Tuesday 8 March 2016

Soalan Lazim 2 Bukankah Semua Manusia Adalah Khalifah Allah?


Soalan Lazim 2 Bukankah Semua Manusia Adalah Khalifah Allah?

Ya semua manusia adalah Khalifah-khalifah Allah dalam kata jamak (kata ganda) seperti di dalam ayat di bawah:

﴿وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِّيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ﴾

Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah (penguasa-penguasa) di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Al-An3aam 6:165] 

Semua manusia sebagai khalifah-khalifah (penguasa-penguasa) untuk memakmurkan bumi dan Dia SWT meninggikan sebahagian manusia atas sebahagian yang lain mengikut tingkatan (darjat) masing-masing, untuk menguji manusia dengan apa yang diberikan-Allah kepada semua manusia. Jadi ia hanya tugasan (amanah) di bumi

Bolehkah kita kata semua manusia adalah Khalifah Allah yang membawa erti pengganti Allah atau penguasa Allah di muka bumiNya dengan jawatan dan lantikan khas (khusus), Lihat contoh Firman Allah


﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ * وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ * قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ * قَالَ يَا آدَمُ أَنبِئْهُم بِأَسْمَائِهِمْ ۖ فَلَمَّا أَنبَأَهُم بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَوَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ


Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".* Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku semua nama-nama itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!" * Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".  * Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka semua nama-nama ini". Maka setelah diberitahukannya kepada mereka semnama-nama itu, Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku-katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?" * Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. [Al-Baqarah 2:30 -34] 

Allah mengingatkan perlantikan Adam menjadi khalifah di muka bumiNya itu disanggah oleh para Malaikat kerana perlakuan manusia yang melakukan kerosakan dan menumpahkan darah sedangkan mereka sentiasa bertasbih, memuji dan mentaqdis (menyucikan) Allah SWT. Ia adalah perintah dan dalam ilmu Allah. Kemudian pada ayat berikutnya Allah mengajar semua nama-nama kepada Adam dan meminta para Malaikat menyebutkan nama-nama tersebut. Kemudian barulah para Malaikat sedar dan mereka (para Malaikat dan Iblis) diperintahkan sujud kepada Adam. Semua makhluk kena sujud pada Khalifah Allah sebagai tanda sujud kepada Allah SWT.

·      Adakah semua manusia dilantik atau dijadikan Khalifah (pengganti atau penguasa) Allah seperti nabi dan rasul Allah?
·      Adakah semua manusia mengetahui semua nama-nama (ilmu dan hikmah)
·      Adakah semua makhluk diperintahkan sujud kepada semua manusia kerana semua manusia adalah Khalifah Allah

Satu contoh lagi:

 ﴿يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُم بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ﴾

Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan. [Shad 38:26] 

Daud adalah seorang nabi dan rsul yang merupakan Khalifah Allah

Atau di dalam hadits penggunaan perkataan Khalifah:

Diriwayatkan kepada kami bahawa Abu Abdullah Al-Saffaar menceritakan kepada kami Muhammad bin Ibrahim bin Arumah menceritakan kepada kami Al-Hussein bin Hafash menceritakan kepada kami Sufian dari Khalid Al-Hazhaa’ dari Abi Qilabaah dari Abi Asmaa’dari Tsauban (ra) katanya, Rasulullah (S) bersabda:


((يقتتل عند كنزكم ثلاثة كلهم ابن خليفة ثم لا يصير إلى واحد منهم ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق فيقاتلونكم قتالا لم يقاتله قوم ثم ذكر شيئاً فقال إذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج فإنه خليفة الله المهدي((.


((Pertempuran yang kamu pendamkan antara tiga pihak kesemua mereka anak-anak Khalifah, maka tidak berlaku kepada seseorang dari mereka, kemudian muncul panji-panji hitam datang dari arah timur. Dan terjadi perperangan yang belum pernah berlaku pada suatu kaum dan kemudian menyebut sesuatu yang tidak aku ingat, lalu baginda bersabda: Jika kamu melihatnya maka berbai’ahlah padanya walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji, kerana dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi)). Hadits ini sahih dengan syarat-syarat Al-Syeikhain. Al-Mustadrak – Al-Hakim Al-Naisaburiy - Jilid 4 - halaman 463-464

Khalifah Allah Al-Mahdi akan zahir di akhir zaman, dia akan berdakwah kepada manusia yang berada dalam keadaan Agama Islam yang diajarkan Muhammad Rasulullah (S) menjadi begitu asing:

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

بدأ الإسلام غريباً وسيعود غريباً كما بدأ فطوبى للغرباء

“Islam muncul dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing” (Hadits riwayat Muslim)

Pada masa itu juga Islam hanya tinggal nama dan ulama pada zaman itu adalah yang paling jahat kerana mereka telah tergelincir hingga sanggup menjual agamanya untuk mendapatkan habuan dunia.

يوشك أن يأتي على الناس زمان لا يبقى من الإسلام إلا اسمه ولا يبقى من القرآن إلا رسمه مساجدهم عامرة زوهي خراب من الهدى علماؤهم أشر من تحت أديم السماء من عندهم تخرج الفتنة وفيهم تعود
الراوي: علي بن أبي طالب المحدث: البيهقي - المصدر: شعب الإيمان - الصفحة أو الرقم: 2/788


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali“. (Hadits Riwayat Baihaqi dalam Shu'ab Al-Iman halaman/No 2/788)

Maka begitulah asingnya dakwah Al-Mahdawiyah: Sehinggakan diceritakan dalam suatu hadits:

Wa idzaa kharaja hadzaal imaamul mahdiyyu fa laisa lahu ‘aduwwun mubiin illal fuqahaa’u khashshat.

واذا خرح هذا الامام المهدي فليس له عدو مبين الفقهاء خصات

Apabila Imam Mahdi datang, waktu itu yang menjadi musuh-musuh beliau tidak lain melainkan fuqahaa (ulama-ulama dan ahli fiqih) khasnya.
             
Imam Muhyiddin Ibnu Arabi (rahimahullah). menulis di dalam bukunya Futuhat Makiah jilid III halaman 374:

Inilah zamannya:

إذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج فإنه خليفة الله المهدي


Jika kamu melihatnya maka berbai’ahlah padanya walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji, kerana dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi

Kesimpulannya: Para Khalifah memikul tangggung jawab membawa Risalah Allah, yang memberi perngatan dan berita gembira kepada manusia untuk mengenal Allah dan seterusnya beribadah (mengabdi) kepada Allah. Para Khalifah Allah merupakan nabi-nagi dan rasul-rasul sejak Adam (as) sehingga kepada nabi Penutup Muhammad (S). Selepas Nabi Muhammad (S) tidak ada nabi lagi dan tidak ada agama lagi selain Agama Islam. Tetapi khalifah-khalifah Rasulullah Muhammad (S) tetap ada, mereka adalah pembimbing yang juga dilantik oleh Allah seperti yang disebut di dalam hadits akhir zaman tentang Khalifah Allah Al-Mahdi.

Firman Allah:

﴿وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءَ الزَّكَاةِ ۖ وَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ﴾

Kami telah menjadikan mereka itu sebagai imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah, [Al-Anbia 21:73] 

﴿وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا ۖوَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ﴾

Dan Kami jadikan di antara mereka itu imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami. [Al-Sajadah 32:24] 



No comments:

Post a Comment