Sunday 10 April 2016

Kenapa Mesti Ada 12 Mahdi



Soalan Lazim 18 Kenapa Mesti Ada 12 Mahdi

Semua khalifah Allah di Bumi Allah ini dilantik dan di perakui oleh Allah sejak Adam (as). Mereka bergelar Nabi atau Rasul atau Washi. Mereka mempunyai Ilmu dan Hikmah yang diajarkan oleh Allah dan Mereka menyeru tunduk patuh dan taat kepada Allah (Bai3atu Lillah) melalui Khalifah Allah sehingga hari kiamat. Contohnya

Musa (as) washinya Harun (as) dan kemudian Yusak bin Nun (as) apabila Harun mati. Yusak (as) meneruskan tugas dakwah sehingga pembukaan Palestin.

Isa (as) washinya Sam3un (Simon Peter) yang pertama dari 12 orang Harawiyun (murid-murid) Isa (as). setelah Isa diangkat (bukan mati) washinya Sam3un (Simon Peter) dan 10 Harawiyun yang lain (seorang belot) meneruskan tugas dakwah hinggakan penganut Nasrani (Kristian) 2.1 billion melebihi umat Islam hari ini (hanya 1.7 bilion) sahaja.

Muhammad (S) nabi penutup (Khatam an-Nabiyin) washi baginda adalah Ali bin Abi Thalib (pergolakan perebutan Kuasa Khalifah Rasulullah dari Ali). Khalifah-khalifah tidak rasmi ini bukan Khalifah Allah kerana mereka tidak dilantik oleh Allah. Atau

Khalifah-khalifah Rasulullah lantikan Syura
Khalifah Rasulullah (Ali) ketetapan Allah.

Ketetapan Washi Rasulullah Ali bin Abi Thalib ada banyak nash dari Rasulullah walaupun ia tidak diiktifaf oleh sebahagian Muslimin Sunni. Walau bagaimana pun ada banyak nash-nash ditemukan dalam hadits-hadits dan Kitab tafsir (Al-Quran) Sunni.

Wasiat Rasulullah menyatakan ada 12 Imam-imam yang didahului oleh Ali dan diikuti oleh Al-Hassan dan Al-Hussein dan seterusnya diikuti oleh 9 orang anak Al-Hussein. Yang terakhir darinya adalah Imam Muhammad Al-Mahdi yang diangkat oleh Allah dan akan keluar di akhir zaman. Selepas12 Imam-imam akan ada 12 Mahdi-mahdi.
Yang pertama darinya bernama Ahmad atau Abdullah atau Al-Mahdi. Ahmad adalah yang pertama beriman dengan Imam Muhammad Al-Mahdi (Imam ke 12 dan penutup para washi)

Ahmad sebagai Mahdi pertama akan menjadi Imam Zaman (Aali Muhammad) diikuti oleh 11 orang anak-anaknya.
Selepas itu dunia akan kiamat.


MAHDI-MAHDI DI DALAM KITAB AL-SUNNAH

Kehendak Allah SWT telah memperkuat bukti-bukti seruan (dakwah) Al-Syed Ahmad Al-Hassan, dengan dalil-dalil dan hujah-hujah, bahawa semua kata-kata Al-Syed Ahmad Al-Hassan mempunyai dalil atau rujukan dalam ayat Al-Quran atau Hadis Nabi atau pada sunnah perjalanan para nabi dan rasul (as). Kadang-kadang terdapat sokongan ilahi yang ajaib bagi seruan (dakwah) yang diberkati ini membuatkan manusia harus berhenti sejenak dan bertafakur (memikirkan) serta menilai semula kedudukannya pada pemilik seruan (dakwah) yang sebenar. Ia adalah sebahagian daripada ketetapan Allah terhadap seruan (dakwah) ini, ia satu ketetapan tentang Mahdi-mahdi yang akan memerintah di Daulah Keadilan Ilahi (Al-Daulah Al-Adil Al-Ilahiyah).

Dengan itu Al-Syed Ahmad Al-Hassan, adalah yang pertama untuk membawa ketetapan Mahdi-mahdi seperti yang disebut dalam Wasiat Rasulullah (S) dengan sabda baginda, Ia adalah yang pertama daripada dua belas Mahdi-mahdi. Walaupun masyarakat Al-Sunnah Wa Al-Jamaah tidak mengiktiraf ia sebagai punca wasiat nabi yang mulia, tetapi kitab-kitab mereka tetap meriwayatkan ketetapan Mahdi-mahdi yang akan memerintah pada akhir zaman, dan ini adalah satu sokongan yang sangat kuat untuk seruan (dakwah) Al-Syed Ahmad Al-Hassan, jadi mereka mempunyai tanggungjawab untuk menerima seruan (dakwah) ini walaupun secara umumnya kelihatan mereka tidak sejalan seperti yang dinyatakan di dalam kitab-kitab mereka



DUA BELAS MAHDI-MAHDI DI DALAM KITAB AL-SUNNAH


حدثنا: هداب بن خالد الأزدي، حدثنا: حماد بن سلمة، عن سماك بن حرب قال: سمعت جابر بن سمرة يقول: سمعت رسول الله (ص): يقول: لا يزال الإسلام عزيزا إلى إثنى عشر خليفة، ثم قال: كلمة لم أفهمها فقلت لأبي: ما قال: فقال: كلهم من قريش، المصدر

Diriwayat dari Hadab bin Khaled Al Azdi [yang] meriwayatkan daripada Hamad bin Salma [yang meriwayatkan] dari Samak bin Harb, telah berkata: "Aku telah mendengar Jabir bin Samrah berkata: 'Aku mendengar Rasulullah (S) bersabda: "Islam akan kekal mulia sehingga 12 Khalifah," dan kemudian dia berkata perkataan yang aku tidak fahami, lantas aku berkata kepada ayahku: "Apa yang baginda katakan?" Dia berkata: "Kesemua mereka adalah daripada Quraisy." 

[Sahih Muslim, jilid 3, ms 1453] 

*Apakah umat manusia dapati hanya ada dua belas Khalifah? Apakah berlaku Islam dijunjung???


3uyun Al-Akhbar Ibn Qutaibah halaman.302: 

عيون الأخبار لابن قتيبة ج ص‍ 302: (حدثني محمد بن عبيد قال: حدثنا أبو أسامة، عن زائدة، عن سماك، عن سعيد بن جبير، عن ابن عباس، أنه كان إذا سمعهم يقولون: يكون في هذه الأمة إثنا عشر خليفة، قال: ما أحمقكم. إن بعد الاثني عشر ثلاثة منا: السفاح، والمنصور، والمهدي، يسلمها إلى الدجال " قال أبو أسامة " تأويل هذا عندنا أن ولد المهدي يكونون بعده إلى خروج الدجال(.

Diriwayatkan dari Muhammad bin 3abid yang berkata: diriwayatkan oleh Abu Usama dari Za’eidah dari Samak dari Sa3id bin Jabir dari Ibn Abbas, Abahawa beliau telah mendengar mereka berkata: " Akan ada pada umat ini 12 Khalifah!" Beliau berkata: "Betapa bodohnya kamu? Selepas 12 adalah tiga dari kami iaitu Al-Safah, Al-Manshur dan Al-Mahdi? Akan mengalahkan Dajjal " 
                     
Abu Usama berkata: "Tafsiran [dari kami] bermakna anak Imam Mahdi, terjadi selepasnya sehingga kemunculan Dajjal." 


Pengarang kitab 3umdat Al-Qari Syarh Shahih Al-Bukhari, Penulis Badr Al-Din Al-3aini Al Hanafi berkata: "Ianya tidak mustahil bahawa akan ada 12 orang selepas Mahdi yang akan muncul di akhir zaman …" sehingga dia berkata: "Dan kemudian selepas dia, anaknya akan memerintah, dan dengan itu akan terdapat 12 raja-raja (pemerintah), setiap seorang daripada mereka adalah Imam Mahdi." Dan dari Ka3ab Al-Ahbar akan ada dua belas Mahdi dan kemudian turun, Ruhu Allah yang akan membunuh Dajjal).


*Mereka dua belas Mahdi seperti bilangan Imam-imam


Dalam Tafsir Ibn Abi Hatim Hadits  No. 13730 dari Ka3ab Al-Ahbar, beliau berkata: "Mereka adalah 12, dan apabila mereka semua meninggal dunia, mereka akan digantikan dengan 12 yang seperti mereka, dan itu adalah janji dari Allah kepada umat ini." Lalu dia membaca:

وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ

"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa.” [Al-Nur 24:55]

Begitu jugalah yang berlaku dengan Bani Israel

                                                  
 *Ia boleh dimaksudkan dengan (dua belas) mereka adalah Mahdi-mahdi yang dikatakan oleh sebahagian ulama Al-Sunnah


فتح الباري شرح صحيح البخاري لابن حجر (20/266) برقم 6682 قال ضمن كلام طويل: قال أبو الحسين بن المنادي: في الجزء الذي جمعه في المهدي يحتمل في معنى حديث " يكون اثنا عشر خليفة " أن يكون هذا بعد المهدي الذي يخرج في آخر الزمان فقد وجدت في " كتاب دانيال " إذا مات المهدي ملك بعده خمسة رجال من ولد السبط الأكبر، ثم خمسة من ولد السبط الأصغر ؛ ثم يوصي آخرهم بالخلافة لرجل من ولد السبط الأكبر، ثم يملك بعده ولده فيتم بذلك اثنا عشر ملكا ؛ كل واحد منهم إمام مهدي،
قال ابن المنادي وفي رواية أبي صالح عن ابن عباس " المهدي اسمه محمد بن عبد الله وهو رجل ربعة مشرب بحمرة يفرج الله به عن هذه الأمة كل كرب، ويصرف بعدله كل جور، ثم يلي الأمر بعده اثنا عشر رجلا، ستة من ولد الحسن، وخمسة من ولد الحسين، وآخر من غيرهم ؛ ثم يموت فيفسد الزمان " وعن كعب الأحبار " يكون اثنا عشر مهديا، ثم ينزل روح الله، فيقتل الدجال "


Fath Al Bari Syarh Sahih Bukhari oleh Ibnu Hajar, jilid 20/266, hadis 6682. Telah berkata dalam suatu petikan yang panjang: Abu Al Hussein bin Al Munadi berkata pada bahagian di mana dia mengumpul mengenai Imam Mahdi, dalam memberi pengertian hadits "Akan terdapat 12 Khalifah ", adalah bermaksud ianya akan berlaku selepas Al-Mahdi yang akan muncul di akhir zaman, kerana aku dapati dalam kitab Daniel, apabila Imam Mahdi mati, akan ada 5 lelaki yang memerintah dari anak cucu yang tertua, dan setelah itu 5 anak dari cucu yang muda, dan kemudian yang terakhir akan menyerahkan kepimpinan beliau kepada anak dari cucu yang tertua, dan kemudian anaknya akan memerintah, 12 raja-raja akan memerintah, setiap seorang daripada mereka adalah Imam Mahdi. 

Telah berkata Ibn Al Munadi, dan di dalam riwayat Abi Saleh dari Ibnu Abbas. Nama Imam Mahdi adalah Muhammad bin Abdullah, dan dia adalah seorang lelaki yang janggutnya dicelup dengan warna merah, Allah melapangkan umat ini dengannya daripada semua kesengsaraan, dia akan menghapuskan semua ketidakadilan dengan keadilan, dan selepas dia akan ada 12 lelaki. enam dari anak Al-Hassan, dan lima dari anak Al-Hussein, dan yang terakhir daripada yang lain; kemudian mati maka berlaku zaman kerosakan "

Dan dari Ka3ab Al-Ahbar “akan ada dua belas Mahdi dan kemudian turun, Ruhu Allah yang akan membunuh Dajjal.”.
.
Beliau juga berkata di tempat lain dalam No hadits dan halaman yang sama: Dan disokong dari riwayatnya yang dijelaskan dalam Musnad Al-Kabir melalui jalur Abi Bahr, Bahawa Aba Al-Jild memberitahunya

"Sesungguhnya tidak akan musnah umat ini sehinggalah mereka mempunyai dua belas Khalifah, hesemua mereka beramal dengan petunjuk dan agama yang benar, mereka adalah dua lelaki dari Ahl Bait Muhammad, yang satu hidup empat puluh tahun lamanya, dan yang satu lagi tiga puluh tahun. "
            

Fath Al-Bari Syarh Sahih Bukhari Jilid 13 halaman 181 menyatakan Abu Al-Hussein bin Al-Munadi: dalam memberi makna pada hadits, boleh dikatakan seperti adanya 12 khalifah selepas Al-Mahdi yang akan muncul di akhir zaman dan aku menemui dalam Kitab Danial.

Apabila matinya Al-Mahdi akan ada 5 lelaki yang akan menjadi pemerintah dari keturunan As-Sabt Al-Akbar (Al-Hasan bin Ali) kemudian 5 lelaki dari keturunan As-Sibt Al-Asghar (Al-Husain bin Ali) kemudian lelaki terakhir di kalangan mereka akan diwasiatkan dengan khilafah dan dia dari keturunan As-Sibt Al-Akbar, kemudian anaknya akan menjadi pemerintah, maka cukuplah 12 orang pemerintah dan setiap seorang daripada mereka adalah al-mahdi.

         

Juga disebut dalam Fitan Al-Marwazi hadits: No. 223 dia adalah guru Al-Bukhari:
Diceritakan kepada kami Al-Hakam bin Nafi3 dari Jarah dari Arthah, ia berkata: “Sufyani akan membunuh siapa saja yang menderhaka kepadanya, membelahnya dengan gergaji dan memasaknya dengan kuali selama enam bulan.” Katanya lagi, “Dan akan bertemu dua bangsa Timur dan Barat khalifah-khalifah sesudah Rasulullah (S) di tengah umat ini. (bilangan Khalifah adalah 12)

روى أبو داوود في سننه في كتاب المهدي برقم 4281 - - حدثنا عمرو بن عثمان حدثنا مروان بن معاوية عن إسماعيل - يعنى ابن أبى خالد - عن أبيه عن جابر بن سمرة قال سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم يقول: (لا يزال هذا الدين قائما حتى يكون عليكم اثنا عشر خليفة كلهم تجتمع عليه الأمة. فسمعت كلاما من النبي صلى الله عليه وسلم لم أفهمه. قلت لأبى ما يقول قال: كلهم من قريش).


Riwayat Abu Daud dalam Sunan-nya dalam kitab Al-Mahdi nombor 4281 - - Amr bin Othman memaklumkan kami dari Marwan bin Mu'awiyah dari Ismail - iaitu, Ibn Abi Khaled - daripada bapanya, daripada Jabir bin Samrah berkata: Aku mendengar Rasulullah (S) bersabda: (agama ini akan tetap tegak di tempatnya sehingga kamu mempunyai dua belas Khalifah memenuhi semua umat. Aku mendengar sabda Nabi (S), yang tidak difahami. Aku bertanya ayahku apa yang baginda katakan, beliau berkata, semuanya daripada Quraisy).


*Semua itu adalah sebahagian riwayat-riwayat Mahdi-mahdi


Al-Arf Al-Wardi Li Al-Suyuthi, jilid 1/ 149, hadits 250 - Ibn Al-Munadi meriwayatkan: Dalam Kitab Danial:

 "Al-Sufyani ada tiga, Al-Mahdi ada tiga. Al-Sufyani pertama akan muncul, dan jika dia keluar namanya disebut-sebut sehingga menjadi terkenal, Mahdi pertama bangkit, dan kemudian keluar Sufyani kedua, dan kemudian Mahdi kedua bangkit, dan maka akan keluar Sufyani ketiga, dan kemudian Mahdi ketiga akan bangkit, dan begitulah Allah akan membuatkan segala-galanya menjadi lebih baik daripada telah musnah sebelumnya, dan dia akan menyelamatkan orang beriman, dan akan membuat Sunnah kembali hidup, dan memadamkan api-api bid’ah. Manusia pada zamannya lebih yang memuliakan kebenaran dari menyusahkan mereka, dan menjalani kehidupan yang lebih baik, dan Allah mencurahkan curahkan hujan yang lebat dari langit, dan bumi mrngeluarkan bunga-bunga mekar dan tumbuh-tumbuhan, tidak terkecuali suatu pun tumbuh-tumbuhan, dan ia akan kekal berada selama tujuh tahun, kemudian mereka mati)." 

Di sini kita lihat ada tiga lelaki Mahdi dengan jelas, manakala kita melihat gabungan khabar dari kitab: Fitan Al-Marwazi dan dia adalah guru Al-Bukhari halaman (1/395) hadits No. 1186 - Diriwayatkan dari Rasyidin dari Ibn Lahi3ah dari Abi Qabil dari Abdullah bin 3amru, beliau berkata:

"Selepas Al-Mahdi yang akan mengambil orang-orang Yaman ke bandar-bandar mereka, kemudian Al-Manshur, dan kemudian selepas dia Al-Mahdi yang akan membuka kota Rom dengan tangannya." 



Kitab Al-Arf Al-Wardi halaman (1/148) Hadits No. 247. - dan dikeluarkan Abu Al-Hussein Bin Al-Munadi dalam Kitab ((Al-Malahim)) (...) dari Salim bin Abi Al-Ja3d berkata:

(Mahdi ada selama dua puluh satu tahun, atau dua puluh dua tahun, dan kemudian ia berlalu selepasnya, dan ia adalah selainnya, , ia adalah shaleh (baik), empat belas tahun, dan kemudian ia berlalu selepasnya, dan ia adalah selainnya, , ia adalah shaleh (baik), sembilan tahun))


Tafsir Ibn Abi Hatim - Ibn Abi Hatim Al-Razi – Jilid 8 halaman 2628:

Petikan 14769: - Di mana Ali Bin Al Hussein, pada sanad sebelum riwayat ini - dari Yahya bin Abi Al-Khathib, dari - Al-Walid bin Muslim, dari Shafwan bin 3amru, dari Syuraih bin 3ubaid, dari 3amru Al-Bakali, dari Ka3ab Al-Ahbar, beliau berkata: (mereka adalah dua belas orang, maka apabila mereka berakhir, diambil tempatnya 12 orang seperti mereka dan juga Allah menjanjikan umat ini dank emu dia membaca,

وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ

"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa.” [Al-Nur 24:55]

Begitu jugalah yang berlaku dengan Bani Israel. Allah berfirman

وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ
dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka".[Al-Nur 24:55]

Dari ini, menjelaskan kepada saudara wahai pembaca yang mulia, bahawa Al-Syed Ahmad Al-Hassan,tidak membawa bid'ah atau sesuatu yang bertentangan dengan Syari’ah, tetapi ia datang sebagai mengesahkan apa yang ada pada manusia dan apa yang terdapat di dalam kitab-kitab mereka yang menerangkan kepada mereka dan untuk menyelesaikan perbezaan (perselisihan) mereka. 




No comments:

Post a Comment