Soalan Lazim 16 Tak perlu Imam Mahdi, terus je direct (langsung)
dengan Allah
Tidak dapat dinafikan kita melakukan semua
ibadah terus je direct (langsung) dengan Allah seperti sholat, berdoa. memuji,
mensuci hatta mentaqdis dalam beribadah kepada Allah. Tetapi cara sholat, cara berdoa.
cara memuji, cara mensuci dan cara mentaqdis harus di ajar oleh Khalifah Allah.
Itulah yang ditentukan Allah sejak hari pertama ia menjadikan KhalifahNya di buminya.
Perintah Ibadah (Sujud) Pertama kepada
makhluk adalah SUJUD yang
diperintah oleh Allah kepada malaikat dan Jin dan ia melibatkan Tauhid lepada
Allah SWT:
﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا
إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ﴾
Dan (ingatlah)
ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada
Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan
adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. [Al-Baqarah 2:34]
Dalam solat harian kita, kita sujud kepada
Allah, ini adalah apa yang kita semua tahu dan tidak berbeza (khilaf) padanya.
Tetapi juga, kita percaya bahawa para malaikat sujud kepada Adam. Dan kita juga
percaya bahawa Ya'qub, dan dia adalah seorang Nabi, dia dan isterinya bersama
anak-anaknya, sujud kepada Nabi Allah Yusuf (as).
Masalah ini tidak boleh dilupakan oleh
mereka yang mencari kebenaran, atau jika tidak, dia akan kehilangan agamanya
dengan sengaja; kerana masalah ini sangat penting dan berat (serius),
kerana sujud
berdasarkan fikiran dan tanggapan hari ini tidak dibenarkan untuk selain dari
Allah dan sesiapa yang melakukannya mungkin akan terjerumus ke dalam syirik dan
kufur (kafir)
(bermaksud dia akan dituduh syirik dan
kufur oleh kebanyakan orang-orang yang seolah-olah tidak berfikir atau
menggunakan akal mereka. Kita dapati sujud ini telah diterangkan dengan
lengkap,di mana telah berlaku pada malaikat dan Ya’kub (as), dan mereka semua
adalah maksum dan tidak melakukan kesilapan, bahkan sujud ini adalah
dengan perintah Allah.
Jadi perkara ini tidak boleh kita biarkan
begitu sahaja tanpa memberi perhatian kepadanya, dan ia tidak boleh kita
mengabaikannya disebabkan kita tidak mampu untuk memahami dan menyedarinya,
seperti mana tidak dipedulikan oleh kebanyakan manusia. Tetapi, orang yang
mencari kebenaran mestilah memahami segala-galanya dalam Agama Allah; kerana
Dia Yang Maha Suci tidak pernah melakukan sesuatu atau menyebut sesuatu untuk
kita membiarkannya begitu sahaja tanpa memahaminya atau memahami hikmah di
dalamnya.
Malah, sujud ini pada hakikatnya
menempatkan kita di depan sebuah Kebenaran yang jelas, dan ia adalah:
Sesungguhnya Allah Yang Maha Suci yang telah berfirman kepada ciptaannya:
اسجدوا لي لأني إلهكم وربكم
Sujudlah kepada-Ku
kerana Aku Tuhan (Ilah) kamu dan Tuhan (Rab) kamu,
Dia (Allah) Diri Yang Maha Suci berfirman
kepada mereka:
اسجدوا لآدم، واسجدوا ليوسف
Sujudlah kepada
Adam, dan sujudlah kepada Yusuf (as).
Ini adalah perkara yang sangat berat
(serius) dan perlu difahami dengan tepat; kerana Sujud adalah sikap merendahkan
diri, dari seorang yang bersujud, dan ia menjelaskan kefakiran (serba kurang)
yang bersujud, dan kekayaan pada yang disujud. Dan dengan demikian
jelas menunjukkan bersujud kepada yang disujud melambangkan pengiktirafan
Rububiyah –ketuhanan..
Dan jika kita meletakkan perkara ini dalam
bentuk soalan dengan mengatakan: Bahawa sujud kita kepada Allah mewakili
kesungguhan yang dapat kita lakukan untuk merendahkan diri; supaya kita boleh
menunjukkan keperluan dan kekurangan kita, yang bermaksud bahawa kita beralih
kepadaNya supaya Dia SWT menyempurnakan kita dan kita mengiktiraf RububiyahNya
yang akan dilengkapkan kepada kita. Oleh itu soalannya di sini ialah:
Apakah makna
sujud malaikat kepada Adam? Dan apakah yang dimaksudkan sujud Ya’kub kepada
Yusuf (as)? Adakah ia perkara yang sama, atau berlainan?
Pada hakikatnya, ia adalah perkara yang
sama, dan tiada yang berubah yang ditunjukkan pada sujud, yang bersujud kepada
yang disujud, maka sujud adalah sama dan yang disujud adalah sama. Ya,
yang berubah orang yang disujud, kerana Ya’kub contohnya bersujud kepada Allah dan
bersujud kepada Yusuf, jadi yang tidak berubah hanyalah orang yang
bersujud. Dan tidak ada perbezaan di antara sujud yang pertama tunjukkan dengan
sujud yang kedua tunjukkan, Untuk sujud yang pertama menunjukkan Ya’kub
menyembah Tuhan dan mengiktiraf (mengaku) RububiyahNya, kemudian seperti itu
jugalah sujud kedua. Oleh itu, sujud ini menunjukkan dan menjelaskan dengan
lengkap bahawa Allah SWT ingin mengatakan bahawa Aku mengetahuinya, dan sesiapa
yang inginkan makrifat Lahut-Ku (KetuhananKu) hendaklah mengetahunya, dan
sesiapa yang inginkan makrifat Rububiyah hendaklah mengetahunya..
Dan sebenarnya ini adalah satu nikmat yang
besar, dan saya (Imam Ahmad Al-Hassan (as)) telah menjelaskan
kehebatannya sebelum ini apabila dia berkata:
Sesungguhnya
Makrifat (mengenal) Rahmah Mutlak (Salah satu dari nama-nama Allah – Al-Rahmah)
tidak mungkin bagi kita, tetapi kita mengenal dengan Makrifat Rahmat yang dekat
dengan Rahmah Mutlak. Dan setiap kali Rahmat ini lebih dekat kepada Rahmat
Mutlak, makrifat kita akan menjadi lebih besar. Itulah sebabnya, nikmat yang
lebih besar atas penciptaan iaitu Khalifah-khalifah Allah di bumi-Nya;
Karena mereka mengenal dan mengesakan Allah..
Dan untuk itu Allah telah memanggilnya
"kenikmatan"
﴿لَتُسْأَلُنَّ
يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ﴾
{kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang
kenikmatan.} [Al-Takatsur 102:8].
Dan malaikat-malaikat telah mengetahui
kenikmatan ini apabila Adam mengajar mereka mengenai apa yang mereka jahil,
﴿قال أنبئهم بأسمائهم﴾
{KataNya ceritakan
kepada mereka nama-nama semuanya},
Maknanya, mereka (malaikat-malaikat) mengenal
Allah dan Nama-nama Allah. Jadi Adam adalah jalan di mana para malaikat belajar hakikat Nama-nama,
Maka yang telah mengenalkan mereka adalah hakikat bukan lafadz atau makna.
Dan mereka selepas mengenal dari Adam Nama-nama, mereka
mengetahui bahawa ciptaan Adam adalah satu nikmat yang dinikmatkan Allah kepada
mereka. Adapun Malaikat adalah makhluk daripada Rahmat, sebagai contoh, adalah
diketahui Rahmat Mutlak dengan Keupayaan Dia SWT, tetapi apabila Adam (as)
telah diwujudkan, yang ditajallikan dalam Rahmat dengan shurah (bentuk rupa)
yang lebih besar dan yang lebih hampir dengan Rahmat Mutlak, maka barulah
Malaikat ini mengenal hakikat Rahmat Mutlak dengan mengetahui ketidakmampuannya
pada makrifat Rahmat Mutlak.
Imam Mahdi Khalifah Allah
Ada terlalu banyak hadits seperti di bawah:
وإذا رأيتم الرايات
السود قد جاءت من قبل خراسان، فأتوها فانّ فيها خليفة اللّه المهدي
(Jika kamu melihat panji-panji hitam datang dari
arah Khurasan, datanglah kepadanya kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi
Jika malaikat mengenal (mengiktiraf) Adam
(as), Khalifah Allah di BumiNya dan akhirnya mendapat nikmat mengenal Allah sejak
hari-hari pertama Allah menciptakan makhluk begitulah umat manusia dengan Khalifah-khalifah
Allah (Nabi dan rasul-rasul) di zamannya.
Kini di akhir zaman (kiamat kecil) sebelum
Al-Saah (kiamat besar) untuk mengenal Allah (Makrifatullah) adalah dengan
mengenal Agama Allah. Dan mengenal Agama
Allah tidak lain melalui Khalifah Allah Al-Mahdi. Kerana agama yang telah lama
ditinggal oleh Rasulullah telah dirosakkan oleh umat dan ulamak mereka.
Benarlah kata Rasulullah:
أخرج ابن أبي شيبة،
والطبراني، من طريق عاصم بن أبي النجود، عن زر بن حبيش، عن عبد الله بن مسعود، عن
النبي (صلى الله عليه وآله) أنه قال: )لا
ًتذهب الدنيا حتى يبعث الله رجلا يواطئ اسمه اسمي، واسم أبيه اسم أبي)
Disebutkan oleh
Ibnu Abi Syaibah dan Thabarani dari jalur ‘Ashim bin Abu an-Nujud, dari Zar bin
Hubaisy dari Abdullah bin Mas’ud dari Nabi saw: “Dunia ini takkan lenyap
sebelum Allah mengutus seorang lelaki yang namanya menyerupai namaku, dan nama
bapanya dengan nama bapaku.” Rujukan: Al Musannaf Abi Shaibah, Juz 8,
halaman 678
أخرج أبو عمرو الداني،
والخطيب البغدادي كلاهما من طريق عاصم بن أبي النجود، عن زر بن حبيش، عن عبد الله
بن مسعود عن النبي (صلى الله عليه وآله) أنه قال: (لا تقوم الساعة حتى يملك الناس رجل
من أهل بيتي، يواطئ اسمه اسمي، واسم أبيه اسم أبي(
Disebutkan oleh
Abu ‘Amr Al-Dani dan Khatib Baghdadi, dari jalur Ashim dari Zar dari Ibnu
Mas’ud dari Nabi saw: “Tidak akan terjadi hari kiamat sebelum seorang lelaki
dari Ahlulbaitku menguasai umat manusia. Namanya sama dengan namaku dan bapanya
dengan bapaku.” Rujukan: Sunan Abi Amr Ad Dani halaman 94-95, Tarikh Al
Baghdadi, Juz 1, Halaman 387
- حدثنا
عبد الله حدثني أبي ثنا عبد الرزاق ثنا جعفر عن المعلى بن زياد ثنا العلاء بن بشير
عن أبي الصديق الناجي عن أبي سعيد الخدري قال قال رسول الله (صلى الله عليه
وآله): (أبشركم بالمهدي يبعث في أمتي على اختلاف من الناس ًوزلازل فيملأ الآرض
قسطا وعدلا كما ملئت جورا ًوظلما يرض ى عنه ساكن السماء وساكن الآرض ...(
Disampaikan dari
Abu Said Al-Khudri, Rasulullah saw berkata: “Aku gembirakan kalian dengan kabar
tentang Al-Mahdi yang diutus kepada umatku, dikala mereka berada dalam
perselisihan dan keguncangan. Ia akan memenuhi bumi dengan keadilan setelah
bumi dipenuhi kezaliman, dan para penghuni langit dan bumi meridhainya.” Rujukan:
Musnad Ahmad, Juz 3, Halaman 37
قالرسول الله )صلى الله عليه وآله) : (لولميبق من الدنيا إلا يوم لطولا للهذلك اليوم حتى يبعث الله فيه رجلا مني أو من أهلي أهلبيت ييواطئ اسمه اسمي . واسم أبيه اسمأبي(
Disampaikan sampai
pada Abdullah bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Sekiranya tiada
waktu lagi bagi dunia kecuali satu hari, Allah akan memanjangkan hari itu
supaya Dia mengutus seorang laki dariku atau dari keluargaku, Ahlulbaitku, yang
namanya menyerupai namaku dan nama bapanya dengan bapaku.” Mu'jam Al Kabir
oleh At Tabrani, Juz 10, halaman 135
Janganlah seperti keengganan Iblis:
﴿قَالَ
لَمْ أَكُن لِّأَسْجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقْتَهُ مِن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ
مَّسْنُونٍ﴾
Berkata Iblis: "Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia
yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat kering (yang berasal) dari
lumpur hitam yang diberi bentuk"[Al-Hijr 15:33]
Iblis enggan
sujud kepada Khalifah Allah dan membuat dalih sendiri, mahu beribadah cara
sendiri – begitulah kerentuan Allah pada mereka yang berdegil dengan fahamannya
sendiri!!??
No comments:
Post a Comment