Soalan Lazim 5 Kalau benar Imam Mahdi dah keluar di mana dia?
Dia (as) telah keluar … sila rujuk SoalanLazim 3
Lahir pada tahun 1968.
1999 tahun 2002 diutus dan memulakan dakwah
dan pembaharuan
tahun 2002 berpindah dan menetap di Najaf
Ogos 2002 (Jamadi Tahun 1423 Hijriah),
Dakwah bermula dan dibai3ah
Julai 2003 Tidak lama selepas jatuhnya
rejim Baath Saddam, maka dakwah Mahdawiyah mula bergiat aktif semula di Najaf,
Basrah, Immarah, Nasiriyyah, Baghdad, Karbala dan wilayah-wilayah lain di Iraq.
13 Rajab, 1425 H (29 August 2004) Kenyataan
(perisytiharan) 13 Rajab.
Bagi sesiapa yang tidak mengikut Imam Ahmad
Al Hassan Al Yamani (as) adalah
1.
Terkeluar
dari Wilayah Imam Ali bin Abi Talib as dan akan menjadi penghuni neraka dan
semua perbuatan dan ibadahnya akan tertolak
2.
Rasulullah
s.a.w.a Muhammad ibn Abdullah berlepas tangan dari sesiapa yang menjadi milik
baginda namun tidak menyertai seruan suci baginda.
Pada penghujung tahun 2006 menetap di rumah
di pinggir Najaf
Suatu fasa baru dalam dakwah, secara
umumnya terpisah dengan para ansar serta orang ramai
25 December 2007 peristiwa penyerangan
dan penangkapan ke atas para pendokong serta penutupan pejabat mereka oleh
pihak berkuasa
2006 sehinggalah ke penghujung tahun 2012. terpisah
dengan para ansar serta orang ramai
2011 dakwah tersebar ke seluruh dunia.
2012 Mula berhubungan di laman sosial
2015 Menubuhkan Briged ALQaim (Saroya ALQaim)
Adakah Imam
Ahmad Al Hassan (as) Ghaib Atau Bersembunyi?
Mahdi
Pertama (as) bersembunyi. Ia adalah sunnah Allah yang tidak akan berubah.
Imam
Ahmad Al Hassan a.s bukan ghaib. Beliau sekarang bersembunyi daripada
musuh-musuhnya setelah sekian lama berada di tengah-tengah mereka dan terdapat
beberapa kali percubaan membunuhnya. Bersembunyi itu bukanlah ghaib kerana
beliau a.s wujud di muka bumi Allah dan berjumpa dengan para ansar-ansarnya.
Tetapi Imam Ahmad a.s tidak memunculkan diri di hadapan musuh-musuhnya dan juga
orang-orang yang tidak beriman dengannya disebabkan mereka menuntut darahnya
sambil menyatakannya secara terang-terangan. Bahkan dalam salah satu percubaan
membunuhnya yang disertai oleh jet-jet Amerika Syarikat, mereka cuba
membunuhnya sehingga ribuan manusia terbunuh di Iraq. Berita ini dilaporkan
dalam saluran-saluran tv satelit yang popular termasuk Al Jazeera dan Al
Arabiyya.
Ini Adalah
Jawapan Imam Ahmad Al Hassan (as) Ketika Diminta Untuk Berjumpa Dengannya:
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ *
الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
اللهم صلى على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم
تسليماً كثيراً.
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Segala pujian bagi Allah, Penjaga sekalian alam.
Segala pujian bagi Allah, Penjaga sekalian alam.
Allah
telah berselawat ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, para imam dan para
Mahdiyyin dengan kesejahteraan dan keterpeliharaan.
Berkenaan
dengan permintaan berjumpa dengan Ahmad Al Hassan, saya bermohon kepada Allah
agar mempersediakan kita tempat yang selamat dan cukup bilangan mukmin yang
beriman dengan kebenaran, yang kebal dan dapat menghalang dari musuh-musuh
Allah dan iblis serta tenteranya yang menguasai bumi ini. Bagi membolehkan
mukminin dan mukminat mendirikan solat, berjumpa dengan mereka, menjelaskan
kebenaran kepada umat manusia dan mendedahkan kebatilan orang-orang yang
menyeleweng dari agama Allah, terutamanya yang terdiri daripada ulama-ulama
sesat.
Sebagaimana
Allah mempersediakan Yathrib (Madinah) dan golongan ansar buat Muhammad
Rasulullah (S). Bertahun-tahun lamanya sebelum Muhammad (S) berhijrah ke
Yathrib (Madinah), baginda berada dalam keadaan yang tidak aman dan ketakutan
sehingga terpaksa bersembunyi daripada kafir Quraish di perkampungan dan gua.
Berhijrah ke Thaif yang penduduknya juga mahu membunuhnya, lalu baginda
melarikan diri daripada mereka. Sebahagian muslimin pula berhijrah ke Habsyah,
lalu Najasyi yang Allah berikan kelebihan ke atasnya telah mengizinkan keamanan
buat mereka. Inilah yang berlaku sehinggalah Allah mengkehendaki rasulNya dan
Islam beroleh kekuasaan dan kemenangan, apabila kaum Aus dan Khazraj membantu
Rasulullah (S) dan membuka kota mereka buat baginda. Lantas baginda mendiaminya
dalam keadaan aman dan tenang sambil menyeru umat manusia kepada agama yang
benar. Dari situ terzahirlah hujahnya buat semua umat manusia, menangnya
kebenaran dan lenyapnya kebatilan.
Inilah
sunnah Allah, dunia adalah negeri ujian dan cubaab yang diganjari mengikut
kadar kesukaran. Manusia yang paling utama kesukaran dan kepayahannya, serta
tertinggi ganjarannya adalah Khalifah Allah di muka bumiNya:
﴿أَمْ
حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ
خَلَوْا مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا
حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ
اللَّـهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّـهِ قَرِيبٌ﴾
"Apakah
kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu
(cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa
oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam
cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya:
"Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya
pertolongan Allah itu amat dekat. (Al Baqarah 2:214)
Perhatikan
sehingga rasul itu berkata “bilakah datangnya pertolongan Allah?” yakni
sehingga urusan pertolongan itu sampai ke ambang putus asa dan sehingga rasul
itu hampir-hampir kehilangan sabar, lalu memohon pertolongan kerana
hampir-hampir tidak mampu menahan sabar dalam keadaan terpinggir dan diburu:
﴿حَتَّىٰ
إِذَا اسْتَيْأَسَ الرُّسُلُ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُوا جَاءَهُمْ
نَصْرُنَا فَنُجِّيَ مَن نَّشَاءُ وَلَا يُرَدُّ بَأْسُنَا عَنِ
الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ﴾
Sehingga apabila para rasul tidak mempunyai harapan lagi dan telah
meyakini bahawa mereka telah didustakan, datanglah kepada para rasul itu
pertolongan Kami, lalu diselamatkan orang-orang yang Kami kehendaki. Dan tidak
dapat ditolak siksa Kami dari pada orang-orang yang berdosa. (Yusuf; 110)
Umumnya,
penyampaian risalah-risalah itu dimulai dengan seruan dakwah. Ketikamana
seseorang rasul itu sendiri mampu muncul terang-terangan menyampaikan dakwahnya
di hadapan umat manusia dan menyerukan mereka kepada kebenaran selama beberapa
tempoh waktu. Apabila seruannya mendapat sambutan dan semakin ramai ansarnya,
orang-orang agama yang mula takut kehilangan kedudukan mereka yang batil akan
membuat tipu daya dan mengeluarkan fatwa kepada penyembah-penyembah mereka
selain Allah supaya membunuh rasul itu. Pengikut-pengikut kesesatan tidak
berfikir bahawa fatwa-fatwa ini keluar disebabkan kelemahan marajik sesat dan
kebatilan mereka yang tidak mampu berhadapan dengan kebenaran, lantas
memaksakan rasul-rasul itu bersembunyi sehingga Allah memperkasakan mereka. Ia
adalah sirah bahawa rasul-rasul diburu dan bersembunyi selama tempoh tertentu
sehinggalah Allah memberi pembukaan kepada mereka, iaitu apabila bertambahnya
bilangan orang yang beriman dan kelengkapan yang mencukupi untuk melindungi
serta mempetahankan diri dari kejahatan tentera iblis yang terdiri daripada
orang-orang agama yang bersifat keiblisan dan penyembah-penyembah mereka selain
Allah.
Sekarang
dapat kita lihat bagaimana seruan-seruan dakwah yang dilalui oleh para rasul?
Muhammad (S) dan Musa (as) sebagai contohnya? Bukankah di sana wujudnya dakwah
secara sembunyi-sembunyi, yang disusuli dengan dakwah terang-terangan dan
selepas itu ketakutan serta menghilangkan diri daripada penindas-penindas serta
pembantu-pembantu mereka sebagai menjaga peribadi yang diutuskan kerana dia
adalah pembawa risalah. Seterusnya penghijrahan ke padang pasir sepertimana
yang berlaku ke atas Musa (as) atau ke negeri yang aman di mana penduduknya
membantu peribadi yang diutuskan sepertimana yang berlaku kepada Muhammad (S)?
Umat
Islam seluruhnya mengetahui bahawa Rasulullah (S) bersembunyi dari pandangan
musyrikin yang menghalang dakwahnya secara terang-terangan. Baginda bersembunyi
dan berhijrah ke Thaif tetapi tidak diterima oleh penduduknya, lalu baginda
kembali semula ke Mekah dan tidak dapat memasukinya sehinggalah beberapa orang
penduduk Mekah memajaknya supaya baginda tidak dibunuh oleh mereka yang
menghendapnya.
Bacalah
sirah Nabi (S) dan lihatlah bagaimana baginda disembunyikan di perkampungan
Bani Abi Talib untuk menghilangkan peribadi Nabi (S) dari pandangan musyrikin
dan bagi melindunginya. Kisah hijrah baginda juga diketahui umum, bagaimana
baginda menyembunyikan diri di dalam gua. Sebagaimana peristiwa Nabi (S)
bersembunyi adalah jelas lagi terang, begitulah juga buat Ahmad Al Hassan yang
melalui sunnah datuknya Rasulullah (S). Bahkan ianya sunnah yang sentiasa
berulang sejak dari Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad (S). Ianya juga mesti
berlaku kepada Mahdi Pertama (as), sunnah Allah yang tiada perubahan padanya.
Sekiranya kalian dapat menerima Musa, Isa dan Muhammad (S) bersembunyi daripada
pandangan para penindas, maka wajib ke atas kalian untuk menerima bahawa Ahmad
Al Hassan juga bersembunyi.
Sebagaimana
yang telah kami (para ansar) jelaskan bahawa mereka telah beberapa kali cuba
membunuh Ahmad Al Hassan sebagaimana yang telah dilaporkan dalam
saluran-saluran tv satelit.
Kejadian
Al Zarkah: Berlaku di kota suci Najaf semasa tentera Amerika yang bergandingan
dengan tentera Iraq pada waktu itu menyangka Ahmad Al Hassan (as) termasuk
dalam kelompok penziarah-penziarah yang berjalan kaki ke makam Imam Hussein
(as). Lalu mereka melakukan operasi pembunuhan ribuan manusia kerana menyangka
mereka (penziarah-penziarah) adalah Ahmad Al Hassan (as) dan ansar-ansarnya.
Apabila mereka menyedari bahawa mereka tidak membunuh Ahmad Al Hassan (as) dan
ansar-ansarnya, maka mereka mencipta alasan bahawa yang mereka bunuh adalah
terdiri dari kelompok Jundus Sama’. Pada ketika itu mereka membunuh hattakan
para wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua.
Kejadian
kedua: Beberapa hari selepas kejadian ini, satu briged tentera Iraq telah
menjalankan operasi yang disokong dengan jet pengebom Amerika telah menyerang
rumah kediaman Imam Ahmad Al Hassan (as) secara mengejut di waktu subuh pada
Muharram 1428 hijrah, yang pada malam sebelumnya Imam Ahmad Al Hassan (as)
telah pun mengosongkan rumahnya bersama-sama dengan ahli keluarganya.
Jiran-jiran tetangga Imam Ahmad Al Hassan (as) telah ditangkap sedangkan ada di
antara mereka yang langsung tidak mengenali orang yang tinggal berjiran dengan
mereka adalah Ahmad Al Hassan (as) dan mengenakan penyiksaan yang teruk
terhadap mereka.
Serangan
ketiga: Ianya adalah peristiwa yang berlaku pada bulan Muharram tahun 1429,
yang mana mereka telah membunuh sebilangan ansar di samping menangkap ratusan
ansarnya dan ramai dari kalangan mereka yang dijatuhi hukuman bunuh serta
penjara seumur hidup. Seseorang yang dituntut darahnya secara aktif dan kejam,
bagaimanakah kalian meninginkannya muncul secara terang-terangan atau berbuat
sesuatu yang memungkinkan tempatnya diketahui?
Benar
bahawa beliau telah muncul selama beberapa tahun sebagaimana Rasulullah (S) dan
beliau sekarang menyembunyikan diri dari pandangan penzalim-penzalim, namun
beliau bukanlah menghilangkan diri atau bersembunyi dari ansar-ansarnya. Bahkan
beliau berjumpa dengan ansar-ansarnya, berhadapan dengan mereka dan menerbitkan
buku-buku. Antara bukunya yang terkini adalah buku “Pengikut ketigabelas” dan
beliau juga mengisukan jawapan-jawapan bagi soalan-soalan akidah dan fekah yang
diperturunkan ke dalam web rasmi ansar. Apabila nanti terdapat negeri yang
mengalu-alukannya, beliau akan berhijrah ke negeri tersebut dan sekali lagi
akan memunculkan dirinya secara terang-terangan, sebagaimana yang dilakukan
oleh Rasulullah (S) apabila baginda berhijrah ke kota Madinah dan muncul
terang-terangan kerana wujud ansar-ansar dan pembantu-pembantunya.
Temubual
atau wawancara di Paltalk (Laman Bilik Perbualan)
No comments:
Post a Comment