Soalan Lazim 19 Bila Tunjukkan Wasiat Rasulullah,
Mereka Bertanya Sahih Atau Tidak
Apabila kita ditanya soalan seperti ini
kita harap dia seorang manusia yang terbuka dan kita harus meneliti beberapa
perkara:
1.
Siapa yang
bertanya. Ini penting kerana pencari kebenaran mudah diurus berbanding si
taksub mazhab. Sebuah manuskrip lama akan diakui keabsahannya tanpa mengira
sumber mana, pada hal yang penting ia terpecaya (tsiqah). Ia melibatkan ilmu
Sejarah.
2.
Tanya mereka mana
lebih penting antara wasiat itu sahih atau tidak dengan
adakah Rasulullah berwasiat atau tidak,
Perkara ini melibatkan perbandingan mazhab
yang memerlukan penguasaan ilmu yang mendalam terutama ilmu Sirah (Sejarah) Rasulullah
kerana ia merupakan titik bengik perpecahan umat Islam.
Walaubagaimana pun usaha dakwah perlu
diteruskan. Soalan ini bukan sahaja datang dari Muslim Sunni malah juga akan
ditanya oleh Muslim Syiah.
Wasiat
Allah SWT berfirman:
﴿كُتِبَ
عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ
لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ ۖ حَقًّا
عَلَى الْمُتَّقِينَ﴾
Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan kebaikan (Al-Khair), berwasiat untuk ibu-bapak dan karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa [Al-Baqarah 2:180]
Sudah tentulah wasiat itu wajib dan
diwasiatkan (ditulis) beberapa ketika sebelum meninggal dunia
Ada hadith-hadith Bukhari dalam bab pada
Wasiat dan Perjanjian (Wasaayaa) contohnya seperti berikut
Rasulullah bersabda,
"Tidak dibenarkan seseorang Islam yang mempunyai sesuatu untuk diwasiatkan
untuk tinggal dua malam tanpa memiliki wasiat terakhirnya dan bukti bertulis
dan disimpan bersamanya." Jilid 4, Kitab 51, Nombor 1
Adakah Muhammad Rasulullah (S)
penghulu orang-orang yang bertakwa tidak meninggalkan WASIAT kerana baginda tidak
meninggalkan kebaikan (Al-Khair)?
Wasiat Rasulullah Yang Tertangguh
Dan Wasiat Rasulullah Yang Ditulis
Sekiranya kita merujuk kepada rentetan
peristiwa yang berlaku sebelum kewafatan Rasulullah (S), dan secara khususnya
pada hari khamis terakhir yang lebih dikenali dengan “Tragedi Hari Khamis”.
Maka kita akan dapati bahawa umat Islam keseluruhannya bersepakat bahawa
Rasulullah (S) hendak meninggalkan wasiat, dan baginda bersabda bawakan kepada
aku lembaran tulis dan dakwat untuk kamu catatkan apa yang tidak akan
membuatkan kamu sesat selama-lamanya. Namun sekumpulan sahabat membantah dan
terbahagi kepada dua kumpulan menyebabkan Rasulullah (S) murka dan seterusnya
bersabda “pergilah kamu dari sisiku”. Terdapat puluhan hadis menyebutkan
tentang Tragedi Hari Khamis ini di dalam kitab-kitab Ahl Al-Sunnah wa Al-Jamaah
berbanding kitab-kitab Syiah dan kitab-kitab sejarah lainnya. Dibawakan di sini
riwayat yang diambil dari kitab Sahih Bukhari :
Telah diceritakan
kepada kami Ibrahim bin Musa, begitu juga diceritakan kepada kami Hisham bin
Mu’ammar, dan diceritakan kepadaku Abdullah bin Muhammad, diceritakan kepada kami
Abdul Razaq, dikhabarkan kepada kami Muammar daripada Al-Zuhri, daripada
Ubaidullah bin Abdullah, daripada Ibnu Abbas r.a, dia telah berkata: Ketikamana
maut menghampiri Rasulullah (S) dan di dalam rumahnya terdapat sekumpulan
lelaki antaranya Umar bin Al Khattab, maka Nabi (S) telah bersabda, Dekatlah
kepadaku supaya dapat aku tuliskan buat kamu tulisan yang tidak akan
menyesatkan kamu selepasnya. Maka Umar berkata: Sesungguhnya Nabi (S) sedang
sakit tenat (al waja’), dan di sisi kamu ada Al Quran, jadi cukuplah kitab
Allah. Maka bertelagah dan bertengkarlah mereka yang berada di dalam rumah itu,
sebahagian mereka berkata “datanglah dekat supaya Nabi menuliskan kamu tulisan
yang tidak menyesatkan kamu selepasnya”, dan sebahagian yang lain pula berkata
sepertimana yang dikatakan Umar. Apabila keadaan bertambah runsing dan
pertengkaran mereka semakin hangat di sisi Nabi (S) , maka Rasulullah (S) telah
bersabda: “pergilah kamu dan tinggakanlah aku”. Telah berkata Ubaidullah bahawa
Ibnu Abbas biasa mengatakan tragedi atas segala tragedi, kerana pertengkaran
dan pertelagahan mereka menyebabkan Rasulullah (S) terhalang daripada
menuliskan tulisan tersebut kepada mereka.
Jelas bahawa umat Islam bersepakat bahawa Rasulullah (S):
1.
Ingin
meninggalkan wasiat
2.
Menggambarkan
bahawa tulisan atau wasiat yang bakal dicatatkan adalah jaminan dari kesesatan.
3.
Ada kelompok
yang membantah dan bertelagah di sisi Rasulullah (S).
4.
Terbukti
bahawa umat ini berbeza pendapat tentang:
5.
Adakah wasiat
tersebut telah dituliskan atau tidak (tanpa wujudnya dalil atau teks
menunjukkan bahawa tidak wujudnya wasiat)?
6.
Atau ianya
telah dituliskan tetapi tidak sampai kepada kita?
Dengan kesepakatan seluruh umat Islam
bahawa tragedi tersebut telah berlaku pada malam khamis dan Rasulullah (S) wafat
di waktu Zuhur pada hari isnin. Sekiranya seseorang yang bertaqwa dan di
sisinya tulisan yang dapat menjamin umat daripada kesesatan, manakala di sisi
yang lain pula terdapat seseorang yang berperwatakan seperti Umar misalnya yang
cuba menghalangnya daripada meninggalkan wasiat tersebut. Maka berselang masa
tiga hari buatnya untuk mencatatkan wasiatnya, adakah dia akan meninggalkan
perbuatan tersebut? Sudah tentu tidak. Oleh itu, bagaimana pula dengan penghulu
orang-orang yang bertaqwa? Bagaimana mungkin kita menuduh baginda tidak
menuliskan wasiatnya?
Wasiat Rasulullah (S) Di Malam Sebelum Kewafatannya
Versi pendek wasiat Rasulullah (S):
Daripada Abi Abdillah a.s, daripada
bapa-bapanya terdahulu, daripada Amirul Mukminin Ali a.s, telah berkata: Rasulullah
(S) telah bersabda kepada Ali di malam sebelum kewafatannya; Wahai Bapa Hassan
(Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat, maka Rasulullah (S) mencatatkan
wasiatnya sehinggalah ia sampai ke butiran berikut, dan bersabda; Wahai Bapa
Hassan sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka
duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama dari duabelas imam
tersebut. Dan hadis tersebut berterusan sehingga sampai kepada sabda, dan
hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Mustahfiz dari keluarga
Muhammad alaihis salam. Begitulah duabelas orang Imam, setelah itu akan adanya
duabelas Mahdi. Maka apabila maut menghampirinya, hendaklah dia serahkannya
(Imamah) kepada anaknya Mahdi yang pertama, baginya tiga nama: nama seperti
namaku dan nama bapaku iaitu Abdullah dan Ahmad, dan nama ketiganya adalah
Al-Mahdi. Dan dia adalah yang pertama beriman. Bihar Al Anwar jilid 53 ms 147,
Ghaybah Al Toosi ms 150, dan Ghayat Al Maram jilid 2 ms 241.
Wasiat Rasulullah (S) Versi Penuh
beserta dengan sanadnya dan juga
sumber-sumber yang meriwayatkannya:
أخبرنا جماعة عن أبى عبد
الله الحسين بن علي بن سفيان البزوفرى عن علي بن سنان الموصلي العدل عن علي بن
الحسين عن أحمد بن محمد بن الخليل عن جعفر بن محمد المصرى عن عمه الحسن بن علي عن
أبيه عن أبى عبد الله جعفر بن محمد عن الباقر عن أبيه ذى الثفنات سيد العابدين عن
أبيه الحسين الزكي الشهيد عن أبيه أمير المؤمنين عليهم السلام قال قال رسول الله
صلى الله عليه وآله في الليلة التي كانت فيها وفاته لعلي (ع) يا أبا الحسن احضر
صحيفة ودواة فاملى رسول الله صلى الله عليه وآله وصيته حتى انتهى إلى هذا الموضع
فقال يا علي انه سيكون بعدي اثنى عشر أماما ومن بعدهم اثنى عشر مهديا فانت يا علي
اول الاثنى عشر الامام سماك الله في سمائه عليا المرتضى وأمير المؤمنين والصديق
الاكبر والفاروق الاعظم والمأمون والمهدي فلا تصلح هذه الاسماء لاحد غيرك يا علي
أنت وصيي على اهل بيتي حيهم وميتهم وعلى نسائى فمن ثبتها لقيتني غدا ومن طلقتها
فانا برئ منها لم ترني ولم ارها في عرصات القيامة وانت خليفتي على امتي من بعدي
فإذا حضرتك الوفاة فسلمها إلى ابني الحسن البر الوصول فإذا حضرته الوفاة فليسلمها
إلى ابني الحسين الشهيد المقتول فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه سيد العابدين
ذى الثفنات علي فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه محمد الباقر فإذا حضرته
الوفاة فليسلمها إلى أبنه جعفر الصادق فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه موسى
الكاظم فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه علي الرضى فإذا حضرته الوفاة فليسلمها
إلى أبنه محمد التقة التقي فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه علي الناصح فإذا
حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه الحسن الفاضل فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه
محمد المستحفظ من آل محمد صلى الله عليه وعليهم فذلك
اثنى عشر أماما ثم يكون من بعده اثنى عشر مهديا فإذا حضرته الوفاة فليسلمها
إلى أبنه اول المهديين له ثلاثة اسامي اسم كأسمي واسم أبى وهو عبد الله وأحمد
والاسم الثالث المهدى وهو اول المؤمنين
Daripada Abi
Abdillah Al Hussain bin Sufyan, daripada Ali bin Sinan Al Musili, daripada Ali
bin Al Hussain, daripada Muhammad bin Al Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al
Masri, daripada bapa saudaranya Al Hassan bin Ali, daripada bapanya, daripada
Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya
Ali Zainal Abidin, daripada bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya
Amirul Mukminin Alaihis salam telah berkata: Rasulullah saaw bersabda
kepada Ali as dimalam sebelum kewafatan baginda: “Wahai Abul Hassan (Ali as)
bawakan lembaran kertas dan dakwat. Maka Rasulullah saaw telah menyebutkan
wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda
saaw bersabda: Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam
dan selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama
daripada duabelas orang Imam tersebut. Allah menamakan engkau di langitnya; Ali
Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan
Al Mahdi, tiada siapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau
adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaitku ketika mereka masih hidup mahupun
setelah mereka mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau
kekalkan dia, maka dia akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau
ceraikan dia, maka aku berlepas diri daripadanya, dan dia takkan dapat
melihatku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifahku
ke atas umatku selepasku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah
diserahkannya (khilafah) kepada anakku Hassan al-Birr al-Wusul. Dan apabila
maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Hussein
as-Syahid az-Zakiy al-Maqtul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali zu as-Safanat. Dan
apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya
Muhammad al-Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan
kepada anaknya Ja’afar al-Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka
hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa al-Kadhim. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali al-Ridha. Dan
apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya
Muhammad al-Thiqah at-Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkannya kepada anaknya Ali al-Nasih. Dan apabila maut menghampirinya,
maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Hassan al-Fadhil. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang
terpelihara daripada keluarga Muhammad. Maka itulah dua belas imam, dan akan
datang selepasnya dua belas Mahdi.
Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang
pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama :
nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah dan Ahmad. Dan namanya yang
ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman.”
Wasiat Ini Terdapat Pada
1. Sheikh Al Toosi menyebutkan riwayat wasiat ini di
dalam kitabnya Al Ghaibah ms 150 beserta himpunan riwayat bagi menguatkan
bahawa Imamah adalah untuk Ahlulbayt a.s. Kemudian Sheikh Al Toosi
memperkuatkan lagi riwayat ini dengan riwayat-riwayat wasiat yang lain di dalam
kitab yang sama pada ms 156. Ianya adalah himpunan riwayat yang digunapakai
sebagai dalil untuk menguatkan tuntutannya bahawa Imamah adalah di kalangan
Ahlulbayt a.s. Dia mengatakan bahawa riwayat ini adalah sahih kerana Syiah
Imamiyah meriwatkannya secara tawatur iaitu orang yang terkemudian meriwayatkan
dari orang terdahulu tanpa terputus. Jalan pentashihannya adalah satu
sepertimana terdapat di dalam kitab-kitab Imamiyah dan juga melalui
manuskrip-manuskrip Amirul Mukminin Ali a.s
2. Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Ithbat
Al-Huda, jilid 1, ms 549, hadis no. 376.
3. Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Al
Iqadh, ms 393.
4. Sheikh Hassan bin Sulaiman Al Hilli di dalam
kitabnya Mukhtasar Al Bashair, ms 159.
5. Al Allamah Al Majlisi di dalam kitab Bihar Al
Anwar, jilid 53, ms 147, hadis no. 6 (secara ringkas), dan jilid 36, ms 81,
hadis no. 81 (secara terperinci tanpa rangkap “Apablia maut menghampirinya”)
6. Sheikh Abdullah Al Bahrani di dalam kitabnya Al
‘Awalim, jilis 1, ms 370, hadis no. 59.
7. Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Ghayat
Al-Maram, jilid 1, ms 370, hadis no. 59.
8. Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Al
insaf, ms 222.
9. Al Faydh Al Kashani di dalam ktabnya Nawadir Al
Akhbar, ms 294.
10.
Sheikh Mirza
Al Noori di dalam kitabnya Al Najm Al Thaqib, jilid 2, ms 71.
11.
Sayyid
Muhammad Muhammad Sadiq Al Sadr menyebutkannya di dalam kitabnya Tarikh Ma
Ba’da Dhuhur, ms 641.
12.
Sheikh Al
Miyanji di dalam kitabnya Makatib Al Rasul, jilid 2, ms 96.
13.
Sheikh Al
Kurani di dalam kitab Mukhtasar Mu’jam Ahadis Al Imam Al Mahdi.
***
Telah muncul Ahmad yang disebutkan di dalam
wasiat Rasulullah sebagai Mahdi yang pertama iaitu pelaksana wasiat Imam Al
Mahdi a.s dewasa ini dan mengajak semua umat manusia untuk memberi taatsetia
(baiah) kepada Allah SWT.
Setelah kita bersetuju bahawa wasiat
tersebut dituliskan, maka wajiblah ianya sampai kepada kita. Ini disebabkan
sifat Pemurah Allah SWT yang menjadikan Rasulullah (S) tidak mengucapkan
sesuatu daripada hawa nafsunya telah berkata bahawa ianya adalah tulisan yang
menjamin dari kesesatan.
Kesimpulannya adalah seperti berikut:
1. Wasiat itu tertulis
2. Sebagai jaminan dari kesesatan
3. Ianya telah disampaikan kepada kita melalui
kitab-kitab. Sekiranya kita menyemak kitab-kitab umat Islam di setiap mazhab,
kita akan dapati bahawa hanya ada satu wasiat Rasulullah (S) ketika menghampiri
maut iaitu wasiat yang disebutkan di dalamnya khalifah-khalifah selepas
daripadanya seramai dua belas orang Imam dan dua belas orang Mahdi, seperti
tersebut di dalam kitab Al Ghaibah Al Toosi di muka surat 150.
Terdapat empat kumpulan utamak
yang jelas berbeza akibat daripada perbincangan sekitar Wasiat Rasulullah:
1. Mereka yang tidak pernah mendengar tentang wasiat.
Ini biasanya orang bukan Islam, kebanyakan orang Syi'ah dan hampir semua Sunni.
2. Mereka yang telah mendengar Wasiat dan mungkin
juga membacanya lagi belum membuat keputusan mengenai perkara ini atau tidak
sepenuhnya memahami pengertiannya.
3. Mereka yang telah mendengar tetapi tidak berasa ia
mempunyai apa-apa kaitan dengan mereka. Ini biasanya orang bukan Islam,
majoriti Sunni dan beberapa puak Syi'ah yang jelas menerima pandangan ulamak
mereka yang menolak Wasiat selepas secara ringkas menyelidiknya.
4. Mereka yang telah memahami bahawa Wasiat menjamin
pemeliharaan Islam dan merupakan proses semula jadi dari wacana lisan yang
diberikan oleh nabi mengenai imam-imam yang akan datang. Kumpulan ini
kemudiannya telah menerima sama ada Al-Syed Ahmad Al-Hasan sebagai 'Ahmad
dalam wasiat, atau masih menerima Wasiat dalam keseluruhannya sebagaimana yang
diriwayatkan dalam kitab hadith tetapi telah menolaknya.
Kesilapan yang dibuat oleh kumpulan 3 pertama di atas adalah berfikir bahawa orang-orang dalam kumpulan 4 telah membuta tuli menerima Wasiat tanpa kajian yang mendalam dan tanpa mempertimbangkan kemungkinan salah (risiko) yang terlibat.
Baca Juga
No comments:
Post a Comment