Monday 14 March 2016

Soalan Lazim 9 Imam Mahdi Sendiri Tak Tahu Yang Dia Adalah Imam Mahdi



Allah akan memandu Al-Mahdi di dalam satu malam

Ali (as) berkata: Bersabda Rasulullah, (Shalla Allahu 3alaihi wa Aalihi wa sallam):

المهدي منا أهل البيت، يصلحه الله في ليلة

(Al-Mahdi adalah salah seorang dari kami, Ahl Al-Bait. Allah akan memandunya di dalam satu malam”) [34].

Hadits ini pada pemahaman orang ramai bahawa Al-Mahdi itu orang biasa mereka tidak tahu pada hakikatnya bahawa ia adalah Al-Mahdi, tetapi mereka mungkin berkata di mana beliau pada peringkat kehidupannya jauh dari agama yang benar, dan kesan dari kefahaman mereka ini maka mereka mengatakan Imam Mahdi akan muncul dan diberi pertolongan dan kemudian barulah kita mengenalnya. Sebab itulah mereka tidak melihat keperluan mengawasi (menunggu) kehadirannya dan tidak melihat diri mereka diwajibkan menolongnya, walaupun kesan maknanya yang berbeza-beza daripada kitab-kitab mereka seperti yang akan kita lihat..

Kepentingan sesuatu yang mereka gambarkan dalam beberapa kemusykilan:

1 - Jika Al-Mahdi tidak tahu bahawa dia adalah Al-Mahdi, orang ramai juga tidak tahu bahawa dia Al-Mahdi, maka siapa yang tepat jangkaannya - terutamanya memandangkan kewujudan kerajaan-kerajaan Taghut  - yang bertepatan dengan keluarnya seorang lelaki – dia adalah Al-Mahdi - tetapi manusia melihatnya mencari dunia, yang melibatkan perperangan dan permusuhan, dan dengan mengakibatkan orang-orang yang beriman bermusuhan dan berperang dan perkara ini tidak diredhai Allah dan itu disebabkan oleh kemerosotan manusia di dalam dosa.

2 - Kekurangan pengetahuan tentang hakikat (siapakah) Al-Mahdi akan kekal wujud sehingga akhir, dan tidak memungkinkan dia atau orang selainnya, adalah peribadi Al-Mahdi ini, dan adalah sangat mungkin untuk manusia melihat pada seorang lelaki yang keluar dan membenarkan dan mencapai kemenangan tertentu yang secara kebetulan namanya ialah Muhammad bin Abdullah atau orang memanggilnya demikian, bahawa manusia melihat dia adalah Al-Mahdi, tetapi sebenarnya bukan Al-Mahdi, dan hasilnya pada masa kemunculan Al-Mahdi yang sebenar kamu akan melihat manusia menganggapnya seorang pembid'ah yang berdusta dan memusuhinya.

3 - Kekurangan pengetahuan tentang Al-Mahdi bagi hakikat sebagai Al-Mahdi dan kekurangan bukti-bukti pada perkara ini secara meyakinkan, dan kurangnya pengetahuan manusia dalam menggambarkannya dengan pasti, disebabkan oleh mengekalkan sebahagian keraguan pada Al-Mahdi yang sebenar pada masa kemunculan, atas keraguannya dan menanti-nantikan Al-Mahdi yang dirasakan bahawa ia tidak akan muncul selepasnya, dan kekallah bergantung harapan yang tidak menjadi kenyataan, bahkan dengan bersungguh-sungguh mencari (jalan keluar) melakukan kerja-kerja ini untuk mendidik manusia mengenai pemikiran (idea) bahawa Mahdi belum muncul, dan bahawa mereka yang mendakwa sebagai Al-Mahdi bukanlah seorang pendakwah tetapi pendusta, dan mereka akan membentuk kafilah kelima dalam memecahkan pembentukan negara Islam. Malah, sebahagian kuasa-kuasa takbur (Mustakbirin) yang tidak suka siasah (politik) Al-Mahdi yang bertentangan dengan kepentingan dan hawa nafsu mereka boleh memanfaatkan halaman keraguan dan tiada keyakinan di kalangan manusia bahawa kepercayaan Mahdi mereka adalah Al-Mahdi yang dijanjikan,, adalah menganut melalui ruang khabar angin dan syak wasangka ini.

4 - Jika pengetahuan Al-Mahdi dicapai dengan memadankan nama dengan nama Rasulullah (S) dan keluarnya di Mekah, mungkin ia telah keluar pada akhir tahun tujuh puluhan kurun yang lalu (Pergerakan Al-Juhaiman, dan pendakwanya Muhammad bin Abdullah, yang mendakwa menjadi Mahdi muncul di Mekah - dan kejadian itu cukup diketahui), tetapi mereka mungkin telah membunuhnya tetapi mereka tidak menyedarinya, Jika tidak di mana mereka hendak memastikan percanggahan ini, jika hanya diberikan apa yang disebutkan sahaja? Dan jika mereka mengatakan bahawa dia terbunuh merupakan bukti bahawa ia bukan Mahdi, kerana Al-Mahdi dibantu. Tanyakan kepada mereka: Tetapi sebelum kamu membunuhnya kamu tidak mengetahuinya bahawa dia bukan Mahdi, maka apakah hujah sehingga kamu berani membunuhnya? Dan tanyakan kepada mereka juga, Adakah kerana alasan itu kamu akan membunuh Al-Mahdi yang sebenar dan seperti itu juga akan menumpahkan darah ansarnya yang mereka bertanggungjawab di hadapan Allah, dan memikul beban dosa?


Apa yang dinyatakan di dalam riwayat-riwayat mereka, tentang membuat kesimpulan dari perbezaan pandangan mereka:


1 - Dikeluarkan (oleh) Ibn Abi Syaibah (37223), dan Ahmad (6 / 316 / 27224), dan Abu Daud (4286), dan Abu Ya3la (6901), dan Thabraaniy [dalam Al-Kabir (23 / 390 / 931 dan (Al-Ausath 1153) dari Umm Salamah (ra) dari Nabi sabdanya::

يكون اختلاف عند موت خليفة, فيخرج رجل من أهل المدينة هاربا إلى مكة, فيأتيه ناس من أهل مكة, فيخرجونه وهو كاره, فيبايعونه بين الركن والمقام, ويبعث إليه بعث من الشام, فيخسف بهم بالبيداء بين مكة والمدينة, فإذا رأى الناس ذلك أتاه أبدال الشام و عصائب أهل العراق , فيبايعونه بين الركن والمقام , ثم ينشأ رجل من قريش أخواله كلب , فيبعث إليهم بعثنا, فيظهرون عليهم وذلك بعث كلب, والخيبة لمن لم يشهد غنيمة كلب , فيقسم المال, ويعمل في الناس بسنة نبيهم r ويلقي الإسلام بجرانه إلى الأرض, فيلبث سبع سنين, ثم يتوفى ويصلي عليه المسلمون

“Akan berlaku perselisihan ketika matinya seorang khalifah, ketika itu akan keluarlah seorang penduduk Madinah lari ke Makkah lalu ia didatangi oleh penduduk Makkah. Mereka mengeluarkannya sedangkan beliau tidak menyukainya beliau pun dibai’ah di antara Al-Rukun dan Al-Maqam, lalu digerakkan kepadanya pasukan tentera daripada Syam. Tentera itu ditelan oleh bumi (Al-Baidaa’) di satu kawasan padang pasir antara Makkah dan Madinah. Bila perkara itu dilihat oleh orang maka ia didatangi oleh Abdal Al-Syam dan beberapa kumpulan dari Iraq untuk berbai’ah dengannya di antara Al-Rukun dan Al-Maqam. Kemudian muncul seorang pemuda daripada Quraisy. Bapa saudara sebelah ibunya daripada qabilah Kalb yang akan menghantar tentera untuk menentang orang itu (Al Mahdi) tetapi tenteranya (Al Mahdi) dapat mengalahkan mereka. Kerugian bagi orang yang tidak menyaksikan harta ghanimah qabilah Kalb. Dia (Al Mahdi) akan membahagikan harta ghanimah itu dan beramal mengikut sunnah Nabi mereka di kalangan manusia. Ketika itu Islam tersebar dengan luas. Dia akan memerintah selama tujuh tahun kemudian wafat dan jenazahnya disembahyangkan oleh orang-orang Islam. [35].

Orang-orang dari penduduk Makkah yang datang berjumpa Al-Mahdi dan berbai’ah kepadanya, contohnya Abdal Al-Syam dan beberapa kumpulan dari Iraq perlu mengenal Al-Mahdi dan masa kemunculannya sebelum ia muncul, dan mereka perlu - mengikut apa yang difahami dari riwayat - mereka mengenal peribadinya, kerana mereka mengeluarkannya sedangkan beliau tidak menyukainya lalu beliau pun dibai’ah, Dari manakah datang kepada mereka keyakinan bahawa dia ialah Al-Mahdi? Tidak mungkin di sini untuk mengatakan bahawa mereka telah bertemu pilihan mereka. Mungkin mereka sangat mengenalinya atau perkara yang lain, dan hasilnya kepada Al-Mahdi dari manusia adalah menemui pilihan ke atasnya kepada suatu tempat tertentu dalam zaman dengan perkembangan (kejadian-kejadian) tertentu, kerana ia sentiasa boleh mengambil kesempatan daripada orang-orang yang berat sebelah seperti kenyataan ini dalam semua butirannya, Dan memilih lelaki yang mereka mahu mungkin bukan Al-Mahdi, dan kemudian berlaku penyelewengan, dan berlakunya kejadian ini sebelum bersumbar dari orang yang dimulakan seperti pada masa yang lalu. Amat jelas bahawa perkara seperti ini telah berlaku dalam peristiwa Al-Juhaiman itu, terutamanya yang berkaitan dengan sebahagian pembai’atan penduduk Mekah.

2 – Dikeluarkan oleh Ibn Majah (4184) dan Al-Hakim (1 / 463 / 4882) dan Abu Nu3aim (32) untuk Tsaubaan [36] katanya: Rasulullah bersabda:

يقتتل عند كنزكم ثلاثة , كلهم ابن خليفة , ثم لا يصير إلى واحد منهم, ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق, فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم,( ثم يجيء خليفة الله المهدي, فإذا سمعتم به فأتوه) فبايعوه, ولو حبوا على الثلج, فإنه خليفة الله المهدي

Tiga orang akan berbunuh-bunuhan pada harta simpanan, kesemua mereka adalah anak pemerintah tetapi seorang pun tidak memperolehinya, kemudian muncul panji-panji hitam dari Timur memerangi mereka dalam peperangan yang tiada tolok bandingnya (kemudian datang Khalifah Al-Mahdi, dan jika kamu mendengarnya datanglah kepadanya) [37] Bila kamu melihatnya berbai’ahlah kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana sesungguhnya dialah Khalifah Allah Imam Mahdi.) [38].

Dan dikeluarkan (seperti) dalam Al-Tabaraani ((Al-Ausath)) (4130) dari Ibnu 'Umar:

كان رسول الله r جالسا في نفر من المهاجرين والأنصار, وعلي بن أبي طالب عن يساره والعباس عن يمينه, إذ تلاحى العباس ورجل من الأنصار, فأغلظ الأنصاري للعباس , فـ ] أخذ النبي r بيد [ العباس ويد ] علي, فقال: [ سيخرج من صلب هذا حي يملا الأرض جورا و ظلما , و ] سيخرج من صلب هذا حي يملا الأرض قسطا وعدلا, فإذا رأيتم ذلك فعليكم بالفتى التميمي, فإنه يقبل من قبل المشرق, وهو صاحب راية المهدي

“Adalah Rasulullah (S) bersama-sama dengan sekumpulan Muhajirin dan Ansar. Ali bin Abi Talib di sebelah kirinya dan Abbas di sebelah kanannya, ketika Abbas dan seorang lelaki dari kalangan Ansar bertelagah. Sahabat Ansar itu bercakap dengan agak kasar kepada Abbas. Maka Rasulullah (S) memegang tangan Abbas dan tangan Ali lalu bersabda, “Daripada keturunannya (sambil menunjukkan Abbas) akan datang seorang pemuda yang akan memenuhkan dunia ini dengan penindasan dan kezaliman, [39] dan daripada keturunannya (sambil menunjuk Ali) muncul seorang lelaki yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan. Jika kamu semua melihat yang demikian, berbai’ahlah kepada Pemuda dari Bani Tamim itu yang datang dari arah Timur. Dialah pemilik Panji-panji Al-Mahdi.” [40].

وعن ثوبان، قال: قال رسول الله (صلى الله عليه وآله وسلم:( تجيء الرايات السود من قبل المشرق، كأنّ قلوبهم زبر الحديد ، فمن سمع بهم فليأتهم فيبايعهم ولو حَبْواً على الثلج )

Dari Tsauban katanya : Telah bersabda Rasulullah (Shalla Allahu 3alaihi wa Aalihi wa sallam): Akan datang panji-panji hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka seperti kepingan–kepingan besi (jiwa berani), barangsiapa mendengar tentang mereka hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. [41].
             

Hadits-hadits ini dan apa yang telah dinyatakan sebelum ini, termasuk di dalam halaman terdahulu tanpa ragu-ragu lagi menunjukkan bahawa terdapat persediaan bagi kedatangan Imam Mahdi (as), Mereka perlu bersama-sama dengan mereka yang melibatkan diri dengan dakwah Al-Mahdi atau anaknya, yang menyediakan kerajaannya bergabung dengan ansarnya, Seperti sabda Rasulullah (S): (barangsiapa mendengar tentang mereka hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji) menunjukkan keperluan untuk menyokong panji-panji hitam dari Timur, atau sekurang-kurangnya memberikan pertolongan urusannya yang sangat-sangat dituntut (mustahab), dan tidak boleh memadamkan urusan yang penuh kebijaksanaan ini dengan perbandingan Rasulullah (S) Jika anda tidak berada di sana dalil-dalil mengenal pasti tanda-tanda panji-panji dan pemiliknya, ditakuti orang yang batil mengambil kesempatan – seperti yang telah dilakukan pleh Abu Muslim Al-Khurasani - dan Al-Rasul (S) tidak mungkin menimpakan umatnya kepada kesesatan.

3 - Diriwayatkan dari Huzhaifah:

إن المهدي يبايع بين الركن والمقام ويخرج متوجهاً إلى الشام وجبرئيل على مقدمته وميكائيل على ساقته ، يفرح به أهل السماء وأهل الأرض والطير والوحش والحيتان في البحر

(Al-Mahdi akan dibai’ah di antara Al-Rukun dan Al-Maqam dan menuju ke Syam dengan Jibrail (Jibril) di hadapannya dan Mikail di belakangnya, akan bergembira penghuni langit dan penduduk bumi, burung, binatang dan ikan-ikan di laut) [42].

Peribadi yang menyenangkan; Jibrail (Jibril) di hadapannya dan Mikail di belakangnya adalah sebagai yang melambangkan sokongan penuh dari Tuhan, dan memeranginya atau menentangnya akan menjadi penghuni neraka, maka, tidak mungkin Al-Rasul (S) tidak mengenalinya dalam menerangkannya dan meletakkan kekeliruan melainkan untuk mengakhiri penyelewengan atas  kebenaran, dan ketabahan hati pada ahlinya, Untuk memekakkan telinganya dan membutakan mata hatinya.

4 - Diriwayatkan dari Ibn Hammad berkata dari Ka3ab:

المهدي يبعث بقتال الروم ، يعطى فقه عشرة ، يستخرج تابوت السكينة من غار بأنطاكية فيه التوراة التي أنزل الله تعالى على موسى، والإنجيل الذي أنزل الله عز وجل على عيسى، يحكم بين أهل التوراة بتوراتهم ، وبين أهل الإنجيل بإنجيلهم

(Al-Mahdi dibangkitkan untuk memerangi Rom, mentaat fiqah sepuluh, mengeluarkan Tabut Al-Sakinah daripada tenggelam di Antakya di dalamnya ada Taurat yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Musa, dan Injil yang diturunkan Allah AWJ kepada Isa, diadili di kalangan ahli (pemegang) Taurat dengan Taurat mereka diterangkan ahli (pemegang) Injil dengan Injil mereka) [43].

Ilmu ini mestilah telah diwarisi dari bapa-bapanya dan dari Rasulullah (S), atau ianya (diriwayatkan) dari Mahaditsun (perawi-perawi hadits). Sepertimana diriwayatkan sesuatu yang memastikanya, bahawa pada umatku Mahaditsun (perawi-perawi hadits). Dan apa sahaja yang diperlukan untuk urusan ini adalah mengenali dirinya bahawa dia adalah Al-Mahdi, Oleh itu, adalah perlu untuk mengetahui dirinya dan menjadi penolong (ansar) beliau, terutamanya selepas kita mengetahui bahawa melawannya tempatnya adalah neraka, bahkan kita tahu bahawa menolongnya adalah wajib, atau sekurang-kurangnya sangat dituntut (mustahab - sunat)..

5 - Diriwayatkan dari Abdullah bin Marwan, dari Haitsam bin Abdul Rahman, yang berkata kepadanya, 'Ali Ibn Abi Talib (ra) berkata:

المَهْدِيُّ مَوْلِدُهُ بِالمَدِينَةِ، مِنْ أَهْلِ بَيْتِ النَّبِيِّ (صلى الله عليه وآله وسلم) ، اسْمُهُ اسْمُ أَبِي، وَمُهَاجِرُهُ بَيْتُ المَقْدِسِ، كَثُّ اللِّحْيَةِ، أَكْحَلُ العَيْنَيْنِ، بَرَّاقُ الثَّنَايَا، فِي وَجْهِهِ خَالٌ، أَقْنَى أجْلى، في كَتِفِهِ عَلاَمَةُ النَّبيِّ، يَخْرُجُ بِرَايَةِ النَّبِيِّ (صلى الله عليه وآله وسلم) مِنْ مَرْطٍ مُخمَّلَةٍ سَوْدَاءٍ، مُرَبَّعَةٍ فيها حَجَرٌ لَمْ تُنْشَـرْ مُنْذُ تُوُفِّيَ رَسُولُ اللّهِ (صلى الله عليه وآله وسلم) ، وَلا تُنْشَـرُ حَتَّى يَخْرُجَ المَهْدِيُّ، يُمِدُّهُ اللّهُ بِثَلاثَةِ آلافٍ مِنَ المَلائِكَةِ يَضْـرِبُونَ وُجُوهَ مَنْ خَالَفَهُمْ وَأَدْبَارَهُمْ، يُبْعَثُ وَهُوَ مَا بَيْـنَ الثلاثينَ إلى الأربعين

«Al-Mahdi lahir di bandar (Madinah), dari Ahl Al-Bait Nabi (Shalla Allahu 3alaihi wa Aalihi wa sallam), namanya adalah nama bapaku dan akan berhijrah (pergi) Bait Al-Maqdis (Jerusalem), janggutnya lebat, mata hitam, gigi depannya berkilau, di mukanya ada tahi lalat, yang betul-betul jelas, di bahunya ada tanda-tanda Kenabian, akan membawa keluar panji-panji Nabi (Shalla Allahu 3alaihi wa Aalihi wa sallam) mengeluarkan panji-panji yang tidak berkibar sejak kematian nabi (Shalla Allahu 3alaihi wa Aalihi wa sallam), tidak akan berkibar pada masa sehingga kemunculan semula Imam Mahdi (as), Allah akan membantunya dengan tiga ribu para malaikat memukul wajah-wajah orang yang menentangnya dari belakang mereka, yang menghantar antara 30-40 orang »[44].

Di mana panji-panji Imam Mahdi adalah panji-panji Rasulullah (S) panji-panji ini tidak akan mengecewakan dua belas Aushiak baginda (alaihimu Al-Salam)?

Saya katakan: Terdapat tanda-tanda lain yang saya tinggalkan, Mencukupilah, dengan apa yang telah dibentangkan.
والحمد لله وحده وحده وحده
Segala puji bagi Allah semata-mata, semata-mata dan semata-mata.

---------------------------------------
[33] - Fath Al-Baari: 6/397.
[34] - Musnad Ahmad (2/58) dengan sanad Shahih. [35] - dan Al-3arif Al-Wardiy Hadits No 16
[36] - Ibn Kathir berkata dalam (Al-Nihayah) (hal 26): Diriwayatkan oleh Ibn Majah, Sanadnya ini kuat Shahih dll. Dan berkata Al-Bushairi dalam (Zawaidah) (1442): Sanadnya Shahih perawinya thiqaat. Diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam (Al-Mustadrak) (4 / 463 / 4880) melalui jalan Al-Hussein bin Hafsh dari Sufyan, dan berkata ia Shahih mengikut jalan kedua-dua Sheikh (Bukhari dan Muslim) dan Riwayat Ahmad dalam (Musnad) (5 / 277) kata-kata ini ialah: (Jika kamu melihat panji-panji hitam datang Khurasan pergilah kepadanya kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi) .dst. berkata Al-Alamah Al-Albaniy (rahimahu Allah): lemah (dhaif Al-Jami3) (6434) dan (Al-Dhaifah) (85), kata Al-Syeikh Basyar 3audah Ma3ruf: Sanadnya Shahih, tetapi pada matannya  ditarik seperti dinyatakan Al-Alamah Al-Albaniy terperinci dalam (Al-Dhaifah) .
[37] – Lafadz oleh Abi Na3im dan di dalam (Al-Sunan) daripada ayat ini (dan kemudian berkata sesuatu yang tidak jelas, beliau berkata: Jika kamu melihatnya)
[38] - dan Al-3arif Al-Wardiy Hadits No 23.
[39] – dalam Al-Mathbu3 (Fata) dan pembetulan dari Al-Mu3jam
[40] - dan Al-3arif Al-Wardiy Hadits No. 38 dan di dalam Hamisyah berkata Al-Thabaraani: tidak dilihatnya dari Abdullah dari Nafi3 melainkan Ibn Al-Lahi3ah banyak yang sesuai dengannya. Kata Al-Haitsamiy dalam (Al-Majmu3) (7 / 318 / 12413): di dalamnya Ibn Al-Lahi3ah dan padanya ada yang tidak betul tetapi hadits itu bercanggah, Bahawa Nabi (S) tidak menerima satu wajah pun dengan sesuatu yang dibenci, terutama bapa saudaranya Al-Abbas di mana beliau berkata: (Ia berkait rapat dengan bapaku) dan Allah lebih mengetahui, saya katakan: Padanya juga Abdullah bin 3umar Al-3amari Al-Mukabbir, berkata di dalam Al-Taqrib: lemah melampaui batas, dan berkata Al-Syeikh Ahmad Al-Ghamari dalam (Ibraz Al-Waham) (hal 131): Hadits itu kurang darjatnya untuk menjadi Hasan. [41] –Empat Puluh Hadits Al-Mahdi Jilid 7 - halaman 13 Al-Hawiy oleh Al-Fatawa 2/64 dari Al-Hasan bin Sufyan dalam "Musnadnya", 3uqud Al-Durar: 129 dari Abi Na3im dalam "Shifah Al-Mahdi", dan lihat: Musnad Ahmad, 5/277, Al-Fitan oleh Na3im bin Hammad: 188, Al-Mulahim oleh Ibn Al-Munadiy: 194, Al-Badaa’ wa Al-Tarikh 1/188, Al-Mustadrak 3ala Al-Shahihain 4/547 Jilid 8531, Dalail Al-Nubuwah oleh Al- Baihaqi 6/516.
[42] – Al-3arif Al-Wardiy / 64 Ddan dalam Sunan Al-Daniy / 100, dari Abi Sa3id Al-Khudriy berkata: Rasulullah bersabda ': keluar seorang dari umatku yang beramal dengan sunnahku, diturunkan Allah kepadanya barakah dari langit, dan diberikan berkahnya kepada bumi, memenuhi bumi dengan keadilan, sebagaimana yang telah dipenuhi dengan kezaliman, melaksanakan selama tujuh tahun dengan umat ini, dan pergi ke Bait Al-Muqaddis). Begitu juga Al-Thabaraani Al-Ausath: 2/15, dan pada 3uqud Al-Durar / 20, dan / 156, dan Al-Manar Al-Munif / 151, kedua-duanya dari Abi Na3im dan Majmu3 Al-Zawaid: 7/317, Kaldaniy, dan Al-Hawiy: 2/62
[43] – Al-Fitan 1/355 

[44] - Ibn Hammad: 101, 3arif Al-Suyuthi, Al-Hawiy: 2 / 73 dari Ibn Hammad, dan di mana: «... dan namanya adalah nama Nabi», Malahim Ibn Thawus: 73 dari Ibn Hammad, dengan sanad Al-Qasim bin 3abd Al-Rahman al-Haytham dan ditunjuk oleh Al-Haitsam bin Abdul Rahman, dan di mana: «... dinamakan nama bapanya », Kanz Al-3amal 14 / 589 Hadits (39 671) dari Ibn Hammad, dan di mana: «... dan namanya adalah nama Nabi ... yang memberi petunjuk », Burhan Al-Muttaqiy: 100, dari 3arif Al-Suyuthi, Ghayah Al-Mawa3idz 1 / 83 sebahagiannya mursal (tidak sampai) kepada beliau (as), Jami3 Al-Jawami3 2 / 104 dari Na3im, dan di mana: «... namanya nama nabi ... yang memberi petunjuk », Al-Isya3ah: 88 Mulakhkhashan. Dari Ibn Hammad, Faraid, Fawaid Al-Fikr: 4. Sebahagiannya. Dari Ibn Hammad, pada halaman 11 dan dari Ibn Hammad ... hinggan pada kata: Bait Al-Maqdis, di mana «... namanya nama nabi », Shawa3iq Ibn Hajar: 167 pada mulanya mursal, Al-Maghribi: 580 dari Ibn Hammad, dan ia «... namanya nama Nabi», 3uqud Al-Durar: 37 dari Ibn Hammad, dan ia «... dan namanya adalah nama nabi ... dari KhalifahNya», Biyan Al-Syafi3i: 515-516 sebagaimana pada Ibn Hammad dengan pelbagai jalan, dengan sanad Na3im bin Hammad, dan iaitu «... pada Hajam diganti Hajar »... tidak ada padanya ... ucapan ... «dan namanya nama bapaku » dan berkata: Al-Thabarani dalam «Ma3jumah», dan diriwayatkan oleh Abu Na3im dalam «Manaqib Mahdi»

Sumber: http://almahdyoon.org/sunna/418-sunna


No comments:

Post a Comment