekatlah kepadaku supaya dapat aku tuliskan buat kamu tulisan yang tidak akan menyesatkan kamu selepasnya. Maka Umar berkata: Sesungguhnya Nabi (S) sedang sakit tenat (al waja’), dan di sisi kamu ada Al Quran, jadi cukuplah kitab Allah. Maka bertelagah dan bertengkarlah mereka yang berada di dalam rumah itu, sebahagian mereka berkata “datanglah dekat supaya Nabi menuliskan kamu tulisan yang tidak menyesatkan kamu selepasnya”, dan sebahagian yang lain pula berkata sepertimana yang dikatakan Umar. Apabila keadaan bertambah runsing dan pertengkaran mereka semakin hangat di sisi Nabi (S) , maka Rasulullah (S) telah bersabda: “pergilah kamu dan tinggakanlah aku”. Telah berkata Ubaidullah bahawa Ibnu Abbas biasa mengatakan tragedi atas segala tragedi, kerana pertengkaran dan pertelagahan mereka menyebabkan Rasulullah (S) terhalang daripada menuliskan tulisan tersebut kepada mereka.

Jelas bahawa umat Islam bersepakat bahawa Rasulullah (S):

1.   Ingin meninggalkan wasiat
2.   Menggambarkan bahawa tulisan atau wasiat yang bakal dicatatkan adalah jaminan dari kesesatan.
3.   Ada kelompok yang membantah dan bertelagah di sisi Rasulullah (S).
4.   Terbukti bahawa umat ini berbeza pendapat tentang:
5.   Adakah wasiat tersebut telah dituliskan atau tidak (tanpa wujudnya dalil atau teks menunjukkan bahawa tidak wujudnya wasiat)?
6.   Atau ianya telah dituliskan tetapi tidak sampai kepada kita? 

Dengan kesepakatan seluruh umat Islam bahawa tragedi tersebut telah berlaku pada malam khamis dan Rasulullah (S) wafat di waktu Zuhur pada hari isnin. Sekiranya seseorang yang bertaqwa dan di sisinya tulisan yang dapat menjamin umat daripada kesesatan, manakala di sisi yang lain pula terdapat seseorang yang berperwatakan seperti Umar misalnya yang cuba menghalangnya daripada meninggalkan wasiat tersebut. Maka berselang masa tiga hari buatnya untuk mencatatkan wasiatnya, adakah dia akan meninggalkan perbuatan tersebut? Sudah tentu tidak. Oleh itu, bagaimana pula dengan penghulu orang-orang yang bertaqwa? Bagaimana mungkin kita menuduh baginda tidak menuliskan wasiatnya?


Wasiat Rasulullah (S) Di Malam Sebelum Kewafatannya

Versi pendek wasiat Rasulullah (S):


Daripada Abi Abdillah a.s, daripada bapa-bapanya terdahulu, daripada Amirul Mukminin Ali a.s, telah berkata: Rasulullah (S) telah bersabda kepada Ali di malam sebelum kewafatannya; Wahai Bapa Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat, maka Rasulullah (S) mencatatkan wasiatnya sehinggalah ia sampai ke butiran berikut, dan bersabda; Wahai Bapa Hassan sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama dari duabelas imam tersebut. Dan hadis tersebut berterusan sehingga sampai kepada sabda, dan hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Mustahfiz dari keluarga Muhammad alaihis salam. Begitulah duabelas orang Imam, setelah itu akan adanya duabelas Mahdi. Maka apabila maut menghampirinya, hendaklah dia serahkannya (Imamah) kepada anaknya Mahdi yang pertama, baginya tiga nama: nama seperti namaku dan nama bapaku iaitu Abdullah dan Ahmad, dan nama ketiganya adalah Al-Mahdi. Dan dia adalah yang pertama beriman. Bihar Al Anwar jilid 53 ms 147, Ghaybah Al Toosi ms 150, dan Ghayat Al Maram jilid 2 ms 241. 

Wasiat Rasulullah (S) Versi Penuh

beserta dengan sanadnya dan juga sumber-sumber yang meriwayatkannya:

أخبرنا جماعة عن أبى عبد الله الحسين بن علي بن سفيان البزوفرى عن علي بن سنان الموصلي العدل عن علي بن الحسين عن أحمد بن محمد بن الخليل عن جعفر بن محمد المصرى عن عمه الحسن بن علي عن أبيه عن أبى عبد الله جعفر بن محمد عن الباقر عن أبيه ذى الثفنات سيد العابدين عن أبيه الحسين الزكي الشهيد عن أبيه أمير المؤمنين عليهم السلام قال قال رسول الله صلى الله عليه وآله في الليلة التي كانت فيها وفاته لعلي (ع) يا أبا الحسن احضر صحيفة ودواة فاملى رسول الله صلى الله عليه وآله وصيته حتى انتهى إلى هذا الموضع فقال يا علي انه سيكون بعدي اثنى عشر أماما ومن بعدهم اثنى عشر مهديا فانت يا علي اول الاثنى عشر الامام سماك الله في سمائه عليا المرتضى وأمير المؤمنين والصديق الاكبر والفاروق الاعظم والمأمون والمهدي فلا تصلح هذه الاسماء لاحد غيرك يا علي أنت وصيي على اهل بيتي حيهم وميتهم وعلى نسائى فمن ثبتها لقيتني غدا ومن طلقتها فانا برئ منها لم ترني ولم ارها في عرصات القيامة وانت خليفتي على امتي من بعدي فإذا حضرتك الوفاة فسلمها إلى ابني الحسن البر الوصول فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابني الحسين الشهيد المقتول فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه سيد العابدين ذى الثفنات علي فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه محمد الباقر فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه جعفر الصادق فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه موسى الكاظم فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه علي الرضى فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه محمد التقة التقي فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه علي الناصح فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه الحسن الفاضل فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه محمد المستحفظ من آل محمد صلى الله عليه وعليهم فذلك اثنى عشر أماما ثم يكون من بعده اثنى عشر مهديا فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه اول المهديين له ثلاثة اسامي اسم كأسمي واسم أبى وهو عبد الله وأحمد والاسم الثالث المهدى وهو اول المؤمنين



Daripada Abi Abdillah Al Hussain bin Sufyan, daripada Ali bin Sinan Al Musili, daripada Ali bin Al Hussain, daripada Muhammad bin Al Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri, daripada bapa saudaranya Al Hassan bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin, daripada bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis salam telah berkata: Rasulullah saaw bersabda kepada Ali as dimalam sebelum kewafatan baginda: “Wahai Abul Hassan (Ali as) bawakan lembaran kertas dan dakwat. Maka Rasulullah saaw telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda saaw bersabda: Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama daripada duabelas orang Imam tersebut. Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada siapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaitku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkan dia, maka dia akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan dia, maka aku berlepas diri daripadanya, dan dia takkan dapat melihatku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifahku ke atas umatku selepasku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Hassan al-Birr al-Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Hussein as-Syahid az-Zakiy al-Maqtul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali zu as-Safanat. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad al-Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya Ja’afar al-Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa al-Kadhim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali al-Ridha. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad al-Thiqah at-Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali al-Nasih. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Hassan al-Fadhil. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad. Maka itulah dua belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi.

Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman.”

Wasiat Ini Terdapat Pada

1.   Sheikh Al Toosi menyebutkan riwayat wasiat ini di dalam kitabnya Al Ghaibah ms 150 beserta himpunan riwayat bagi menguatkan bahawa Imamah adalah untuk Ahlulbayt a.s. Kemudian Sheikh Al Toosi memperkuatkan lagi riwayat ini dengan riwayat-riwayat wasiat yang lain di dalam kitab yang sama pada ms 156. Ianya adalah himpunan riwayat yang digunapakai sebagai dalil untuk menguatkan tuntutannya bahawa Imamah adalah di kalangan Ahlulbayt a.s. Dia mengatakan bahawa riwayat ini adalah sahih kerana Syiah Imamiyah meriwatkannya secara tawatur iaitu orang yang terkemudian meriwayatkan dari orang terdahulu tanpa terputus. Jalan pentashihannya adalah satu sepertimana terdapat di dalam kitab-kitab Imamiyah dan juga melalui manuskrip-manuskrip Amirul Mukminin Ali a.s 
2.   Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Ithbat Al-Huda, jilid 1, ms 549, hadis no. 376.
3.   Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Al Iqadh, ms 393.
4.   Sheikh Hassan bin Sulaiman Al Hilli di dalam kitabnya Mukhtasar Al Bashair, ms 159.
5.   Al Allamah Al Majlisi di dalam kitab Bihar Al Anwar, jilid 53, ms 147, hadis no. 6 (secara ringkas), dan jilid 36, ms 81, hadis no. 81 (secara terperinci tanpa rangkap “Apablia maut menghampirinya”)
6.   Sheikh Abdullah Al Bahrani di dalam kitabnya Al ‘Awalim, jilis 1, ms 370, hadis no. 59.
7.   Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Ghayat Al-Maram, jilid 1, ms 370, hadis no. 59.
8.   Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Al insaf, ms 222.
9.   Al Faydh Al Kashani di dalam ktabnya Nawadir Al Akhbar, ms 294.
10.        Sheikh Mirza Al Noori di dalam kitabnya Al Najm Al Thaqib, jilid 2, ms 71.
11.        Sayyid Muhammad Muhammad Sadiq Al Sadr menyebutkannya di dalam kitabnya Tarikh Ma Ba’da Dhuhur, ms 641.
12.        Sheikh Al Miyanji di dalam kitabnya Makatib Al Rasul, jilid 2, ms 96.
13.        Sheikh Al Kurani di dalam kitab Mukhtasar Mu’jam Ahadis Al Imam Al Mahdi.

***

Telah muncul Ahmad yang disebutkan di dalam wasiat Rasulullah sebagai Mahdi yang pertama iaitu pelaksana wasiat Imam Al Mahdi a.s dewasa ini dan mengajak semua umat manusia untuk memberi taatsetia (baiah) kepada Allah SWT.

Setelah kita bersetuju bahawa wasiat tersebut dituliskan, maka wajiblah ianya sampai kepada kita. Ini disebabkan sifat Pemurah Allah SWT yang menjadikan Rasulullah (S) tidak mengucapkan sesuatu daripada hawa nafsunya telah berkata bahawa ianya adalah tulisan yang menjamin dari kesesatan.

Kesimpulannya adalah seperti berikut:

1.   Wasiat itu tertulis
2.   Sebagai jaminan dari kesesatan
3.   Ianya telah disampaikan kepada kita melalui kitab-kitab. Sekiranya kita menyemak kitab-kitab umat Islam di setiap mazhab, kita akan dapati bahawa hanya ada satu wasiat Rasulullah (S) ketika menghampiri maut iaitu wasiat yang disebutkan di dalamnya khalifah-khalifah selepas daripadanya seramai dua belas orang Imam dan dua belas orang Mahdi, seperti tersebut di dalam kitab Al Ghaibah Al Toosi di muka surat 150.



Terdapat empat kumpulan utamak yang jelas berbeza akibat daripada perbincangan sekitar Wasiat Rasulullah:

1.   Mereka yang tidak pernah mendengar tentang wasiat. Ini biasanya orang bukan Islam, kebanyakan orang Syi'ah dan hampir semua Sunni.
2.   Mereka yang telah mendengar Wasiat dan mungkin juga membacanya lagi belum membuat keputusan mengenai perkara ini atau tidak sepenuhnya memahami pengertiannya.
3.   Mereka yang telah mendengar tetapi tidak berasa ia mempunyai apa-apa kaitan dengan mereka. Ini biasanya orang bukan Islam, majoriti Sunni dan beberapa puak Syi'ah yang jelas menerima pandangan ulamak mereka yang menolak Wasiat selepas secara ringkas menyelidiknya.
4.   Mereka yang telah memahami bahawa Wasiat menjamin pemeliharaan Islam dan merupakan proses semula jadi dari wacana lisan yang diberikan oleh nabi mengenai imam-imam yang akan datang. Kumpulan ini kemudiannya telah menerima sama ada Al-Syed Ahmad Al-Hasan sebagai 'Ahmad dalam wasiat, atau masih menerima Wasiat dalam keseluruhannya sebagaimana yang diriwayatkan dalam kitab hadith tetapi telah menolaknya.

Kesilapan yang dibuat oleh kumpulan 3 pertama di atas adalah berfikir bahawa orang-orang dalam kumpulan 4 telah membuta tuli menerima Wasiat tanpa kajian yang mendalam dan tanpa mempertimbangkan kemungkinan salah (risiko) yang terlibat. 

Baca Juga

Wasiat Rasulullah (S)






Kenapa Mesti Ada 12 Mahdi



Soalan Lazim 18 Kenapa Mesti Ada 12 Mahdi

Semua khalifah Allah di Bumi Allah ini dilantik dan di perakui oleh Allah sejak Adam (as). Mereka bergelar Nabi atau Rasul atau Washi. Mereka mempunyai Ilmu dan Hikmah yang diajarkan oleh Allah dan Mereka menyeru tunduk patuh dan taat kepada Allah (Bai3atu Lillah) melalui Khalifah Allah sehingga hari kiamat. Contohnya

Musa (as) washinya Harun (as) dan kemudian Yusak bin Nun (as) apabila Harun mati. Yusak (as) meneruskan tugas dakwah sehingga pembukaan Palestin.

Isa (as) washinya Sam3un (Simon Peter) yang pertama dari 12 orang Harawiyun (murid-murid) Isa (as). setelah Isa diangkat (bukan mati) washinya Sam3un (Simon Peter) dan 10 Harawiyun yang lain (seorang belot) meneruskan tugas dakwah hinggakan penganut Nasrani (Kristian) 2.1 billion melebihi umat Islam hari ini (hanya 1.7 bilion) sahaja.

Muhammad (S) nabi penutup (Khatam an-Nabiyin) washi baginda adalah Ali bin Abi Thalib (pergolakan perebutan Kuasa Khalifah Rasulullah dari Ali). Khalifah-khalifah tidak rasmi ini bukan Khalifah Allah kerana mereka tidak dilantik oleh Allah. Atau

Khalifah-khalifah Rasulullah lantikan Syura
Khalifah Rasulullah (Ali) ketetapan Allah.

Ketetapan Washi Rasulullah Ali bin Abi Thalib ada banyak nash dari Rasulullah walaupun ia tidak diiktifaf oleh sebahagian Muslimin Sunni. Walau bagaimana pun ada banyak nash-nash ditemukan dalam hadits-hadits dan Kitab tafsir (Al-Quran) Sunni.

Wasiat Rasulullah menyatakan ada 12 Imam-imam yang didahului oleh Ali dan diikuti oleh Al-Hassan dan Al-Hussein dan seterusnya diikuti oleh 9 orang anak Al-Hussein. Yang terakhir darinya adalah Imam Muhammad Al-Mahdi yang diangkat oleh Allah dan akan keluar di akhir zaman. Selepas12 Imam-imam akan ada 12 Mahdi-mahdi.
Yang pertama darinya bernama Ahmad atau Abdullah atau Al-Mahdi. Ahmad adalah yang pertama beriman dengan Imam Muhammad Al-Mahdi (Imam ke 12 dan penutup para washi)

Ahmad sebagai Mahdi pertama akan menjadi Imam Zaman (Aali Muhammad) diikuti oleh 11 orang anak-anaknya.
Selepas itu dunia akan kiamat.


MAHDI-MAHDI DI DALAM KITAB AL-SUNNAH

Kehendak Allah SWT telah memperkuat bukti-bukti seruan (dakwah) Al-Syed Ahmad Al-Hassan, dengan dalil-dalil dan hujah-hujah, bahawa semua kata-kata Al-Syed Ahmad Al-Hassan mempunyai dalil atau rujukan dalam ayat Al-Quran atau Hadis Nabi atau pada sunnah perjalanan para nabi dan rasul (as). Kadang-kadang terdapat sokongan ilahi yang ajaib bagi seruan (dakwah) yang diberkati ini membuatkan manusia harus berhenti sejenak dan bertafakur (memikirkan) serta menilai semula kedudukannya pada pemilik seruan (dakwah) yang sebenar. Ia adalah sebahagian daripada ketetapan Allah terhadap seruan (dakwah) ini, ia satu ketetapan tentang Mahdi-mahdi yang akan memerintah di Daulah Keadilan Ilahi (Al-Daulah Al-Adil Al-Ilahiyah).

Dengan itu Al-Syed Ahmad Al-Hassan, adalah yang pertama untuk membawa ketetapan Mahdi-mahdi seperti yang disebut dalam Wasiat Rasulullah (S) dengan sabda baginda, Ia adalah yang pertama daripada dua belas Mahdi-mahdi. Walaupun masyarakat Al-Sunnah Wa Al-Jamaah tidak mengiktiraf ia sebagai punca wasiat nabi yang mulia, tetapi kitab-kitab mereka tetap meriwayatkan ketetapan Mahdi-mahdi yang akan memerintah pada akhir zaman, dan ini adalah satu sokongan yang sangat kuat untuk seruan (dakwah) Al-Syed Ahmad Al-Hassan, jadi mereka mempunyai tanggungjawab untuk menerima seruan (dakwah) ini walaupun secara umumnya kelihatan mereka tidak sejalan seperti yang dinyatakan di dalam kitab-kitab mereka



DUA BELAS MAHDI-MAHDI DI DALAM KITAB AL-SUNNAH


حدثنا: هداب بن خالد الأزدي، حدثنا: حماد بن سلمة، عن سماك بن حرب قال: سمعت جابر بن سمرة يقول: سمعت رسول الله (ص): يقول: لا يزال الإسلام عزيزا إلى إثنى عشر خليفة، ثم قال: كلمة لم أفهمها فقلت لأبي: ما قال: فقال: كلهم من قريش، المصدر

Diriwayat dari Hadab bin Khaled Al Azdi [yang] meriwayatkan daripada Hamad bin Salma [yang meriwayatkan] dari Samak bin Harb, telah berkata: "Aku telah mendengar Jabir bin Samrah berkata: 'Aku mendengar Rasulullah (S) bersabda: "Islam akan kekal mulia sehingga 12 Khalifah," dan kemudian dia berkata perkataan yang aku tidak fahami, lantas aku berkata kepada ayahku: "Apa yang baginda katakan?" Dia berkata: "Kesemua mereka adalah daripada Quraisy." 

[Sahih Muslim, jilid 3, ms 1453] 

*Apakah umat manusia dapati hanya ada dua belas Khalifah? Apakah berlaku Islam dijunjung???


3uyun Al-Akhbar Ibn Qutaibah halaman.302: 

عيون الأخبار لابن قتيبة ج ص‍ 302: (حدثني محمد بن عبيد قال: حدثنا أبو أسامة، عن زائدة، عن سماك، عن سعيد بن جبير، عن ابن عباس، أنه كان إذا سمعهم يقولون: يكون في هذه الأمة إثنا عشر خليفة، قال: ما أحمقكم. إن بعد الاثني عشر ثلاثة منا: السفاح، والمنصور، والمهدي، يسلمها إلى الدجال " قال أبو أسامة " تأويل هذا عندنا أن ولد المهدي يكونون بعده إلى خروج الدجال(.

Diriwayatkan dari Muhammad bin 3abid yang berkata: diriwayatkan oleh Abu Usama dari Za’eidah dari Samak dari Sa3id bin Jabir dari Ibn Abbas, Abahawa beliau telah mendengar mereka berkata: " Akan ada pada umat ini 12 Khalifah!" Beliau berkata: "Betapa bodohnya kamu? Selepas 12 adalah tiga dari kami iaitu Al-Safah, Al-Manshur dan Al-Mahdi? Akan mengalahkan Dajjal " 
                     
Abu Usama berkata: "Tafsiran [dari kami] bermakna anak Imam Mahdi, terjadi selepasnya sehingga kemunculan Dajjal." 


Pengarang kitab 3umdat Al-Qari Syarh Shahih Al-Bukhari, Penulis Badr Al-Din Al-3aini Al Hanafi berkata: "Ianya tidak mustahil bahawa akan ada 12 orang selepas Mahdi yang akan muncul di akhir zaman …" sehingga dia berkata: "Dan kemudian selepas dia, anaknya akan memerintah, dan dengan itu akan terdapat 12 raja-raja (pemerintah), setiap seorang daripada mereka adalah Imam Mahdi." Dan dari Ka3ab Al-Ahbar akan ada dua belas Mahdi dan kemudian turun, Ruhu Allah yang akan membunuh Dajjal).


*Mereka dua belas Mahdi seperti bilangan Imam-imam


Dalam Tafsir Ibn Abi Hatim Hadits  No. 13730 dari Ka3ab Al-Ahbar, beliau berkata: "Mereka adalah 12, dan apabila mereka semua meninggal dunia, mereka akan digantikan dengan 12 yang seperti mereka, dan itu adalah janji dari Allah kepada umat ini." Lalu dia membaca:

وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ

"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa.” [Al-Nur 24:55]

Begitu jugalah yang berlaku dengan Bani Israel

                                                  
 *Ia boleh dimaksudkan dengan (dua belas) mereka adalah Mahdi-mahdi yang dikatakan oleh sebahagian ulama Al-Sunnah


فتح الباري شرح صحيح البخاري لابن حجر (20/266) برقم 6682 قال ضمن كلام طويل: قال أبو الحسين بن المنادي: في الجزء الذي جمعه في المهدي يحتمل في معنى حديث " يكون اثنا عشر خليفة " أن يكون هذا بعد المهدي الذي يخرج في آخر الزمان فقد وجدت في " كتاب دانيال " إذا مات المهدي ملك بعده خمسة رجال من ولد السبط الأكبر، ثم خمسة من ولد السبط الأصغر ؛ ثم يوصي آخرهم بالخلافة لرجل من ولد السبط الأكبر، ثم يملك بعده ولده فيتم بذلك اثنا عشر ملكا ؛ كل واحد منهم إمام مهدي،
قال ابن المنادي وفي رواية أبي صالح عن ابن عباس " المهدي اسمه محمد بن عبد الله وهو رجل ربعة مشرب بحمرة يفرج الله به عن هذه الأمة كل كرب، ويصرف بعدله كل جور، ثم يلي الأمر بعده اثنا عشر رجلا، ستة من ولد الحسن، وخمسة من ولد الحسين، وآخر من غيرهم ؛ ثم يموت فيفسد الزمان " وعن كعب الأحبار " يكون اثنا عشر مهديا، ثم ينزل روح الله، فيقتل الدجال "


Fath Al Bari Syarh Sahih Bukhari oleh Ibnu Hajar, jilid 20/266, hadis 6682. Telah berkata dalam suatu petikan yang panjang: Abu Al Hussein bin Al Munadi berkata pada bahagian di mana dia mengumpul mengenai Imam Mahdi, dalam memberi pengertian hadits "Akan terdapat 12 Khalifah ", adalah bermaksud ianya akan berlaku selepas Al-Mahdi yang akan muncul di akhir zaman, kerana aku dapati dalam kitab Daniel, apabila Imam Mahdi mati, akan ada 5 lelaki yang memerintah dari anak cucu yang tertua, dan setelah itu 5 anak dari cucu yang muda, dan kemudian yang terakhir akan menyerahkan kepimpinan beliau kepada anak dari cucu yang tertua, dan kemudian anaknya akan memerintah, 12 raja-raja akan memerintah, setiap seorang daripada mereka adalah Imam Mahdi. 

Telah berkata Ibn Al Munadi, dan di dalam riwayat Abi Saleh dari Ibnu Abbas. Nama Imam Mahdi adalah Muhammad bin Abdullah, dan dia adalah seorang lelaki yang janggutnya dicelup dengan warna merah, Allah melapangkan umat ini dengannya daripada semua kesengsaraan, dia akan menghapuskan semua ketidakadilan dengan keadilan, dan selepas dia akan ada 12 lelaki. enam dari anak Al-Hassan, dan lima dari anak Al-Hussein, dan yang terakhir daripada yang lain; kemudian mati maka berlaku zaman kerosakan "

Dan dari Ka3ab Al-Ahbar “akan ada dua belas Mahdi dan kemudian turun, Ruhu Allah yang akan membunuh Dajjal.”.
.
Beliau juga berkata di tempat lain dalam No hadits dan halaman yang sama: Dan disokong dari riwayatnya yang dijelaskan dalam Musnad Al-Kabir melalui jalur Abi Bahr, Bahawa Aba Al-Jild memberitahunya

"Sesungguhnya tidak akan musnah umat ini sehinggalah mereka mempunyai dua belas Khalifah, hesemua mereka beramal dengan petunjuk dan agama yang benar, mereka adalah dua lelaki dari Ahl Bait Muhammad, yang satu hidup empat puluh tahun lamanya, dan yang satu lagi tiga puluh tahun. "
            

Fath Al-Bari Syarh Sahih Bukhari Jilid 13 halaman 181 menyatakan Abu Al-Hussein bin Al-Munadi: dalam memberi makna pada hadits, boleh dikatakan seperti adanya 12 khalifah selepas Al-Mahdi yang akan muncul di akhir zaman dan aku menemui dalam Kitab Danial.

Apabila matinya Al-Mahdi akan ada 5 lelaki yang akan menjadi pemerintah dari keturunan As-Sabt Al-Akbar (Al-Hasan bin Ali) kemudian 5 lelaki dari keturunan As-Sibt Al-Asghar (Al-Husain bin Ali) kemudian lelaki terakhir di kalangan mereka akan diwasiatkan dengan khilafah dan dia dari keturunan As-Sibt Al-Akbar, kemudian anaknya akan menjadi pemerintah, maka cukuplah 12 orang pemerintah dan setiap seorang daripada mereka adalah al-mahdi.

         

Juga disebut dalam Fitan Al-Marwazi hadits: No. 223 dia adalah guru Al-Bukhari:
Diceritakan kepada kami Al-Hakam bin Nafi3 dari Jarah dari Arthah, ia berkata: “Sufyani akan membunuh siapa saja yang menderhaka kepadanya, membelahnya dengan gergaji dan memasaknya dengan kuali selama enam bulan.” Katanya lagi, “Dan akan bertemu dua bangsa Timur dan Barat khalifah-khalifah sesudah Rasulullah (S) di tengah umat ini. (bilangan Khalifah adalah 12)

روى أبو داوود في سننه في كتاب المهدي برقم 4281 - - حدثنا عمرو بن عثمان حدثنا مروان بن معاوية عن إسماعيل - يعنى ابن أبى خالد - عن أبيه عن جابر بن سمرة قال سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم يقول: (لا يزال هذا الدين قائما حتى يكون عليكم اثنا عشر خليفة كلهم تجتمع عليه الأمة. فسمعت كلاما من النبي صلى الله عليه وسلم لم أفهمه. قلت لأبى ما يقول قال: كلهم من قريش).


Riwayat Abu Daud dalam Sunan-nya dalam kitab Al-Mahdi nombor 4281 - - Amr bin Othman memaklumkan kami dari Marwan bin Mu'awiyah dari Ismail - iaitu, Ibn Abi Khaled - daripada bapanya, daripada Jabir bin Samrah berkata: Aku mendengar Rasulullah (S) bersabda: (agama ini akan tetap tegak di tempatnya sehingga kamu mempunyai dua belas Khalifah memenuhi semua umat. Aku mendengar sabda Nabi (S), yang tidak difahami. Aku bertanya ayahku apa yang baginda katakan, beliau berkata, semuanya daripada Quraisy).


*Semua itu adalah sebahagian riwayat-riwayat Mahdi-mahdi


Al-Arf Al-Wardi Li Al-Suyuthi, jilid 1/ 149, hadits 250 - Ibn Al-Munadi meriwayatkan: Dalam Kitab Danial:

 "Al-Sufyani ada tiga, Al-Mahdi ada tiga. Al-Sufyani pertama akan muncul, dan jika dia keluar namanya disebut-sebut sehingga menjadi terkenal, Mahdi pertama bangkit, dan kemudian keluar Sufyani kedua, dan kemudian Mahdi kedua bangkit, dan maka akan keluar Sufyani ketiga, dan kemudian Mahdi ketiga akan bangkit, dan begitulah Allah akan membuatkan segala-galanya menjadi lebih baik daripada telah musnah sebelumnya, dan dia akan menyelamatkan orang beriman, dan akan membuat Sunnah kembali hidup, dan memadamkan api-api bid’ah. Manusia pada zamannya lebih yang memuliakan kebenaran dari menyusahkan mereka, dan menjalani kehidupan yang lebih baik, dan Allah mencurahkan curahkan hujan yang lebat dari langit, dan bumi mrngeluarkan bunga-bunga mekar dan tumbuh-tumbuhan, tidak terkecuali suatu pun tumbuh-tumbuhan, dan ia akan kekal berada selama tujuh tahun, kemudian mereka mati)." 

Di sini kita lihat ada tiga lelaki Mahdi dengan jelas, manakala kita melihat gabungan khabar dari kitab: Fitan Al-Marwazi dan dia adalah guru Al-Bukhari halaman (1/395) hadits No. 1186 - Diriwayatkan dari Rasyidin dari Ibn Lahi3ah dari Abi Qabil dari Abdullah bin 3amru, beliau berkata:

"Selepas Al-Mahdi yang akan mengambil orang-orang Yaman ke bandar-bandar mereka, kemudian Al-Manshur, dan kemudian selepas dia Al-Mahdi yang akan membuka kota Rom dengan tangannya." 



Kitab Al-Arf Al-Wardi halaman (1/148) Hadits No. 247. - dan dikeluarkan Abu Al-Hussein Bin Al-Munadi dalam Kitab ((Al-Malahim)) (...) dari Salim bin Abi Al-Ja3d berkata:

(Mahdi ada selama dua puluh satu tahun, atau dua puluh dua tahun, dan kemudian ia berlalu selepasnya, dan ia adalah selainnya, , ia adalah shaleh (baik), empat belas tahun, dan kemudian ia berlalu selepasnya, dan ia adalah selainnya, , ia adalah shaleh (baik), sembilan tahun))


Tafsir Ibn Abi Hatim - Ibn Abi Hatim Al-Razi – Jilid 8 halaman 2628:

Petikan 14769: - Di mana Ali Bin Al Hussein, pada sanad sebelum riwayat ini - dari Yahya bin Abi Al-Khathib, dari - Al-Walid bin Muslim, dari Shafwan bin 3amru, dari Syuraih bin 3ubaid, dari 3amru Al-Bakali, dari Ka3ab Al-Ahbar, beliau berkata: (mereka adalah dua belas orang, maka apabila mereka berakhir, diambil tempatnya 12 orang seperti mereka dan juga Allah menjanjikan umat ini dank emu dia membaca,

وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ

"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa.” [Al-Nur 24:55]

Begitu jugalah yang berlaku dengan Bani Israel. Allah berfirman

وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ
dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka".[Al-Nur 24:55]

Dari ini, menjelaskan kepada saudara wahai pembaca yang mulia, bahawa Al-Syed Ahmad Al-Hassan,tidak membawa bid'ah atau sesuatu yang bertentangan dengan Syari’ah, tetapi ia datang sebagai mengesahkan apa yang ada pada manusia dan apa yang terdapat di dalam kitab-kitab mereka yang menerangkan kepada mereka dan untuk menyelesaikan perbezaan (perselisihan) mereka. 




Saturday 9 April 2016

Memadai dengan Islam yg sekarang



Soalan Lazim 17 Memadai dengan Islam yg sekarang 

Adakah perkataan atau sanggahan ini berdasarkan hujjah dan nash (dalil) berdasarkan bimbingan Rasulullah (S) atau hidayah Allah dengan Al-Quran KalamNya.

Apakah umat Islam sekarang sangat istiqamah dan berpegang teguh dengan Agama Islam seperti apa yang disampaikan semasa baginda masih hidup. Benarkan tidak ada orang yang memandai-mandai yang mendahului Allah dan RasulNya? Tetapi Allah mengatakan:

﴿فَاخْتَلَفَ الْأَحْزَابُ مِن بَيْنِهِمْ ۖ فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ كَفَرُوا مِن مَّشْهَدِ يَوْمٍ عَظِيمٍ﴾

Maka berselisihlah golongan-golongan (yang ada) di antara mereka. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang ingkar pada waktu menyaksikan hari yang besar. [Maryam 19:37] 

﴿فَاخْتَلَفَ الْأَحْزَابُ مِن بَيْنِهِمْ ۖ فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْ عَذَابِ يَوْمٍ أَلِيمٍ﴾

Maka berselisihlah golongan-golongan (yang terdapat) di antara mereka, lalu kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang zalim dari siksaan hari yang pedih (kiamat).  [Al-Zukhruf 43:65] 

Ia adalah agama yang telah disyari'atkan kepada nabi-nabi rasul-rasul dan para khalifah Allah bukan agama yang dicampuri oleh fikiran dan fatwa (ijtihad) manusia:

شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚكَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ اللَّـهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ ﴿١٣ 
Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya). [Al-Syuraa 42:13] 

Perselisihan tentang agama yang berlaku diingatkan oleh Allah SWT

﴿إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّـهِ الْإِسْلَامُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّـهِ فَإِنَّ اللَّـهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ﴾
Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. [Aali Imran 3:19] 

Di zaman Rasulullah masih hidup ada golongan sahabat yang Allah SWT beri amaran:
                
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انْفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ ۚ أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ ۚ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ إِلَّا تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيْئًا ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Hai orang-orang beriman! Apa yang terjadi dengan kalian! Apakah sebabnya ketika kalian diperintahkan untuk berperang di jalan Allah kalian merasa keberatan? Manakah yang lebih kalian sukai, dunia ini atau kehidupan akhirat? Jika kalian tidak mahu berangkat perang, ia akan mengazabmu dengan azab yang sangat pedih dan menggantikan kalian dengan yang lain; tetapi Allah tidak akan merugikan kalian sedikitpun kerana Allah berkuasa atas segala sesuatu.(Al-Taubah : 38-39).

Dan lebih dahsyat lagi ada golongan sahabat dimana Allah SWT berikan amaran:keras atas perbuatan mereka.

﴿يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ مَا قَالُوا وَلَقَدْ قَالُوا كَلِمَةَ الْكُفْرِ وَكَفَرُوا بَعْدَ إِسْلَامِهِمْ وَهَمُّوا بِمَا لَمْ يَنَالُوا ۚ وَمَا نَقَمُوا إِلَّا أَنْ أَغْنَاهُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ مِنْ فَضْلِهِ ۚ فَإِنْ يَتُوبُوا يَكُ خَيْرًا لَهُمْ ۖ وَإِنْ يَتَوَلَّوْا يُعَذِّبْهُمُ اللَّهُ عَذَابًا أَلِيمًا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَمَا لَهُمْ فِي الْأَرْضِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

Mereka bersumpah dengan nama Allah bahawa mereka tidak mengucapkan sesuatupun (yang buruk), padahal sebenarnya mereka telah mengucapkan fitnah, dan mereka mengatakannya setelah mereka memeluk Islam, dan mereka merencanakan maksud jahat yang tidak dapat mereka lakukan. Dendam mereka ini adalah balasan mereka atas kurnia yang telah Allah serta Rasulnya berikan kepada mereka! Jika mereka bertaubat itulah yang terbaik untuk mereka, akan tetapi jika mereka berpaling, Allah akan menyiksa mereka dengan siksaan yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan mereka tidak mempunyai penolong di muka burni ini (Al-Taubah: 74).

Itu umat Islam di zaman Rasulullah (S) bagaimana dengan Umat Islam sekarang?

Umat Islam sekarang berpecah dengan mengimani dan mengamalkan berbagai mazhab, berbagai aliran pemikiran akidah dan fiqh, berbagai amalan tarikat (Tasauf) dan Irfan (Ilmu Makrifah), politik dan sosial dan sebagainya, sebab itu ada berbagai kumpulan yang mendakwa atau merasakan berada dalam jalan yang lurus. Hampir semua tanda-tanda alamat kiamat kecil telah berlaku maka sebab itulah Rasulullah (S) bersabda:

يوشك أن يأتي على الناس زمان لا يبقى من الإسلام إلا اسمه ولا يبقى من القرآن إلا رسمه مساجدهم عامرة زوهي خراب من الهدى علماؤهم أشر من تحت أديم السماء من عندهم تخرج الفتنة وفيهم تعود
الراوي: علي بن أبي طالب المحدث: البيهقي المصدر: شعب الإيمان - الصفحة أو الرقم: 2/788

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpuncanya fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali“. (Hadits Riwayat Baihaqi dalam Shu'ab Al-Iman halaman/No 2/788)

عن الباقر (ع)، قال: (إذا قام قائمنا دعا الناس إلى أمر جديد كما دعا رسول الله (ص)، وإنّ الإسلام بدأ غريباً وسيعود غريباً كما بدأ، فطوبى للغرباء). 

Dari Al-Baqir (as) , beliau berkata: (Apabila Qaim kita bangkit dia akan menyeru manusia dengan perintah yang baru sebagaimana seruan Rasulullah (S), dan bahawa Islam bermula sebagai sesuatu yang asing dan akan kembali asing, maka beruntunglah orang-orang asing. [Ghaibat Al-Nu’maani: halaman 336, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 366.].

عن ايي هريرة قال رسول الله (ص)،بدأ الإسلام غريباً وسيعود كابدأ غريباً فطوبى للغرباء

Dari Abu Hurairah Rasulullah (S) bersabda, Islam bermula sebagai sesuatu yang dagang (asing) dan akan kembali dagang (asing) berita gembira (beruntunglah) kepada orang-orang asing (HR Muslim)

Al-Albani dalam Al-Silsilah Al-Sahihah menjelaskan terdapat hadits yang berbunyi:

لا تقوم الساعة حتى تملأ الأرض ظلماً وجوراً وعدواناً، ثم يخرج رجل من عترتي أو من أهل بيت  ييملؤها قسطاً وعدلاً، كما ملئت ظلماً وعدواناً
"Tidak akan terjadi Al-Saah (hari kiamat)  sehingga bumi dipenuhi kezaliman, ketidakadilan dan permusuhan, kamudian akan keluar seorang lelaki dari 'itrahku atau ahlulbaitku, yang akan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan setelah dipenuhi kezaliman dan permusuhan." (Hadits riwayat Ahmad, juz 3, hal 36; Ibnu Hibban, hal 1880; Al-Hakim, juz 4, hal 557; Abu Na'im dalam kitab Al-Hilyah, juz 3, hal 101) .

Kalau kita biarkan zaman (masa) berlalu tanpa memperdulikan peringatan-peringatan Allah dan RasulNya itu amat malang sekali, kecuali kita boleh berhujjah di hadapan Allah kita berada dalam kebenaran (Shirath Al-Mustaqim).

Dalam suatu hadits Rasulullah (S) yang maksudnya: Umat Islam sangat ramai tetapi seperti buih di lautan kerana mereka telah terjangkit penyakit Hubbu d-Dunya – Cintakan Dunia
.
Firman Allah:

﴿وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا ۚوَاتَّقُوا اللَّـهَ ۖ إِنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ 

Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya. [Al-Hasyr 59:7]

﴿وَمَا نُرْسِلُ الْمُرْسَلِينَ إِلَّا مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ ۖ فَمَنْ آمَنَ وَأَصْلَحَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Dan tidaklah Kami mengutus para rasul itu melainkan untuk memberikan khabar gembira dan memberi peringatan. Barangsiapa yang beriman dan mengadakan perbaikan, maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. [Al-An3am 6:48] 


﴿إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا ۚ وَإِن مِّنْ أُمَّةٍ إِلَّا خَلَا فِيهَا نَذِيرٌ

Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya pemberi peringatan. [Al-Fathir 35:24] 

Marilah kita lihat suatu hadits:

Hadits yang dibawakan dalam Sunan Ibnu Majah; Disampaikan oleh Utsman bin Abu Syaibah, dari Muawiyah bin Hisyam, dari Ali bin Saleh dari Yazid bin Abu Ziyad dari Ibrahim dari ‘Alqamah dari Abdullah, katanya:

“Ketika kami berada di sisi Rasulullah (S), datang sejumlah pemuda Bani Hasyim. Apabila Nabi (S) melihat mereka, berlinang kedua air mata baginda dan berubah warna air muka baginda. Katanya: Maka aku katakan, “Kami melihat sesuatu yang tidak kami suka di wajah baginda.” Maka baginda bersabda, “Kami Ahl Bait dipilih Allah untuk kami akhirat berbanding dunia. Sesungguhnya Ahl Baitku akan mennghadapi bencana sesudahku, pelarian (pengusiran) dan dikerumuni. Sehingga datang kaum dari Timur bersama panji-panji hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Lalu mereka berperang dan mencapai kemenangan, maka diberikan apa yang mereka pinta. Namun mereka menolaknya, sampai mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari Ahl Baitku. Ia akan memenuhi bumi dengan keadilan sesudah dipenuhi kezaliman. Sesiapa di antara kalian yang mendapati demikian, maka datangilah mereka sekalipun dengan merangkak di atas salji.”         

Dan akhir sekali dibawakan berita yang sedang berlaku sekarang ini di zaman ini

Al-Baihaqi berkata: Dalam riwayat Ibnu 'Abdan,

ثم تجيء الرايات السود فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم ثم يجيء خليفة الله المهدي فإذا سمعتم به فاتوه فبايعوه فانه خليفة الله المهدي.


"Kemudian datang panji-panji hitam, memerangi kamu dengan perperangan yang tak pernah dilakukan oleh kaum manapun. Kemudian datang Khalifah Allah Al-Mahdi. Jika kalian mendengarnya, maka datangilah ia! Bai’ahlah dia kerana sesungguhnya dialah Khalifah Allah Al-Mahdi."

Apakah warna panji-panji (bendera) IS atau ISIS yang sibuk berperang dan membunuh di Negara Arab sekarang ini? Bukankah berwarna hitam? Sedangkan para ansar Khalifah Allah Al-Mahdi sekarang ini yang dipimpin oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan Al-Yamani baru saja menubuhkan briged tenteranya Saroya Al-Qaim (Barisan Tentera Al-Qaim (Pendiri)) Aali Bait Rasulullah (S).


Wa Allahu A3lam