Sunday 28 February 2016

Peraturan Mengenal Al-Hujah


Peraturan Mengenal Al-Hujah: Bagaimana Membezakan Pendakwa Yang Betul Daripada Pendakwa Palsu 
               
Tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang paling asas yang kita lihat hari ini mestilah diberi pertimbangan dan garis panduan, dengan itu kita dapat mengetahuinya. Bagi emas berharga ada timbangannya, begitu pula dengan buah-buahan mempunyai gejala tabiei (aturan umum) dan mempunyai timbangannya dan aturan untuk menerokainya. Maka demikian sunnah (tabiei) yang Allah SWT jadikan pada Ketinggian PeraturanNya untuk membezakan khalifah-Nya dari manusia biasa yang lain.

Tajuk ini menerangkan bagaimana (tokoh) Al-Hujah dikenali pada setiap zaman, sama ada mereka adalah para nabi atau pemegang wasiat (Aushiak) atau raja-raja yang dilantik oleh Allah, dan membezakannya pendakwa-pendakwa yang benar dari pendakwa-pendakwa yang palsu. Bahawa Peraturan ini diterangkan Allah di dalam Al-Quran Al-Karim. Seperti yang disahkan oleh riwayat-riwayat Muhammad (S) dan Aali Muhammad (as).

Peraturan Mengenal Al-Hujah dari Al-Quran Al-Karim


Dalam memperkatakan Khalifah Allah Al-Mahdi (as), Adakah Allah SWT meletakkan peraturan untuk mengenal penyeru Al-Haq pada setiap zaman kerana dia adalah Hujjah Allah atas hambaNya dan Khalifah Allah di bumiNya dan taat kepadanya adalah ketaatan kepada Allah dan mengingkarinya bererti bermaksiat kepada Allah, beriman dan mematuhinya adalah beriman dan taat kepada Allah, dan kufur dan berpaling darinya adalah kufur dan berpaling dari Allah.

Atau adakah Allah meninggalkan urusan ini begitu saja, tidak menentukannya (Maha Suci dan Maha Tinggi Dia dari sifat kekurangan), Dia Maha Bijaksana Lagi Sempurna (Al-Hakim Al-Mutlak) dan menentukan kadar pada semuanya dengan ketentuanNya,
﴿وَكُلُّ شَيْءٍ عِندَهُ بِمِقْدَارٍ﴾
(Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.) [Al-Ra3d 13:8]
Dan Dia SWT,

﴿عَالِمِ الْغَيْبِ لا يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلا فِي الْأَرْضِ وَلا أَصْغَرُ مِنْ ذَلِكَ وَلا أَكْبَرُ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ﴾

Maha Mengetahui yang ghaib. Tidak ada tersembunyi daripada-Nya sebesar zarrahpun yang ada di langit dan yang ada di bumi dan tidak ada (pula) yang lebih kecil dari itu dan yang lebih besar, melainkan tersebut dalam Kitab yang nyata", [Saba’ 34:3] 

Hakikat yang diperlukan adalah Al-Hikmah Ilahiyah yang meletakkan peraturan untuk mengenal Khalifah Allah di bumiNya pada setiap zaman, dan perlulah meletakkan peraturan ini sejak dari hari pertama Allah SWT menjadikan KhalifahNya di bumiNya, maka tidak mungkin peraturan itu wujud secara secara tiba-tiba pada salah satu risalah samawi yang baru, sedangkan ia sepatutnya tanggung jawab yang telah wujud sejak awal lagi.

Sekurang-kurangnya iblis, sebagai mukallaf (yang bertanggung jawab) pada masa tersebut (sejak hari pertama), memerlukan aturan itu untuk mengenal pembawa kebenaran Ilahi. Jika tidak, sudah tentu ia akan dijadikan alasan untuk tidak menjadi pengikut kebenaran kerana tidak mampu membezakan dan tidak adanya aturan untuk mengenal khalifah yang diangkat Allah SWT ini. Dan ukuran untuk menentukan kumpulan pada hari pertama di mana Allah menjadikan KhalifahNya di bumiNya ialah:
                  
Selepas Allah menciptakan Adam (as) dan diajarkan kepadanya semua nama-nama. Kemudian Allah memerintahkan malaikat dan iblis pada masa itu mengabdi dengan sujud kepada Adam.
         
Bahawa Allah menyediakan nash bagi Adam dan dia adalah KhalifahNya di bumiNya di hadapan malaikat (as) dan iblis.

Allah berfirman:

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ﴾

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".[Al-Baqarah 2:30] 

﴿وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!" [Al-Baqarah 2:30] 

﴿فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ

Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan kedalamnya ruh-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. [Al-Hijr 15:29] 

﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلاً﴾

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim. [Al-Kahf 18:50] 

Ketiga-tiga perkara ini adalah peraturan Allah SWT untuk mengenal Al-Hujah ke atas manusia dan Khalifah Allah di bumiNya ini dan ketiga-tiga perkara ini adalah peraturan yang Sunnah Allah SWT untuk melihat KhalifahNya, sejak hari pertama, dan sunnah Ilahiyah ini akan berjalan sehingga dunia berakhir dan datangnya Al-Saah.

﴿سُنَّةَ اللَّهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلاً

Sebagai sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum(mu), dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati peubahan pada sunnah Allah. [Al-Ahzab 33:62] 


﴿سُنَّةَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلاً

Sebagai suatu sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu. [Al-Fath 48:23] 


Peraturan Pelantikan Imam, Ketua Dan Khalifah Allah Disokong Oleh Akal Yang Sihat

Begitulah juga dengan orang yang memiliki kilang perusahaan atau perladangan atau kapal pengangkutan atau apa jua milikan yang mempunyai para pekerja di dalamnya dia mesti melantik seorang dari mereka bagi mengetuai mereka semua, dan mesti disebutkan namanya, jika tidak akan berlaku huru-hara. Begitulah juga mesti yang paling berilmu dan yang terbaik daripada mereka dan perlu diperintahkan kepada mereka supaya taat kepadanya untuk mencapai apa yang diharapkan. Sebaliknya jika peribadi ini lemah dalam mana-mana jua dari tiga perkara tersebut, maka jauhlah ia dari kebijaksanaan berbanding kebodohan. Maka bagaimana boleh Allah membiarkan mana-mana daripada tiga perkara ini pada manusia sedangkan Dia Maha Sempurna lagi Bijaksana?!!

Jika seseorang memiliki kapal atau kilang perusahaan atau apa jua milikan yang mempunyai sekumpulan pekerja manusia di dalamnya.

Tidakkah ia sepatutnya melantik nakhoda kapal atau pengarah kilang atau pemimpin orang-orang ini dan tidak membiarkan kapal ini tenggelam atau musnahnya tanam-tanaman atau berlaku kerosakan disebabkan sifat kerjanya yang bodoh atau kurang bijaksana ini.

Kemudian melantik nakhoda kapal atau pengarah kilang atau pemimpin orang-orang tersebut, tetapi dia tidak mengajar mereka dalam pengurusan perkapalan atau pengurusan kilang atau memimpin orang-orang tersebut dan hasilnya berkuranglah pengeluaran kilang, atau berlaku kecemasan yang menyebabkan kemudaratan tertentu seperti tenggelamnya kapal kerana jahil dalam peraturan mengurus kilang atau mengendalikan kecemasan, namun kerjanya ini menggambarkan kebodohannya atau jauh dari kebijaksanaan. Bukankah sepatutnya dipilih yang lebih bijak dan lebih tahu dari yang ada. Atau menyediakan pilihan ilmu yang diperlukan untuk menjadikan ia lebih berkesan dan lebih baik untuk pengurusan perkapalan dan menyerahkannya kepada yang cintakan keselamatan dan yang ikhlas mengurus kilang untuk mencapai pengeluaran yang terbaik.
                         
Sekiranya kita menganggap bahawa orang ini telah dilantik sebagai nakhoda kapal atau pengarah kilang atau pemimpin orang-orang tersebut dan telah mengajar mereka dan yang paling sesuai untuk melayarkan kapal dan menguruskan kilang, tetapi tidak memerintahkan manusia supaya taat kepada nakhoda atau pengurus atau pemimpin dan setiap orang bertingkah laku mengikut sesuka hati dan keinginan kerana mereka tidak diwajibkan untuk mematuhi pemimpin yang ditetapkan dan hasilnya adalah keadaan kucar-kacir atau kerosakan kerana perintahnya bagi orang-orang tersebut supaya taat kepada nakhoda atau pemimpin, hanya disifatkan jauh dari kebijaksanaan berbanding kebodohan, kemudian tiada faedah pelantikan kuasa yang diberikan kepada pemimpin itu jika tidak diperintahkan orang-orang tersebut untuk taat kepadanya. Saya tidak fikir seseorang yang waras akan mengatakan ini adalah bijak selain mengatakan (mesti dilantik pemimpin dan ia mesti mempunyai kuasa atau yang menyediakan semua keperluan ilmu dan mesti diperintahkan supaya orang yang dipimpinnya mentaatinya)

Ini ada di dalam Al-Quran pada Khalifah Allah SWT yang pertama di buminya dan diletakkan peraturan ini, iaitu peraturan mengenal Khalifah Allah dan HujahNya ke atas hamba-hambaNya, bahkan peraturan untuk mengenal Allah, kerana dengan mengenal Khalifah Allah sahaja manusia akan mengenali Allah.

Pelantikan Imam, pemimpin dan Khalifah Allah dalam firmanNya:

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ﴾

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".[Al-Baqarah 2:30] 

Dan jadilah khalifah ini lebih berilmu di dalam ayat:

﴿وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku semus nama-nama itu jika kamu semamangnya orang-orang yang benar!" [Al-Baqarah 2:31] 

Ia adalah ketaatan kepada khalifah dalam ayat:

﴿فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ

Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan kedalamnya ruhKu, maka sujudlah kamu kepadanya. [Al-Hijr15:29] 

Bahkan juga dengan merujuk di dalam Taurat dan Injil akan didapati banyak nash-nash yang berkaitan sama sepenuhnya dengan nash Al-Quran dalam menerangkan peraturan mengenal Khalifah Allah atau peraturan mengenal Allah adalah ketiga-tiga perkara yang sama seperti yang digariskan.

Maka seorang washi Rasul Allah adalah orang yang lebih berilmu dari manusia lain selepas Rasul Allah, dan bahawa Rasul Allah memerintahkan manusia untuk taat kepada perintah Allah, Peribadi itu mesti ada ketiga-tiga perkara tersebut, jika mengatakannya tanpa ketiga-tiga perkara tersebut dia telah menuduh Allah SWT tidak bijaksana? Dan tuntutlah jawapan kepada mereka yang memintanya, dan berharap agar mereka berlaku adil kepada diri mereka sendiri dengan jawapan yang benar

Perlu kita memberi perhatian bahawa di sana dari awal lagi orang yang menolak dari patuh kepada perintah Allah SWT dan menolak adanya perantara di antara dia dengan Allah dan enggan menerima Adam (as) adalah kiblat kepada Allah. Penolakan inilah yang menjadikan Iblis keji dan dilaknat oleh Allah. Ya Iblis (Merak Malaikat) ini dengan pasti telah menolak sujud kepada Adam (as). Diharapkan agar kemudiannya hal Merak Malaikat ini diingatinya terlebih dahulu kepada sesiapa sahaja yang mahu menjawab soalan ini, Firman Allah

﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلاً

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim. [Al-Kahfi 18:50] .

Apabila Kita Sampai Kepada Peraturan Ilahi Ini Secara Terperinci

Kita dapati bahawa nash Ilahi atas Adam (as) beralih kepada wasiat untuk disebabkan adanya Khalifah sebelumnya dan dia menyatakan siapa selepasnya atas perintah Allah SWT dan ini adalah sebahagian daripada tugasnya sebagai Khalifah kepada Allah di bumiNya, Firman Allah:

﴿إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا﴾

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, [AlNisa’ 4:58] 

Allah SWT telah mengajarkan kepada Adam nama-nama yang bermaksud mengenalkannya hakikat daripada nama-nama Ilahiyah yang mengesahkannya dan telah menampakkannya siapa yang akan menjadi Khalifah Allah di bumiNya. Dan dia (as) yang memberitahu malaikat nama-nama semua yang dengannya mereka mengetahui hakikat nama-nama Ilahiyah yang mencipta mereka, Maka Allah SWT mengenalkan kepada Adam semua nama-nama Ilahiyah, mengikut maqamnya (as). Adapun Malaikat mereka semua tidak tahu melainkan satu nama atau nama-nama yang darinya mereka dicipta dan ini mengesahkan kesahihan Adam (as) atas mereka dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan (Ilmu dan Hikmah).

Perkara ketiga dalam peraturan Ilahi ini adalah perintah Allah SWT kepada para malaikat dan Iblis supaya sujud kepada Adam. Dan ini adalah satu perintah bagi mengesahkan perlaksanaan amalan bagi Khalifah yang seterusnya sebagaimana Allah memberi kuasa kepadanya, dan perlaksanaan amalan untuk pekerja Allah (malaikat) untuk mejalankan peranan mereka sebagai pekerja dan pelajar di sisi Khalifah (Adam, as) ini. Perkara ini membuktikan bahawa Hakimiyah Allah (Ketuanan Allah) dan Kerajaan Allah di bumiNya dicapai melalui mentaati Khalifah Allah di bumiNya ini . Oleh itu semua rasul-rasul termasuk Muhammad (S) mereka membawa panji ini (Al-Bai3atu Lillah - ikrar taat setia kepada Allah atau Hakimiyah Allah (Ketuanan Allah) atau Kerajaan Allah)
                           
Mereka menghadapi orang-orang yang memperakui Hakimiyah Manusia (Ketuanan Pilihan Manusia) dan tidak menerima Hakimiyah Allah (Ketuanan Allah) dan Kerajaan Allah SWT. Mereka sentiasa dituduh (didakwa) kerana kebatilan ini dan cara yang bertentangan ini,

kerana sebelum ini mereka telah berkata mengenai Isa (as), bahawa dia tamakkan (kuasa pemerintahan) Raja Bani Israel, pada hal ia bukanlah seperti itu. Dan dikatakan mengenai dakwah Muhammad (S),

(أنه لا جنة ولا نار ولكنه الملك)

"Bahawa tiada syurga, tiada neraka, tetapi ia adalah Kerajaan.",

Yang bererti bahawa Muhammad (S), datang untuk meminta (mencari) kuasa pemerintahan untuk dirinya dan Ahli Baitnya. Dan telah mengatakan mengenai Ali (as), "Sesungguhnya dia tidak sabar-sabar dengan kekuasaan [Kerajaan]", walaupun mereka mendengar dia (Ali) berkata: "Tiada bagi Ali kuasa pemerintahan yang tidak kekal ", dan mereka menyaksikan kezuhudannya dan menjauhi dunia dan perhiasannya.

Pada hal ini adalah perintah Allah kepada mereka supaya mereka menuntut KerajaanNya SWT dan mereka juga tahu bahawa manusia tidak akan menyerahkan kerajaan mereka, bahkan juga akan didedahkan ejekan, cemuhan dan penghinaan mereka, dan percubaan mereka untuk membunuh atau memenjarakannya. Ini adalah sama seperti Isa (as) mereka memakaikannya sebuah mahkota dari duri dan mereka mengejeknya sebelum menyalibnya dan Ali (as) dipecahkan pintu rumahnya dan patah tulang rusuk isterinya Al-Zahra’ (as) dan dia diseret dari rumahnya dengan pedang-pedang dihalakan ke mukanya. Begitu pula Musa bin Ja'far (as) yang dihadkan menjadi tebusan (Fadak) sebagai raja dan Khalifah Allah di bumiNya dipenjarakan sehingga mati. Namun begitu, ramai orang yang jahil menjadikan ia menyerupai mereka dengan mendakwa sebagai pemegang kebenaran yang dimiliki Allah SWT sebagai alasan untuk menjatuhkan mereka dan mereka melaungkan berada di pihak pemegang kebenaran Ilahi bahawa dia hanya datang tidak lain hanya untuk menuntut kerajaan. Adakah benar jika Khalifah Allah di bumiNya mencari dunia atau Raja seperti yang tuntutan asasnya dan dia tahu bahawa tuntutan ini tidak dapat tidak, akan menyebabkan kesuciannya dipersendakan dan akan disindir sebagai pencari dunia ..

Kemudian akan melalui jalan yang lain yang diketahui oleh semua orang, tetapi mereka lupa satu jalan yang semua orang-orang disesatkan kepada kekuasaan duniawi, penipuan, pembunuhan dan ugutan, sedangkan Ali (as) menuntut kerajaan mengatakan, Aku washi (pemegang wasiat) Muhammad dan aku Khalifah Allah di bumiNya. Sebaliknya, orang yang mendapat kerajaan duniawi, Abu Bakar Ibn Abi Quhafah
berkata, “Lepaskanlah aku, aku bukan yang terbaik dari kalangan kamu.” Maka adakah Ali seorang pencari dunia atau Ibnu Abi Qahafah yang zuhud dengan kerajaan duniawi yang menafikan hak pemegang wasiat (Al-Washi) (as) dan mengingkari wasiat Rasulullah (S) untuk kerajaan duniawi?!! Mengapa kalian (berbuat demikian); bagaimana kalian memutuskannya??!!
.
Wasiat khususnya didatangkan kepada semua Aushiak (as) dan mereka mengesahkannya dan walaupun dalam keadaan yang paling sukar. Kita dapati Al-Hussein (as) di Karbala memberitahu mereka: Lihatlah di bumi adakah kamu dapati sesiapa yang paling dekat dengan Muhammad (S) dariku. (Aku satu-satunya cucu Muhammad di bumi ini). Ini mengesahkan bahawa Al-Hussein (as) pemegang wasiat (Al-Washiah) dan nash Ilahi

﴿ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِنْ بَعْضٍ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾

Satu keturunan yang sebahagiannya dari sebahagian yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Aali Imran 3:34] 

Tentulah orang-orang yang memahami ayat ini tahu bahawa Al-Hussein (as) sebagai pemegang wasiat (Al-Washiah) mahu mengkhususkan untuk dia (as) kerana dia adalah satu-satunya zuriat yang diberikan kuasa khalifah.

Peraturan Ilahi Dalam Zaman Kezuhuran Suci

Selepas kita mengetahui wujudnya peraturan ilahi untuk mengenal Khalifah Allah di bumiNya ini dan ia telah disebutkan di dalam Al-Quran Al-Karim yang juga dibawa oleh semua para nabi dan rasul-rasul (as) ...... Kita juga perlu gunakan dan beramal dengan Peraturan Ilahi dalam zaman Kezuhuran Suci ini (zaman Yusuf Aali Muhammad (salah satu gelaran Ahmad Al- Hassan Al-Yamani (as)) kerana sesiapa yang tidak menggunakan Peraturan ini ia akan menjadi pengikut Iblis (la) seperti yang telah dijelaskan, dan anda juga akan dapati dalam Injil bahawa Isa (as) mengesahkan bahawa para nabi terdahulu dari Bani Israel telah mengingatkan dan mengembirakan mereka serta mewasiatkan mereka mengenainya. Ia juga datang dengan ilmu dan hikmah dan juga mengibarkan panji-panji Al-Bai3atu Lillah dan menuntut kerajaan Allah dan HakimiyahNya, Muhammad juga mengesahkan perkara ini dan menerangkan para nabi terdahulu mengingatkan dan mengembirakan mereka serta mewasiatkan mereka mengenainya dan telah disebutkan di dalam Taurat dan Injil bahawa baginda (S) datang untuk mengajar Al-Kitab dan Al-Hikmah dan mengibarkan panji-panji Al-Bai3atu Lillah dan menuntut kerajaan Allah dan HakimiyahNya SWT di bumiNya.

Begitu juga Aali Muhammad (as) dimana terdapat banyak riwayat dari mereka (as) yang mengesahkan peraturan Ilahi ini supaya tidak menyesatkan Syiah mereka, tetapi malangnya mereka yang mendakwa sebagai Syiah mereka pada akhir zaman mereka memilih tidak beriman (kufur) dengan riwayat mereka dan berpaling darinya dan dari Al-Quran kerana mengikut ulamak yang tidak beramal yang menyesatkan mereka dan mengelirukan mereka dari kebenaran dengan kepalsuan dan mereka tidak lagi mempunyai peraturan untuk mengenal hujah dari Allah dan Khalifah Allah, dengan peraturan Ilahi ini untuk mengenal hujah dari Allah dan Khalifah Allah dan washi yang dengannya manusia diuji. Ia terdapat di dalam Al-Quran dan telah diterangkan dengan sejelas-jelasnya agar sesiapa yang mendakwa bahawa mereka adalah Syiah Aali Muhammad dan umumnya penganut agama-agama Ilahiyah menghidupkan peraturan ini yang menyelamatkan diri mereka dari api neraka

Jika pemilik kebenaran Ilahi, washi dan Mahdi pertama (washi dan utusan Imam Mahdi (as) yang disebut dalam wasiat Rasulullah (S) pada malam kewafatan baginda), Penghibur para nabi dan utusan-utusan Allah yang datang pada akhir zaman, ia datang dengan tiga perkara berikut, iaitu:


Wasiat: 

Ini bermakna bahawa yang sebelumnya (as) telah mewasiatkannya dan mereka menyatakan nama, sifat dan tempat tinggal seperti wasiat kepada Nabi Muhammad daripada nabi-nabi (as) yang sebelumnya dengan menyebutkan namanya dan sifatnya bahawa dia menunggang unta dan tempat tinggalnya di Faran sekarang Mekah dan sekitar (‘Arafah), riwayat-riwayat menunjukkan pada pemegang amanah (washi) pada akhir zaman dengan nama, sifat dan tempat tinggalnya ada cukup banyak .

Ia Juga Datang Dengan Ilmu Dan Hikmah 


Muhammad Rasulullah (S) juga datang membawa Ilmu dan Hikmah, Firman Allah:
                                         
﴿هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولاً مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ

(Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Al-Kitab dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata,) [Al-Jumu'ah 62:2] 

Rasul ini adalah Muhammad bin Abdullah (r) diutus pada orang-orang awal dari umat ini, dan kemudia Allah SWT berfirman:
                                         
﴿وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
                                         
Dan yang lain dari mereka yang belum berhubungan dengan mereka. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana..) [Al-Jumu'ah 62:3] 

Utusan ini yang lain dari mereka adalah Mahdi Pertama, anak Imam Mahdi (as) dan yang menghantarnya adalah Imam Mahdi (as) yang juga mengajarkan mereka Al-Kitab dan Hikmah, yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad (S) dan nama baginda (S) di langit adalah Ahmad, Mahdi Pertama namanya di bumi adalah Ahmad dan di langit adalah Muhammad, maka ia adalah gambaran bagi Rasulullah Muhammad (S) dan diutus sebagaimana diutus Muhammad (S) dan juga mengalami apa yang dialami Muhammad (S). Maka sudah tentulah ada Quraisy dan sekutu-sekutunya dan Umm Al-Quraa (ibu atau induk dari kota-kota), penghijrahan, bandar (Al-Madinah) dan semua yang nerkaitan dengan seruan dakwah Nabi Muhammad (S) hanya pengesahan (membenarkan) dan wujud perubahan tetapi ia adalah bayangan seperti itu dan seperti mereka itu.

Perkara ketiga: tuntutan Hakimiyah Allah dan Kerajaan ilahi: 

Harus disedari pada hakikatnya bentuk kehidupan bagi menerangkan pemilik kebenaran Ilahi, hikmat, ilmu dan makrifat kepadaNya-lah kesudahan segala urusan, Alhamdu Lillah. Ini adalah rahmat (keutamaan) dari Allah SWT, ke atas semua ulamak yang tidak beramal yang mendakwa (menyeru) kepada Hakimiyah Al-Nas (Ketuanan Manusia) dengan pilihan raya, Syura dan Saqifah pada akhir zaman, tetapi pemegang amanah (Al-Washi) dengan rahmat Allah tidak pernah redha melainkan dengan Hakimiyah Allah dan Kerajaan Allah SWT dan tidak pernah melampaui jalan yang dinyatakan oleh Muhammad dan Aali Muhammad (as),

Manakala ulamak yang tidak beramal mereka telah berpaling dan menyimpang dari jalan yang benar dan menyatakan keutamaan bentuk kuasa mahkamah daripada mengibarkan panji-panji Nabi Muhammad (S) ((Al-Bai3atu Lillah - setia kepada Allah)) dia adalah satu-satunya washi.

Ada pun sesiapa yang sepertinya maka mereka telah mengibarkan panji-panji pilihan raya dan Hakimiyah Al-Nas (Ketuanan Manusia) dan dia telah meletakkan ketaatan (bai3ah) pada leher mereka kepada taghut penzalim dan secara sukarela, bahkan mereka adalah orang yang telah menyeru manusia dan menipu orang ramai kerana kejahilan mereka dengan aqidah yang tidak diredhai oleh Allah SWT kerana Ahl Al-Bait (as) telah menerangkannya dengan sangat jelas dan dengan darah Al-Hussein di Karbala adalah saksi terbaik untuk itu, walaupun Fatimah Zahra (as) apabila kaumnya tidak menghiraukan washi mereka Ali (as) dia mengucapkan kata-kata:

(Ada pun bagi Umar tuhanmu, telah menyuburkan penangguhan sementara menunggu memetik hasil, kemudian memenuhkan bekas susu dengan darah segar dan racun yang membawa maut, di sana terdapat yang merugikan orang-orang yang batil dan yang mengenal orang yang berjaya, hasil yang diasaskan orang terdahulu, kemudian mereka mewangikan diri kamu seorang demi seorang, dan menenangkan dengan fitnah kebimbangan dan khabar gembira dengan pedang yang mengancam dan permainan yang sempurna dan kedurjanaan orang-orang yang zalim, yang menyerahkan harta rampasan pada kamu dalam jumlah yang sedikit dan meraih tanaman kamu. Melalui kesedihanku pada kamu, pada hal aku bersama kamu tetapi telah disamarkan padamu. Apa akan kami paksakankah kamu menerimanya, sedangkan kamu tidak menyukainya) Ma3ani Al-Akhbar - Al-Syeikh Al-Shaduq halaman 355

Hari ini mereka mengetahui yang diri kamu berjaya memenuhkan bekas susu dengan darah segar.

Adakah keadaan ini kamu mendapat hukuman dari Allah SWT atau tidak?!!! Jauh dalam diri kamu mengakui bahawa ia adalah hukuman dari Allah, tetapi kamu takut untuk mengakui dengan mulut-mulut kamu supaya jangan ada orang mengatakan kepada kamu bahawa Ahmad Al-Hassan diutus oleh Imam Mahdi (as) dan ia adalah risalah ilahi seperti Allah berfirman:

﴿وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً

(dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul) [Al-Israa’ 17:15] 


Mukjizat Kebendaan

(Sebahagian Nabi-nabi dan rasul-rasul didatangkan dengan mukjizat dan begitulah juga kedatangan Ahmad Al-Hassan (as) dengan mukjizat dan keramat-keramat dan khabar-khabar ghaib dan kebanyakan darinya adalah rakaman suara dan video yang dibawa oleh beberapa saluran satelit. Tetapi mengemukakannya di sini sebagai persembahan apa jua mukjizat sebagai peraturan (pengesahan) tidak dapat membezakan dan tidak memberi kesan dalam mengenal hujah-hujah dari Allah.)

Mukjizat kebendaan, ia tidak boleh dijadikan satu-satunya cara untuk manusia beriman, bahkan Allah tidak redha (terima) beriman dengan kebendaan semata-mata. Sekiranya diterima iman seperti ini sudah tentu iman Firaun diterima selepas melihatnya (mukjizat).

Melihat mukjizat kebendaan adalah penerimaan secara terpaksa tanpa takwil. Ia melihat laut terbelah, dan melihat setiap jurang dari belahannya seperti gunung yang besar yang boleh disentuh dengan tangannya, lalu ia berkata:

﴿آمَنْتُ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرائيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ

("Aku beriman bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dimani oleh Bani Israil, dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri (Islam)". [Yunus 10:90] 

Tetapi Allah tidak terima iman seperti ini:

﴿آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنْتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ

(Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan.) [Yunus 10:91] 

Allah telah meninggalkan jasad Firaun untuk menjadi tanda kepada manusia untuk memikirkannya.

﴿فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً وَإِنَّ كَثِيراً مِنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ


(Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lalai dari tanda-tanda kekuasaan Kami.) [Yunus 10:92] 

Tetapi hanya sebahagian kecil yang telah mengambil manfaat dari ayat ini, dan
(sesungguhnya kebanyakan dari manusia lalai dari tanda-tanda kekuasaan Kami) Mukjizat juga bukanlah untuk dikemukakan kepada setiap orang yang memintanya. Jika demikian akan menjamin semua manusia beriman secara terpaksa atas apa yang mereka lihat dari keupayaan tarikannya dan mereka tidak berupaya untuk berhadapan dengannya, dan ini tidak akan terjadi melainkan dengan menyerahkan urusan ini pada kenyataan sebenar dan bukanlah menyerah dan menerima yang ghaib (secara paksa) kerana Allah SWt adalah maha Ghaib dan supaya mempertimbangkan tentang mukjizat-mukjizat para nabi yang semuanya didapati datang sesuai dengan apa yang tersebar di zaman mereka. Seperti Musa datang dengan tongkat yang menjadi ular ketika puluhan batang tongkat dibaling ia kelihatan seperti ular pada anggapan manusia. Begitu juga Isa datang untuk menyembuhkan orang-orang sakit pada masa tersebarnya rawatan perubatan, dan Mohammed (S) datang dengan Al-Quran bagi kaum yang masyhur dengan kata-kata dan syair (puisi), perkara itu didatangkan sesuai dengan apa yang diterima pakai. Allah berfirman:

﴿وَلَوْ جَعَلْنَاهُ مَلَكاً لَجَعَلْنَاهُ رَجُلاً وَلَلَبَسْنَا عَلَيْهِمْ مَا يَلْبِسُونَ

(Dan kalau ia Kami jadikan malaikat, tentulah Kami jadikan dia berupa seorang lelaki, dan tentulah Kami (dengan yang demikian) menyebabkan mereka kesamaran sebagaimana mereka sengaja membuat-buat kesamaran.) [Al-An3aam 6:9] 
            
Dan apa yang diterima pakai dan yang sesuai hanyalah ruang untuk ditakwil (ditafsirkan) oleh para pentakwil yang tidak beriman kepada yang ghaib dan ruang yang tinggal untuk beriman kepada yang ghaib, dan beriman dengan kebendaan semata-mata bukanlah iman  dan bukanlah Islam, dan Allah tidak menerimanya. Allah berfirman:

﴿قُلْ يَوْمَ الْفَتْحِ لا يَنْفَعُ الَّذِينَ كَفَرُوا إِيمَانُهُمْ وَلا هُمْ يُنْظَرُونَ

(Katakanlah: "Pada hari pembukaan itu tidak berguna bagi orang-orang kafir, iman mereka dan tidak pula mereka diberi tangguh") [Al-Sajdah 32:29] 

Iman yang sempurna adalah beriman kepada yang ghaib seratus peratus. Ia adalah iman para nabi dan aushiak. Semua iman yang dicemari dengan tanda, dengan bersyarat, dengan keramat atau dengan mukjizat kebendaan adalah lebih rendah dan bernilai kecil sehinggakan mukjizat itu paksaan semata-mata dan tidaklah boleh ditakwil (ditafsirkan) mengenainya. tidak diterima iman dan Islamnya sebagai mana tidak diterima iman dan Islam Firaun kerana iman seperti itu adalah Iman kebendaan seratus peratus.
Allah menyifatkan orang-orang beriman kerana mereka adalah

﴿الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

(mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.) [Al-Baqarah 2:3] 

﴿الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ وَهُمْ مِنَ السَّاعَةِ مُشْفِقُونَ

(orang-orang yang takut akan (azab) Tuhan mereka, sedang mereka tidak melihat-Nya, dan mereka merasa takut akan (tibanya) hari kiamat.) [Al-Anbiak 21:49] 

﴿إِنَّمَا تُنْذِرُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَمَنْ تَزَكَّى فَإِنَّمَا يَتَزَكَّى لِنَفْسِهِ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ

(Sesungguhnya yang dapat kamu beri peringatan hanya orang-orang yang takut kepada azab Tuhannya (sekalipun) mereka tidak melihat-Nya dan mereka mendirikan sembahyang. Dan barangsiapa yang mensucikan dirinya, sesungguhnya ia mensucikan diri untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan kepada Allahlah kamu kembali.) [Fathir 35:18] 


﴿إِنَّمَا تُنْذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ وَخَشِيَ الرَّحْمَنَ بِالْغَيْبِ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ

(Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mahu mengikuti peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihatnya. Maka berilah mereka khabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia.) [Ya Sin 36:11] 


﴿ مَنْ خَشِيَ الرَّحْمَنَ بِالْغَيْبِ وَجَاءَ بِقَلْبٍ مُنِيبٍ
              
(orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat,) [Qaf 50:33] 

﴿لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ

(Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.) [Al-Hadid 57:25] 


﴿إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ

(Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar.) [Al-Mulk 67:12]




Wednesday 24 February 2016

Mitsaq dan 3ahd

Mitsaq dan 3ahd

Persetiaan dan Perjanjian Seluruh Nabi dan Manusia dengan Allah SWT.


Tajuk ini jarang dibincangkan, pada hal ia banyak kali disebut di dalam Al-Qur’an. Imam Ahmad Al-Hassan, Al-Yamani dan Mahdi Pertama (as) telah membongkarnya dan menerangkan kepada umat Islam di akhir zaman ini.

Hakikat penciptaan (Al-Khalq) tidak banyak diwar-warkan kecuali kita sering dibawa dengan Ikrar di Alam Alastu:

﴿وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَىٰ شَهِدْنَا أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ﴾

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap diri mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul, kami menjadi saksi". Supaya di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap perkara ini.",[Al-A3raf 7:172] 

Itu adalah Alam Alastu atau Alam Al-Zhar di mana Allah SWT mengambil Persetiaan terhadap diri semua manusia yang akan hidup di Alam Dunia ini di bawa oleh Adam (as) di sulbinya. Itu adalah Persetiaan Uluhiyah dan Rububiyan (Ketuhanan) terhadap penciptaanNya (Al-Khalq atau makhluk).

Persetiaan terhadap penciptaanNya yang paling mulia dan agung Muhammad (S) disebut di dalam ayat berikut,

﴿وَإِذْ أَخَذَ اللَّـهُ مِيثَاقَ النَّبِيِّينَ لَمَا آتَيْتُكُم مِّن كِتَابٍ وَحِكْمَةٍ ثُمَّ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مُّصَدِّقٌ لِّمَا مَعَكُمْ لَتُؤْمِنُنَّ بِهِ وَلَتَنصُرُنَّهُ قَالَ أَأَقْرَرْتُمْ وَأَخَذْتُمْ عَلَىٰ ذَٰلِكُمْ إِصْرِي قَالُوا أَقْرَرْنَا قَالَ فَاشْهَدُوا وَأَنَا مَعَكُم مِّنَ الشَّاهِدِينَ *فَمَن تَوَلَّىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil persetiaan dari para nabi: "Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, niscaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya". Allah berfirman: "Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami mengakui". Allah berfirman: "Kalau begitu saksikanlah dan Aku menjadi saksi (pula) bersama kamu". * Barang siapa yang berpaling sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. [Aali Imran 3:81-82]

Ibn Katsir dalam tafsir menyebut:

Allah memberitahukan bahwa Dia telah mengambil janji dari setiap Nabi yang diutusNya, sejak Adam (as) sampai `Isa (as). Janji itu adalah: Sungguh, bagaimana pun Allah berikan kepada salah seorang di antara mereka, berupa kitab dan hikmah lalu menyampaikannya, kemudian setelah itu datang seorang Rasul (Muhammad) setelahnya, niscaya ia akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya, di mana ilmu dan kenabian yang disandang mereka tidak menghalangmereka untuk mengikuti dan mendukung orang yang diutus setelahnya.

Jika nabi-nabi diambil Persetiaan-Nya apatah lagi seluruh manusia lain dan ia di rakam Allah di dalam firmanNya:

﴿وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ وَمِيثَاقَهُ الَّذِي وَاثَقَكُم بِهِ إِذْ قُلْتُمْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَاتَّقُوا اللَّـهَ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
                                                                      
Dan ingatlah nikmat Allah kepadamu dan Persetiaan-Nya yang telah diikat-Nya dengan kamu, ketika kamu mengatakan: "Kami dengar dan kami taati". Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengetahui isi hati. [Al-Maidah 5:7] 

Di dalam ayat di atas Allah menerengkan ikatan Persetiaan ini adalah suatu nikmat dariNya, dengan syarat “Kami dengar dan kami taati". Dan bertakwa kepada Allah. Jika tidak akan terjadi seperti pada ayat 82 Surah Aali Imran yang dibawakan di atas. “Barang siapa yang berpaling sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik”.  Fasik adalah perosak yang melakukan kejahatan.

Amat malang sekali perbuatan manusia, mereka melanggar persetiaannya kerana hatinya dijadikan keras oleh Allah kerana mereka melanggar persetiaan tersebut, Allah berfirman:

﴿فَبِمَا نَقْضِهِم مِّيثَاقَهُمْ لَعَنَّاهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَاسِيَةً ۖ يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَن مَّوَاضِعِهِ ۙ وَنَسُوا حَظًّا مِّمَّا ذُكِّرُوا بِهِ ۚ وَلَا تَزَالُ تَطَّلِعُ عَلَىٰ خَائِنَةٍ مِّنْهُمْ إِلَّا قَلِيلًا مِّنْهُمْ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاصْفَحْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ 
                                                                 
(Tetapi) karena mereka melanggar persetiaannya, Kami kutuki mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka merubah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) senantiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit diantara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah mereka dan biarkan mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. [Al-Maidah 5:13] 

Mereka yang melanggar persetiaan itu buta pada kebenaran hakiki di sisi Allah kerana dibutakan dengan keinginan duniawi dan amat mudah dipesongkan oleh Iblis (la) dan tentera-tenteranya (syaitan) dari jin dan manusia. Seperti yang digambarkan oleh Allah SWT:

﴿أَفَمَن يَعْلَمُ أَنَّمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ الْحَقُّ كَمَنْ هُوَ أَعْمَىٰ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ * الَّذِينَ يُوفُونَ بِعَهْدِ اللَّـهِ وَلَا يَنقُضُونَ الْمِيثَاقَ

Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran,* (yaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merusak persetiaan, [Al-Ra3du 13:19-20] 



Adam dengan 3adh (Perjanjian) dan Persetiaan


Kadangkala Allah SWT menyebut Persetiaan dengan gandingan perjanjian, seperti firmanNya di bawah,

﴿وَالَّذِينَ يَنقُضُونَ عَهْدَ اللَّـهِ مِن بَعْدِ مِيثَاقِهِ وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّـهُ بِهِ أَن يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ أُولَـٰئِكَ لَهُمُ اللَّعْنَةُ وَلَهُمْ سُوءُ الدَّارِ 

Orang-orang yang merusak perjanjian Allah setelah diikat Persetiaannya dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di bumi, orang-orang itulah yang memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (Jahannam). [Al-Ra3d 13:25] 


Dan inilah apa yang tersirat di Alam Penciptaan sehingga Perjanjian dan Persetiaan yang diambiloleh Allah pada Nabi Adam (as) tidak kuat dalam ikrarnya.

﴿ وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا﴾

{Dan sesungguhnya telah Kami ambil perjanjian pada Adam dahulu, maka ia lupa, dan tidak Kami dapati padanya kemauan (azam) yang kuat.}, [Tha Ha 20:115]

Mendekati pohon terlarang dan dapat digoda oleh Iblis, dan mujurlah Adam sempat bertaubat dengan bertawasul kepada Muhammad dan Ahl Bait baginda,

﴿فَتَلَقَّىٰ آدَمُ مِن رَّبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ﴾

Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. [Al-Baqarah 2:37] 


Hakim Al-Naisyaburi, dalam Al-Mustadrak ‘Ala Al-Shahihain, 517/3, Hadits 4286; Baihaqi, Dalâil Al-Nubuwwah, 489/5; Wafâ Al-Wafâ, 1371-1372/4; Suyuthi, Al-Durr Al-Mantsur, 59/1. Meriwayatkan:

و نقل أنّ آدم لما اقترف الخطئیة قال: یا ربّی، أسألک بحق محمد لما غفرت لی، فقال، یا آدم، کیف عرفته؟ قال: لأنک لما خلقتنی نظرت إلی العرش فوجدت مکتوباً فیه: لا اله الا الله، محمد رسول الله؛ فرأیت اسمه مقروناً مع اسمک، فعرفته أحب الخلق الیک».

Diriwayatkan bahawa Nabi Adam karena telah melakukan kesalahan, berkata, “Wahai Tuhanku! Maafkanlah Aku demi Muhammad.” Allah SWT berkata, “Wahai Adam! Bagaimana engkau mengenal Muhammad meski Aku belum lagi menciptanya?” Adam menjawab, “Tatkala engkau menciptakanku aku melihat ke Arasy dan melhat di dalamnya tertulis:Lailaha illaLlâh Muhammad Rasulullâh.” Karena aku melihat namanya bersanding dengan nama-Mu, aku tahu bahawa ia adalah sosok yang paling dicintai di antara seluruh makhluk di dunia ini. Allah SWT berfirman, “Aku mengampunimu karena engkau telah meminta kepadaku demi Muhammad.”


Dalam nukilan yang lain dari riwayat di atas yang dikutip oleh Suyuti melalui jalur Ibnu Abbas, dalam Al-Durr Al-Mantsur, jilid 1, hal. 60-61, Dar Al-Kutub Al-‘Iraqiyah, 1377 H.


عن ابن عباس قال سألت رسول الله عن الکلمات التی تلقاها آدم من ربّه فتاب علیه قال: سئل بحق محمد و علی و فاطمة و الحسن و الحسین إلا تبت علیّ فتاب علیه.  

Dari Ibnu Abbas dari Rasulullah (S), “Ibnu Abbas berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah (S) mengenai beberapa kalimat yang diterima Adam dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya.” Rasulullah (S) bersabda, “Adam meminta (kepada Allah SWT) demi hak Muhammad, Ali, Fatimah, Al-Hasan dan Al-Husain supaya taubatnya diterima. Allah SWT pun menerima taubatnya.”

Dari Abi Ja'far (as) berkata:

"Kemudian persetiaan (Al-Mitsaq) diambil atas para nabi, maka Dia SWT berkata: Bukankah Aku Tuhan kamu? Dan bahawa Muhammad ini RasulKu? Dan Ali ini Amir Al-Mukminin (Ketua Orang Beriman). Mereka berkata: Bahkan. Maka kenabian mereka telah disahkan, dan persetiaan (Al-Mitsaq) diambil atas Uulu Al-3azm: Bahawa Akulah Tuhan kamu, dan Muhammad adalah RasulKu, dan. Ali adalah Amir Al-Mukminin, dan Aushiak selepasnya adalah Wilayah UrusanKu dan Khazanah IlmuKu (as), dan bahawa Al-Mahdi yang akan monolong agama Ku dan memenangkan daulahKu dan membalas bela musuh-musuh Ku, dan supaya Aku disembah dengan sukarela atau terpaksa. Maka mereka berkata: Kami mengakui, wahai Tuhan kami, dan kami menyaksikannya. Adam tidak menafikan, dia tidak mengakuinya untuk mengitsbat (mengesahkan) kebesaran kelima-lima perkara mengenai Imam Mahdi. Adam tidak mempunyai keazaman untuk berikrar (mengakuinya). Itulah Firman-Nya Azza waa Jalla:  وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا - {Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa, dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat.}, [Thaha 20:115]. Beliau berkata: Sebaliknya, ia adalah kepadanya: sehingga dia meninggalkannya... " Al- Kafi jilid 2, halaman 8

Persetiaan (Al-Mitsaq) yang diambil ke atas para nabi Uulu Al-3adzmi dan ia dirakam oleh Allah SWT,firmanNya,

﴿وَإِذْ أَخَذْنَا مِنَ النَّبِيِّينَ مِيثَاقَهُمْ وَمِنكَ وَمِن نُّوحٍ وَإِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ۖ وَأَخَذْنَا مِنْهُم مِّيثَاقًا غَلِيظًا 

Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil persetiaan dari nabi-nabi dan dari kamu dari Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa putra Maryam, dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang teguh. [Al-Ahzab 33:7] 



Adam Persetiaan dan Hajar Aswad.

Imam Ahmad Al-Hassan, Al-Yamani dan Mahdi Pertama (as) telah menjawab soalan dalam Lampiran 5 (bahagian 2) Kitab Tauhid:

Soalan: Siapakah lelaki ini?

Salam ke atas Yamani Keluarga Muhammad dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya.
Ya Allah selawatkanlah ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad Imam-Imam dan Mahdi-Mahdi.

Pada tahun 1424 H saya telah mengerjakan Haji (Ibadah Haji), dan Al-Hamdu Lillah ia adalah haji kedua bersama isteri saya, dan kami bersama salah satu Jamaah Haji terkenal di Al-Ahsaa', dan kami telah [belajar] pelajaran yang [mempunyai] cerita-cerita dalam Haji yang diberkati.

Pada malam 'Arafah, satu kejadian telah berlaku pada Jamaah Haji wanita, kerana mereka mendengar pekikan yang kuat (jeritan suara yang kuat) pada malam 'Arafah selepas beramal pada malam itu. Jeritan ini telah menakutkan Jamaah wanita sehingga mereka amat takut sekali, tetapi mereka tidak tahu dari mana datangnya bunyi ini.

Dan cerita yang kedua, yang lebih penting, ialah: apabila saya dan isteri saya masuk ke Al-Haram (Masjid Al-Haram) untuk melakukan tawaf, saya lihat orang sangat ramai berpusu-pusu, jadi saya bimbang isteri saya tidak dapat membuat Tawaf Haji. Seorang pemandu Jamaah Haji (Mursyid) telah mengajar kepada kami: Apabila melihat orang penuh sesak hendaklah menyebut:
يا عليم يا عظيم ينفك الزحام
Wahai Yang Mengetahui, Wahai Yang Agung, kurangkanlah kesesakan ini.

Semasa saya cuba membaca Zikir (doa) ini dalam tawaf Umrah, saya dapati keadaan menjadi kurang sesak – Secara amnya saya menyebutnya hanya sekali: Ya ‘Alim, Ya ‘Adzim, dan tiba-tiba [saya melihat] seorang lelaki datang dari antara Al-Rukn dan Al-Maqam (Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim), dan dia memecah barisan Jamaah Haji selepas saya membaca zikir itu, dan seolah-olah dia telah datang ke arah kami semasa tawaf, atau sebelum dia selesai tawaf, kerana dia tidak melalui Al-Rukn dan al-Maqam. Dan beliau menghala ke arah kami dengan Ka'bah di belakangnya, dan tiada seorang pun Jamaah Haji yang berjalan ke arah kami.

Dan dia berkata kepada saya: Ikut belakang saya dan saya akan bimbing kamu berdua bertawaf. Maka saya dan isteri saya mengikut di belakangnya dan kami pun bertawaf Haji. Kami tidak merasa sesak atau berhimpit-himpit, dan beliau membaca Du’a dan Zikir, dan di antaranya adalah Du’a Kumail, dan saya telah banyak berselawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, dan saya hanya berkata dalam diri saya sendiri: mungkin ini adalah Al-Mahdi Muhammad bin Al-Hasan (as), tetapi saya katakan: Siapalah saya sehingga Al-Mahdi boleh datang untuk membimbing saya melakukan tawaf bersama saya!

Dan semasa melakukan tawaf pertama isteri saya di belakang saya, jadi dia berkata kepada saya: Suruh isteri kamu di depan kamu, jadi saya suruh supaya dia datang ke depan saya dan di belakangnya, bermakna antara saya dan dia, dan ia bertujuan untuk mengajar saya bagaimana untuk melindungi isteri saya semasa bertawaf.

Dan apabila kami sampai ke Hajar Aswad, dia menunjukkan ke arah saya dengan tangan kanannya dan berkata: Allah-u Akbar!.

Dan apabila kami telah dilakukan tawaf ketujuh di Makam Ibrahim (as), saya berkata kepadanya: Saya ingin tawaf An-Nisa’ bersama tuan, lalu dia berkata kepada saya: Insya'Allah. Dan seolah-olah dia telah menngucapkan selamat tinggal kepada saya, dan beliau  berjalan mengundur ke belakang menghadapi saya sehingga jauh dari saya dan seolah-olah dia telah menguak beribu-ribu orang ketika berjalan ke belakang, dan lorongan menjadi luas kepadanya, dan dia pergi. Seolah-olah jemaah haji di sana merupakan Laut, dan dia adalah gelombang yang kuat yang menolak jauh air laut.

Bagi perawakan lelaki ini: Dia bermata cengkung, keningnya tidak bertemu, dia kurus tinggi, dia mempunyai kulit sawo matang, rambutnya hitam dan panjang. Dan apa yang pelik ialah dia memakai pakaian hijau muda pada hari Tawaf Al-Hajj, dan pada tutup kepalanya yang kami panggil [Khaliji] sejenis tutup kepala.

Soalan saya: Siapakah lelaki ini? Adakah dia Yamani Keluarga Muhammad (as)? Dan siapakah saya hingga Yamani Keluarga Muhammad (S) boleh datang bertawaf bersama saya? Adakah dia Al-Khidir kerana dia memakai pakaian hijau? Adakah dia dari Ansar Imam Al-Mahdi Muhammad bin Al-Hasan (as)?

Saya telah bertanya salah seorang pelajar Al-Hauzah dan beliau berkata: Sesungguhnya dia adalah Imam (as). Dan saya telah bertanya salah seorang mukmin dan dia berkata: mungkin dia adalah Al-Khidir (as) atau salah seorang daripada pembantu Imam (as)

Saya mendengar satu cerita yang berlaku kepada salah satu daripada Ansar dan dia menceritakan kepada saya dan dia menyifatkan perawakan kepada saya, dan penerangannya sama seperti yang saya lihat. Dan jika saya melihat lelaki ini yang bertawaf bersama saya walaupun selepas bertahun-tahun, saya akan kenal dia [walaupun] dari kalangan jutaan lelaki.

Dan salam ke atas Yamani Keluarga Muhammad dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya.

Semoga Allah berselawat ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad Imam-imam dan para Mahdi salam dan limpahan salam pengiktirafan.

Ansary Muslim, 40 tahun
Al-Ahsaa'- Saudi Arabiyah
Tahshul Thanawi


Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam
Dan selawat Allah ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad Imam-imam dan para Mahdi dan limpahan  salam pengiktirafan.

Ketahuilah bahawa Allah diingati oleh orang yang ingat kepada-Nya, dan Dia telah berikan begitu banyak dengan sedikit kamu mengingat-Nya Yang Maha Suci, di Rumah-Nya, dengan keikhlasan, maka kamu mengingat-Nya, Dia akan membantu kamu dan memudahkan urusan kamu. Saya memohon kepada Allah untuk sentiasa memberikan kamu kejayaan dalam ikhlas kepada-Nya Yang Maha Suci, dan beramal untuk apa jua keredhaan-Nya.

Bagi hamba Allah yang membantu kamu dia telah membantu kamu dengan Kuasa Allah dan dengan `Kuasa-Nya yang apabila Allah memerintah kepadanya, sehingga semua kurniaan adalah kerana Allah Yang Maha Suci. Jadi berterima kasihlah kepada Allah, Yang Maha Suci, yang memberikan kepadamu itu, dan jika Allah telah memerintahkan beliau untuk memaklumkan kepada kamu tentang namanya dia akan memaklumkannya.

Adapun apabila hamba ini telah berdoa di Al-Hajar (Hajar Aswad) dan bertakbir: Allah-u Akbar, ini adalah tugasnya [sahaja]. Adapun kamu dan orang lain daripada kamu, ditugaskan juga kamu untuk mengatakannya apabila kamu sampai di Al-Hajar:

(اللَّهُمَّ أَمَانَتِي أَدَّيْتُهَا وَمِيثَاقِي تَعَاهَدْتُهُ لِتَشْهَدَ لِي بِالْمُوَافَاةِ اللَّهُمَّ تَصْدِيقاً بِكِتَابِكَ وَعَلَى سُنَّةِ نَبِيِّكَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّداً عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وأن علياً والأئمة من ولده حجج الله وأن المهدي والمهديين من ولده حجج الله - وتعدهم الى حجة الله في زمانك - آمَنْتُ بِاللَّهِ وَكَفَرْتُ بِالْجِبْتِ وَالطَّاغُوتِ وَبِاللَّاتِ وَالْعُزَّى وَعِبَادَةِ الشَّيْطَانِ وَعِبَادَةِ كُلِّ نِدٍّ يُدْعَى مِنْ دُونِ اللَّهِ)

(Ya Allah, telah kutunaikan amanatku dan kupenuhi janji persetiaanku agar Kau saksikan aku sebagai orang yang memenuhi janji. Ya Allah! Benarlah KitabMu, dan atas sunnah NabiMu. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan  KeesaanNya, Tiada  sekutu bagiNya, dan bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, dan bahawa Ali dan para Imam dari anak-anaknya adalah Hujjaj Allah dan bahawa Al-Mahdi dan Mahdi-mahdi dari anak-anaknya adalah Hujjaj (bukti-bukti) Allah - dan Engkau menyediakan mereka pada Hujjaj Allah dalam waktu Engkau - aku telah beriman kepada Allah, dan aku telah kafir yang mengelilingku dan Taghut (penindas) dan Al-Lata dan Al-“Uzza dan mengabdi kepada Syaitan dan mengabdi kepada yang menyeru selain dari Allah ).


Agama Allah semuanya adalah hampir kepada satu perkara, bermula dengan Penciptaan manusia di Bumi, Dia, Yang Maha Tinggi, menyebut di dalam firmanNya:

﴿إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً﴾

{Sesungguhnya aku jadikan di Bumi itu seorang Khalifah}.

Semua isi al-Quran ada dalam Al-Fatihah, dan semua isi Al-Fatihah adalah dalam Basmalah, dan semua isi Basmalah ada dalam Baa’ dan isi Baa' ada di titik (ب), dan titik itu adalah Ali (as), Amir al-Mukminin berkata:.. (Aku adalah titik) Dan adalah Amir al-Mukminin Ali (as ) ini selain daripada itu beliau adalah Khalifah Allah di bumi-Nya?!

Oleh itu, Titik, Baa', Basmalah, Al-Quran, dan semua Agama adalah Khalifah Allah di bumi-Nya. Dan Al-Quran dan semua Agama adalah Perjanjian dan Persetiaan yang telah diambil oleh hamba-hamba dengan mereka taat kepada Khalifah Allah, dan Allah telah meletakkan ia di Batu Asas atau Hajar al-Aswad (Batu Hitam), atau Hajar al-Zawiyah (Batu Penjuru), atau Hajar al-Maqtuta’ (Batu Terpenggal-Terpotong) dari Muhammad (S) diutus untuk merobohkan Pemerintahan Syaitan dan Taghut (Penzalim).

Dan Batu ini telah disebut dalam Kitab-kitab Samawi dan dalam riwayat. Dan apabila kaum Quraisy berselisih siapa yang akan membawa Hajar Al-Aswad, mereka sedar bahawa Batu ini menunjukkan ke arah ke suatu perkara yang besar, dan itulah sebabnya mereka berselisih apabila mereka hendak membawanya. Dan dengan kehendak Allah bahawa Muhammad (S) adalah orang yang membawa Batu itu dan meletakkannya dalam kedudukan supaya tanda Allah dipenuhi, dan Dia Yang Maha Suci mengisyaratkan, bahawa Qa'im (Pendiri) adalah Hamba yang berhak di mana Allah telah meletakkan Perjanjian dan Persetiaan, arah yang ditunjukkan Batu ini, akan keluar dari Muhammad (S) yang telah membawa Batu Hitam itu.
Dari Sa'id ibn Abdullah Al-Araj, dari Abi Abdillah (as​​) bahawa dia berkata:

(Bahawa kaum Quraisy semasa jahiliyah merobohkan Baitullah, maka apabila mereka mahu membina semula, ada yang telah menghalang dan membimbangkan di dalam hati mereka, sehinggalah salah seorang daripada mereka berkata: Hendaklah ditampilkan setiap orang dari kalangan kalian yang yang terbaik kedudukan hartanya, dan jangan keluarkan wang yang kalian telah perolehi daripada memutuskan hubungan keluarga atau yang Haram. Jadi mereka pun membuatnya, [halangan] antara mereka telah disingkirkan. Maka mereka membina sehingga mereka terhenti pada kedudukan Hajar Al-Aswad, lalu mereka bertengkar dalam hal siapa di antara mereka yang akan meletakkan Hajar Al-Aswad pada kedudukannya, sehingga sehingga niat jahat hampir muncul di antara mereka, maka mereka memutuskan bahawa sesiapa yang pertama masuk dari pintu Masjid dialah yang membawa batu itu. Maka masuklah Rasulullah (S). Jadi apabila baginda sampai kepada mereka, dia meminta kain, lalu membentangkannya, kemudian baginda meletakkan Batu itu di tengah-tengah, maka tiap-tiap kabilah memegang kain itu dan mengangkatnya ke atas, kemudian Rasulullah (S) mengambilnya dan meletakkannya di tempatnya, dengan itu, Allah menjadikan ia khas untuk baginda) [1]

Muhammad (S) membawa Batu Hitam, dan ini adalah satu petunjuk bahawa Qa'im, dan Pembawa Dosa-dosa, dan Pembawa Panji Hitam yang ditunjukkannya, akan keluar dari Muhammad (S), dan juga bahawa Muhammad (S) adalah orang yang membawa di sulbinya, kerana baginda telah meletakkan pada Fatimah binti Muhammad (S), dan dengan itu, Jadi Pembawa Dosa-dosa yang hakiki adalah Rasulullah, Muhammad (S).

Adapun warna hitam yang Allah kehendaki untuk menutup Batu ini, ia menunjukkan ke arah dosa-dosa hamba-hamba, dan ia mengingatkan mereka kesalahan-kesalahan mereka, mungkin mereka boleh bertaubat dan memohon ampun semasa mereka berada dalam Rumah Allah, dan ia adalah sama seperti warna panji Qa'im Al-Haq (yang sebenar), Qa'im Keluarga Muhammad berwarna hitam. Jadi panji-panji hitam menunjukkan kepada Batu dan Batu menunjukkan kepada panji, dan kedua-duanya ditunjukkan dengan warna hitamnya, kerana dosa melanggar Perjanjian dan Persetiaan adalah dari penciptaan di (Alam) Zarr, dan mereka juga menunjukkan kepada penderitaan yang pembawa dosa ini bawa (tanggung) - dan pembawa panji-panji hitam yang menunjukkan kepada dosa - hamba yang telah ditugaskan dengan Kitab Perjanjian dan Persetiaan, dan ia adalah Hajar al-Aswad, dan ia adalah Qa'im Keluarga Muhammad.

Dan Batu dikaitkan dengan soal pengorbanan yang wujud dalam Agama Ilahi dan sepanjang perjalanan yang diberkati agama ini, maka agama Allah adalah satu; kerana ianya dari Yang Satu. Dan Pengorbanan muncul dalam Islam dalam gambaran yang paling jelas pada Al-Hussein (as). Dan sebelum Islam kamu dapati Pengorbanan dalam Hanifiyah, agama Ibrahim (as), dengan Ismail (as). Dan kamu juga dapati dengan Abdullah bapa Rasulullah Muhammad (S), dan kamu juga didapati pada orang Yahudi, agama Musa (as), dengan Yahya bin Zakaria (as). Dan didapati dalam agama Kristian dengan yang disalibkan, tanpa mengira hakikat bahawa orang Kristian bayangkan bahawa yang disalib adalah Isa (as) sendiri, kerana mereka percaya bahawa yang disalib adalah pembawa dosa, dan kepercayaan mereka, walaupun ada penyelewengan dalamnya, ini tidak bermakna bahawa orang-orang datang dari kepercayaan sepenuhnya tidak ke mana, dan tidak juga kepercayaan-kepercayaan yang tidak mempunyai asal pada agama Allah di mana mereka telah diputarbelitkan. Bahkan, banyak kepercayaan diputarbelitkan berada dalam realiti berdasarkan asal-usul agama ulama yang sesat yang tidak beramal tetapi mengambil dan memutarbelitkannya dan memakmurkan kepercayaan yang rosak. Jadi hakikat bahawa Rasul-rasul menanggung sebahagian dosa-dosa umat mereka untuk berjalan sebagai umat (bangsa) secara keseluruhannya kepada Allah wujud di dalam agama Allah, dan ia tidak datang dari ruang kosong. Dan kamu boleh mengkaji semula teks-teks Taurat sebagai contoh supaya kamu boleh melihat apa yang ditanggung oleh Musa (as) kerana tambahan dosa yang dilakukan umatnya dan Rasulullah Muhammad (S) membawa dosa-dosa orang yang beriman. Allah SWT berfirman:

﴿لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطاً مُّسْتَقِيماً﴾

{Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus,} [Surah Al-Fath 48:2].

Tafsiran pada zahir ayat ini: Bahawa baginda membawa dosa umatnya dan Allah memaafkan dosa baginda.

Dari Umar bin Yazid Biya 'Al-Sabiri, beliau berkata: Aku berkata kepada Abi Abdillah (as​​): Kata-kata Allah di dalam KitabNya:

{Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang},

Beliau (as) berkata: Baginda tidak mempunyai dosa, dan baginda tidak pernah melakukan apa-apa dosa, tetapi Allah menjadikan baginda membawa dosa-dosa Syiah (pengikut) baginda kemudian dimaafkanNya) [2]

Dan hakikat bahawa Rasul-rasul membawa dosa-dosa umat mereka tidak bermakna bahawa mereka membawa dosa melanggar Perjanjian dan Persetiaan dengan mereka menafikan Khalifah Allah dan mati dalam keingkaran ini, sebaliknya, mereka membawa dosa-dosa orang-orang yang lalai dari mengingati Perjanjian dan Persetiaan, dan mereka melanggar untuk tempoh masa dalam kehidupan dunia ini. Selain itu, hakikat bahawa mereka membawa dosa-dosa umat mereka tidak bermakna bahawa mereka menjadi orang-orang yang berdosa dan bukannya umat mereka. Sebaliknya ia bermakna... bahawa mereka menanggung beban tambahan dan masalah tambahan dalam menyampaikan risalah mereka di dunia ini kepada manusia dan sesungguhnya ini adalah dengan kehendak mereka sendiri, kerana mereka adalah orang-orang yang memintanya, kerana belas kasihan bapa kepada anak-anak menanggung akibat dosa-dosa mereka beberapa kali, meskipun menyebabkan dia mengalami kesulitan dan mungkin merasa tidak selesa dan dan mungkin merasa sakit dan terbunuh di jalan Allah, sama seperti keadaan Al-Hussein (as), dan itu adalah kerana bapa berharap anak-anaknya menjadi soleh pada akhirnya. Mungkin ramai yang tidak ingat pada Perjanjian sehingga menumpahkan darah bapa mereka Wali Allah, jadi dia menjadi alasan untuk mengingatkan mereka tentang Perjanjian dan Persetiaan. Tetapi kamu akan dapati Al-Hussein (as), yang dengan kehendak Tuhan yang menjadikan dia sebab untuk mengingati sejumlah besar penciptaan boleh meninggalkan Haji, dan menerima gesaan bergerak pantas Ke tempat pembunuhannya (as).

Bagi hubungan Hajar Aswad dan pada dosa Nabi Adam (as ), ini adalah satu perkara yang para Imam (as) telah jelaskan, walaupun mungkin ia sebelum ini tersembunyi daripada manusia atas kehendak Allah Yang Maha Suci,. Bahkan, hubungan Hajar Aswad untuk dosa-dosa penciptaan juga telah dijelaskannya. Dan Rasulullah Muhammad (S) telah menjelaskan ini dengan penjelasan yang paling jelas, dengan perbuatan - apabila diamencium Hajar Aswad - tetapi ia adalah penjelasan bagi mereka yang mempunyai hati dan memahami tindakan-tindakan Muhammad yang bijak (S) yang bertindak dengan kebijaksanaan, tidak seperti Umar ibn Al-Khattab yang mengisytiharkan bahawa beliau tidak faham mengapa Rasulullah (S) mencium Hajar Aswad? Dan beliau mengisytiharkan bahawa dirinya dan realitinya tidak menerima mencium Hajar Aswad dan bahawa dia hanya mencium kerana dia melihat Rasulullah Muhammad (S) melakukannya di depan ribuan orang Islam, dan sudah tentulah dia tidak boleh menentang Muhammad (S) kerana dia telah mengaku sebagai Khalifahnya, oleh itu dia berfikir bahawa perbuatan Muhammad (S) mencium Batu itu adalah bodoh dan dia terpaksa untuk mengikut amalan ini, tipu daya jenis apakah ini?

Al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad, telah meriwayatkan: (bahawa Umar pergi ke Hajar Aswad, maka dia menciumnya dan berkata: "Sesungguhnya, aku tahu bahawa kamu adalah Batu, kamu tidak mendatangkan mudharat atau manfaat, Jika aku tidak melihat Rasulullah (S) mencium kamu aku tidak akan mencium kamu ")

Dan Ahmad meriwayatkan dari sanad Suwaid bin Ghaflah, beliau berkata: (Saya melihat Umar mencium Batu dan berkata: "sesungguhnya aku tahu bahawa kamu adalah batu, kamu tidak (mendatangkan) mudharat dan tidak manfaat, tetapi aku telah melihat Aba Al-Qasim (S) mengalu-alukan kamu ")

Oleh itu, apabila Umar ibn Al-Khattab mencium Batu, beliau mengisytiharkan bahawa dia membenci perbuatan ini, dan bahawa dia berlepas diri, dan bahawa dia memandang ringan Batu ini dan adalah saksi kepada hamba-hamba untuk memenuhi Perjanjian dan Persetiaan yang telah diambil daripada mereka di (Alam) Zarr

﴿وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُواْ بَلَى شَهِدْنَا أَن تَقُولُواْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ﴾

{Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Bahkan (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". Agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lalai terhadap ini,"} [Surah Al-A'araf 7:172]

Dan ini adalah petunjuk yang jelas bagi mereka yang mempunyai hati yang dengannya mereka memahami, bahawa Umar ibn Al-Khattab adalah mengingkari Perjanjian dan Persetiaan yang telah diambil, dan oleh itu diri beliau jijik dari kesaksian Hajar Aswad, dan akibatnya, Umar cuba menafikan Hajar Aswad adalah Saksi Hakiki, jadi ucapan Umar ibn Al-Khattab pada Batu Saksi, Batu Asasi dan Batu Hitam (Hajar Aswad) dengan mengatakan: (Sesungguhnya, aku tahu bahawa kamu adalah Batu, kamu tidak mendatangkan mudharat atau manfaat), Oleh kerana orang-orang yang dikelilingi Umar dalam keadaan ini telah melihat Rasulullah Muhammad (S) mengalu-alukan Batu ini dan sangat memberi perhatian dengannya dan mencium Batu ini dan sujud padanya, bahkan, mereka sendiri telah diwarisi daripada (Agama) Hanifiyyah Ibrahim (as) yang menguduskan Batu ini dan mengambil berat tentangnya, itulah sebabnya Umar memperbetulkan apa yang dia kata dengan mencium Batu ini,tetapi selepas apa? Selepas dia memperbodohkan mencium Batu [dengan mengatakan] 'bahawa ia adalah batu yang tidak memberi faedah dan tidak memudharatkan, dan dengan itu, tidak ada kebijaksanaan dalam menciumnya!'

Oleh itu, dengan kata-kata dan perbuatannya Umar mahu meminggirkan Batu Hitam dan menafikan bahawa ia adalah saksi, dan membuat [amalan] Rasulullah (S) mencium Batu dan sujud padanya suatu perkara yang samar-samar yang tidak dapat difahami dan terkeluar daripada kebijaksanaan. Dan sebenarnya jika Hajar Aswad tidak memberi faedah atau mudharat, perbuatan Rasulullah (S) akan terkeluar daripada kebijaksanaan - jauh dia daripada itu - dan perbuatan Rasulullah (S) tidak akan mempunyai makna yang tidak akan lebih bijak jika Batu yang tidak memberi faedah atau mudharat dengan izin Allah dengan Daya dan Kekuatan-Nya Yang Maha Suci. Oleh itu, kehendak Allah untuk menzahirkan isi perut Umar, dari pendirian beliau dalam hal Batu ini, atau Hamba yang telah dilantik dengan Perjanjian dan Persetiaaan, atau Qa'im daripada Keluarga Muhammad (S). Dan Maha Suci Allah, tidak ada manusia yang berniat jahat dan yang lebih buruk selain Allah tunjukkan dalam kesilapan lidahnya.

Rasulullah Muhammad (S) menjelaskan tentang kepentingan Hajar Aswad dan Keutamaannya dengan kata-kata dan amalan beliau. Dan ia sudah cukup untuk mengenal bahawa Rasulullah (S) mencium dan sujud padanya, dan Rasulullah (S) tidak pernah sujud ke atas mana-mana bahagian Ka'bah kecuali atas Hajar Aswad. Kebesaran urusan ini sampai [suatu titik] di mana Rasulullah (S) bersabda:

(استلموا الركن، فإنه يمين الله في خلقه، يصافح بها خلقه، مصافحة العبد أو الدخيل، ويشهد لمن استلمه بالموافاة)

(Istilam Al-Rukun (Istilam Penjuru – Ka’bah), kerana ia adalah Yamin Allah (Orang Kanan Alah) dalam Penciptaan-Nya, Dia berjabat tangan dengannya oleh ciptaan-Nya, jabat tangan daripada hamba atau orang luar, dan Dia bersaksi bagi seseorang yang meng-Istilam-nya dengan ketibaannya.)[3]

Dan apa yang dimaksudkan dengan Penjuru adalah Hajar Aswad, kerana ia diletakkan padanya. Dan para Imam (as) telah mengikuti jalan Rasulullah (S) dalam menjelaskan kepentingan Hajar Aswad oleh kata-kata dan amalan mereka, jadi mereka telah menjelaskan bahawa Hajar Aswad adalah Pembawa dari kitab Perjanjian dan Persetiaan, dan Adam telah menangis selama empat puluh hari dan tetap duduk menangis berhampiran Hajar Aswad itu untuk menebus dosanya dalam melanggar Perjanjian

﴿وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَى آدَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْماً﴾

{Dan sesungguhnya telah Kami ambil Perjanjian pada Adam dari sebelum, maka ia lupa, dan tidak Kami dapati padanya kemahuan (azam) yang kuat.} [Surah Taha 20:115]

Sesungguhnya, Batu itu adalah Mutiara Putih bersinar, tetapi di bumi ia telah berubah kehitaman kerana dosa-dosa hamba-hamba. Maka Kalimah-kalimah, amalan-amalan dan Keberkatan ini yang telah diulang berkali-kali di depan sahabat-sahabat mereka, semuanya adalah penjelasan dan pengesahan tentang kepentingan Hajar Aswad, dan tentang hubungan Batu itu dengan dosa pertama, bahkan, kepada [semua] dosa-dosa, sepanjang perjalanan manusia di bumi ini.

Dari Bukair bin A'yan berkata:

(Saya bertanya kepada Aba Abdillah (as​​): Atas sebab apa Allah telah meletakkan Batu di penjuru di mana ia diletakkan sekarang dan tidak pada penjuru lain dan mengapa ia dicium? Mengapa ia dibawa keluar dari Syurga? Apakah Persetiaandari hamba-hamba dan Perjanjian telah diletakkan di dalamnya? Dan bagaimana pula sebabnya? Khabarkanlah pada ku, semuga Allah yang aku menjadi tebusanmu, kerana aku terfikir-fikir tentang jawapannya.

Beliau berkata: Kamu telah bertanya, dan kamu telah menemui perkara itu sukar, dan kamu telah menyiasatnya, jadi fahamilah jawapannya, dan kosongkan hati kamu, dan dengar dengan teliti, supaya aku boleh memberitahu kamu jika dikehendaki Allah.

Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Ta’ala, meletakkan Hajar Aswad, dan ia adalah permata yang dibawa keluar dari Syurga Adam (as), jadi ia telah diletakkan di penjuru ini untuk tujuan dari Persetiaan.

Dan itu adalah kerana telah diambil dari setiap anak-anak Adam dari punggung (sulbi) mereka zuriat mereka, apabila Allah telah mengambil Persetiaan ke atas mereka di tempat itu, dan di tempat ia muncul kepada mereka, dan dari tempat itu melayang turun yang bersayap kepada Al-Qa'im (as).

Yang pertama untuk berbai’ah kepadanya adalah yang bersayap itu, dan demi Allah, dia adalah Jibrail (as). Dan di Maqam (tempat) itulah diserahkan hak Al-Qa'im, dan ia adalah bukti dan bukti Al-Qa'im, dan ia adalah saksi bagi sesiapa yang meninggalkan tempat itu, dan adalah saksi untuk orang-orang yang yang mengadakan Persetiaandan Perjanjian yang diambil Allah Azza Wa Jalla, ke atas hamba-hamba.

Ada pun Kiblat dan Istilam, yang merupakan pembaharuan Perjanjian dari Perjanjian dan Persetiaan, dan pembaharuan bagi bai’ah untuk melaksanakan kepadanya perjanjian yang Allah ambil atas mereka dalam Persetiaan.

Oleh itu mereka datang setiap tahun kepadanya, dan mengadakan Perjanjian dan Amanah yang telah diambil ke atas mereka. Adakah kamu nampak bahawa kamu katakan: "telah kutunaikan amanatku dan kupenuhi janjiku agar Kau saksikan aku sebagai orang yang memenuhi janji."?
                                              
Demi Allah, tidak ada yang memenuhinya kecuali Syiah (pengikut) kami, dan tidak ada orang memelihara Perjanjian dan Persetiaan ini selain daripada Syiah kami. Sesungguhnya, mereka datang kepadanya, maka dia mengenali mereka dan membenarkan mereka. Dan yang lain daripada mereka datang kepadanya supaya dia menafikan mereka dan mendustakan mereka. Dan itu adalah [kerana] tiada siapa yang memeliharanya selain kamu. Maka bagi kamu Allah menyaksikan. Dan Allah juga menyaksikan terhadap pelanggaran, keingkaran dan kekufuran mereka. Dan dia adalah Hujjah yang disampaikan dari Allah ke atas mereka pada Hari Kiamat, yang datang dan baginya lafaz lidah, dan dua mata, dalam imej yang pertama, Penciptaan akan mengenalnya dan tidak mengingkarinya. Disaksikan bagi orang-orang yang kembali memperbaharui Perjanjian dan Persetiaan dengan beliau dengan memelihara Perjanjian dan Persetiaan dan memenuhi Amanah. Dan dia menyaksikan terhadap orang-orang yang ingkar dan melanggar dan melupakan Persetiaan dengan kekufuran dan keingkaran.

Adapun sebab mengapa Allah telah membawanya keluar dari syurga, adakah kamu tahu apakah Batu ini? "

Aku berkata: "Tidak"

Beliau (as) berkata:. "Ia (satu) Malaikat dari malaikat yang paling besar di sisi Allah, apabila Allah mengambil Persetiaan dari malaikat, dialah yang pertama untuk beriman kepadaNya, dan Dia SWT mengakui Malaikat itu. Maka Allah mengambilnya. sebagai Pemegang Amanah kepada semua ciptaan-Nya, maka Dia mengajarkannyaPersetiaan, dan diletakkan dia di sisiNya. Dan Dia membuatkan beribadatnya penciptaan dengan memperbaharuinya setiap tahun untuk ikrar Persetiaan dan Perjanjian, yang telah diambil Allah Azza Wa Jalla, ke atas mereka.

Kemudian Allah menjadikan dia bersama Adam di syurga, dengan mengingatkan dia Persetiaan, dan memperbaharui dengannya ikrar setiap tahun. Maka apabila Adam menderhaka dan telah dibawa keluar dari Syurga, Allah menjadikan dia (Adam) lupa Perjanjian dan Persetiaan, yang telah diambil oleh Allah ke atasnya dan ke atas anak-anaknya kepada Muhammad (S) dan bagi Aushiak beliau (as), serta menjadikan dia (Malaikat itu) bingung dan keliru.

Oleh itu, setelah Allah menerima taubat Adam, dia berubah dari Malaikat ke dalam bentuk Mutiara Putih, jadi dia dikeluarkan dari Syurga kepada (bersama) Adam (as) ketika berada di tanah India. Maka setelah dia memandang kepadanya, dia lupa padanya (Adam), dan dia tidak mengenal dirinya lebih daripada permata.

Maka Allah Azza Wa Jalla, berbicara lalu berfirman kepadanya: "Wahai Adam Adakah kamu mengenaliKu?"

Dia (Adam) berkata: "Tidak"

Dia (Mutiara Putih) berkata: "Ya, Syaitan telah menguasai kamu sehingga kamu lupa mengingati Tuhan kamu. ".

Kemudian dia berubah kepada bentuk rupa seperti mana dia bersama Adam di syurga.

Jadi dia berkata kepada Adam: "Di mana Perjanjian dan Persetiaan?"

Maka Adam melompat kepadanya dan mula mengingati akan Persetiaan lalu menangis dan membongkok dan menciumnya dan memperbaharui ikrar Perjanjian dan Persetiaan.

Kemudian Allah Azza Wa Jalla, merubah dia ke dalam bentuk rupa Batu permata bersinar, mutiara putih tulen, maka Adam (as) membawa dia di atas bahunya, secara terhormat dan untuk memberi penghormatan kepadanya di bahunya dan kerana menghormatinya.

Maka apabila dia menjadi letih kerana membawanya, Jibrail (as) bersamanya, sehingga dengan tidak disangka-sangka beliau sampai ke Mekah.

Maka dia masih tidak lupa dengannya di Makkah, dan memperbaharui ini ikrar kepadanya setiap hari dan malam.

Kemudian apabila Allah Azza Wa Jalla, telah membina Ka'bah meletakkan Batu itu di tempatnya, kerana sesungguhnya Dia Tabaraka Wa Ta;ala apabila mengambilPersetiaan dari anak Adam, dia akan mengambilnya di tempat itu, Dan di tempat itu Malaikat mendirikan (meninggikan) Persetiaan, dan oleh itu ia telah diletakkan di penjuru itu, dan Adam berpindah dari Al-Bait (Rumah Allah) ke Al-Safa dan Hawa diAl-Marwah. Dan dia meletakkan Batu di penjuru itu.

Oleh itu, apabila Adam memandang dari Al-Safa manakala Batu diletakkan di penjuru, beliau berkata

كَبَّرَ اللَّهَ وَهَلَّلَهُ وَمَجَّدَهُ

Kabbara Allaha wa Hallalahu wa Majjadahu
Maha Besar Allah, KetuhananNya dan KemuliaanNya!"

Maka oleh kerana itu, telah dijadikan sunnah bertakbir, dan berdiri menghadap penjuru yang di mana Batu itu (terlihat) dari Al-Safa.
              
Allah telah meletakkannya (Batu) Persetiaan dan Perjanjian tanpa selain daripadanya dari malaikat. dan itu adalah kerana apabila Allah Azza Wa Jalla mengambil Persetiaan untuk diriNya dengan Ketuhanan (Ar-Rububiyah), dan bagi Muhammad (S) dengan kenabian dan bagi Ali (as) dengan Washiyah, malaikat bergetar menggigil, jadi yang pertama bergegas untuk berikrar adalah Malaikat, tidak ada yang lebih mereka kasih daripada Muhammad dan keluarga Muhammad (as) daripadanya, dan oleh karena itu Allah memilih beliau daripada kalangan mereka dan meninggikan Persetiaan, dan dia datang pada Hari kiamat,  dan baginya lafaz lidah, dan dua mata melihat, yang menyaksikan bagi semua yang kembali ke tempat itu dan memelihara Persetiaan. [4]




✡✡✡✡✡


____________________________________________
[1] Al-Kafi jilid 4, halaman 217
[2] Tafsir Al-Qummi, jilid 2, halaman 314
[3] Al-Mahasin Jilid 1, halaman 65
[4] Al-Kafi, jilid 4, halaman 184-186. ' Illal Al-Shara'i: jilid 2, halaman 429-431

Jika saudara inginkan peneangan lanjut mengenai Hajar Aswad sila layari Lampiran 5 (bahagian 2) Hajar Aswad





عن حبة العرني ، قال : قال أمير المؤمنين (ع) : ( إن الله عرض ولايتي على أهل السماوات وعلى أهل الأرض أقر بها من أقر وأنكرها من أنكر أنكرها يونس ، فحبسه الله في بطن الحوت حتى أقر بها ) بصائر الدرجات : ص95.

Dari Habbah Al-3arani bahawa dia berkata, Amir Al-Mukminin (as) berkata:

"Sesungguhnya Allah membentangkan Wilayahku ke atas penghuni langit dan ke atas penduduk Bumi. Sesiapa yang mengakuinya akan diakui, dan sesiapa yang menafikan akan dinafikan. Yunus menafikannya, maka Allah memenjarakan dia di dalam perut ikan paus sehingga dia mengakuinya" Basair Al-Darajat:. halaman. 95.

Diriwayatkan dari Jabir dari Abi Ja'far (as) mengenai firman Allah Azza wa Jalla:
﴿ وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا﴾
{Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa, dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat.}, beliau (as) berkata: "beliau berjanji mengenai Muhammad dan para Imam selepasnya, sehingga dia meninggalkannya dan tidak ada padanya kemauan yang kuat bahawa mereka adalah seperti itu. Sebaliknya, yang dipanggil Uulu Al-3azm (5 Rasul Utama) yang telah diambil perjanjian dari mereka mengenai Muhammad dan Aushiak selepas mereka dan Mahdi dan perjalanannya jadi kesemua mereka berkumpul dengan azam tersebut dan mengakuinya." Bashair Al-Darajat halaman 90.

یا آدم هؤلاء صفوتی ... فإذا کان لک الی حاجة فبهؤلاء توسل، فقال النبی: نحن سفینة النجاة من تعلق بها نجا و من حاد عنها هلک، فمن کان له إلی الله حاجة فلیسألنا أهل البیت.


Dalam hadis lain yang dinukil dari Abu Hurairah dari Rasulullah Saw, “..Wahai Adam! Mereka ini (Ahlulbait As) adalah orang-orang pilihanku. Apabila engkau memiliki hajat maka jadikanlah mereka sebagai perantara dan ber-tawassul-lah kepada mereka. “ Rasulullah Saw mengimbuhkan, “Kami (Ahlulbait) adalah bahtera keselamatan. Barang siapa yang menaikinya akan selamat dan barang siapa yang meninggalkannya akan binasa. Karena itu barang siapa yang memiliki hajat dan membutuhkan Allah Swt maka ia harus menjadikan kami sebagai perantara.”[10]
[10]. Ibrahim bin Juwaini, Farâid al-Simthain, jil. 1, hal. 36 dan 37, Beirut, Muassasah Mahmudi, Cetakan Pertama, 1398 H. Kharazmi, al-Manâqib, hal. 318, jil. 20, Intisyarat-e Islami, Qum, 1441 H.



﴿وَمَا لَكُمْ لَا تُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالرَّسُولُ يَدْعُوكُمْ لِتُؤْمِنُوا بِرَبِّكُمْ وَقَدْ أَخَذَ مِيثَاقَكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ 

Dan mengapa kamu tidak beriman kepada Allah padahal Rasul menyeru kamu supaya kamu beriman kepada Tuhanmu. Dan sesungguhnya Dia telah mengambil persetiaanmu jika kamu adalah orang-orang yang beriman. [Al-7adid 57:8] 


3ahd (janji - perjanjian)


﴿إِنَّ اللَّـهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّـهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. [Al-Taubah 9:111]