Wednesday 30 December 2015

Syeikh Al-Azhar, Dr. Ahmad Tayyeb


Temu bual penting Syeikh Al-Azhar, Dr. Ahmad Tayyeb, mengenai fahaman Syiah

Syeikh Al-Azhar, Dr. Ahmad Taiyib telah memberi penekanan kepada keperluan untuk perpaduan Sunni-Syiah beberapa kali. Dalam hal ini, pelbagai kenyataan, beberapa temu bual dan penulisan-penulisannya juga telah berlaku lebih awal. Soalan-soalan yang beliau telah jawab mengenai fahaman Syiah, pada sebuah saluran terkemuka Mesir baru-baru ini, semua itu akan membuktikan betapa pentingnya meningkatkan suasana perpaduan di kalangan umat Islam.

Berikut ini kami bentangkan soalan-soalan yang diajukan kepadanya dan jawapan oleh Syeikh Al-Azhar itu kepada pembaca sekelian:

Soalan: Pada pendapat tuan adakah terdapat apa-apa masalah dalam kepercayaan Syiah?

Jawapan: Tidak, tidak ada masalah, lima puluh tahun yang lalu, Syeikh Syaltut telah mengeluarkan fatwa bahawa ia seperti mazhab-mazhab Islam yang lain, dan Syiah adalah mazhab Islam yang kelima.

Soalan: Ramai belia-belia kita telah bertukar kepada mazhab Syiah, apa yang patut kita lakukan?

Jawapan: biarkan ia berlaku, jika terdapat mana pun orang memilih mazhab Maliki dari mazhab Hanafi, maka janganlah kita membantah padanya? Jadi orang-orang ini telah bertukar dari mazhab keempat kepada mazhab kelima, tiada bezanya.

Soalan: orang-orang Syiah menjadi saudara-saudara kita dan berkahwin dengan anak-anak kita?

Jawapan: Apa yang salah dalam perkara itu, terdapat kebebasan untuk berkahwin antara pelbagai mazhab Islam.

Soalan: Ada yang mengatakan bahawa Syiah mempunyai Al-Quran yang berlainan?

Jawapan: perkara-perkara itu adalah dongengan orang tua-tua, tidak ada perbezaan di antara Al-Quran kita dengan Al-Quran Syiah. Malahan tulisan Al-Quran mereka juga sama seperti Al-Quran kita.

Soalan: Dua puluh tiga orang ulama di sebuah negara (Arab Saudi) telah mengeluarkan fatwa bahawa Syiah adalah kafir dan bidaah?

Jawapan: Hanya Al-Azhar boleh mengeluarkan apa-apa fatwa untuk umat Islam di dunia Islam, oleh itu fatwa mereka tidak ada kedudukan.

Soalan: Jadi apakah perbezaan-perbezaan yang dinyatakan di antara Syiah dan Sunni?

Jawapan: Perbezaan ini dicipta oleh politik luar; mereka mahu memecah-belahkan Syiah dan Sunni.

Soalan: Saya ingin bertanya satu soalan penting iaitu Syiah yang tidak menerima Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar (ra), bagaimana tuan boleh panggil mereka Muslim?

Jawapan: Ya, mereka tidak menerimanya, tetapi adakah beriman kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar (ra), ada dalam aqidah Islam? Perkara (isu) Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar (ra), adalah satu perkara sejarah dan sejarah tidak ada kaitan dengan aqidah keimanan (prinsip-prinsip kepercayaan).

Soalan: Terdapat satu bantahan ke atas Syiah kerana mereka mengatakan bahawa Imam Zaman mereka masih hidup sejak seribu tahun?

Jawapan: Ianya harus dan mengapa pula ia bukan suatu kemungkinan, walau bagaimanapun, kita juga mempunyai kepercayaan yang sama, ia tidak perlu dibangkitkan.

Soalan: Apakah mungkin kanak-kanak berumur lapan tahun menjadi Imam? Syiah percaya bahawa kanak-kanak lapan tahun telah menjadi Imam?

Jawapan: Apabila seorang kanak-kanak boleh memegang giliran martabat kenabian, dengan itu kanak-kanak berumur lapan tahun juga boleh menjadi Imam, tidak ada yang pelik di sini, bagaimanapun, seharusnya kita yang bermazhab Ahl Al-Sunnah tidak mempunyai kepercayaan ini, tetapi ini tidak bermakna bahawa orang-orang Syiah bukan orang-orang Islam.

Rujukan fatwa sejarah yang telah diberikan oleh Syeikh Al-Azhar dalam temu bual di atas, juga telah dikeluarkan oleh Shaykh Shaltut yang merupakan Syeikh Al-Azhar di zamannya, fatwanya adalah seperti berikut:

Agama Islam tidak pernah membataskan umatnya untuk mengikuti mana-mana mazhab tertentu, tetapi kita mengatakan bahawa setiap orang beriman pada mulanya mempunyai hak untuk mengikut mana-mana mazhab daripada semua mazhab yang telah telah dirujuk kebenarannya, dan peraturan yang telah disebutkan dalam kitab-kitab mazhab tertentu dan begitu juga jika sesiapa sahaja yang mahu meninggalkan mazhab dan mengikut mazhab yang lain, dia boleh melakukannya dan tidak ada sekatan ke atasnya.

"Untuk mengikuti mazhab Ja'afari yang juga dikenali sebagai mazhab Imamiyah atau Itsna ‘Asyara seperti yang dibenarkan untuk mengikuti mazhab-mazhab Ahl Al-Sunnah dan umat Islam perlu memahami perkara ini dan harus mengelakkan prasangka dan berat sebelah. Agama dan Syariah Allah tidak tertakluk kepada mana-mana mazhab dan tidak bergantung dan terhad kepada mana-mana mazhab. Sesiapa sahaja yang mencapai taraf Ijtihad dipanggil Mujtahid dan tindakannya akan diterima di hadapan Allah dan sesiapa yang tidak mempunyai kemampuan untuk berijtihad, ia dibenarkan untuk mengikuti (bertaqlid) kepada mereka yang menghurai masalah-masalah fiqh. Dalam masalah ini tidak ada perbezaan antara ibadah dan urusan-urusan. "

Syeikh Al-Azhar Dr Ahmad Taiyib, dari awal, telah menyatakan kesederhanaan dan perpaduan ummah. Pada 19 Julai 2010, kami telah melawat beliau bersama-sama dengan perwakilan Ittihad Tanzimaat Madaris Pakistan. Pada kesempatan itu beliau berkata:

Terdapat pelajar yang belajar di sini dari semua mazhab Islam. Bagaimanapun yang bermazhab Hambali adalah sedikit kerana mereka pergi ke Arab Saudi dan mazhab ini tidak tersebar luas di daerah ini. Kami juga menganggap perundangan mazhab Ja'afari sepertimana perundangan mazhab-mazhab Islam yang lain. Tidak ada satu tafsiran tertentu mengenai Islam. Perundangan Islam terdiri daripada semua mazhab. Tidak ada mana-mana kepekaan (sensitiviti) mengenai isu-isu Sunni-Syiah. Kami mempunyai pendapat yang sederhana (pertengahan) di kalangan umat Islam. Terdapat banyak majalah yang diterbitkan di sini yang merupakan penzahiran hakikat ini. Kami juga percaya kepada mistik Islam.

Pada kesempatan ini, beliau berkata lagi:

"Kami juga menghormati falsafah mazhab-mazhab yang berbeza. Falsafah Ishraaq, falsafah Misyai, atau falsafah Mulla Sadra, kita tidak mempunyai apa-apa sensitiviti terhadap mana-mana falsafah. Terdapat juga Ulama yang terkenal dalam bidang mistik. Terdapat ramai guru-guru fahaman Asy'ari dan Mu'atazili. Terdapat mazhab Kufi dan Bashri juga, tetapi tiada seorang pun menghujah satu sama lain. Kami yakin perpaduan umat Islam di Timur dan Barat.

Pada tahun 2010, pemimpin Rohani Republik Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenai telah mengeluarkan fatwa, dengan mengatakan bahawa penghinaan kesucian Ahl Al-Sunnah dan khasnya dalam menghina isteri-isteri Nabi (S) adalah haram, yang dihargai di seluruh dunia Islam. Dr Ahmad Taiyib juga menghargai fatwa ini dan berkata bahawa fatwanya adalah sangat berguna terutama untuk mengelakkan perpecahan dan menutup pintu persengketaan.

"Saya menerima keputusan daripada Imam Ali Khamenai dengan pujian dan syukur mengenai penghinaan kesucian para Sahabat (ra). ini adalah satu fatwa yang telah dikeluarkan dengan pengetahuan yang tepat dan pada asas-asas kefahaman yang mendalam mengenai bahaya Ahl Fitnah adalah tanda dalam semangat kesatuan dan perpaduan di kalangan umat Islam. Perkara yang meningkatkan kepentingan fatwa ini adalah bahawa, keputusan ini telah dikeluarkan oleh seorang ulama besar dunia Islam, Marja' antara Marja'-marja' besar di dunia Syiah dan dari seorang pemimpin yang hebat Republik Islam Iran.

Saya, atas asas-asas pengetahuan saya dan tanggungjawab syariah yang dipikulkan di bahu saya boleh mengatakan bahawa perjuangan untuk kesatuan dan perpaduan di kalangan umat Islam adalah wajib dan perbezaan antara fahaman agama Islam mestilah dihadkan kepada ulama dan perbezaan ini tidak boleh membahayakan perpaduan umat Islam, kerana Allah berfirman:

﴿وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ﴾

"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [8:46] 

Dengan cara yang sama, saya mengumumkan bahawa mana-mana orang yang mencipta perbezaan dan perpecahan di kalangan umat Islam, beliau adalah seorang yang berdosa, dan patut mendapat kemurkaan dari Allah dan yang patut dikeji oleh umat.

Pada akhir kenyataan di atas, Syeikh Al-Azhar memohon kepada Allah, Semoga Allah menjadikan fatwa yang dikeluarkan oleh Imam Khamenai sebagai permulaan kebahagiaan dan asas perpaduan di kalangan umat Islam. Beliau mengajak umat Islam untuk berpegang teguh pada tali Allah dan menjauhkan diri dari melawan peraturan.