Hakimiyah Allah: Hak Lantikan Kepimpinan Milik Allah atau Manusia?
Dipetik dari tulisan Imam Ahmad a.s:
Ketuanan Allah, Bukan Ketuanan Manusia, dengan beberapa
penambahan dari penulis sebagai contoh.
Dari awal hingga ke akhir, Al Quran secara
penuh megiktiraf ketuanan Allah, dan menolak ketuanan manusia. Kami tidak
berminat dengan persepsi sonsang sesetengah orang yang menafsir ayat Allah
sesuka hati mereka, dan begitu juga mereka yang mempertahankan orang-orang dan
aqidah tertentu, sedangkan korupnya orang yang dipertahankan itu, dan batilnya
aqidah tersebut, walaupun korupsinya jelas, dan tidak memerlukan usaha kuat
untuk melihatnya.
Mari kita telusuri ayat yang mendokong
ketuanan Allah di muka bumi.
Pertama Allah Memberi Pemerintahan
﴿قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ
وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن
تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍإِنَّكَ
عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ﴾
Katakanlah: “Wahai
Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa
pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut
kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang
memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa
yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [Aali Imran 3:26]
Ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa
kepimpinan itu milik Allah, dan Dia berhak melantik sesiapa yang dikehendakiNya
sebagai khalifah di muka bumi. Allah swt berfirman:
﴿وَإِذۡ
قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ﴾
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang
khalifah di bumi” (Al Baqarah 2:30)
Jadi, bukanlah menjadi hak mana-mana
manusia, dari ayat ini, untuk melantik raja, presiden atau perdana menteri
melainkan dirinya adalah lantikan Allah swt.
Kepimpinan ini diberikan oleh Allah kepada
sesiapa yang dikehendaki, namun tidak semestinya seorang pemimpin lantikan
Allah itu dapat memerintah, kerana berkemungkinan beliau ditolak dari jawatan
tersebut oleh manusia, seperti yang kerap kali berlaku di dalam sejarah
manusia. Ibrahim a.s tidak memerintah, namun ia dipegang oleh Namrud l.a. Musa
a.s tidak memerintah, namun ia dipegang oleh Firaun l.a, Hussain a.s tidak
memerintah, namun Yazid l.a yang memerintah, maka Allah swt berfirman:
﴿أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَىٰ مَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِن
فَضْلِهِ ۖ فَقَدْ آتَيْنَا آلَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ
وَآتَيْنَاهُم مُّلْكًا عَظِيمًا﴾
Atau patutkah
mereka dengki kepada manusia disebabkan nikmat yang telah diberikan oleh Allah
kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi
kepada keluarga Ibrahim: Kitab dan hikmat, dan kami telah memberi kepada mereka
kerajaan yang besar. (Al-Nisa’ 4:54)
Walaupun keluarga Ibrahim a.s diberikan kepimpinan dan ketuanan Ilahiyah, malangnya mereka ditindas dan dizalimi, ditolak dari kepimpinan dan dirampas hak mereka oleh para penguasa zalim. Jadi tugas manusia adalah menguatkan dan menaikkan manusia pilihan Allah swt di posisi kepimpinan, kerana jika mereka menolaknya, maka kemurkaan Allah swt akan terjadi, dan bencana akan menimpa mereka.
Al Sadiq a.s bersabda: “Pernahkah kamu
mendengar firman Allah: {..yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan
pohon-pohonnya..(27:60)} Dia berfirman menyatakan bukanlah menjadi hak kamu
untuk memilih siapa Imam kamu, menggelarkan mereka sebagai (pemimpin) yang
benar atas kehendak dan keingingan kamu.” Kemudian Imam Sadiq a.s bersabda:
“Akan ada tiga kumpulan yang mana Allah tidak akan bercakap dan memandang
mereka di Hari Kebangkitan, juga tidak akan menyucikan mereka, iaitu mereka
yang menanam pohon yang tidak ditanam Allah swt, yakni, sesiapa yang melantik
Imam yang tidak dilantik Allah, atau tidak mengimani Imam lantikan Allah.”
(Tahaq al Uqul, hal 325)
Kedua: Ketuanan Allah Dari Sejarah Awal
Kisah Talut:
﴿أَلَمْ
تَرَ إِلَى الْمَلَإِ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ مِن بَعْدِ مُوسَىٰ إِذْ قَالُوا
لِنَبِيٍّ لَّهُمُ ابْعَثْ لَنَا مَلِكًا نُّقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّه﴾
Tidakkah engkau
ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah
(wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka:
“Lantiklah seorang raja untuk kami, supaya boleh kami berperang (bersama-sama
dengannya) pada jalan Allah” (Al Baqarah 2:246)
Sekumpulan mukmin dari Bani Israel
mempercayai ketuanan Allah swt, maka mereka tidak mendahului Allah swt dalam
melantik, tetapi menyerah dan memohon kepada Allah, agar melantik seorang Raja
bagi mereka, dan ini adalah bukti paling besar, bahawa semua agama Samawi
mengiktiraf hak lantikan pemimpin berada di tangan Allah, bukanlah di tangan
manusia melalui syura, pilihan raya dan sebagainya
Ketiga: Allah Yang Melantik Khalifah Di
Muka Bumi
﴿وَإِذْ
قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً﴾
Dan (ingatlah)
ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seorang khalifah di bumi” (Al Baqarah 2:30)
Khalifah Allah sudah semestinya merupakan
pemerintah di muka bumi, dan khalifah pertama Allah di muka bumi adalah Adam
a.s. Dan di setiap zaman, ada khalifah Allah yang yang dilantik, seperti firman
Allah swt
﴿إِنَّمَا
أَنتَ مُنذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ﴾
Sesungguhnya kamu
hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang
memberi petunjuk. (Ar Ra’d 13:7)
Dan di zaman ini, khalifah Allah adalah
Imam Mahdi a.s. Jadi manusia perlulah menguatkan pemerintahan beliau, kerana
sesungguhnya beliau merupakah lantikan Allah swt, dan beliau seharusnya tidak
ditentang oleh pilihanraya dan demokrasi.
Keempat: Berhukum Dengan Hukum Allah
Allah swt berfirman:
﴿وَمَن
لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ﴾
﴿وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ﴾
﴿وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ﴾
﴿وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ﴾
﴿وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ﴾
dan sesiapa yang
tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana
mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. (Al-Maidah 5:44), kemudian, dan
sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka
mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Maidah 5:45).
Allah swt
meneruskan, dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (Al-Maidah
5:47)
Sudah semestinya, khalifah Allah swt akan
berhadapan dengan permasalahan yang baru, tanpa mengira waktu, dan sudah
semestinya, beliau diberikan pandangan dan inspirasi istimewa, kurniaan Allah
swt, yang mana dengannya, Dia akan membuatkan ketuanannya diketahui dalam
peristiwa-peristiwa yang akan terjadi. Malahan bagaimana mungkin seseorang
selain dari khalifah lantikan Allah berhukum dengan apa yang telah diturunkan
oleh Allah swt?
Kisah Musa a.s dan kaumnya
﴿وَاخْتَارَ مُوسَىٰ قَوْمَهُ سَبْعِينَ رَجُلًا
لِّمِيقَاتِنَا ۖ فَلَمَّا أَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ قَالَ رَبِّ لَوْ
شِئْتَ أَهْلَكْتَهُم مِّن قَبْلُ وَإِيَّايَ ۖأَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ
السُّفَهَاءُ مِنَّا ۖ إِنْ هِيَ إِلَّا فِتْنَتُكَ تُضِلُّ بِهَا مَن
تَشَاءُ وَتَهْدِي مَن تَشَاءُ ۖ أَنتَ وَلِيُّنَا فَاغْفِرْ لَنَا
وَارْحَمْنَا ۖ وَأَنتَ خَيْرُ الْغَافِرِينَ﴾
Dan Nabi Musa
memilih tujuh puluh orang lelaki dari kaumnya (untuk di bawa bersama ke Gunung
Tursina) pada waktu yang telah kami tentukan. Maka ketika mereka digegar oleh
gempa, Nabi Musa merayu dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki,
Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau
hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang
yang bodoh di antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah
cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan
Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah
Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami,
kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun.(7:155)
Lihatlah sendiri bagaimana Musa a.s,
seorang Nabi yang ma’sum, yang memilih 70 lelaki terbaik dari Bani Israel.
Kesemua mereka kufur dan memberontak terhadap beliau dan perintah Allah. Oleh
itu, jika seorang Nabi Ma’sum seperti Musa, yang memilih 70 orang lelaki untuk
misi ketuhanan, dan akhirnya di dapati tiada dari kalangan mereka yang layak
untuk misi ini, maka bagaimana dapat manusia biasa memilih pemimpin dan raja?
Malah mereka mungkin memilih makhluk Allah yang paling jahat tanpa diketahui.
Ini sudah menjadi bukti yang mencukupi bagi
mereka yang mencari apa yang benar dan mahukan lebih lagi. Sungguh Quran yang
berada di tangannya menyeru mereka yang tidak memberi perhatian:
﴿وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا
الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ
مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ
وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي
لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ
فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ﴾
Dan Allah telah
berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan
amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa
dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka
berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah
diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka,
sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. Mereka tetap menyembahku-Ku
dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang
(tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.
[Al-Nur 24:55]
﴿وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِن بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ
الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ * إِنَّ فِي هَـٰذَا
لَبَلَاغًا لِّقَوْمٍ عَابِدِينَ* وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً
لِّلْعَالَمِينَ * قُلْ إِنَّمَا يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ
إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّسْلِمُونَ * فَإِن
تَوَلَّوْا فَقُلْ آذَنتُكُمْ عَلَىٰ سَوَاءٍ ۖ وَإِنْ أَدْرِي
أَقَرِيبٌ أَم بَعِيدٌ مَّا تُوعَدُونَ * إِنَّهُ يَعْلَمُ الْجَهْرَ
مِنَ الْقَوْلِ وَيَعْلَمُ مَا تَكْتُمُونَ* وَإِنْ أَدْرِي لَعَلَّهُ
فِتْنَةٌ لَّكُمْ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ * قَالَ رَبِّ احْكُم
بِالْحَقِّ ۗ وَرَبُّنَا الرَّحْمَـٰنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَىٰ مَا
تَصِفُونَ﴾
Dan sungguh telah
Kami tulis didalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) Lauh Mahfuzh, bahwasanya
bumi ini dipusakai hamba-hamba-Ku yang saleh. * Sesungguhnya di dalam (surat)
ini, benar-benar menjadi peringatan bagi kaum yang menyembah (Allah). * Dan
tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta
alam. * Katakanlah: "Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku adalah:
"Bahwasanya Tuhanmu adalah Tuhan Yang Esa. maka hendaklah kamu berserah
diri (kepada-Nya)". * Jika mereka berpaling, maka katakanlah: "Aku
telah menyampaikan kepada kamu sekalian (ajaran) yang sama (antara kita) dan
aku tidak mengetahui apakah yang diancamkan kepadamu itu sudah dekat atau masih
jauh?" * Sesungguhnya Dia mengetahui perkataan (yang kamu ucapkan) dengan
terang-terangan dan Dia mengetahui apa yang kamu rahasiakan. * Dan aku tiada
mengetahui, boleh jadi hal itu cobaan bagi kamu dan kesenangan sampai kepada
suatu waktu. * (Muhammad) berkata: "Ya Tuhanku, hukumlah dengan sebenar.
Dan Tuhan kami ialah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Yang dimohonkan
pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu sifatkan". [Al-Anbiak
21:105-112]
Beberapa perkara tambahan yang lain:
Kelima: Pilihan Di Tangan Allah
﴿اللَّهُ
يَصْطَفِي مِنَ الْمَلَائِكَةِ رُسُلًا وَمِنَ النَّاسِ﴾
“Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan
dari manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al Haj
22:75)
Tanpa perlu menerangkan dengan lebih
lanjut, ayat ini secara eksplisit menyatakan bahawa pilihan berada di tangan
Allah swt, bukan manusia.
Keenam: Perlantikan Ibrahim a.s sebagai
Imam, Daud a.s Sebagai Khalifah
Allah swt berfirman:
﴿وَإِذِ
ٱبۡتَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَٰتٖ فَأَتَمَّهُنَّۖ قَالَ إِنِّي
جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامٗاۖ﴾
Dan (ingatlah),
ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan
larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah
berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi
umat manusia”. (Al Baqarah: 124)
Di tempat lain, Allah swt melantik Daud
sebagai khalifahnya
﴿يَٰدَاوُۥدُ
إِنَّا جَعَلۡنَٰكَ خَلِيفَةٗ فِي ٱلۡأَرۡضِ﴾
“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu
khalifah di bumi..” (Sad: 26)
Contoh-contoh ini menjelaskan lagi bahawa
kepimpinan dan kekhalifahan adalah hak Allah swt. InsyaAllah, di bab
berikutnya, kita akan membahaskan, adakah masih ada perlantikan khalifah
selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.a, setelah artikel ini membuktikan hak
melantik adalah di tangan Allah swt.
Ketuanan Allah Bhg. 2: Adakah Masih Ada Perlantikan Khalifah Allah
Selepas Muhammad(s)?
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآله الأئمة والمهديين
وسلم تسليما كثيراً
Di dalam artikel yang lepas, kami telah
mengemukakan bukti bahawa hak perlantikan khalifah Allah swt di muka bumi
adalah semata-mata milik Allah swt, dari awal penciptaan manusia sehinggalah
hari kiamat. Tiada sama sekali hak ini pernah berada di tangan manusia untuk
menentukan siapakah pemimpin mereka, samada sistem monarki, syura, demokrasi
atau apa sahaja.
Jika kita berkeyakinan bahawa Allah swt
yang berhak ke atas lantikan khalifahNya di muka bumi, maka isu ini akan
membawa kita kepada beberapa persoalan yang berat.
Adakah masih ada lantikan dari Allah swt
selepas Nabi Muhammad (S)?
Jika ada, siapakah yang dilantik itu?
Bukankah Muhammad (S) itu adalah Rasul yang
terakhir? Mengapa masih ada?
Pertama sekali, jangan kita terkeliru
antara tugas Nabi, Rasul dan seorang Imam(pemimpin). Masing-masing mereka
mempunyai tugasan yang berbeza, namun mereka semua adalah khalifah Allah, yakni
wakilNya di muka bumi. Namun ketiga-tiga ini mempunyai tugas yang sama dalam
satu isu, menjadi panduan kepada umat manusia, agar tidak tersesat dari jalan
kebenaran.
Yang kedua, kami ingin tekankan bahawa,
selain dari ketiadaan bukti bahawa Allah memberi kuasa kepada manusia bagi
melantik pemimpin mereka, langsung tiada bukti dari Quran bahawa perlantikan
khalifah Allah terhenti selepas Muhammad (S).
Rasional perlantikan khalifah adalah
sebagai panduan kepada umat manusia, maka atas dasar rasional juga, Allah swt
tidak akan membiarkan ciptaannya terbiar di muka bumi tanpa wakilNya di muka
bumi. Benar, Muhammad (S) adalah Rasul terakhir, baginda ditugaskan untuk
membawa syariat terakhir bagi umat manusia. Namun sejarah membuktikan bahawa
selepas pengutusan Rasul setiap zaman, umat mereka akan melakukan kesesatan,
terbukti dari sejarah setiap para Nabi dan Rasul yang diutus kepada Bani
Israel, sejarah agama Yahudi dan Nasrani, malah Islam sendiri. Maka Allah swt,
atas dasar rasional akan sentiasa memastikan adanya “hadi”, guide, penunjuk
bagi umat manusia untuk menerangkan dan menegakkan syariat UTUSAN ALLAH
sebelumnya. Agar manusia dapat merujuki mereka dalam segala hal, tidak kiralah
samada yang dilantik itu, adalah Nabi, Rasul atau Imam.
Bagi menjawab semua persoalan ini, kami
bawakan ayat-ayat Quran sebagai bukti adanya perlantikan khalifah Allah selepas
Rasulullah (S), dan bukti bahawa Allah swt tidak akan meninggalkan umat manusia
tanpa seorang pemberi petunjuk yang dilantiknya.
﴿إِنَّمَا
أَنْتَ مُنْذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ﴾
“Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi
peringatan dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk”(13:7)
Ayat di atas menunjukkan Muhammad (S)
hanyalah pemberi peringatan,dan bagi setiap kaum, umat, zaman dan tempat, akan
ada “hadi”nya, yakni orang yang memberi petunjuk.
Pihak lawan akan berdalih: “Orang yang
memberi petunjuk ini tidak semestinya lantikan Allah swt, mereka boleh sahaja
manusia biasa dari kalangan ulama yang memberi petunjuk pada setiap zaman.”
Bantahan Pertama
Ini adalah satu penghujahan manusia
tersepit, yang bersandarkan tekaan dan sangkaan, malah jika mereka menujukan
ayat ini kepada para ulama, hakikatnya, para ulama lah yang menyebabkan
perpecahan kepada setiap umat, sehingga terdapat perbezaan yang besar dalam
setiap hal fiqh, amalan, aqidah dan hukum serta lain-lain. Sedangkan Allah swt
berfirman apa sahaja yang datang daripadanya tidak akan ada percanggahan.
﴿أَفَلَا
يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا
فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا﴾
Kalaulah Al-Quran
itu bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak
di dalamnya.(4:82)
Bantahan Kedua
Malah, di dalam Al Quran sarat dengan
kecaman kepada Bani Israel yang menjadi sesat kerana ketaatan mereka kepada
para ulama mereka. Maka, masakan Allah swt mahukan perkara yang sama terjadi
kepada umat ini?
﴿وَقَالُواْ
رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠﴾
Dan mereka berkata
lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua
dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang
benar.(33:67)
﴿اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ
اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَٰهًا
وَاحِدًا ۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ﴾
Mereka menjadikan
pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain
dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal
mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang
mereka sekutukan.(Al-Taubah 9:31)
Jelas dari ayat di atas, Allah swt secara
fizikalnya tidak boleh mendidik manusia, kerana Maha Suci Allah dari berjisim
atau bertempat. Maka logikanya hanyalah, Allah swt akan mendidik manusia
melalui manifestasi DIA di alam penciptaan, yakni manusia-manusia
utusannya, para khalifah lantikanNya di muka bumi.
Jadi menamakan ulama sebagai pemberi
petunjuk untuk setiap zaman dan setiap kaum adalah jelas meleset dari segi realti
dan fakta sejarah. Sudah berapa banyak darah ditumpahkan kerana ketaatan
manusia kepada mereka.
Tafsir bagi dalil di atas: Hadis Pertama
Sudah tentu, satu lagi jalan bagi kita
mengetahui tafsir ayat di atas adalah dengan menilai kata-kata manusia yang
diutuskan kepada kita, Muhammad Rasulullah (S), agar kita tidak tersesat.
حدثنا عبد الله حدثني
عثمان بن أبي شيبة ثنا مطلب بن زياد عن السدي عن عبد خير عن علي في قوله { إنما
أنت منذر ولكل قوم هاد } قال رسول الله صلى الله عليه و سلم المنذر والهاد رجل من
بنى هاشم
Telah menceritakan
kepada kami ‘Abdullah yang berkata telah menceritakan kepadaku Utsman bin Abi
Syaibah yang berkata telah menceritakan kepada kami Muthallib bin Ziyaad dari
As Suddi dari Abdu Khair dari Ali tentang firman Allah SWT [Sesungguhnya kamu
hanyalah seorang pemberi peringatan dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang
memberi petunjuk].
[Imam Ali] berkata “Rasulullah [shallallahu
‘alaihi wasallam] sang pemberi peringatan dan sang pemberi petunjuk adalah
laki-laki dari bani Hasyim” [Musnad Ahmad 1/126 no 1041, ini adalah Ziyadah
Abdullah bin Ahmad]
Hadis ini juga disebutkan Ath Thabrani
dalam Mu’jam Al Awsath 2/94 no 1361 dan Ad Dhiya’ Al Maqdisi dalam Al Mukhtarah
2/286 no 668 [dan Al Maqdisi menyatakan sanadnya hasan] semuanya dengan jalan
sanad dari Muthallib bin Ziyaad dari As Suddiy dari Abdu Khair dari Ali. Hadis
ini sanadnya hasan. Para perawinya tsiqat dan hasanul hadits, Muthallib bin
Ziyaad seorang yang shaduq hasanul hadits dan As Suddiy adalah Ismail bin
‘Abdurrahman As Suddiy seorang imam dalam tafsir dan shaduq hasanul hadis.
‘Abdullah bin Ahmad bin Hanbal telah
dikenal sebagai perawi yang tsiqat. Al Khatib menyatakan ia tsiqat tsabit.
Nasai menyatakan ia tsiqat. Daruquthni juga menyatakan ia tsiqat [At Tahdzib
juz 5 no 246]. Ibnu Hajar menyatakan ia seorang imam yang tsiqat [At Taqrib
1/477]
Utsman bin Abi Syaibah adalah Utsman bin
Muhammad bin Ibrahim Al Absiy termasuk perawi Bukhari dan Muslim. Ahmad bin
Hanbal telah memujinya. Ibnu Ma’in menyatakan ia tsiqat. Abu Hatim menyatakan
ia shaduq. Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat [At Tahdzib juz 7 no
299]. Ibnu Hajar menyatakan ia tsiqat hafizh [At Taqrib 1/664]
·
Muthallib bin Ziyaad adalah perawi yang
shaduq hasanul hadits. Telah meriwayatkan darinya Ahmad bin Hanbal dan Ibnu
Ma’in dimana keduanya sepakat menyatakan Muthallib tsiqat. Abu Hatim berkata
“ditulis hadisnya tetapi tidak bisa dijadikan hujjah”. Abu Dawud berkata
“shalih”. Isa bin Syadzan dan Ibnu Sa’ad mendhaifkannya. Ibnu Hibban
memasukkannya dalam Ats Tsiqat begitu pula Ibnu Syahin memasukkannya dalam Ats
Tsiqat. Al Ijli menyatakan ia tsiqat. Ibnu Ady berkata “ ia memiliki hadis
hasan dan gharib tetapi aku tidak melihat riwayat mungkar, menurutku tidak ada
masalah padanya”. Utsman bin Abi Syaibah menyatakan ia tsiqat. [At Tahdzib juz
10 no 333]. Adz Dzahabi memasukkannya dalam Man Tukullima Fiihi Wa Huwa
Muwatstaq no 328. Ibnu Hajar menyatakan dalam At Taqrib bahwa ia shaduq tetapi
pernah melakukan kesalahan dan dikoreksi dalam Tahrir At Taqrib kalau Muthallib
bin Ziyaad seorang yang shaduq hasanul hadits [Tahrir At Taqrib no 6709]
As Suddiy adalah Ismail bin ‘Abdurrahman
bin Abi Karimah As Suddiy termasuk perawi Muslim dan Ashabus Sunan. Ia telah
ditsiqatkan oleh Syu’bah, Sufyan Ats Tsawri, Zaidah dan Yahya bin Sa’id Al
Qaththan [Sunan Tirmidzi 5/636 no 3721]. Ahmad bin Hanbal menyatakan ia tsiqat.
Ibnu Ma’in mendhaifkannya. Abu Zur’ah berkata “layyin”. Abu Hatim berkata
“ditulis hadisnya tetapi tidak bisa dijadikan hujjah”. Nasa’i berkata “shalih”
terkadang berkata “tidak ada masalah padanya”. Ibnu Adiy menyatakan ia seorang
yang hadisnya lurus shaduq dan tidak ada masalah padanya. Ibnu Hibban
memasukkannya dalam Ats Tsiqat. Al Ijli menyatakan ia tsiqat dan alim dalam
tafsir. Al Uqailiy menyatakan ia dhaif dan Ath Thabari berkata “tidak bisa
dijadikan hujjah” [At Tahdzib juz 1 no 572]. Ibnu Hajar dalam At Taqrib
menyatakan ia shaduq terkadang salah dan tertuduh tasyayyu’ kemudian dikoreksi
dalam Tahrir At Taqrib kalau ia seorang yang shaduq hasanul hadis dan imam
dalam tafsir [Tahrir Taqrib At Tahdzib no 463]
Abdu Khair bin Yazid termasuk orang yang
menemui masa jahiliah bahkan ada yang menganggapnya shahabat Nabi. Ibnu Ma’in
menyatakan ia tsiqat. Al Ijli juga menyatakan ia tsiqat dan Ibnu Hibban
memasukkannya dalam Ats Tsiqat [At Tahdzib juz 6 no 260]. Ibnu Hajar menyatakan
ia tsiqat dan tidak benar kalau ia sahabat [At Taqrib 1/558]
Tafsir bagi dalil di atas: Pendapat Tafsir Ibnu Hatim
حدثنا علي بن الحسين ثنا
عثمان بن أبي شيبة ثنا المطلب بن زياد عن السدي عن عبد خير عن علي لكل قوم هاد قال
الهاد رجل من بني هاشم قال ابن الجنيد هوعلي بن أبي طالب رضي الله عنه.
Telah menceritakan
kepada kami Aliy bin Husain yang berkata telah menceritakan kepada kami Utsman
bin Abi Syaibah yang berkata telah menceritakan kepada kami Al Muthallib bin
Ziyaad dari As Suddiy dari Abdu Khair dari Ali tentang “bagi tiap-tiap kaum ada
orang yang memberi petunjuk”. [Ali] berkata “orang yang memberi petunjuk adalah
laki-laki dari bani Hasyim”. Ibnu Junaid berkata “ia adalah Ali bin Abi Thalib
radiallahu’anhu” [Tafsir Ibnu Abi Hatim 7/2225 no 12152].
Ali bin Husain bin Junaid Ar Raziy adalah
seorang yang shaduq tsiqat [Al Jarh Wat Ta’dil 6/179 no 981] dan ia menyatakan
kalau laki-laki bani hasyim yang dimaksud adalah Imam Ali sendiri. Tentu
sebagai perawi yang meriwayatkan hadis ini maka penafsirannya layak untuk
diperhatikan dan ini sesuai dengan keutamaan yang disandang oleh Imam Ali
[alaihis salam].
Dari Tafsir Lain
Selain itu, beberapa tafsir yang lain
merekodkan bahawa Rasulullah (S) bersabda apabila di tanya tentang hadis ini:
“Aku adalah pemberi amaran dan Ali adalah
pemberi petunjuk”. Lalu baginda beralih kepada Ali dan bersabda: “Wahai Ali,
manusia akan mendapat petunjuk melalui mu.”
Tafsir Durr al-Manthur oleh as Suyuti Vol 4
halaman 45; Tafsir al Kabir, oleh Fakhruddin Razi dalam tafsirannya pada ayat
ini; Tafsir Ruh al Ma’ani, Allamah Alusi, serta kitab Mustadrak, oleh al Hakim,
Vol 3 hadith 129 & 130
Kita abaikan terlebih dahulu penetapan Ali
a.s sebagai pemberi petunjuk selepas baginda, dan kita tumpukan terlebih dahulu
pada hakikat akan wujudnya manusia-manusia yang ditugaskan untuk menunjuki
manusia, dan mereka semua adalah Bani Hashem. Disebabkan mereka ditetapkan oleh
Rasul (S), maka penetapan mereka adalah dari Allah swt.
Secara tidak lansung, ini ada kaitan dengan hadis berikut:
Di keluarkan dari Bukhari, Ahmad dan
Baihaqi, dari Jabir bin Samurah, berkata, “Akan wujud 12 orang amir”. Jabir berkata:
Setelah itu baginda(sawa) mengatakan sesuatu yang tidak dapat aku
mendengarnya. Lantas bapaku berkata bahawa baginda
bersabda: “Semuanya dari Quraish.”
Bani Hashem adalah dari Quraish. Dan hadis berikut:
و يقرئنا القرآن , فقال
له رجل : يا أبا عبد الرحمن هل سألتم رسول الله (صلى الله عليه وآله وسلم ) كم
يملك هذه الأمة من خليفة ؟ فقال عبد الله بن مسعود : ما سألني عنها أحد منذ قدمت
العراق قبلك , ثم قال : نعم , ولقد سألنا رسو ل الله فقال : ” إثنا عشر كعد ة
نقباء بني إسرئيل “
“…Dari Masruq yang berkata; saat kami duduk
disebelah Ibnu Mas’ud yang ketika itu dia membacakan Al Qur’an kepada kami,
maka berkatalah seseorang kepadanya: “Wahai Abdurrahman! Adakah kamu pernah
tanya kepada Rosulullah saw tentang berapa orang yang menjadi khalifah umat ini?
Maka Abdulah ibnu Mas’ud menjawab: “Semasa kedatanganku ke-Iraq tiada siapapun
yang bertanya tentang persoalan ini sebelumu, kemudian dia berkata; Ya,
sesungguhnya kami telah bertanya kepada Rasulullah dan dia saw bersabda;
“(Bahwa jumlah khalifah umat ini) adalah Dua Belas orang sepertimana
bilangan pemimpin Bani Israel” Musnad Ahmad bin Hanbal jilid 2 m/s 55
hadits 3781, Milal Wa Nihal Ja’far Subhani jilid 6 m/s 60
Maka setakat ini, apa yang dapat kita
fahami adalah Allah swt telah menetapkan pemberi petunjuk selepas kewafatan
Nabi (S) dan mereka adalah dari kalangan Bani Hashem. Merekalah yang disebutkan
Allah swt:
Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan,
yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami
wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta
memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.(21:73)
Dan Kami jadikan dari kalangan mereka
beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami,
selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap
yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (32:24)
Kesimpulan
Berdasarkan pendalilan yang diberikan di
atas, dapatlah disimpulkan bahawa:
Untuk setiap zaman ada khalifah lantikan
Allah yang menunjuk manusia
Selepas Rasulullah (S), mereka adalah dari
kalangan Bani Hashem
Namun siapakah mereka? Adakah selari dengan
logik akal, Nabi (S) menyebut akan ada 12 Imam selepasnya, namun tidak
menamakan mereka? Tidak wujudkan perasaan ingin tahu di kalangan para sahabat
untuk bertanya kepada baginda siapa mereka? Adalah sangat tidak logik jika Nabi
(S) tidak menyebut nama secara jelas untuk umat baginda mengikuti mereka.
InsyaAllah dalam bahagian seterusnya, kita akan merungkai satu per satu siapa kah
mereka, dan nama-nama mereka.
Dalil-dalil ini haruslah ditanggapi dalam
konteks menyeluruh, bukan secara individu, samalah seperti kita menyelesaikan
“jigsaw puzzle”, yang mana kita harus susun kepingan-kepingan ini secara
menyeluruh, barulah nampak gambarannya, bukan membuat andaian dan sangkalan
berdasarkan hanya sekeping dari kepingan-kepingan ini.
Umum mengetahui bahawa penulisan wasiat
adalah sangat ditekankan oleh Allah swt sehingga disebut sebagai wajib di dalam
Al Quran.
﴿كُتِبَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ إِن تَرَكَ
خَيۡرًا ٱلۡوَصِيَّةُ لِلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ بِٱلۡمَعۡرُوفِۖ حَقًّا
عَلَى ٱلۡمُتَّقِينَ﴾
Diwajibkan atas
kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia
meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara
ma’ruf, [ini adalah] kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. (Al Baqarah
2:180)
Atas dasar kepentingan ini, maka sudah
tentu Nabi (S) sebagai pendahulu pengamal Sunnah dan syariat akan melaksanakan
tuntutan ini. Di saat akhir hayat baginda ketika baginda sedang tenat, baginda
telah meminta pena untuk menulis wasiat ini. Kisah ini tercatat di dalam
“Peristiwa Hari Khamis” yang diriwayatkan dalam kitab-kitab hadis:
عن ابن عباس قال لما حضر
رسول الله صلى الله عليه و سلم وفي البيت رجال فيهم عمر ابن الخطاب فقال النبي صلى
الله عليه و سلم ( هلم أكتب لكم كتابا لا تضلون بعده ) فقال عمر إن رسول الله صلى
الله عليه و سلم قد غلب عليه الوجع وعندكم القرآن حسبنا كتاب الله فاختلف أهل
البيت فاختصموا فمنهم من يقول قربوا يكتب لكم رسول الله صلى الله عليه و سلم كتابا
لن تضلوا بعده ومنهم من يقول ما قال عمر فلما أكثروا اللغو والاختلاف عند رسول
الله صلى الله عليه و سلم قال رسول الله صلى الله عليه و سلم ( قوموا ) قال
عبيدالله فكان ابن عباس يقول إن الرزية كل الرزية ما حال بين رسول الله صلى الله
عليه و سلم وبين أن يكتب لهم ذلك الكتاب من اختلافهم ولغطهم
Dari Ibnu Abbas
yang berkata “Ketika ajal Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam sudah hampir
tiba dan di dalam rumah beliau ada beberapa orang diantara mereka adalah Umar
bin Khattab. Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “berikan kepadaku,
aku akan menuliskan untuk kalian wasiat, agar kalian tidak sesat setelahnya”. Kemudian
Umar berkata “sesungguhnya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dikuasai
sakitnya dan di sisi kalian ada Al-Qur’an, cukuplah untuk kita Kitabullah”
kemudian orang-orang di dalam rumah berselisih pendapat. Sebagian dari mereka
berkata, “berikan apa yang dipinta Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam Agar
beliau menuliskan bagi kamu sesuatu yang menghindarkan kamu dari kesesatan”.
Sebagian lainnya mengatakan sama seperti ucapan Umar. Dan ketika keributan dan
pertengkaran makin bertambah di hadapan Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam,
Beliau berkata “menyingkirlah kalian” Ubaidillah berkata Ibnu Abbas selalu
berkata “musibah yang sebenar-benar musibah adalah penghalangan antara
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dan penulisan wasiat untuk mereka disebabkan
keributan dan perselisihan mereka” [Shahih Muslim no 1637]
Berikut pula adalah riwayat dari Sahih Bukhari:
ابن عباس رضي الله عنهما
يقول يوم الخميس وما يوم الخميس، ثم بكى حتى بل دمعه الحصى، قلت يا أبا عباس ما
يوم الخميس؟ قال اشتد برسول الله صلى الله عليه وسلم وجعه، فقال (ائتوني بكتف أكتب
لكم كتابا لا تضلوا بعده أبدا). فتنازعوا، ولا ينبغي عند نبي تنازع، فقالوا ما له
أهجر استفهموه؟ فقال (ذروني، فالذي أنا فيه خير مما تدعونني إليه)
Ibnu Abbas RA
berkata “hari kamis, tahukah kamu ada apa hari kamis itu?. Ibnu Abbas menangis
hingga air matanya mengalir seperti butiran kerikil. Kami berkata “hai Abul
Abbas ada apa hari kamis?. Ia menjawab “Hari itu sakit Rasulullah (S) semakin
berat, kemudian Beliau (S) bersabda “Berikan kepadaku kertas, aku akan menuliskan
sesuatu untuk kalian agar kalian tidak akan tersesat setelahnya
selama-lamanya. Kemudian mereka berselisih, padahal tidak sepantasnya
terjadi perselisihan di sisi Nabi. Mereka berkata “beliau sedang menggigau,
tanyakan kembali tentang ucapan beliau tersebut?. Namun Rasulullah (S) bersabda
“Tinggalkanlah aku. Sebab keadaanku lebih baik daripada apa yang kalian
ajak”[Shahih Bukhari no 2997]
Tanpa perlu membincangkan tentang tindakan
Ibn Al Khattab, kerana ia bukan tujuan penulisan ini, mari kita sama-sama
tekankan terhadap apa yang Rasulullah (S) tekankan, iaitu menulis sesuatu yang
akan menjaga umatnya dari kesesatan selepas kewafatan baginda.
Jadi, persoalannya:
Apakah yang ingin ditulis oleh Nabi (S)?
Apakah perkara yang akan menjauhkan umatnya dari kesesatan?
Apakah perkara yang akan menjauhkan umatnya dari kesesatan?
Banyak argumen Sunni dalam menafsirkan
kejadian ini, bagi menidakkan hujah Syiah bahawa yang ingin ditulis Nabi (S)
itu Tsaqalain atau perkara yang berkaitan dengan Imamah Ahlulbait a.s.
Namun Syiah sendiri, dari kalangan mereka yang mutakhir ini, majoriti dari
mereka sendiri tidak meyakini bahawa wasiat itu ditulis oleh Nabi (S). Ini
turut menyumbang argumen kepada Sunni bagi menguatkan hujah mereka bahawa
Imamah bukanlah perkara yang ingin ditulis oleh Nabi (S).
Namun benarkan wasiat ini kekal tidak
tertulis? Para penentang mengatakan: “Jika perkara yang ingin ditulis ini
begitu penting, apa yang menghalang Nabi (S) dari menulis wasiati ini setelah
orang yang menghalang mereka beredar?”
Jawabannya, tiada perkara yang menghalang
Nabi (S), kerana baginda telah meminta penggantinya, Imam Ali a.s untuk
mencatatkan wasiat baginda. Ianya adalah seperti berikut:
عن أبي عبد الله الحسين
بن علي بن سفيان البزوفري ، عن علي بن سنان الموصلي العدل ، عن علي بن الحسين ، عن
أحمد بن محمد بن الخليل ، عن جعفر بن أحمد المصري ، عن عمه الحسن بن علي ، عن أبيه
، عن أبي عبد الله جعفر بن محمد ، عن أبيه الباقر ، عن أبيه ذي الثفنات سيد
العابدين ، عن أبيه الحسين الزكي الشهيد ، عن أبيه أمير المؤمنين عليه السلام قال
: قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم - في الليلة التي كانت فيها وفاته - لعلي
عليه السلام : يا أبا الحسن أحضر صحيفة ودواة . فاملا رسول الله صلى الله عليه
وآله وسلم وصيته حتى انتهى إلى هذا الموضع فقال :
يا علي إنه سيكون بعدي اثنا عشر إماما ومن بعدهم إثنا
عشر مهديا ، فأنت يا علي أول الاثني عشر إماما سماك الله تعالى في سمائه:
عليا المرتضى ، وأمير المؤمنين ، والصديق الاكبر ، والفاروق الاعظم ، والمأمون ،
والمهدي ، فلا تصح هذه الاسماء لاحد غيرك . يا علي أنت وصيي على أهل بيتي حيهم
وميتهم ، وعلى نسائي : فمن ثبتها لقيتني غدا ، ومن طلقتها فأنا برئ منها ، لم ترني
ولم أرها في عرصة القيامة ، وأنت خليفتي على أمتي من بعدي فإذا حضرتك الوفاة
فسلمها إلى ابني الحسن البر الوصول ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابني الحسين
الشهيد الزكي المقتول ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه سيد العابدين ذي الثفنات
علي ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه محمد الباقر ، فإذا حضرته الوفاة
فليسلمها إلى ابنه جعفر الصادق ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه موسى الكاظم
، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه علي الرضا ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها
إلى ابنه محمد الثقة التقي ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه علي الناصح ،
فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه الحسن الفاضل ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها
إلى ابنه محمد المستحفظ من آل محمد عليهم السلام . فذلك اثنا عشر إماما
، ثم يكون من بعده اثنا عشر مهديا ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه أول
المقربين (وفي مصادر اول المهديين) له ثلاثة أسامي : اسم كاسمي واسم أبي وهو عبد
الله وأحمد ، والاسم الثالث : المهدي ، هو أول المؤمنين.
Daripada Abi
Abdillah Al Hussain bin Sufyan, daripada Ali bin Sinan Al Musili, daripada Ali
bin Al Hussain, daripada Muhammad bin Al Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al
Masri, daripada bapa saudaranya Al Hassan bin Ali, daripada bapanya, daripada
Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya
Ali Zainal Abidin, daripada bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya
Amirul Mukminin Alaihis salam telah berkata:
bersabda
Rasulullah (S) kepada Ali AS dimalam sebelum kewafatan baginda: Wahai Abal
Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat. Maka Rasulullah (S) telah
menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah
berikut, baginda (S) bersabda:
Wahai Ali
sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas
orang Mahdi, engkau wahai Ali adalah yang pertama di kalangan duabelas orang
Imam tersebut, Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul
Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada
sesiapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang
wasiatku ke atas Ahlulbaytku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka
mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkannya akan
bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan maka aku berlepas diri
darinya, dan dia takkan dapat melihat aku dan aku tidak melihatnya pada hari
kiamat. Engkau adalah khalifah ku ke atas umatku selepas aku, apabila maut
menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Al Hassan
Al Birr Al Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya
kepada anakku Al Hussain yang syahid lagi cerdik dan dibunuh. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala
abid Ali. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada
anaknya Muhammad Al Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkan kepada anaknya Ja’afar Al Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya,
maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa Al-Kadhim. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Ridha. Dan
apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya
Muhammad Al Thiqah Al Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkannya kepada anaknya Ali Al Nasih. Dan apabila maut menghampirinya,
maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Al Hassan Al Fadhil.
Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang
terpelihara daripada keluarga Muhammad alaihissalam. Maka itulah dua belas
imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab
yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga
nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan
Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang
pertama beriman (dengan zuhur Imam Mahdi a.s).
Sheikh Al Toosi menyebutkan riwayat wasiat
ini di dalam kitabnya Al Ghaibah ms 150 beserta himpunan riwayat bagi
menguatkan bahawa Imamah adalah untuk Ahlulbayt a.s. Kemudian Sheikh Al Toosi
memperkuatkan lagi riwayat ini dengan riwayat-riwayat wasiat yang lain di dalam
kitab yang sama pada ms 156. Ianya adalah himpunan riwayat yang digunapakai
sebagai dalil untuk menguatkan tuntutannya bahawa Imamah adalah di kalangan
Ahlulbayt a.s. Dia mengatakan bahawa riwayat ini adalah sahih kerana Syiah
Imamiyah meriwatkannya secara tawatur iaitu orang yang terkemudian meriwayatkan
dari orang terdahulu tanpa terputus. Jalan pentashihannya adalah satu
sepertimana terdapat di dalam kitab-kitab Imamiyah dan juga melalui
manuskrip-manuskrip Amirul Mukminin Ali a.s
1. Sheikh Al Hurr Al Amili
di dalam kitabnya Ithbat Al-Huda, jilid 1, ms 549, hadis no. 376.
2. Sheikh Al Hurr Al Amili
di dalam kitabnya Al Iqadh, ms 393.
3. Sheikh Hassan bin
Sulaiman Al Hilli di dalam kitabnya Mukhtasar Al Bashair, ms 159.
4. Al Allamah Al Majlisi
di dalam kitab Bihar Al Anwar, jilid 53, ms 147, hadis no. 6 (secara ringkas), dan
jilid 36, ms 81, hadis no. 81 (secara terperinci tanpa rangkap “Apablia maut
menghampirinya”)
5. Sheikh Abdullah Al
Bahrani di dalam kitabnya Al ‘Awalim, jilis 1, ms 370, hadis no. 59.
6. Sayyid Hashem Al
Bahrani di dalam kitabnya Ghayat Al-Maram, jilid 1, ms 370, hadis no. 59.
7. Sayyid Hashem Al
Bahrani di dalam kitabnya Al insaf, ms 222.
8. Al Faydh Al Kashani di
dalam ktabnya Nawadir Al Akhbar, ms 294.
9. Sheikh Mirza Al Noori
di dalam kitabnya Al Najm Al Thaqib, jilid 2, ms 71.
10. Sayyid
Muhammad Muhammad Sadiq Al Sadr menyebutkannya di dalam kitabnya Tarikh Ma
Ba’da Dhuhur, ms 641.
11. Sheikh
Al Miyanji di dalam kitabnya Makatib Al Rasul, jilid 2, ms 96.
12. Sheikh
Al Kurani di dalam kitab Mukhtasar Mu’jam Ahadis Al Imam Al Mahdi.
Inilah satu-satunya wasiat Nabi (S) dgn
tema “menjaga umatnya dari kesesatan”. Tiada lagi wasiat Nabi selain dari
wasiat ini. Maka atas sebab itu, para penentang harus membawakan wasiat lain
dengan tema yang sama, selepas peristiwa Hari Khamis, jika mereka menolak hadis
ini.
Hadis ini juga selari dengan hadis-hadis
lain yang menunjukkan kepada Imamah Ahlulbait a.s. Dan hadis-hadis lain perlu
dibaca bersekali dengan hadis ini, kerana tidak ada hadis lain dengan tema yang
sama. Mustahil Nabi (S) tidak menulis wasiat ketika mendekati kematiannya,
kerana ia bercanggahan dengan ayat Quran yang menekankan penulisan wasiat.
Oleh itu, seseorang yang mengagungkan Nabi
sebagai contoh manusia terbaik, yang sentiasa taat dan patuh pada perintah
Allah, tidak mempunyai pilihan lain melainkan menerima hadis wasiat ini.
Menarik untuk diperhatikan, umat Syiah,
terutamanya para ulama mereka, juga tidak menerima hadis wasiat ini. Mereka
beralasan bahawa Nabi (S) telah banyak kali menekankan Imamah Ahlulbait a.s
sehingga tidak perlu lagi baginda menulis wasiat selepas peristiwa hari khamis.
Ini jelas bertentangan dengan logik, dan bertentangan dengan nas dari sumber
mereka sendiri, yang menunjukkan Nabi (S) menulis wasiat ini.
وروى العلاء، عن محمد بن
مسلم قال أبو جعفر (عليه السلام): ” الوصية حق، وقد أوصى رسول لله (صلى لله
عليه وآله)، فينبغي للمسلم أن يوصي
Diriwayatkan dari
Muhammad Bin Muslim yang mendengar dari Imam Abu Jaafar a.s: “Wasiat adalah
satu kewajiban, dan Rasulullah (S) juga meninggalkan wasiat, menjadi kewajiban
Muslim untuk melakukan perkara yang sama.” Man La Yadhurruhu Al Faqih,
Jilid 4.
Namun malang bagi mereka apabila mereka
tetap mahu menolak hadis Wasiat ini, walaupun tidak dapat mendatangkan ganti
kepadanya, sedangkan dalam teks mereka, ada menyebut bahawa Nabi (S)
meninggalkan wasiat. Mereka mengaku Syiah dan pengikut kepada Ahlulbait, namun
mengambil pendirian yang bertentangan dengan teks-teks para Imam Ahlulbait a.s
Ini berbeza dengan Sunni yang mempercayai
tiada penulisan wasiat selepas peristiwa hari Khamis. Dan mereka
mempunyai dalil teks untuk menyokong keyakinan ini. Bagaimana pun, dalil-dalil
ini agak bercanggahan antara satu sama lain.
حَدَّثَنَا خَلاَّدُ
بْنُ يَحْيَى، حَدَّثَنَا مَالِكٌ، حَدَّثَنَا طَلْحَةُ بْنُ مُصَرِّفٍ، قَالَ
سَأَلْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أَوْفَى ـ رضى الله عنهما ـ هَلْ كَانَ
النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَوْصَى فَقَالَ لاَ. فَقُلْتُ كَيْفَ كُتِبَ
عَلَى النَّاسِ الْوَصِيَّةُ أَوْ أُمِرُوا بِالْوَصِيَّةِ قَالَ أَوْصَى
بِكِتَابِ اللَّهِ.
Telah bercerita
kepada kami Khollad bin Yahya telah bercerita kepada kami Malik, dia adalah
putra Mighwal telah bercerita kepada kami Thalhah bin Mushorrif berkata; Aku
bertanya kepada ‘Abdullah bin Abi Aufaa radliallahu ‘anhuma: “Apakah Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berwasiat?” Dia menjawab: “Tidak”. Kemudian
aku tanya lagi: “Lalu bagaimana berwasiat itu diwajibkan kepada manusia
atau mereka diperintahkan supaya berwasiat?” Dia menjawab: “Beliau
berwasiat dengan Kitab Allah”. Sahih al-Bukhari 2740
Hadis di atas menunjukkan seorang tabiin
bertanya kepada seorang sahabat, dan mempersoalkan bagaimana Nabi (S) sendiri
tidak meninggalkan wasiat sedangkan ia diwajibkan. Namun jawaban yang diberi
oleh sahabat tersebut tidak logis dan tidak memperlihatkan kenyataan sebenar
akan mengapa Nabi (S) tidak meninggalkan wasiat. Seorang Nabi pasti akan
melakukan perkara yang disebutkan di dalam Quran.
Inilah sebabnya, telah tersebar di kalangan
para sahabat dan para tabiin, bahawa Nabi (S) telah berwasiat kepada Imam Ali
a.s. Ini direkodkan di dalam riwayat berikut:
حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ
زُرَارَةَ، أَخْبَرَنَا إِسْمَاعِيلُ، عَنِ ابْنِ عَوْنٍ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنِ
الأَسْوَدِ، قَالَ ذَكَرُوا عِنْدَ عَائِشَةَ أَنَّ عَلِيًّا ـ رضى الله عنهما ـ
كَانَ وَصِيًّا. فَقَالَتْ مَتَى أَوْصَى إِلَيْهِ وَقَدْ كُنْتُ مُسْنِدَتَهُ
إِلَى صَدْرِي ـ أَوْ قَالَتْ حَجْرِي ـ فَدَعَا بِالطَّسْتِ، فَلَقَدِ انْخَنَثَ
فِي حَجْرِي، فَمَا شَعَرْتُ أَنَّهُ قَدْ مَاتَ، فَمَتَى أَوْصَى إِلَيْهِ
Telah bercerita
kepada kami ‘Amru bin Zurarah telah mengabarkan kepada kami Isma’il dari Ibnu
‘Aun dari Ibrahim dari Al Aswad berkata: “Orang-orang menyebutkan di hadapan
‘Aisyah bahwa ‘Ali radliallahu ‘anhuma menerima wasiat (kekhalifahan) “.
Maka dia bertanya: “Kapan Beliau memberi wasiat itu kepadanya padahal aku
adalah orang yang selalu menyandarkan Beliau di dadaku” (saat menjelang wafat
Beliau). Atau dia berkata: “berada dalam pangkuanku”, dimana Beliau meminta air
dalam wadah (terbuat dari tembaga) hingga Beliau jatuh dalam pangkuanku dan aku
tidak sadar kalau Beliau sudah wafat. Jadi kapan Beliau memberi wasiat
kepadanya”. Sahih al-Bukhari 2741
Walaupun Ummul Mukminin Aisyah
menafikannya, namun isu Imam Ali a.s menerima wasiat dari Nabi (S) adalah satu
isu yang sememangnya menjadi buah mulut di kalangan masyarakat di era tersebut.
Dan masakan dahan bergoyang jika tiada angin? Apatah lagi dengan berbagai hadis
Nabi (S) yang meninggikan kedudukan Ahlulbait a.s dan Imam Ali a.s dengan tema
“melindungi umat dari kesesatan.”
Apabila seorang sahabat menafikan, wujud
pula sahabat lain yang membenarkan penulisan wasiat selepas peristiwa hari
Khamis.”
Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata: Hari
Kamis. Apakah hari Kamis itu?? Kemudian Ibnu Abbas menangis sehingga air
matanya membasahi kerikil, lalu dia berkata: Rasulullah (S) sakit keras pada
hari Kamis, lalu beliau bersabda: Bawalah alat tulis kepadaku, aku catatkan
buat kalian suatu catatan yang sesudah itu kalian tidak akan tersesat
selamanya. Maka mereka bertengkar dan tidaklah seyogya disisi Nabi ada
pertengkaran: Mereka berkata: Rasulullah diam. Beliau bersabda: Biarkanlah aku;
sesuatu yang sedang aku lakukan (bersiap-siap menghadapi wafat dll) adalah
lebih baik daripada apa yang kalian ajakkan kepadaku. Ketika wafat, beliau
berwasiat dengan tiga hal, yaitu: Keluarkanlah orang-orang musyrik dari jazirah
Arab, berilah hadiah kepada tamu (utusan) sepadan aku (Nabi) memberi hadiah
kepada mereka. Dan aku lupa terhadap yang ketiga.” Shahih Bukhari | No.
2911 | KITAB JIHAD DAN PERJALANAN (PERANG)
Apakah perkara ketiga yang dilupai ini?
Sudah tentu, perkara ketiga ini adalah wasiat Nabi (S) dengan tema “melindungi
umat dari kesesatan”. Sudah tentu, perkara ketiga ini adalah berkaitan Imamah
Ali a.s dan Ahlulbait a.s, yang mana gandingannya dengan Al Quran akan
melindungi umat dari kesesatan.
InsyaAllah, sehingga ke tahap ini, kita
telah mengetahui bahawa:
*Hanya Allah swt berhak melantik khalifah,
dan kuasa ini tidak pernah di berikan di tangan manusia.
*Perlantikan khalifah tidak pernah terhenti
dan berterusan selepas pengutusan Muhammad (S), kerana Allah swt tidak akan
meninggalkan manusia tanpa penunjuk.
*Ayat Al Quran menunjukkan wajib untuk
menulis wasiat, dan amat bertentangan sama sekali jika Nabi (S) tidak menulis
wasiat.
*Ibnu Abbas r.a menyatakan bahawa ketika
saat kewafatan baginda, Nabi (S) ingin menulis wasiat dengan tema “melindungi
umat dari kesesatan”. Namun niat baginda dihalang oleh ramai sahabat.
*Beberapa hadis lain menunjukkan adanya
ura-ura dikalangan masyarakat bahawa Imam Ali a.s menerima wasiat kekhalifahan
dan Nabi mewasiatkan 3 perkara yang mana perkara ketiga tidak diketahui.
*Hanya terdapat satu sahaja hadis wasiat
Nabi (s) yang selari dengan tema melindungi umatnya dari kesesatan. Dapat
diketahui dari hadis ini bahawa selepas baginda, akan ada 12 Imam dan
setelahnya akan ada 12 Mahdi.
*Hadis ini tidak dapat ditolak melainkan
jika diganti dengan wasiat lain dengan tema yang serupa , yang mana tiada.
Jadi apa yang tinggal hanyalah untuk kita
meneliti hadis-hadis lain yang mempunyai sama makna dengan keinginan Nabi untuk
melindungi umatnya dari kesesatan, dan membuktikan bahawa hadis wasiat di atas
mempunyai makna yang mutawatir dari hadis-hadis lain. InsyaAllah.
Dan Allah lebih mengetahui.
Sumber: EraMahdi Admin
No comments:
Post a Comment