Saturday 26 March 2016

Dakwah dan Hidayah

Soalan 3. Tunjukkan wahai Maula kata pembuka yang utama untuk bercakap tentang dakwah Yamani supaya disahut oleh hati-hati bukannya keengganan, saya dapati wahai Maula ramai orang memberikan reaksi positif pada mulanya (sesi pertama) hampir suka dan kemudian dalam sesi kedua tiada langsung?


Dihantar oleh: Zainab

Jawapan:
      
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                    
Jawapan S 3: Anda bukanlah memberi petunjuk (hidayah) kepada mereka tetapi menyampaikan kepada mereka dan anda mempunyai dalil-dalil (keterangan) yang mencukupi untuk membuktikan (menegakkan) kebenaran kepada sesiapa sahaja dan kepada mana-mana golongan (mazhab) pun, bahkan anda juga mempunyai dalil-dalil (keterangan) untuk membuktikan (menegakkan) kebenaran anda walaupun kepada orang-orang Buddha dan Hindu, lebih utama dari orang-orang Yahudi dan Kristian dan umumnya pada mazhab umat Islam dan lain-lain, Tetapi biarkan ia menjadi asas urusan penciptaan bagi tugas anda dengan manusia, mereka merosakkan diri mereka sendiri dan menunjukkan apa yang ada dalam batin (dalaman) mereka.

Dan juga kerana ikhlas dan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mencari redhaNya adalah asas untuk kerja (amalan) anda dan anda menyampaikan kepada manusia untuk mendapat keberkatan kerja (amalan) anda dan menjadikannya lebih baik. Semoga Allah memberikan taufiq (kejayaan) pada anda dan meneguhkan langkah anda dan membantu anda dalam menjayakan agamaNya.


Ahmad Al-Hassan


No comments:

Post a Comment