Monday 21 March 2016

Soalan Lazim 6 Sibuk Dengan Imam Mahdi!!??



Soalan Lazim 6 Sibuk Dengan Imam Mahdi!!??

Kadang kala belum pun sempat kita seru mereka kepada menerima kebenaran dakwah Al Mahdi kita telah diperli atau ditempelak dengan kata sinis “Sibuk dengan Imam Mahdi” Ma Sya Allah! Subha Allah! Beginilah serongnya pandangan mereka!!??

Apa yang harus kita katakan? Apakah kesibukan Umat Islam Hari ini? Apakah sibuk dengan Imam Mahdi diredhai Allah atau tidak atau Umat Islam Hari ini ada masalah?

1.   Ia adalah berita gembira dan berita besar yang disampaiakan oleh Rasulullah (S). – nampaknya ia berita besar yang dianggap remeh!
2.   Ia telah dituntut oleh Ahmad Al-Hassan yang memenuhi syarat Imam Mahdi:

Kini telah tiba seorang tokoh yang menuntut kedudukan tersebut, namanya adalah Ahmad Al Hassan. Beliau berkata:

يقول خليفة الله المهدي أحمد الحسن (عليه السلام): ]… بالنسبة للمسلمين السنة فقد حثهم رسول الله (صلى الله عليه وآله) على نصرة المهدي وأسماه) خليفة الله المهدي) كما في الروايات الصحيحة في كتب السنة، وقد جئتهم واسمي يواطئ اسم رسول الله (صلى الله عليه وآله)(أحمد) ، واسم أبي يواطئ اسم أب رسول الله (إسماعيل) كما نصّت الروايات والرسول (صلى الله عليه وآله) قال: (أنا ابن الذبيحين عبد الله وإسماعيل)، وقد جئتكم بالنص التشخيصي الموصوف بأنه عاصم من الضلال لمن تمسك به، وجئت بالعلم، والانفراد براية البيعة لله

فاتقوا الله يا أمة محمد (صلى الله عليه وآله) وأذعنوا للحق واتبعوا خليفةالله المهدي الذي دعاكم رسول الله (صلى الله عليه وآله) الثلج،[(….
                   
Telah berkata Khalifah Allah Al-Mahdi Ahmad Al Hassan (as) [….“Rasulullah saw telah menyeru muslimin agar mendukung Khalifah Allah Al-Mahdi, sebagaimana yang diterangkan dalam riwayat-riwayatSahih di dalam kitab-kitab Ahlus Sunnah. Saya datang kepada mereka dan nama saya Ahmad seperti nama baginda, dan nama bapa saya Ismail, ialah nama bapa baginda, sebagaimana sabdanya, “Aku adalah anak dua aembelihan” (Abdullah dan Ismail). Saya membawa nash lantikan yang terjaga dari kesesatan bagi yang berpegang padanya, saya bawakan ilmu dan panji bai’ah milik Allah.”

Maka bertaqwalah kepada Allah wahai umat Muhammad saw dan tunduklah pada kebenaran dan ikuti Khalifah Allah Al-Mahdi yang telah diserukan oleh Rasulullah saw kepada kalian, supaya kalian mendukungnya walaupun dengan merangkak di atas salji.”

Jadi, Khalifah Allah Al-Mahdi Ahmad Al Hassan (as) datang dengan tiga perkara sebagai memenuhi peraturan penentuan mengenal Al-Hujjah:


i – Nash lantikan yang telah disampaikan di atas, bahawa nama beliau Yuwathi (mirip) nama Nabi saw, Ahmad, dan mirip nama bapa baginda, Ismail, diambil dari kalimat “Ibnu Zhabihain anak dua sembelihan” (Abdullah dan Ismail).

ii - Ilmu; Beliau telah menjelaskan perkara-perkara besar (‘adzaaim Al-Umur) yang tidak dipunyai oleh orang lain dan mempunyai berbagai macam ilmu; tentang hukum-hukum yang samar (Mutasyabihaat), tafsir Al Quran, kisah-kisah dan sikap-sikap para khalifah, tentang akidah sebenar dan hakikat makrifat ketuhanan. Juga tentang isi kitab-kitab samawi (Taurat, Injil dan Al Quran), tentang jawaban atas kaum Atheis dengan metodologi sains moden yang membawakan berbagai alasan (kufur).

Iii - Pemerintahan Allah (Hakimiyah Allah);;

Khalifah Allah Al-Mahdi, Ahmad Al-Hassan mengatakan: “Seruanku adalah seperti seruan Nuh (as), seruan Ibrahim (as), seruan Musa (as),Seruan Isa (as) dan seperti seruan Muhammad (saw).

Agar Tauhid tersebar di setiap penjuru dunia ini, dan Tujuan para Nabi dan Aushiak adalah matlamatku, dan untuk menerangkan Al-Taurat, Al-Injil dan Al-Quran serta segala perkara yang kalian perselishkan di dalamnya. Dan juga untuk memerangkan penyelewengan Ulamak Yahudi, Ulamak Nasrani dan Ulamak Muslimin serta terkeluarnya mereka dari Syariat Ilahiyah dan dari yang diwasiatkan kepada para nabi (as).

Keinginan ku adalah kehendak Allah SWT dan melaksanakan kehendakNya tanpa soal, supaya penduduk bumi tidak inginkan sesuatu melainkan apa yang dikehendaki Allah SWT, iaitu agar bumi ini dipenuhi dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan, untuk mengenyangkan yang lapar dan agar tiada orang miskin yang tinggal tidak berbumbung, agar anak yatim menjadi gembira setelah kesedihan yang lama dan agar seorang balu dapat memenuhi keperluan hidup (kebendaan) merekadengan maruah dan kemuliaan dan supaya… dan supaya… dan supaya… melaksanakan kepentingan yang ada dalam syariat yang adil, belas kasihan dan kejujuran.

3.   Ia sangat besar akibatnya: Ia telah bermula sejak terbelah bulan di zaman awal Islam:

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانشَقَّ الْقَمَرُ ﴿١﴾ وَإِن يَرَوْا آيَةً يُعْرِضُوا وَيَقُولُوا سِحْرٌ مُّسْتَمِرٌّ ﴿٢﴾ وَكَذَّبُوا وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءَهُمْ ۚ وَكُلُّ أَمْرٍ مُّسْتَقِرٌّ﴿٣﴾ وَلَقَدْ جَاءَهُم مِّنَ الْأَنبَاءِ مَا فِيهِ مُزْدَجَرٌ ﴿٤﴾ حِكْمَةٌ بَالِغَةٌ ۖفَمَا تُغْنِ النُّذُرُ ﴿٥﴾ فَتَوَلَّ عَنْهُمْ ۘ يَوْمَ يَدْعُ الدَّاعِ إِلَىٰ شَيْءٍ نُّكُرٍ﴿٦
Telah dekat datangnya Al-Saah itu dan telah terbelah bulan. * Dan jika mereka melihat suatu tanda, mereka berpaling dan berkata: "(Ini adalah) sihir yang terus menerus". * Dan mereka mendustakan dan mengikuti hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap urusan telah ada ketetapannya * Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka beberapa kisah yang di dalamnya terdapat cegahan. * Itulah suatu hikmah yang sempurna maka peringatan-peringatan itu tidak berguna (bagi mereka). * Maka berpalinglah kamu dari mereka. (Ingatlah) hari (ketika) seorang penyeru menyeru kepada sesuatu yang tidak menyenangkan, [Al-Qamar 54:1-6].

Al-Albani dalam Al-Silsilah Al-Sahihah menjelaskan terdapat hadits yang berbunyi:

لا تقوم الساعة حتى تملأ الأرض ظلماً وجوراً وعدواناً، ثم يخرج رجل من عترتي أو من أهل بيتييملؤها قسطاً وعدلاً، كما ملئت ظلماً وعدواناً

"Tidak akan terjadi Al-Saah (hari kiamat)  sehingga bumi dipenuhi kezaliman, ketidakadilan dan permusuhan, kamudian akan keluar seorang lelaki dari 'itrahku atau ahlulbaitku, yang akan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan setelah dipenuhi kezaliman dan permusuhan." (Hadits riwayat Ahmad, juz 3, hal 36; Ibnu Hibban, hal 1880; Al-Hakim, juz 4, hal 557; Abu Na'im dalam kitab Al-Hilyah, juz 3, hal 101) .

Untuk lebih lanjut sila layari>


Al-Baihaqi berkata: Dalam riwayat Ibnu 'Abdan,

ثم تجيء الرايات السود فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم ثم يجيء خليفة الله المهدي فإذا سمعتم به فاتوه فبايعوه فانه خليفة الله المهدي.

"Kemudian datang panji-panji hitam, memerangi kamu dengan perperangan yang tak pernah dilakukan oleh kaum manapun. Kemudian datang Khalifah Allah Al-Mahdi. Jika kalian mendengarnya, maka datangilah ia lalu membai'ahnya! Sesungguhnya dialah Khalifah Allah Al-Mahdi."


No comments:

Post a Comment