Friday 8 April 2016

Tak perlu Imam Mahdi, terus je direct (langsung) dengan Allah



Soalan Lazim 16 Tak perlu Imam Mahdi, terus je direct (langsung) dengan Allah

Tidak dapat dinafikan kita melakukan semua ibadah terus je direct (langsung) dengan Allah seperti sholat, berdoa. memuji, mensuci hatta mentaqdis dalam beribadah kepada Allah. Tetapi cara sholat, cara berdoa. cara memuji, cara mensuci dan cara mentaqdis harus di ajar oleh Khalifah Allah. Itulah yang ditentukan Allah sejak hari pertama ia menjadikan KhalifahNya di buminya.

Perintah Ibadah (Sujud) Pertama kepada makhluk adalah SUJUD  yang diperintah oleh Allah kepada malaikat dan Jin dan ia melibatkan Tauhid lepada Allah SWT:

﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ﴾

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. [Al-Baqarah 2:34] 


Dalam solat harian kita, kita sujud kepada Allah, ini adalah apa yang kita semua tahu dan tidak berbeza (khilaf) padanya. Tetapi juga, kita percaya bahawa para malaikat sujud kepada Adam. Dan kita juga percaya bahawa Ya'qub, dan dia adalah seorang Nabi, dia dan isterinya bersama anak-anaknya, sujud kepada Nabi Allah Yusuf (as).

Masalah ini tidak boleh dilupakan oleh mereka yang mencari kebenaran, atau jika tidak, dia akan kehilangan agamanya dengan sengaja; kerana masalah ini sangat penting dan berat (serius),

kerana sujud berdasarkan fikiran dan tanggapan hari ini tidak dibenarkan untuk selain dari Allah dan sesiapa yang melakukannya mungkin akan terjerumus ke dalam syirik dan kufur (kafir)

(bermaksud dia akan dituduh syirik dan kufur oleh kebanyakan orang-orang yang seolah-olah tidak berfikir atau menggunakan akal mereka. Kita dapati sujud ini telah diterangkan dengan lengkap,di mana telah berlaku pada malaikat dan Ya’kub (as), dan mereka semua adalah maksum dan tidak melakukan kesilapan, bahkan sujud ini adalah dengan perintah Allah.

Jadi perkara ini tidak boleh kita biarkan begitu sahaja tanpa memberi perhatian kepadanya, dan ia tidak boleh kita mengabaikannya disebabkan kita tidak mampu untuk memahami dan menyedarinya, seperti mana tidak dipedulikan oleh kebanyakan manusia. Tetapi, orang yang mencari kebenaran mestilah memahami segala-galanya dalam Agama Allah; kerana Dia Yang Maha Suci tidak pernah melakukan sesuatu atau menyebut sesuatu untuk kita membiarkannya begitu sahaja tanpa memahaminya atau memahami hikmah di dalamnya.

Malah, sujud ini pada hakikatnya menempatkan kita di depan sebuah Kebenaran yang jelas, dan ia adalah: Sesungguhnya Allah Yang Maha Suci yang telah berfirman kepada ciptaannya:

اسجدوا لي لأني إلهكم وربكم

Sujudlah kepada-Ku kerana Aku Tuhan (Ilah) kamu dan Tuhan (Rab) kamu,

Dia (Allah) Diri Yang Maha Suci berfirman kepada mereka:

اسجدوا لآدم، واسجدوا ليوسف

Sujudlah kepada Adam, dan sujudlah kepada Yusuf (as).

Ini adalah perkara yang sangat berat (serius) dan perlu difahami dengan tepat; kerana Sujud adalah sikap merendahkan diri, dari seorang yang bersujud, dan ia menjelaskan kefakiran (serba kurang) yang bersujud, dan kekayaan pada yang disujud. Dan dengan demikian jelas menunjukkan bersujud kepada yang disujud melambangkan pengiktirafan Rububiyah –ketuhanan..

Dan jika kita meletakkan perkara ini dalam bentuk soalan dengan mengatakan: Bahawa sujud kita kepada Allah mewakili kesungguhan yang dapat kita lakukan untuk merendahkan diri; supaya kita boleh menunjukkan keperluan dan kekurangan kita, yang bermaksud bahawa kita beralih kepadaNya supaya Dia SWT menyempurnakan kita dan kita mengiktiraf RububiyahNya yang akan dilengkapkan kepada kita. Oleh itu soalannya di sini ialah:

Apakah makna sujud malaikat kepada Adam? Dan apakah yang dimaksudkan sujud Ya’kub kepada Yusuf (as)? Adakah ia perkara yang sama, atau berlainan?

Pada hakikatnya, ia adalah perkara yang sama, dan tiada yang berubah yang ditunjukkan pada sujud, yang bersujud kepada yang disujud, maka sujud adalah sama dan yang disujud adalah sama. Ya, yang berubah orang yang disujud, kerana Ya’kub contohnya bersujud kepada Allah dan bersujud kepada Yusuf, jadi yang tidak berubah hanyalah orang yang bersujud. Dan tidak ada perbezaan di antara sujud yang pertama tunjukkan dengan sujud yang kedua tunjukkan, Untuk sujud yang pertama menunjukkan Ya’kub menyembah Tuhan dan mengiktiraf (mengaku) RububiyahNya, kemudian seperti itu jugalah sujud kedua. Oleh itu, sujud ini menunjukkan dan menjelaskan dengan lengkap bahawa Allah SWT ingin mengatakan bahawa Aku mengetahuinya, dan sesiapa yang inginkan makrifat Lahut-Ku (KetuhananKu) hendaklah mengetahunya, dan sesiapa yang inginkan makrifat Rububiyah hendaklah mengetahunya..

Dan sebenarnya ini adalah satu nikmat yang besar, dan saya (Imam Ahmad Al-Hassan (as)) telah menjelaskan kehebatannya sebelum ini apabila dia berkata:

Sesungguhnya Makrifat (mengenal) Rahmah Mutlak (Salah satu dari nama-nama Allah – Al-Rahmah) tidak mungkin bagi kita, tetapi kita mengenal dengan Makrifat Rahmat yang dekat dengan Rahmah Mutlak. Dan setiap kali Rahmat ini lebih dekat kepada Rahmat Mutlak, makrifat kita akan menjadi lebih besar. Itulah sebabnya, nikmat yang lebih besar atas penciptaan iaitu Khalifah-khalifah Allah di bumi-Nya; Karena mereka mengenal dan mengesakan Allah..
             
Dan untuk itu Allah telah memanggilnya "kenikmatan"

﴿لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ﴾

{kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan.} [Al-Takatsur 102:8].

Dan malaikat-malaikat telah mengetahui kenikmatan ini apabila Adam mengajar mereka mengenai apa yang mereka jahil, 

 ﴿قال أنبئهم بأسمائهم﴾
{KataNya ceritakan kepada mereka nama-nama semuanya},​​

Maknanya, mereka (malaikat-malaikat) mengenal Allah dan Nama-nama Allah. Jadi Adam adalah jalan di mana para malaikat belajar hakikat Nama-nama, Maka yang telah mengenalkan mereka adalah hakikat bukan lafadz atau makna. Dan mereka selepas mengenal dari Adam Nama-nama, mereka mengetahui bahawa ciptaan Adam adalah satu nikmat yang dinikmatkan Allah kepada mereka. Adapun Malaikat adalah makhluk daripada Rahmat, sebagai contoh, adalah diketahui Rahmat Mutlak dengan Keupayaan Dia SWT, tetapi apabila Adam (as) telah diwujudkan, yang ditajallikan dalam Rahmat dengan shurah (bentuk rupa) yang lebih besar dan yang lebih hampir dengan Rahmat Mutlak, maka barulah Malaikat ini mengenal hakikat Rahmat Mutlak dengan mengetahui ketidakmampuannya pada makrifat Rahmat Mutlak.

Imam Mahdi Khalifah Allah


Ada terlalu banyak hadits seperti di bawah:
وإذا رأيتم الرايات السود قد جاءت من قبل خراسان، فأتوها فانّ فيها خليفة اللّه المهدي

(Jika kamu melihat panji-panji hitam datang dari arah Khurasan, datanglah kepadanya kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi

Jika malaikat mengenal (mengiktiraf) Adam (as), Khalifah Allah di BumiNya dan akhirnya mendapat nikmat mengenal Allah sejak hari-hari pertama Allah menciptakan makhluk begitulah umat manusia dengan Khalifah-khalifah Allah (Nabi dan rasul-rasul) di zamannya.

Kini di akhir zaman (kiamat kecil) sebelum Al-Saah (kiamat besar) untuk mengenal Allah (Makrifatullah) adalah dengan mengenal Agama Allah.  Dan mengenal Agama Allah tidak lain melalui Khalifah Allah Al-Mahdi. Kerana agama yang telah lama ditinggal oleh Rasulullah telah dirosakkan oleh umat dan ulamak mereka. Benarlah kata Rasulullah:

أخرج ابن أبي شيبة، والطبراني، من طريق عاصم بن أبي النجود، عن زر بن حبيش، عن عبد الله بن مسعود، عن النبي (صلى الله عليه وآله) أنه قال: )لا ًتذهب الدنيا حتى يبعث الله رجلا يواطئ اسمه اسمي، واسم أبيه اسم أبي)

Disebutkan oleh Ibnu Abi Syaibah dan Thabarani dari jalur ‘Ashim bin Abu an-Nujud, dari Zar bin Hubaisy dari Abdullah bin Mas’ud dari Nabi saw: “Dunia ini takkan lenyap sebelum Allah mengutus seorang lelaki yang namanya menyerupai namaku, dan nama bapanya dengan nama bapaku.” Rujukan: Al Musannaf Abi Shaibah, Juz 8, halaman 678

أخرج أبو عمرو الداني، والخطيب البغدادي كلاهما من طريق عاصم بن أبي النجود، عن زر بن حبيش، عن عبد الله بن مسعود عن النبي (صلى الله عليه وآله) أنه قال: (لا تقوم الساعة حتى يملك الناس رجل من أهل بيتي، يواطئ اسمه اسمي، واسم أبيه اسم أبي(

Disebutkan oleh Abu ‘Amr Al-Dani dan Khatib Baghdadi, dari jalur Ashim dari Zar dari Ibnu Mas’ud dari Nabi saw: “Tidak akan terjadi hari kiamat sebelum seorang lelaki dari Ahlulbaitku menguasai umat manusia. Namanya sama dengan namaku dan bapanya dengan bapaku.” Rujukan: Sunan Abi Amr Ad Dani halaman 94-95, Tarikh Al Baghdadi, Juz 1, Halaman 387


حدثنا عبد الله حدثني أبي ثنا عبد الرزاق ثنا جعفر عن المعلى بن زياد ثنا العلاء بن بشير عن أبي الصديق الناجي عن أبي سعيد الخدري قال قال رسول الله  (صلى الله عليه وآله): (أبشركم بالمهدي يبعث في أمتي على اختلاف من الناس ًوزلازل فيملأ الآرض قسطا وعدلا كما ملئت جورا ًوظلما يرض ى عنه ساكن السماء وساكن الآرض ...(

Disampaikan dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah saw berkata: “Aku gembirakan kalian dengan kabar tentang Al-Mahdi yang diutus kepada umatku, dikala mereka berada dalam perselisihan dan keguncangan. Ia akan memenuhi bumi dengan keadilan setelah bumi dipenuhi kezaliman, dan para penghuni langit dan bumi meridhainya.” Rujukan: Musnad Ahmad, Juz 3, Halaman 37

قالرسول الله )صلى الله عليه وآله) : (لولميبق من الدنيا إلا يوم لطولا للهذلك اليوم حتى يبعث الله فيه رجلا مني أو من أهلي أهلبيت ييواطئ اسمه اسمي . واسم أبيه اسمأبي(

Disampaikan sampai pada Abdullah bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Sekiranya tiada waktu lagi bagi dunia kecuali satu hari, Allah akan memanjangkan hari itu supaya Dia mengutus seorang laki dariku atau dari keluargaku, Ahlulbaitku, yang namanya menyerupai namaku dan nama bapanya dengan bapaku.” Mu'jam Al Kabir oleh At Tabrani, Juz 10, halaman 135

Janganlah seperti keengganan Iblis:

﴿قَالَ لَمْ أَكُن لِّأَسْجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقْتَهُ مِن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ﴾

Berkata Iblis: "Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk"[Al-Hijr 15:33] 

Iblis enggan sujud kepada Khalifah Allah dan membuat dalih sendiri, mahu beribadah cara sendiri – begitulah kerentuan Allah pada mereka yang berdegil dengan fahamannya sendiri!!??



No comments:

Post a Comment