Monday 11 April 2016

Tanda lain - Yakjuj Makjuj - Isa



Soalan Lazim 20 Tanda lain - Yakjuj Makjuj - Isa

Beriman dengan Berita Besar

Imam Ahmad Al-Hassan dalam menjawab maksud ayat-ayat awal dalam Surah Al-Baqarah menjelaskan ayat:

﴿وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ﴾

dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan apa yang telah diturunkan sebelummu, dan dengan akhirat mereka yakin. [Al-Baqarah 2:4]

Ini adalah sifat-sifat orang-orang yang beriman, iaitu: (beriman kepada apa yang diturunkan sebelummu) mengesahkan bahawa orang-orang yang bertakwa yang disediakan bagi mereka oleh Muhammad (S) sebagai ilmu dan panduan - mereka orang-orang yang berkelayakan dengan beriman dengannya - bukan sahaja yang beriman dengan nubuwah sebelumnya dari agama Hanif, Yahudi dan Kristian ini, yang menyifatkan mereka, kerana mereka beriman kepada apa yang diturunkan kepada Al-Rasul; kerana untuk menghurai mengenai hal-hal mereka kerana mereka menyaksikan Al-Kitab itu untuk memberi petunjuk kepada mereka, maka mereka mula memahami Islam dan Iman dari Al-Rasul, mereka mendapat petunjuk dari Tuhan dan ditambahkan dengan pimpinan Muhammad (S).

Ia telah membenarkan ayat-ayat awal, Jika tidak ayat-ayat hidup seperti Al-Quran, yang merangkumi semua zaman sehingga bangkitnya Al-Saah

Dari Abdul Rahim Al-Qashir berkata : Pada suatu hari aku berada di sisi Abi Ja'far (as), dia berkata: Wahai Abdul Rahim, aku berkata: Ya Tuan, beliau berkata, Allah berfirman

﴿إنما أنت منذر ولكل قوم هاد﴾

 [Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.]

Ketika Rasulullah (S) bersabda: Aku adalah pemberi peringatan dan Ali pemberi petunjuk (Al-Hadi), dari itu siapakah pemberi petunjuk hari ini? Beliau berkata: Lama aku membisu dan kemudian aku angkat kepalaku, lalu aku berkata, Semoga aku menjadi tebusan tuan, pada kamu para pewaris seorang demi seorang sehingga berakhir dari tuan, Semoga aku menjadi tebusan tuan - tuan adalah pemberi petunjuk (Al-Hadi), beliau berkata: Benar kamu wahai Abdul Rahim, bahawa Al-Quran hidup tidak mati, dan ayat-ayatnya hidup tidak mati, kalau ayat apabila diturunkan pada sesuatu kaum yang mati dan ayat yang mati maka matilah Al-Quran ) Bihar Al-Anwar: Jilid 35 halaman 403.


Maka pada zaman ini, sebagai contoh, beriman kepada Al-Mahdi (as) dengan Isa, Ilyas dan Al-Khidhir adalah Iman dengan apa yang telah diturunkan kepada Al-Rasul, dan apa yang telah diturunkan sebelumnya, kerana Al-Mahdi (as) bersama dengan apa yang diturunkan kepada Al-Rasul. Isa, Ilyas dan Al-Khidhir bersama dengan apa yang diturunkan sebelumnya. Maka mereka (as) adalah Al-Ghaib (diangkat dan masih hidup) di dalam ayat sebelumnya (الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ) dan apa yang telah diturunkan di dalam ayat ini.

Pada akhir zaman iaitu zaman ini sebelum

1.   Al-Mahdi (as) dengan dibantu oleh
2.   Isa (as),
3.   Ilyas (as) dan
4.   Al-Khidhir (as)

Mereka yang ghaib ini akan zuhur (diturunkan semula). Permulaan zaman kezuhuran mestilah ada

·      muqarrab (Yang karib) dengan lmam Mahdi (as)
·      yang pertama beriman dengan lmam Mahdi (as)
·      yang membawa wasiat Al-Rasul (lantikan Allah)
·      yang mempunyai 3 nama (Ahmad, Abdullah (hamba Allah dan Al-Mahdi)
·      yang namanya serupa dengan namaku
·      yang nama bapanya serupa dengan nama bapaku
·      yang keluar dari arah timur
·      yang membawa panji-panji kebenaran
·      yang mempunyai ilmu dan hikmah
·      yang menyeru (berdakwah) kepada Hakimiyah Allah (Bai3atu Lillah)

Dialah Ahmad Al-Hassan Al-Yamani (as) washi dan utusan lmam Mahdi (as), Al-Qaim Aali Muhammad, Hujjah Allah dan Khalifah Allah Al-Mahdi yang dijanjikan di akhir zaman.

Al-Albani dalam Al-Silsilah Al-Sahihah menjelaskan terdapat hadits yang berbunyi:

لا تقوم الساعة حتى تملأ الأرض ظلماً وجوراً وعدواناً، ثم يخرج رجل من عترتي أو من أهل بيتييملؤها قسطاً وعدلاً، كما ملئت ظلماً وعدواناً

"Tidak akan terjadi Al-Saah (hari akhirat)  sehingga bumi dipenuhi kezaliman, ketidakadilan dan permusuhan, kamudian akan keluar seorang lelaki dari 'itrahku atau Ahlulbaitku, yang akan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan setelah dipenuhi kezaliman dan permusuhan." (Hadits riwayat Ahmad, juz 3, hal 36; Ibnu Hibban, hal 1880; Al-Hakim, juz 4, hal 557; Abu Na'im dalam kitab Al-Hilyah, juz 3, hal 101) .

Sebelum berlakunya Al-Saah (hari akhirat, hari kiamat) ia adalah Akhir Zaman atau Kiamat Kecil sebelum Kiamat Besar berlaku.




Terlalu banyak khabar (riwayat) di kalangan Sunni dan Syiah menjelaskan kerja-kerja tersebut. Termasuklah perkhabaran segala kerja dakwah, peperangan …… peristiwa dan keadaan-keadaan yang berlaku di akhir itu.


Pengikut dan Musuhnya.

Di dalam perkhabaran tersebut tunggak utama ada berbagai nama yang ditujukan kepada yang pertama beriman dengan lmam Mahdi (as):

1.   Al-Yamani, Al-Hashimi (gelaran keluarga Muhammad (S)), Al-Manshur, Mahdi Pertama dan…. dan…
2.   Sahabat lmam Mahdi (as): terkenal dengan 313 (termasuk Al-Yamani) – Ansar utama – panglima-panglima tenteranya.- termasuk 50 perempuan - yang pertama adalah dari Basrah (Ahmad) dan yang akhir adalah Al-Abdal dari Syam
3.   Ansar 10 000 yang berbai3ah dengan Al-Yamani
4.   Al Khurasani yang dipimpin oleh Syuaib bin Soleh menyerahkan panji-panjinya kepada Al-Yamani

Ansarnya terdiri dari Muslim Syiah, Sunni, orang-orang Kristian, atheis dan manusia lain yang berbai3ah dengannya3 Selain itu ada musuh-musuh umum yang menolak dakwahnya dan musuh-musuh khusus yang memerangi. Mereka ternasuklah
              
1.   Umat manusia yang tidak ambil peduli
2.   Umat Islam Syiah (terutamanya)
3.   Umat Islam Sunni
4.   Al-Nashibi
5.   Al-Sufyani dan bala tenteranya
6.   Al-Dajjal yang dibunuh Isa
7.   Dajjal Besar (Al-Dajjal Al-Akbar)


Tanda lain


قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَىٰ أَن تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا ﴿٩٤
Mereka berkata: "Hai Zhulkarnain, sesungguhnya Ya'juj dan Ma'juj itu yang membuat kerusakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?" [Al-Kahf 18:94] 

Zhulkarnain pernah diminta untuk membina tembok besi dipateri (dikimpal) dengan tembaga  dan ia telah dilakukan oleh Zhulkarnain. Rasulullah pernah terjaga dari tidur bermimpikan tembok besi hampir siapditebuk oleh Ya'juj dan Ma'juj.

﴿حَتَّىٰ إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍ يَنسِلُونَوَاقْتَرَبَ الْوَعْدُ الْحَقُّ فَإِذَا هِيَ شَاخِصَةٌ أَبْصَارُ الَّذِينَ كَفَرُوا يَا وَيْلَنَا قَدْ كُنَّا فِي غَفْلَةٍ مِّنْ هَـٰذَا بَلْ كُنَّا ظَالِمِينَ﴾
Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya'juj dan Ma'juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. * Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar, maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir. (Mereka berkata): "Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zalim".[Al-Anbiak 21:97] 

Soalan ini pernah ditanyamelalui internet.

 Apa yang dimaksudkan dengan Yakjuj dan Makjuj yang akan keluar di akhir zaman menurut riwayat?

Jawapan Imam Ahmad Al-Hassan:

Insya-Allah, anda akan dapat maklumat terperincinya di dalam kitab yang akan diterbitkan.


No comments:

Post a Comment