Hikmah Adalah Seperti Apa Yang Berlaku Kepada Semua
Orang Yang Melakukan Seruan Dakwah Ilahiyah
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل
محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah,
Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas
Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam
pengiktirafan.
Hikmah dalam dakwah Ilahiyah adalah seperti
hikmah yang berlaku secara lebih halus, dan hikmah adalah seperti apa yang
berlaku kepada semua orang yang melakukan seruan dakwah Ilahiyah dengan dihalau
dan dibunuh pengikut-pengikut mereka dan cuba untuk membunuh mereka dan
mengejek mereka, dan, dan.... dan hikmah adalah seperti apa yang berlaku kepada
Rasulullah pada permulaan seruan dakwah dengan penyeksaan dan pembunuhan
pengikut-pengikut baginda, dan salah satu dari hikmah adalah seperti
pertempuran dan banyak perkara lepas yang memerlukan penjelasan yang panjang,
tetapi untuk anda ayat-ayat berikut mungkin menjelaskan kepada anda apa yang
anda mahukan:
﴿أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا
الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ
مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ
وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ
قَرِيبٌ﴾
Apakah kamu mengira
bahawa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan)
sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh
malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan)
sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya:
"Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya
pertolongan Allah itu amat dekat. [Al-Baqarah 2:214].
﴿أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ
اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنْكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ﴾
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk
surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan
belum nyata orang-orang yang sabar. [Aali Imran 3:142].
﴿أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تُتْرَكُوا
وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنْكُمْ وَلَمْ يَتَّخِذُوا مِنْ
دُونِ اللَّهِ وَلا رَسُولِهِ وَلا الْمُؤْمِنِينَ وَلِيجَةً وَاللَّهُ خَبِيرٌ
بِمَا تَعْمَلُونَ﴾
Apakah kamu mengira
bahawa kamu akan dibiarkan, sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan)
orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang
setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha
Mengetahui apa yang kamu kerjakan. [Al-Taubah 9:16].
﴿أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ
لا يُفْتَنُونَ﴾
Apakah manusia itu
mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman",
sedang mereka tidak diuji lagi? [Al-Ankabut 29: 2].
﴿وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا
بِاللَّهِ فَإِذَا أُوذِيَ فِي اللَّهِ جَعَلَ فِتْنَةَ النَّاسِ كَعَذَابِ
اللَّهِ وَلَئِنْ جَاءَ نَصْرٌ مِنْ رَبِّكَ لَيَقُولُـنَّ إِنَّا كُنَّا مَعَكُمْ
أَوَلَيْسَ اللَّهُ بِأَعْلَمَ بِمَا فِي صُدُورِ الْعَالَمِينَ﴾
Dan di antara manusia ada orang yang berkata:
"Kami beriman kepada Allah", maka apabila ia disakiti (karena ia
beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah. Dan
sungguh jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata:
"Sesungguhnya kami adalah besertamu". Bukankah Allah lebih mengetahui
apa yang ada dalam dada semua manusia? [Al-Ankabut 29: 10].
Jadi ia adalah ujian dan percubaan untuk semua
manusia bagi siapa yang mahu beriman dan siapa yang ingkar (Kafir).
Kepada soalan kamu, Al-Syed Al-Yamani
tidak menentukan kepada seorang pun daripada kami suatu hari sebagai hari-hari
pertolongan yang dijanjikan, tetapi Allah SWT dan Rasulullah (S) dan Ahli Bait
baginda (as) dan Al-Syed Al-Yamani (as) menjanjikan kepada kami
pertolongan (kemenangan) yang pasti, tetapi masanya tidak ditentukan lagi.
Adapun mengenai pendekatan inilah jawapan, Al-Syed
Al-Yamani:
Al-Syed Ahmad Al-Hassan yang dijanjikan
berkata:.
(Seruan ku adalah seperti seruan Nuh (as) dan
seruan Ibrahim (as), dan seruan Musa (as) dan Seruan Isa ( (as) dan seruan
Muhammad (S).
Menyebarkan Tauhid ke setiap penjuru dunia
ini, dan matlamat para Nabi dan Aushiak adalah matlamatku, dan untuk
menerangkan Al-Taurat, Al-Injil dan Al-Quran serta segala perkara yang kalian
perselishkan di dalamnya. Dan juga untuk memerangkan penyelewengan Ulamak
Yahudi, Ulamak Nasrani dan Ulamak Muslimin serta terkeluarnya mereka dari
Syariat Ilahiyah dan dari yang diwasiatkan kepada para nabi (as).
Keinginan ku adalah kehendak Allah SWT dan
melaksanakan kehendakNya tanpa soal, supaya penduduk bumi tidak inginkan
sesuatu melainkan apa yang dikehendaki Allah SWT, iaitu agar bumi ini dipenuhi
dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kezaliman dan
penindasan, untuk mengenyangkan yang lapar dan agar tiada orang miskin yang
tinggal tidak berbumbung, agar anak yatim menjadi gembira setelah kesedihan
yang lama dan agar seorang balu dapat memenuhi keperluan hidup (kebendaan)
mereka dengan maruah dan kemuliaan… dan supaya..dan supaya..dan supaya melaksanakan
kepentingan yang ada dalam syariat yang adil, belas kasihan dan kejujuran,) [Al-Jawab
Al-Munir Jilid 1 Jawapan soalan 2].
Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah
menempatkannya di bumi.)
✡✡✡✡✡
No comments:
Post a Comment