Thursday 10 March 2016

Soalan Lazim 4: Engkau dah pergi berbaiah dengan dia ke?



Soalan Lazim 4: Engkau dah pergi berbaiah dengan dia ke?

Dari Rasulullah (S): Baginda telah menekankan kepada umat Islam supaya menyokong Al-Mahdi, baginda bersabda: (..Jika kamu melihatnya maka berbai’ahlah padanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Kerana dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi.) dan ini adalah maksud (riwayat) yang disebut di sisi Syiah dan Al-Sunnah.

Pada riwayat ini membayangkan, ada yang diperlukan untuk melihat Al-Mahdi dengan mata sebelum berbai’ah dan beriman padanya, dan tidak perlu berbai’ah pada Al-Mahdi dengan pandangan mereka sebelum melihat dengan mata dan bertemu dengannya, dan mereka percaya bahawa syarat ini dikenakan oleh perkataan "kamu melihatnya" dalam hadits tersebut.

Dan jawapan kepada soalan ini, Syed Ahmad Al-Hassan (as) berkata:

[Apabila dia melihatnya adalah mencukupi sekadar pengesahan "kamu telah melihatnya," Jika tidak, adakah masuk akal, diumpamakan orang yang belum memberikan bai'ah seramai tujuh ribu juta orang manusia di Bumi menerima Hujjah Allah sehingga mereka mesti melihatnya berhadap-hadapan seorang demi seorang? Berapa lama masa yang akan diambil untuknya; seratus, dua ratus, tiga ratus tahun, atau lebih lagi?].

Saya telah pun berbaiah (berbai3ah)


Cara Berbai3ah



Cara-cara untuk berbai'ah kepada Imam Ahmad Al Hasan Al Yamani (as), Ia adalah menyatakan kesediaan menerima, beriman dan taat kepada Khalifah Allah AL-Mahdi.

Ianya cukup dengan lafaz sekadar di dalam hati (atau) dengan mengucapkan kalimah Al-Tauhid, kalimah Al-Risalah, kalimah Al-Wilayah dan kalimah Al-Hidayah.


.1.       اَشْهَدُ أن لا اله إلا الله
Asyhadu An La Ilaha Ilallah
Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah

2.       
اَشْهَدُ اَنّ مُحَمّدًا الرّسولُ الله
Asyhadu Anna Muhammada r-Rasulullah
Aku bersaksi bahawa Muhammad Adalah Pesuruh Allah

3.       
اَشْهَدُ اَنّ عَليّا وّ الْاَئِمَةٍ مّنْ وّلْدِهِ حُجَجُ الله
Asyhadu Anna 3aliyyan Wal Aimmata Min Wuldihi Hujajullah
Aku bersaksi bahawa Ali dan para Imam dari anak-anaknya adalah Hujjah Allah

4.       
اَشْهَدُ اَنّ الْمَهْدی وَ الْمَهْديّينَ مِنْ وّلْدِهِ حُجَجُ الله
Asyhadu Anna Al Mahdi Wal Mahdiyyin Min Wuldihi Hujajullah
Aku bersaksi bahawa Al Mahdi dan Mahdi-Mahdi dari anak-anaknya adalah Hujjah Allah

Kemudian Mandi (Ghusl) Taubat dengan niat

نًوَيْتُ غَسْلِ التَّوْبَةَ قُرْبَةَ إِلَى الله
"Nawaitu Ghusl At Taubah Qurbatan Ilallah."
Aku berniat mandi Taubat untuk mendekatkan diri kepada Allah

Cara-cara Ghusl Taubah adalah sama sepertimana Ghusl Al-Janabah (mandi wajib selepas junub)


Kemudian sujud syukur kepada Allah SWT. Cukup sekadar membaca

الحمد لله - "Al-Hamdu Lillah" atau
شُكْرًا  لله - "Shukran Lillah"
sebanyak 3 kali semasa sujud

Sekian.

Contoh selawat

اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيرا

Allahumm shalli 3ala Muhammad Wa Aali Muhammad Al-Aimmah Wal-Mahdiyin Wa Sallim Tasliiman Katsira

Ya Allah selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan

اَللّهُمَّ كُنْ لِوَلِيِّكَ الْحُجَّةِ بْنِ الْحَسَنِ صَلَواتُكَ عَلَيْهِ وَعَلى آبائِهِ و ولدهی احمد الحسن في هذِهِ السّاعَةِ وَفي كُلِّ ساعَةٍ وَلِيّاً ‏وَحافِظاً وَقائِداً وَناصِراً وَدَليلاً وَعَيْناً حَتّى تُسْكِنَهُ أَرْضَكَ طَوْعاً وَتُمَتِّعَهُ فيها طَويلاً

Ya Allah jadikanlah bagi Waliy Mu Al-Hujjah bin Al-Hassan selawat Mu ke atasnya dan ke atas bapa-bapanya dan anak-anaknya Ahmad Hassan pada saat ini dan pada setiap saat dan sebagai Waliy, penjaga, ketua, penolong, penunjuk dan pembantu sehingga Engkau tempatkannya di bumi Mu secara sukarela dan kenikmatan yang berpanjangan di dalamnya.





✡✡✡✡✡


No comments:

Post a Comment