Friday 8 April 2016

Baiah Di Antara Rukun Wal Makam



Soalan Lazim 15 Baiah Di Antara Rukun Wal Makam

Untuk menjawab soalan ini kita mesti mengenal tokoh-tokoh penyelamat yang belum dimatikan dan akan keluar di akhir zaman.

Umat manusia dalam agama-agama samawi menantikan tokoh-tokoh penyelamat mereka menurut berita yang disampaikan oleh nabi-nabi atau rasul-rasul mereka.

Rasulullah (S) mengingatkan tiap-tiap agama samawi ini berpecah kepada lebih 70 kelompok (firqah) masing-masing. Maka sudah tentu berita besar menantikan tokoh-tokoh itu menjadi sulit dan sukar difahami. Tokoh-tokoh ini datang di akhir zaman atau ketika kiamat kecil. Ia telah disebut di dalam perkhabaran (hadits dan atsar) dan kitab-kitab dari kalangan Sunni dan Syiah. Antaranya tokoh-tokoh yang diangkat oleh Allah yang belum dimatikan dan akan keluar di akhir zaman itu adalah:

1.   Nabi Khidir (as): bagi umat dahulu kala
2.   Nabi Elia (as): Nabi Bani Israil
3.   Nabi Isa (as) atau Isa Al-Masih (Penyelamat): Bagi Umat Kristian.
4.   Imam Muhammad Al-Hassan Al-‘Askari Al-Mahdi Al-Muntadzar menurut Muslim Syi’ah dan sebahagian Muslim Sunni.
5.   Imam Mahdi (Ahmad) menurut Muslim Sunni yang lahir di akhir zaman.

Semua tokoh-tokoh ini pernah menjadi nabi atau rasul atau washiy (khalifah Rasul) kecuali yang ke lima iaitu Imam Mahdi menurut Muslim Sunni yang lahir di akhir zaman.

Pemberitaan yang diambil dari Al-Quran dan perkhabaran hadits-hadits dan atsar dan juga dari kitab-kitab yang mengulas semua tokoh-tokoh ini seolah-olah atau kadang-kala mempunyai percanggahan dan amat sulit lagi bila membicarakan keadaan dan cara bagaimana mereka (semua tokoh-tokoh ini) boleh hadir atau pengutusan semula mereka pada masa yang sama iaitu pada akhir zaman.

Dan di samping itu ada tokoh-tokoh negatif seperti Dajjal (Masih Al-Dajjal), Ya’juj Makjuj, Al-Sufyani, Wahabi dan masyarakat Islam sendiri yang menentang Ahli Bait Rasulullah (S).


Tokoh ke 4 Imam Muhammad Al-Hassan Al-‘Askari Al-Mahdi Al-Muntadzar adalah tokoh utama kerana ia adalah umat Muhammad atas tokoh-tokoh Nabi Khidir (as): Nabi Elia (as): Nabi Isa (as) atau Isa Al-Masih yang juga akan keluar pada akhir zaman, mereka seperti sabda Rasulullah (S)

1.   Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bagaimana agaknya kamu bila Isa Ibnu Maryam turun di antaramu dan pada ketika itu imam kamu adalah salah seorang daripada kamu”. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

2.   Abu Nua’im meriwayatkan daripada Jaabir katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Isa anak Maryam akan turun. Maka berkatalah pemimpin mereka, Al Mahdi, “Silalah menjadi imam sembahyang untuk kami!” tetapi Nabi Isa berkata, “Sesungguhnya sebahagian kamu adalah pemimpin kepada sebahagian yang lain (Baginda menyatakan begitu sebagai menyatakan penghormatan Allah kepada ummat ini)”. ((Al Hawi Li Al Fatawi  j.2 ms.64)
                                
Malangnya, sebahagian besar umat Islam (Syiah dan sunnah) awam tidak menelaah kitab-kitab dan pandangan-pandangan ulama mereka dan merasa cukup dengan apa yang dikatakan orang-orang yang berpakaian penuntut ilmu.

Ringkasnya tokoh ke 4 iaitu Imam Muhammad Al-Mahdi Al-Muntadzar menurut Muslim Syi’ah dan sebahagian Muslim Sunni akan dibai’ah di antara Rukun dan Makam di Mekan.

Dan Imam Mahdi (Ahmad) menurut Muslim Sunni yang lahir di akhir zaman sebenarnya yang akan membantu mempersiapkan segala keperluan sebelum zuhur bapanya Imam Mahdi Utama itu.



Mari kita lihat hadits-hadits berikut:

Abu Jaafar berkata:

يخرج شاب من بني هاشم بكفه اليمنى خال من خراسان برايات سود ، بين يديه شعيب بن صالح ، يقاتل أصحاب السفياني فيهزمهم

(Keluar seorang pemuda dari Bani Hashim di Kufah dari arah Khurasan membawa panji-panji hitam, di tangan bernama Syu3aib bin Shaleh, berjuang menentang tentera Al-Sufyani dan mengalahkan mereka) [9].

Dari Ali katanya:
تخرج رايات سود تقاتل السفياني ، فيهم شاب من بني هاشم ، في كتفه اليسرى خال ، وعلى مقدمته رجل من بني تميم ، يدعى شعيب بن صالح ، فيهزم أصحابه

(Keluar panji-panji hitam menggempur Al-Sufyani, termasuk seorang pemuda dari Bani Hashim, bapa saudaranya di kiri, dan yang mendahuluinya seorang lelaki dari Bani Tamim, bernama Syu3aib bin Shaleh, mengalahkan sahabat-sahabatnya) [10].

Ammar bin Yasir berkata:

إذا بلغ السفياني الكوفة وقتل أعوان آل محمد خرج المهدي على لوائه شعيب بن صالح

Jika Al-Sufyani sampai Kufah dan membunuh beberapa teman Aalii Muhammad, keluar Al-Mahdi datang atas panji-panji Syuaib bin Saleh) [11].

Jadi Pemuda Tamimi (Bani Tamim) adalah Syu3aib bin Shaleh, salah seorang pemimpin muda dari Bani Hashim, dia adalah seorang anak dari Al-Hussein, dan lelaki ini adalah ditentukan oleh riwayat dari Ammar bin Yassir sesungguhnya dia adalah Al-Mahdi.

Untuk mengukuhkan kesimpulan ini lebih:

Muslim meriwayatkan dalam Shahihnya, dan Ahmad di dalam Musnadnya, dari Abi Qalabah, dari Tsaubaan bersabda: Rasulullah (Shalla Allahu 3alaihi wa Aalihi wa sallam):

وإذا رأيتم الرايات السود قد جاءت من قبل خراسان، فأتوها فانّ فيها خليفة اللّه المهدي

(Jika kamu melihat panji-panji hitam datang dari arah Khurasan, datanglah kepadanya kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi) [12].

Dan kita perhatikan apa yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dari Abi Qalabah, dari Abi Asmaa’ Al-Rahbiy, dari Tsaubaan berkata, Rasulullah: (Shalla Allahu 3alaihi wa Aalihi wa sallam) bersabda:

يقتتل عند كنزكم ثلاثة كلّهم ابن خليفة، ثمّ لا يصير إلى واحد منهم، ثمّ تطلع الرايات السود من قبل المشرق ويقتلونكم قتلاً لم يقتله قوم ـ ثمّ ذكر شيئاً لا أحفظه ـ فقال: فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبواً على الثلج فانّه خليفة اللّه المهدي

(pertempuran yang kamu pendamkan antara tiga pihak kesemua mereka anak-anak Khalifah, maka tidak berlaku kepada seseorang dari mereka, kemudian muncul panji-panji hitam datang dari arah timur. Dan terjadi perperangan yang belum pernah berlaku pada suatu kaum dan kemudian menyebut sesuatu yang tidak aku ingat, lalu baginda bersabda: Jika kamu melihatnya maka berbai’ahlah padanya walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji, kerana dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi) [13].

Oleh itu Khalifah Allah Al-Mahdi (Ahmad) membawa panji-panji hitam akan datang dari Khurasan atau dari arah timur.

Tetapi Al-Mahdi keluar di Mekah, dan Mekah bukan dari arah Timur (Negara Arab), apakah jalan keluar dari pertentangan ini? Mari kita baca riwayat-riwayat ini:

عن عبد الله بن مسعود، قال: بينما نحن عند رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم إذ أقبل فتية من بني هاشم، فلما رآهم النبي صلى الله عليه وآله وسلم اغرورقت عيناه وتغير لونه، قال: ( فقلت: ما نزال نرى في وجهك شيئا نكرهه! فقال: إنا أهل بيت اختار الله لنا الآخرة على الدنيا، وإن أهل بيتي سيلقون بعدي بلاء وتشريدا وتطريدا حتى يأتي قوم من قبل المشرق معهم رايات سود، فيسألون الخير فلا يعطونه، فيقاتلون فينصرون، فيعطون ما سألوا فلا يقبلونه حتى يدفعوها إلى رجل من أهل بيتي فيملؤها قسطا كما ملؤوها جورا )

Dari Abdullah bin Mas3ud katanya: kami berada di sisi Rasulullah (Shalla Allahu 3alaihi wa Aalihi wa sallam) dan kerana baginda menerima kedatangan pemuda-pemuda dari Bani Hashim, dan apabila baginda (Shalla Allahu 3alaihi wa Aalihi wa sallam) melihat mereka mengalir air matanya dan berubah warna (wajah baginda), katanya lagi: (Aku berkata: Mengapa kami masih melihat di wajah mu sesuatu yang tidak disenangi!: Baginda bersabda: Sesungguhnya Ahl Al-Bait Allah memilih akhirat berbanding dunia, bahawa Ahl Al-Baitku akan menerima ujian selepasku, menjadi buruan dan dikerumuni (musuh), sehingga datang satu kaum dari timur dengan panji-panji hitam, kemudian orang-orang meminta kebaikan dan dia tidak memberinya, kemudian mereka dibantu dalam perjuangan, maka diberikan apa yang mereka minta tidak menerimanya sehingga mereka dihantar seorang lelaki dari Ahl Al-Baitku yang memenuhinya dengan keadilan sebagaimana sebelumnya depenuhi dengan ketidakadilan) [14].
                       
Dalam riwayat ini: panji-panji hitam mereka diserahkan kepada kepada seorang lelaki dari Ahl Al-Bait Rasulullah (S), yang juga dikenali sebagai Al-Mahdi.

Mereka memudahkan Al-Mahdi sebagaimana diriwayatkan daripada Abdullah bin al-Harith bin Juz’i Al-Zubaidi berkata:

قال رسول الله : يخرج ناس من المشرق ، فيوطئون للمهدي

(Rasulullah bersabda: keluar orang dari Timur, yang akan memudahkan bagi Al-Mahdi) [15].

Mereka adalah ansarnya, seperti yang dinyatakan dari Ali (as) katanya:

ويحاً للطالقان، فإن لله عز وجل بها كنوزاً ليست من ذهب ولا فضة، ولكنَّ بها رجالاً عرفوا الله حق معرفته ، وهم أنصار المهدي آخر الزمان

"Berita gembira kepada Thaliqan, Allah AWJ mempunyai khazanah yang bukan emas dan bukan perak, tetapi terdapat orang-orang yang mengetahui haq makrifah Allah. Dan mereka adalah para ansar Al-Mahdi di akhir Zaman." [16].

Tiada jalan keluar dari percanggahan  - terutama dengan kesahan sebahagian riwayat daripada Timur itu sekurang-kurangnya -sama dengan mengatakan bahawa Al-Mahdi, yang datang dengan panji-panji Timur adalah anak Imam Al-Mahdi, Muhammad bin Al-Hasan (as) yang muncul di Makkah.

Mujurlah, kita ada riwayat yang merujuk kepada pengertian ini:

عن علي قال: ( إذا بعث السفياني إلى المهدي جيشاً فخسف بهم بالبيداء وبلغ ذلك أهل الشام ، قالوا لخليفتهم: قد خرج المهدي فبايعه وادخل في طاعته وإلا قتلناك فيرسل إليه بالبيعة ، ويسير المهدي حتى ينزل بيت المقدس وتنقل إليه الخزائن وتدخل العرب والعجم وأهل الحرب والروم وغيرهم في طاعته من غير قتال ، حتى تبنى المساجد بالقسطنطينية وما دونها . ويخرج قبله رجل من أهل بيته بأهل المشرق يحمل السيف على عاتقه ثمانية أشهر، يقتل ويمثل ويتوجه إلى بيت المقدس فلا يبلغه حتى يموت)

Dari Ali katanya: (Jika Al-Sufyani menghantar tentera kepada Al-Mahdi maka mereka akan tenggelam di Al-Baidaa’ dan sampai  penduduk Syam, mereka berkata kepada Khalifah mereka: telah keluar Al-Mahdi maka berbai’ah padanya dan mentaatinya dan jika tidak kami akan membunuhmu dan kemudian menghantar kepadanya  bai’ah, dan Al-Mahdi akan berjalan sehingga sampai Bait Al-Maqdis dan Dan dibawakan kepadanya peti-peti khazanah dan akan disertai orang-orang Arab, Parsi dan ketenteraan dan orang-orang Rom dan lain-lain dalam mentaatinya bukan secara pertempuran, sehingga masjid-masjid dibina di Constantinople dan di bawahnya. dan keluar menemuinya seorang lelaki dari Ahli Baitnya bersama orang-orang Timur membawa pedang di bahunya selama lapan bulan, membunuh dan menghukum dan menuju ke Bait Al-Maqdis tidak disedarinya sehingga dia mati) [17].

Al-Mahdi yang keluar dari timur adalah dari Ahli Bait Al-Mahdi Muhammad bin Al-Hasan (as) yang keluar di Mekah.

Dengan membezakan antara Al-Mahdi pemilik panji-panji hitam dan dia adalah Al-Mahdi yang lahir di akhir zaman dan yang bernama Ahmad, dan bapanyaa adalah Imam Al-Mahdi Muhammad bin Al-Hasan, membolehkan kita untuk mencari penyelesaian yang tepat kepada banyak riwayat yang kelihatan bercanggah, seperti apa yang diriwayatkan daripada Ali (as) [18], katanya:

(( يفرج [ الله ] الفتن برجل منا, يسومهم خسفا, لا يعطيهم إلا السيف, يضع السيف على عاتقه ثمانية أشهر, [ هرجا ] حتى يقولوا: والله ما هذا من ولد فاطمة, لو كان من ولدها لرحمنا, يغريه الله ببني العباس وبني أمية))

(([Allah] melepaskan (melapangkan) kita dari fitnah melalui seorang lelaki daripada kita, mengenakan Kehinaan, Tidak diberikan kepada mereka melainkan pedang, dan meletakkan pedang di bahunya selama lapan bulan, [kekecohan] sehingga mereka berkata: Demi Allah, apakah ini anak Fatimah, jika dia anaknya, dia akan berlemah lembut, Allah memerangkapnya seperti Bani Abbas dan Bani Umaiyah)) [19].

Hadits ini, yang menggambarkan Al-Mahdi, Ia terbabit dalam peperangan yang bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Abu Hurairah, katanya:

يبايع المهدي بين الركن والمقام, لا يوقظ نائما, ولا يهريق دما

(Al-Mahdi dibai’ah di antara Rukun dan Maqam, tidak terjaga dari tidur, dan tidak menumpah darah) [20].

Maka yang terbabit dalam peperangan dan terus membelenggu adalah Al-Mahdi akhir zaman yang membawa panji-panji hitam, dan Al-Mahdi, yang tidak menumpah darah adalah Imam Mahdi Muhammad bin al-Hasan (as) yang keluar di Mekah.

Di dalam Musnad Imam Ahmad, beliau mengeluarkan sebuah hadith daripada Abu Qatadah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Diberikan bai'ah kepada seorang lelaki di tempat antara rukun (Hajar al-Aswad) dan maqam (Maqam Ibrahim) dan tidak ada yang menduduki Bait Allah (pada masa itu) kecuali yang berhak melakukannya."

Daripada Ummu Salamah, diriwayatkan secara marfu' :

"Akan terjadi perbezaan pendapat ketika wafatnya seorang khalifah. Kemudian salah seorang lelaki penduduk Madinah pergi keluar menuju Makkah. Penduduk Makkah menemuinya, memintanya keluar dari rumah, padahal ia tidak menyukainya. Kemudian mereka membai'ah lelaki itu di antara rukun (Hajar al-Aswad) dan maqam (Maqam Ibrahim). Kemudian datanglah satu pasukan dari Syam untuk memeranginya. Pasukan itu diserang di padang pasir yang tandus, yang terletak di antara Makkah dan Madinah. Ketika orang-orang soleh Syam dan sekelompok orang Iraq mengetahui itu, mereka mendatangi lelaki tersebut dan membai'ahnya (di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim). Saat itu muncul seorang lelaki Quraisy yang memiliki garis keturunan daripada pihak ibu Bani Kilab. Lalu lelaki Quraisy itu mengirimkan pasukan untuk memerangi orang-orang yang membai'ah tadi berhasil mengalahkan pasukan yang dikirim lelaki Quraisy itu. Pasukan lelaki Quraisy tersebut bagaikan anjing. Merugilah orang-orang yang tidak menyaksikan rampasan perang Bani Kilab itu. Kemudian lelaki itu membahagikan harta itu. Dia menerapkan sunnah Nabi SAW sehingga Islam menjadi terhormat di muka bumi ini. Lelaki itu (al-Mahdi) memerintah selama tujuh tahun, kemudian wafat dan kaum Muslimin mensolatkannya." {11}

_______________________
[7] - Ibn Hammad / 85 dan dari Al-Hawiy: 2/68, dan Al-Qaul Al-Mukhtashar / 22, dan Fawaid Al-Fikr / 18.
[8] - Al-Mukhtashar / 7,
[9] - Ibn Hammad / 84 dan 3uqud Al-Durar / 128, dan Al-Hawiy: 2/68.
[10] - Ibn Hammad: 1/314 dan dari Al-Hawiy: 2/69, dan Jami3 Al-Jawami3: 2/103.
[11] - Ibn Hammad: 1/314, dan Al-Hawiy: 2/68.
[12] - Shahih Muslim: 8 | 171, Bab kemusnahan Umat ini, sebahagian daripada sebahagian mereka, Kitab Al-Fatan.Musnad Ahmad: 5 | 277.
[13] - Sunan Ibn Majah: 2 | 1376 No 4084. lihat juga Hadith Al-Nabawiy 20 - halaman 5 dan katanya dalam Al-Zawaid: Sanadnya shahih, orang-orang yang boleh dipercayai. Dan Al-Mahdi Al-Muntadzar(as) berdasarkan Al-Hadits dan Al-Atsar yang Shahih - Dr Abd Al-3alim Abd Al-3adzim Al-Bastawiy - halaman 203: berkata Al-Albaniy pada salisilah Hadits lemah dan maudhu3: "Sana perawainua baik semua orang-orangnya boleh dipercayai (tsiqah), dan mempunyai saksi yang mencukupi." Dan juga dalam ulasannya dalam Misykah Al-Mashabih,. Beliau berkata dalam Shahih Al-Jami3 Al-Shaghir: "Shahih" Kesimpulan: Sanadnya Hasan.
[14] - Sunan Abi Dawud 4 / 107. Dan Al-Raudd Al-Fasih Jilid 4 - halaman 2. Dan Kasyfu Al-Ghammah 2 / 473. dan Al-3arif Al-Wardiy: Jilid 48 - halaman 59.
[15] - Diriwayatkan oleh Ibn Majah: 2/1368. Begitu juga Al-Thabraani dalam Al-Ausath: 1/200, jalan yang lain. dari keterangan Al-Syafi3i / 490, dan berkata: Hadits ini Hasan Shahih perawinya Tsiqah dan diakui, 3uqud Al-Durar / 125, dan Tazhkirah Al-Qurthubiy / 699, dan Faraid Al-Samthin: 2/333, dan Kharidah Al-3ajaib / 257, dan Tahfah Al-Asyraf: 4/307, dan Al-Manar Al-Munif / 145, dan Fatan Ibn Katsir: 1/41 dan Al-Hafidz Al-Maghribi / 555, dan berkata: Haditsnya Shahih, dan Muhammad bin Marwan tsiqah yang dinaqalkan oleh Al-Tha dari (Ibn Khaldun) dari Yahya bin Mu3in dan Abi Dawud dan Ibn Hibban pada ungkapan-ungkapan yang berbeza didokumenkan dengan berbeza-beza.. Dan kata Abu Zar3ah, tidak boleh diterima, kerana ia tidak menunjukkan wajaran bukti yang adil ditulis kepadanya daripada yang lain, tetapi ada yang lebih teruk berbanding (ilmu) Al-Rijal iaitu Yahya bin Mu3in, dan juga ditinggalkan riwayat dari Abdullah bin Ahmad, Adapun kata-kata Al-Bazzaar bahawa yang mengikutnya sepenuhnya oleh salah satu jalan dari sheikhnya jika mungkin, walaupun jalannya mutlak selain Muslim apa yang didakwanya telah diusahakan padanya.. hingga akhir.
[16] - lihat Al-Hawiy oleh Al-Suyuthiy: 2/82, dan Kanz Al-3amal: 7/262, dan pada riwayat Yanabi3 Al-Mawaddah / 449: (Bakhkh Bakhkh oleh Al-Thalaqaan).
[17] - Ibn Hammad: 1/349, dan 3uqud Al-Durar / 129, dan Al-Hawiy: 2/70, dan Jami3 Al-Jawami3: 2/103, dan Al-Maghribiy / 579.
[18] - dan Al-3arif Al-Wardiy Hadits No 130.




No comments:

Post a Comment