Saturday 26 March 2016

Soalan Lazim 7 Tunggu saja dia akan datang





Tunggu je imam mahdi tu..dan dia akan datang


Al-Mahdi diutus oleh Allah, maka kedatangan beliau adalah atas perintah Allah SWT, sebagai khalifah Allah dan imam yang wajib ditaati. Bahkan Isa akan solat bermakmum di belakangnya, walaupun beliau seorang nabi Ulul ‘Azmi. Ada banyak hadits-hadits yang menjelaskannya:
        
·      Islam yang dibawanya terlihat asing kerana datuknya Rasulullah (S) telah mengatakan bahawa Islam itu asing dan akan kembali dan beruntunglah orang-orang asing yang menerimanya
·      Ia akan berdepan  dengan ulamak dan orang-orang Islam yang tidak menerimanya juga memerangi musuh-musuhnya Al-Sufyani dan dajjal
·      Semua khalifah Allah akan menyeru taat kepada Allah sekaligus taat kepadaNya sebagai pemimpin Hidayah dengan itu dia ada pendokong-pendokong (ansar). Pada peringkat awal ada 313 ansar utama dan 10 000 ansarnya yang akan menghadapi dan memulakan persediaan ke arah pembentukan Daulah Al-Adil Al-Ilahiyah (Negara Keadilan Ilahi)
·      Memang ia diislah pada suatu malam seperti sabda Rasulullah (S)

المهدي منا أهل البيت، يصلحه الله في ليلة

(Al-Mahdi adalah salah seorang dari kami, Ahl Al-Bait. Allah akan mengislahnya (memandunya) di dalam satu malam”) 
Sepertimana Rasulullah (S) diislah di gua Hira’. Tetapi apa yang dilakukan oleh Rasulullah dan apa yang baginda hadapi. Itulah Sunnah Allah yang berlaku kepada semua khalifahNya

Ada banyak tanda-tanda atau alamat samada yang berlaku pada alam (fenomena alam) dan peristiwa yang berlaku kepada umat manusia. Untuk diterangkan secara ringkas saya bawakan contoh mengikut hadits disahihkan oleh Al-Suyuthi dengan lafaz:

"إذا رأيتم الرايات السود قد جاءت من قبل خراسان, فأتوها فإن فيها خليفة الله المهدي".


"Jika kalian melihat panji-panji hitam telah datang dari arah Khurasan, maka datangilah ia sesungguhnya di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi."

Dari riwayat-riwayat (hadits) itu didapati mendorong kita menolong Al-Mahdi:

Contohnya dari riwayat Ibnu Majah sebelum ini; Rasulullah saw bersabda: ..: Jika kamu melihatnya maka berbai’ahlah padanya walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji, kerana dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi.” Rujukan: Sunan Ibnu Majah, Juz 2, halaman 1367

Ahmad Al-Hassan telah menerima tugasnya sejak 1999 M di Najaf (Iraq) dia berasal dan dibesarkan di Basrah (Timur Iraq – dari arah Khurasan) Dia telah mulakan seruan (dakwahnya) seja 2002 dan telah dibai’ah/ Dan dia telah mengibar panji-panji hitamnya di Najaf/Kufah bersama 72 orang ansar. Dakwahnya tersebar keseluruh dunia sejak 2011. Kami hanya berbai’ah dan beriman kepadanya pada 2013.

Ada banyak hadits-hadits seperti di atas 

Contoh lain

ثم تجيء الرايات السود فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم ثم يجيء خليفة الله المهدي فإذا سمعتم به فاتوه فبايعوه فانه خليفة الله المهدي.

"Kemudian datang panji-panji hitam, memerangi kamu dengan perperangan yang tak pernah dilakukan oleh kaum manapun. Kemudian datang Khalifah Allah Al-Mahdi. Jika kalian mendengarnya, maka datangilah ia lalu membai'ahnya! Sesungguhnya dialah Khalifah Allah Al-Mahdi."

Panji-panji hitam dalam hadita ini bukan dari arah Khurasan, ia adalah di antara panji-panji hitam  di sekitar Negara-negara Arab (Timur Tengah) puak-puak pejuang IS (Islamic State) atau ISIS (Islamic State Syria dan Iraq) berperang sesama Islam; yang membunuh atau menyembelih bertakbir ‘Allahu Akbar’ dan yang disembelih juga bertakbir ‘Allahu Akbar’!!?? Ia telah berlaku pada umat Islam sedangkan Ahmad Al-Hassan (Khalifah Allah Al-Mahdi) pembawa panji-panji hitam dari arah Khurasan baru saja menubuhkan pasukan ketenteraannya (Saraya Al-Qaim) pada 2015 (bulan Sya’ban).

Setelah diketahui dengan pasti adanya panduan supaya berbai’ah kepadanya dan membantu beliau dan tidak boleh membelakangkan beliau kerana beliau adalah khalifah yang diutus oleh Allah SWT, maka haruslah diketahui dengan segala kesungguhandan cara untuk dapat mengenal peribadi ini. Agar tidak tergolong sebagai mereka yang dilaknat seperti disebut di dalam riwayat sebelum ini. Lalu apakah panduan dan tolok ukur untuk mengenal Khalifah Allah Al-Mahdi?

Sejak pertama kali Khalifah Allah dilantik di muka bumi, iaitu Adam, Allah sendiri yang melantik, ia terdapat di dalam Al-Quran:

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang Khalifah di muka bumi". …. [Al-Baqarah 2:30].

Apabila malaikat menpersoalkan, Allah menunjukkan kehebatan Ilmu Adam. Kemudian perintah sujud (taat) kepada Khalifah Allah Adam Terhadap wakil makhluk para Malaikat dan Iblis.

Begitulah yang berlaku kepada semua nabi-nabi dan begitu pula yang berlaku kepada Rasulullah Khalifah Allah Muhammad (S). Nama baginda dinash melalui semua nabi-nabi terdahulu, membawkan ilmu dan hikmah serta mengajak hanya taat kepada Allah yang diajarkannya.

Tiga syarat

1.   Nash lantikan
2.   Ilmu dan Hikmah
3.   Bai’atu Lillah (Hakmiyah Allah)

Begitulah juga Imam Ahmad Al-Hassan (as)

1.   NASH: Dia Membawa Wasiat Rasulullah (S) yang ditulis di malam kewafatan Baginda. Dia juga telah di sebut di dalam Injil dia adalah Penghibur (Comforter) kepada nabi-nabi Allah dan rasul-rasulNya yang dijanjikan oleh Nabi Allah Isa (as) dan penyelamat yang dijanjikan oleh Nabi Allah Elia untuk diutus kepada orang-orang Yahudi sebelum dia kembali.
                                         
2.   ILMU DAN HIKMAH: Dia telah menulis sekumpulan kitab-kitab yang mengandungi bahagian-bahagian yang hebat hebat mengenai ajaran dan ilmu agama yang dimulakan untuk mengislah manusia, termasuk: Kitab Tauhid. Kitab Al-Mutasyabihat, Pencerahan Dakwah Para Rasul, Perjalanan Musa Ke Pertemuan Dua Laut, Penutup Kenabian, Berhala Anak Lembu, Jihad Pintu Syurga, Ketuanan Allah dan Ketuanan Manusia (Hakimiyah Allah dan Hakimiyah Manusia), Harawi ke 13, Delusi Athesime dan banyak lagi.

Dia telah menjawab soalan-soalan dari seluruh dunia melalui internet dan telah dibukukan sehingga kini menjadi 6 jilid.

Beliau telah membuat Pernyataan Mubahalah (المباهلة) Utusan Imam Mahdi. kepada alim ulamak dari tiga agama-Agama Ilahiiyah

3.   BAI’ATU LILLAH (HAKMIYAH ALLAH): Inilah kata-kata beliau

Seruanku (dakwahku) adalah sama seperti seruan (dakwah) Nuh (as) dan dakwah Ibrahim (as) dan dakwah Musa (as) dan dakwah Isa (AS) dan seperti seruan (dakwah) Muhammad (S).

Menyebarkan Tauhid di setiap tempat di atas muka bumi ini adalah tujuan (matlamat) dari Nabi-nabi dan Aushiak. Ia adalah tujuan (matlmat) yang diterangkan di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran, dan apa yang telah diperselisihkan oleh ulamak Yahudi, Kristian dan Islam. Mereka telah menyeleweng keluar dari undang-undang Ilahiyah (Syari’at Allah), dan melanggar (terseleweng) dari wasiat (ajaran) para Nabi (as).
                                                                      
Kehendak saya adalah kehendak Allah SWT dan tidak boleh berkehendak penduduk bumi melainkan apa yang dikehendaki Allah SWT. Yang akan memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan seperti ia telah dipenuhi dengan kezaliman dan kerosakan, yang penuh dengan fakir dan miskin yang tinggal di tempat terbuka, yang membiarkan anak-anak yatim dalam kesedihan yang lama, dan janda-janda yang terpaksa mencari sendiri untuk mengisi keperluan tubuh mereka demi kemuliaan dan maruah ...... untuk... ...... ... dan untuk melaksanakan perkara yang paling penting di dalam Syari’at yang adil, rahmat dan kejujuran

Bahtera keluarga Muhammad (S) telah datang dan berlabuh di pelabuhan. Ia sedang mempersiap perlengkapan pelayaran, ramai yang telah menaikinya. Apakah kita tetap menjadi penunggu atau penanti sahaja.

No comments:

Post a Comment