Tuesday 5 April 2016

Cukuplah Dengan Yang Ada Sekarang


Soalan Lazim 11 Cukuplah Dengan Yang Ada Sekarang

Apabila kita menyeru kepada beriman kepada Khalifah Allah Al-Mahdi Al-Qaim Keluarga Muhammad (as) (Penenegak Agama Allah) mereka mengatakan ”Cukuplah dengan yang ada sekarang,

Apakah makna dari ucapan ini? Maknanya

1.   Akidah dan syari’ah yang diimani dan diamalkan sekarang berada dalam jalan yang lurus.
2.   Tidak ada apa kerosakan yang berlaku dengan agama Islam dan pada umat Islam.
3.   Tidak ada apa-apa kesesatan. Kerosakan kezaliman dan permusuhan di zaman ini.
4.   Nabi pun tidak memberi peringatan atau tidak memberi khabar gembira mengenai kedatangan Khalifah Allah Al-Mahdi.
5.   Semua alamat dan tanda-tanda yang digambarkan Rasulullah (S) di zaman ini menunjukkan kita di dalam kebenaran.
6.   Berpadalah beragama mengikut orang ramai dan cara datuk nenek beragama.

Seolah dia tidak pernah mendengar hadith-hadith yang telah menyebut tanda-tanda yang menunjukkan hampirnya kedatangan Khalifah Allah Al-Mahdi (as) di akhir zaman iaitu kiamat kecil sebelum terjadinya Al-Sa’ah (hari kiamat).

Terlalu banyak hadith-hadith yang telah menyebut tanda-tanda yang menunjukkan hampirnya kedatangan Khalifah Allah Al-Mahdi (as) dan di tangan pembaca sekelian dipaparkan beberapa tanda-tanda ini:
1 - Banyaknya Fitnah
2 - Berlumba-lumba Membina Bangunan
3 - Ilmu Diangkat:
4 - Ramai yang membaca Al-Quran dan tidak beramal dengannya:
5 – Tersebarnya perbuatan keji dan Terputusnya Silaturahim:
6 - Pendusta Dibenarkan Dan Yang Jujur Didustakan:
7 – Berbangga Dengan Masjid:
8 - Banyak Alat-alat Muzik Dan Minum Minuman Keras:
9 - Merasa Cukup Lelaki Dengan Lelaki:
10 - Nabi (saw) menerangkan kepada Ibn Mas’ud:

Imam Al Baihaqy (ra) meriwayatkan beberapa Hadits berkenaan dengan Tanda-tanda Kiamat. Haditsnya panjang sekali. Beliau menukil dari Kitab bernama Hilyaatul Auliyaa’ (Perhiasan Para Wali) yang ditulis oleh Abu Nu’aim Al Asfaahany (ramahu Allah), antara lain adalah Hadits yang di uraikan dibawah ini:

Dari Hudzaifah bin Al Yaman (ra), beliau berkata bahawa Rosulullah (saw) bersabda, “Diantara dekatnya hari A-Saah (Kiamat)  terdapat 72 tanda:
– Jika kalian melihat manusia mematikan sholat
– Menyia-nyiakan amanah
– Memakan riba
– Menghalalkan dusta
– Meremehkan darah
– Meninggikan bangunan
– Menjual Islam dengan dunia
– Memutus silaturahim
– Lemahnya hukum
– Dusta dianggap benar
– Sutera dijadikan pakaian
– Kezaliman terserlah
– Banyaknya perceraian
– Mati mendadak
– Penghianat dipercaya
– Orang jujur dituduh penghianat
– Pendusta dibenarkan
– Orang jujur didustakan
– Banyaknya saling tuduh-menuduh
– Banyaknya hujan
– Anak durhaka
– Banyaknya orang jahat
– Semakin kurangnya dermawan
– Para Pemimpin yang fasiq
– Para Menteri yang dusta
– Banyak orang yang dipercaya itu yang menjadi pengkhianat
– Banyak Pejabat zalim
– Banyak para Qurro’ (Pembaca Al Qur’an) yang Fasiq
– Memakai kulit domba, tetapi hati mereka lebih busuk daripada bangkai
– Orang yang sabar diliputi fitnah, mereka memperlakukannya seperti orang-orang Yahudi yang zalim
– Munculnya wang kuning (–wang emas / dinnar –)
– Dicarinya dirham
– Banyak kesalahan
– Para Pemimpin dimusuhi
– Mushaf dihias
– Masjid diindahkan
– Mimbar ditinggikan
– Hati semakin rusak
– Khamar diminum
– Hudud diabaikan
– Hamba melahirkan tuannya
– Orang telanjang dan tak beralas kaki menjadi Raja
– Wanita menyertai suaminya dalam berdagang
– Laki-laki menyerupai wanita, dan wanita menyerupai laki-laki
– Bersumpah dengan Allah tanpa diminta
– Bersaksi tanpa diminta
– Mengucapkansalam hanya pada yang dikenal
– Islam dipelajari bukan untuk Agama
– Dunia dicari dengan amalan akhirat
– Melarang ghanimah dari orang yang berhak
– Kepercayaan dijadikan jalan untuk memperkaya diri
– Zakat dijadikan hutang
– Pemimpin kaum adalah orang yang terhina dari mereka
– Seseorang durhaka pada bapaknya, kasar pada ibunya, tapi baik pada temannya
– Suami taat pada isterinya
– Orang fasiq suaranya nyaring di masjid-masjid
– Penyanyi wanita dijadikan sebagai keperluan hidup
– Musik dijadikan keperluan hidup
– Khamar diminum di jalan-jalan
– Kezaliman dijadikan kebanggaan
– Hukum dijual-belikan
– Polis semakin ramai
– Al Qur’an dijadikan seruling
– Kulit binatang dijadikan hiasan
– Masjid dijadikan jalan (tempat melintas)
– Akhirnya Ummat ini mengutuk Pendahulu Ummat.”

Maka takutlah kesan-kesan dan tanda-tanda itu dengan datangnya angin merah yang akan menghancurkan dan membinasakan.             

Umat Islam sekarang berpecah dengan mengimani dan mengamalkan berbagai mazhab, berbagai aliran pemikiran akidah dan fiqh, berbagai amalan tarikat dan irfan, politik dan sosial dan sebagainya, sebab itu ada berbagai kumpulan yang mendakwa atau merasakan berada dalam jalan yang lurus. Hampir semua tanda-tanda alamat kiamat kecil telah berlaku maka sebab itulah Rasulullah (S) bersabda:

يوشك أن يأتي على الناس زمان لا يبقى من الإسلام إلا اسمه ولا يبقى من القرآن إلا رسمه مساجدهم عامرة زوهي خراب من الهدى علماؤهم أشر من تحت أديم السماء من عندهم تخرج الفتنة وفيهم تعود
الراوي: علي بن أبي طالب المحدث: البيهقي المصدر: شعب الإيمان - الصفحة أو الرقم: 2/788

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali“. (Hadits Riwayat Baihaqi dalam Shu'ab Al-Iman halaman/No 2/788)



عن الباقر (ع)، قال: (إذا قام قائمنا دعا الناس إلى أمر جديد كما دعا رسول الله (ص)، وإنّ الإسلام بدأ غريباً وسيعود غريباً كما بدأ، فطوبى للغرباء). 
Dari Al-Baqir (as) , beliau berkata: (Apabila Qaim kita bangkit dia akan menyeru manusia perintah yang baru sebagaimana seruan Rasulullah (S), dan bahawa Islam bermula sebagai sesuatu yang asing dan akan kembali asing, maka beruntunglah orang-orang asing. [Ghaibat Al-Nu’maani: halaman 336, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 366.].

عن ايي هريرة قال رسول الله (ص)،بدأ الإسلام غريباً وسيعود كابدأ غريباً فطوبى للغرباء

Dari Abu Hurairah Rasulollah (S) bersabda, Islam bermula sebagai sesuatu yang dagang (asing) dan akan kembali dagang (asing) berita gembira (beruntunglah) kepada orang-orang asing (HR Muslim)

Al-Albani dalam Al-Silsilah Al-Sahihah menjelaskan terdapat hadits yang berbunyi:

لا تقوم الساعة حتى تملأ الأرض ظلماً وجوراً وعدواناً، ثم يخرج رجل من عترتي أو من أهل بيتييملؤها قسطاً وعدلاً، كما ملئت ظلماً وعدواناً

"Tidak akan terjadi Al-Saah (hari kiamat)  sehingga bumi dipenuhi kezaliman, ketidakadilan dan permusuhan, kamudian akan keluar seorang lelaki dari 'itrahku atau ahlulbaitku, yang akan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan setelah dipenuhi kezaliman dan permusuhan." (Hadits riwayat Ahmad, juz 3, hal 36; Ibnu Hibban, hal 1880; Al-Hakim, juz 4, hal 557; Abu Na'im dalam kitab Al-Hilyah, juz 3, hal 101) .

Kalau kita biarkan zaman (masa) berlalu tanpa memperdulikan peringatan-peringatan Allah dan RasulNya itu amat malang sekali, kecuali kita boleh berhujjah di hadapan Allah kita berada dalam kebenaran (Shirath Al-Mustaqim).

Jika umat Islam adalah seperti buih di lautan bermakna mereka telah terjangkit penyakit Hubbu d-Dunya – Cintakan Dunia


Allah lebih mengetahui.

1 comment:

  1. Lucky Club Casino Site in Ghana
    The Lucky Club casino site in Ghana is one of the largest and best-known luckyclub gambling sites, since 2003, to be found in Ghana. The site is also part of the

    ReplyDelete