Realiti Hari ini
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآله الأئمة والمهديين.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
اللهم صل على محمد وآله الأئمة والمهديين.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Ya Allah selawat atas Muhammad dan keluarga
baginda, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
Allah SWT berfirman
﴿مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا
شِيَعًا ۖكُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ﴾
Iaitu orang-orang
yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap
golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. [Al-Rum 30:32]
Perselisihan dan perpecahan umat manusia
berlaku di sepanjang zaman. Mari kita lihat realitinya hari ini. Seperti firman
Allah
﴿وَمَا
كَانَ النَّاسُ إِلَّا أُمَّةً وَاحِدَةً فَاخْتَلَفُوا ۚوَلَوْلَا كَلِمَةٌ
سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ فِيمَا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ﴾
Manusia dahulunya
hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih. Kalau tidaklah karena suatu
ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu, pastilah telah diberi keputusan
di antara mereka, tentang apa yang mereka perselisihkan itu. [Yunus 10:19]
Dan firmanNya lagi:
شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا
وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ
وَعِيسَىٰ ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا
فِيهِ ۚكَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ اللَّـهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي
إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ ﴿١٣﴾
Dia telah
mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada
Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan
kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu
berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu
seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang
dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali
(kepada-Nya). [Al-Syuraa 42:13]
Dari lebih kurang 7 ribu juta (billion) penduduk dunia hanya 3.71 ribu juta sahaja yang beragama dengan agama Samawi (Ilahi) atau 53% dari penduduk dunia. Orang-orang Kristian 2.1 ribu juta orang, orang-orang Islam 1.6 ribu juta orang dan orang-orang Yahudi hanya 10 juta orang dan manusia lain selebihnya 47% menganut berbagai jenis agama atau tidak beragama.
Walau bagaimana pun kebanyakan
negara-nagara di dunia ini walaupun penduduknya menganut agama tertentu,
pemerintahnya berfahaman sekular dengan mengendalikan urusan kehidupan di dunia
secara terpisah daripada agama, ia tidak ada hubungan dengan Tuhan atau
tidak ada hubungkait dengan Akhirat. Perpisahan ini tidak kira sama ada di
bidang ekonomi, politik, pendidikan, pentadbiran, kebudayaan, perhubungan dan
lain-lain lagi. Dengan kata-kata yang lain, faham sekular itu ialah faham
keduniaan semata-mata. la tidak ada sangkut paut dengan Akhirat.
Ertinya, bagi orang yang berfaham sekular,
hidup di dunia ini hanya habis di dunia. Kalau untung pun hanya berlaku di
dunia. Kalau rugi pun hanya berlaku di dunia. Sama ada susah atau senang, hanya
di dunia. la tidak akan dipersoalkan lagi di Akhirat. Dosa dan pahala tidak
masuk kira di sini kerana kehidupan itu hanya di dunia semata-mata.
Bagi agama samawi terutamanya orang-orang
Yahudi dan Kristian telah diratah oleh fahaman sekular hingga tidak bersisa
lagi. Yang tinggal adalah harapan akan munculinya Nabi Ilya (Elia) (as) bagi
orang-orang Yahudi dan Jesus Kristus (Isa Al-Masih) (as) bagi orang-orang
Kristian (Nasrani) yang akan menyelamatkan mereka dari penindasan Taghut
penzalim dan kerosakan agama meraka..
Bagi umat Islam yang bermazhab Ahl
Al-Sunnah Wa Al-Jamaah agama mereka hanya tinggal amalan Syari’ah Khususiyah
tanpa Khalifah Allah (Imam lantikan Allah) dan Akidah tinggalan ulamak zaman
Bani Umaiyah dan Abbasiyah, dengan berbagai aliran. Ia antara haq dan batil.
Bagi umat Islam Syi’ah dalam menunggu munculnya Imam Mahdi (as) telah ada
Wilayah Faqih, Marji’eiyah mendahului Wilayah Imam-Imam Ahl Al-Bait Rasulullah
tak ubah seperti saudara umat Islam yang bermazhab Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah.
Berttaklid kepada Wilayah Faqih, berubah kepada Syi’ah Marji’eiyah. Tetapi
masih ada umat Islam yang berjalan menyungsung arus kedua saudara mereka Syi’ei
dan Sunni. Ia antara haq dan batil!!??
Iltizam dengan Islam
1. Negara Arab Saudi
(Milik anak-anak Muhammad ibn Su3ud (ALSaudiyah)) bermazhab serpihan
Al_Sunnah (mazhab Muhammad ibn Abdul Wahab – Wahabi) dengan slogan Salafi,
mengurus Haramain tetapi malangnya berkiblatkan Amerika. Mereka sangat memusuhi
Ahl Bait Rasulullah. Rabitah Alam Al-Islami membelanjakan jutaan Dolar Amerika
untuk menyebar faham mereka ke serata dunia di Negara-negara Umat Islam.
2. Pergerakan-pergerakan
Islam Antarabangsa yang ingin mengembalikan Khalifah Allah di bumi seperti IS
(Islamic State), ISIS (Islamic State of Iraq and Syria) atau Hizbu Tahrir,
atau seperti pergerakan Al-Ahbash yang ingin memperteguh fahaman
Mazhab Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah dan berbagai pergerakan antarabangsa yang
lain.
3. Parti-parti politik di
setiap Negara umat Islam dengan tekad menubuhkan Negara Islam sehingga ada yang
Berjaya memerintah walaupun kemudiannya jatuh kembali.
4. Tidak kurang yang Islam
mereka berjubahkan kesufian atau apa-apa budaya Islam dalam mendekatikan diri
kepada Allah.
5. Selebihnya (atau
kesemuanya) adalah Negara-negara umat Islam yang diperintah oleh kerajaan
Sekular yang pro Amerika dan Barat, mengamalkan demokrasi pilihan raya untuk
melantik pemerintah mereka.
Itu dari satu sudut dan mungkin ada banyak
peepecahan lagi jika ...
Masyarakat Islam Sunni dan Syi’ei
Bagi umat Islam yang bermazhab Ahl
Al-Sunnah Wa Al-Jamaah sumber ilmu Akidah dan Syariah mereka adalah bersumber dari tinggalan ulamak zaman Bani Umaiyah dan Abbasiyah, dengan berbagai aliran.
Khalifah-khalifah atau pemerintah-pemerintah ini kebanyakannya memerintah umat
Islam di bawah lantikan mereka sendiri dan menguasai Ulamak dan umat Islam
(Sunni dan Syi’ei)
Negara umat Islam semakin berpecah kerana
perebutan kuasa sehinggalah banyak negara umat Islam samada sunnah atau syi’ah
yang rakyatnya campuran antara Sunni dan Syi’ei mengikut keadaan semasa. Mereka
tetap berpecah kepada mazhab atau aliran yang lebih kecil.
Umat Islam yang bermazhab Ahl Al-Sunnah Wa
Al-Jamaah menunggu Imam Mahdi, anak Fathimah binti Muhammad (Ahl Al-Bait)
bernama Muhammad atau Ahmad bin Abdullah yang akan keluar di akhir zaman
sebagai Khalifah Allah yang akan memerintah dunia dan memenuhinya dengan
keadilan dan kemakmuran setelah (sebelumnya) dipenuhi dengan kerosakan dan
kezaliman.
Bagi umat Islam Syiah Agama mereka
merujuk kepada para Imam yang maksum (as) selepas Nabi (S). Bermula dari Imam
Ali dan Al-Hasan, dan kemudian di bawah Imam Al-Hussain yang sentiasa diburu
dan dimusuhi pemerintah semasa sehingga 9 Imam-imam anak-anak Al-Hussain (as)
dan yang terakhir adalah Imam Muhammad bin AL-Hassan ‘Askari (Al-Mahdi). Imam
Mahdi ini diangkat (dighaibkan) Allah SWT seperti Allah mengangkat Nabi Isa ,
Nabi Elia (Iliya) dan Khidir (as)
Semasa berlakunya Ghaibah Kecil (sughra)
mereka telah merujuk kepada wakil (safir) Imam (as), dan ketikamana berlakunya
Ghaybah Utama (Kubra) mereka telah merujuk kepada ahli-ahli Feqah (ulama) yang
meriwayatkan daripada Maksumin (as).
Namun setelah berlalunya masa sebahagian
ulama Syiah mula merujuk kepada kaedah-kaedah rasional yang dimulakan
penulisannya oleh ulama Ahlus Sunnah. Dikatakan bahawa orang pertama yang
menulis (sejak abad ke 20 Masehi (1900an) ) berkenaan kaedah-kaedah rasional di
kalangan Syiah adalah Al-Allamah Al-Hilli, bilamana dia membuat
ringkasan salah satu kitab Ahlus Sunnah di bidang Usul Fiqh. Seterusnya
menyebabkan berlaku perbezaan pendapat yang besar di kalangan ulama Syiah
selepas itu, iaitu samada cukup dengan hukum-hukum Muhkamat di sisi Al Quran
dan hadits-hadits yang diriwayatkan daripada maksumin (as) dalam mengeluarkan hukum
Syariat atau diharuskan menggunakan dalil akal (ijtihad) dan sebahagian yang
lain pula menambahkan “Ijmak”.
a) Ijtihad oleh Hakimiyah Al-Nas bukan syariat Allah,
contoh betul dapat 2 pahala, jika salah dapat satu pahala – menggalakkan
kefasikan. Atau Pemimpin umat dipilih oleh manusia.
b) Bagi orang Syiah setelah berlalu Ghaibah yang
panjang (255 H – 1337 H (869M-1919 M))
dari Akhbari (berpandu-bertaqlid hanya dari yang bersumber pada
tsaqalain) bertukar kepada aliran Ushuli yang mencipta aliran Wilayatu
Faqih yang berfatwa/berijtihad dan tidak hanya bertaqlid pada Ar-Rasul dan
Ahlul bait lagi dan mewujudkan Wilayah Al-Faqih atau Marji3iyah. Itulah
kebanyakan Syiah yang ada pada hari ini.
Taqlid dan Ijtihad
Ijtihad adalah kefahaman (faqih) terhadap Agama Allah dari segi Syariah dan Akidah. Ijtihad (Mujtahid Mutlaq) hanya diberikan pada Khalifah Allah kerana mereka menerima pimpinan (hidayah) Allah sebagai Hujjah Allah yang dilantik Allah di bumiNya. Bukan dilantik oleh manusia. Mereka adalah (‘Itrahku - Ahl AL-Baitku) seperti kata Rasulullah (S), adalah pemegang Tali Allah yang merentang dari langit dan ke bumi yang tidak berpisah sehingga di Al-Haudh.
Bertaqlid hanya dari yang bersumber
pada Khalifah Allah – bukan yang telah dipinda atau dicipta oleh sesiapa pun.
Orang beriman kepada bertaqlid al-‘amilin bukan gair ul-‘amilin – Konsep
sami’na wa atha’na (Kami dengar dan kami taat) adalah kaedah yang ditetapkan
oleh Allah di dalam Al-Quran.
Umat Islam yang bermazhab Syi’ah Imamiyah
(Syi’ah Itsna ‘Asyara atau Jaafari) ini mengakui bahawa Khalifah Allah adalah
Khalifah Rasulullah yang dilantik Rasulullah melalui wasiat baginda kepada Ali
bin Abi Talib dan sebelas anak-anaknya. Imam ke 12 adalah Imam
Muhammad Al-Hasan Askari menjadi Imam Zaman atau Khalifah Allah
(Khalifah Rasulullah) dengan dua keghaiban.
Keghaiban Sughra (Kecil) sejak berumur
5 tahun (255 H ketika wafat Imam Al-Hasan Askari) dengan 4 wakil (naib) atau
safir dan kemudian Keghaiban Kubra.
Keghaiban Kubra (325H) sehinggalah
keluar di akhir zaman. Umat Islam Syiah Ahl Al-Bait hanyalah berpandukan ulamak
yang hanya bertaklid kepada Imam-imam 12 iaitu berpandukan Al-Quran dan
Hadits-hadits Rasulullah dan Imam-imam 12, ini juga menunggu
keluarnya Imam Mahdi (as) dari ghaibnya seperti Khidir (as), Ilya (as) dan Isa
(as).
Tiadanya Imam Hidayah atau Imam Zaman di
kalangan manusia sejak Keghaiban Kubra (325H) iman dan amal umat manusia
terpulang kepada Allah.
﴿وَمَا
كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً﴾
(dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami
mengutus seorang rasul) [Al-Israa’ 17:15]
Ringkasnya
Kerosakan Agama sudah sampai ke tahap
memenuhi bumi. Sejahat-jahat makhluk di bawah lindungan langit adalah Fuqahak,
yang sepatutnya memahami Agama mengikut Tauhid dan Risalah Nubuwah tetapi
kosong tiada akhlak Ilahiyah bermasalah dengan akhlak duniawi ala syaitaniy.
Dunia dikuasai oleh taghut penzalim, dajjal
terbesar binaan Iblis, menekan, menghimpit dan memaksa umat manusia
mengutamakan ‘aku’ dirinya sendiri sehingga jauh dari ‘Dia’ Pemilik
segala sesuatu SWT.
Masa-masa Adam (as) telah berlalu. Dia
Khalifah Allah dan Hujjah Allah Pertama contoh yang patut dibaca manusia di
dalam Al-Quran untuk mengenal para utusanNya (Rasul). Utusan-utusan Agung (Uulu
Al-3adzmi) Nuh, Ibrahim, Musa, Isa (as) dan Muhammad penutupnya (Khataman
Nabiyin) telah diutusNya. Islam bawaan Nabi penutup telah lengkap dan diakui
lengkap oleh Rabb Al-Jalil setelah Nabi penutup mengumumkan Pengganti baginda
(Khalifah Al-Rasul) di Perairan Al-Ghadir. “Jika Aku Maula-mu, (sambil
menagangkat tangan penggantinya) ini adalah Maula kamu sesudah ku” iaitu
Ali bin Abi Talid (as).
Mereka yang ada agenda sendiri telah
membuat tekad. Sebaik sahaja mangkat Sang Nabi penutup itu, belum pun sempat
disemadi, olah (rencana) mereka yang sangat rapat dengan baginda, mereka yang sangat
taat, mereka yang ada di kiri dan kanan di hadapan dan berlakang malah yang
mengelilingi baginda mula beraksi. Tanpa mempedulikan wasiat malah mereka
pernah menghalang baginda sewaktu ingin menuliskan wasiat, Tanpa mempedulikan
amanat, Tanpa mempedulikan semuanya. Takkan yang tak bertaring akan bangkit,
takkan yang sedang mengurus jasad mulia untuk di semadi sempat bertindak...
Bertukarlah pemegang dustur ummah
(Al-Quran), tali yang merentangi langit dan bumi dari wakilNya, KhalifahNya,
HujjahNya yang disebut lebih 20 tahun (2 dekad) kepada pemilik agenda, terus memakai
jubah Pengganti Utusan Allah. Kemudian menunjukkan belangnya memperkukuh
kedudukannya. Rupanya ia ulangan yang telah biasa dan selalu berlaku sejak Nabi
Pertama, Khalifah Pertama dilantik Sang Yang Mencipta, kata lainNya:
(Ingatlah) ketika Aku Bicara pada malaikat-malaikat,
“Aku akan cipta seorang Pengganti di Tanah Rendah (Bumi)” Mereka menyanggah,
“Mengapa Engkau akan cipta di atasnya yang merosak dan menumpahkan darah, pada
hal kami menyanjung, memuji dan mensucikan Engkau?” KataNya, “Aku lebih tahu, apa
yang tidak kamu tahu!”
Mujurlah makhluk-makhluk tinggi
(malaikat-malaikat) itu, menarik balik kata mereka dan akur sujud pada Khalifah
Pertama kecuali Iblis. Dia (Iblis) dijatuh hukum, tapi diberi tangguh ke suatu
hari yang ditentukan. Sepanjang zaman ada yang mengikut malaikat menunjukkan
taat dan sujud kepada Adam dan ada pula yang berdegil tidak mempedulikan
pertintah sujud kepada Adam atau KhalifahNya SWT.
Perlantikan Khalifah Al-Rasul Muhammad (S)
tersebut bukan kehendak baginda, tetapi kehendak Allah, semua umat Islam tahu,
semua Muhajirin tahu, semua Ansar tahu, tetapi mereka ikut kata hati, dan
keinginan hati atau berkias dalam hati, Aku lebih baik dari yang dilantik itu.
Seperti dahulu (Khalifah Pertama) ada yang sujud (patuh) dan ada yang tidak.
Kalau Iblis berjanji menghuru-harakan iman, yang ini merampas hak Khalifah.
Umat Islam ketika membicarakan hadits-hadits
selalu mengatakan ini kata Al-Rasul Muhammad (S) yang tidak berbicara kecuali
ia hakikatnya adalah kalam Allah, tetapi bila membicarakan hadits-hadits hak
kekhalifah Ali bin Abi Talib akan banyak keranahnya banyak takwilnya malah
menolaknya mentah-mentah!!??
Mulalah babak-babak baru dari menyerah
(Islam) kepada nifaq (Munafik), dari iman kepada ingkar.... Ia berlalu lebih
dua dekad pula ... Setelah tiada pilihan Pengganti sebenar Ali bin Abi Talid
(as) diikat Setia (dibai’ah). Tapi malangnya kali ini ia diperangi. Kalau 3
pengganti Al-Rasul sebelum dibunuh yang ini diperangi. Lebih 20 000 umat Islam
mati.
Umat Islam telah terbiasa dengan bid’ah
(mengubah amalan Rasulullah). Khalifah lantikan Allah melalui wasiat Rasulullah
ini (Ali bin Abi Talib) cuba mengajak kembali balik kepada Sunnah Al-Rasul ia
jadi mustahil!!??
Jika Imam Ali (as) cuba melarang sembahyang
Tawarikh berjamaah dan menyuruh tentera sembahyang sendiri-sendiri di rumah,
kerana itu sunnah Al-Rasul, nescaya tenteranya lari meninggalkannya. Ia diubah
oleh Khalifah Kedua, yang malah menyebut ketika melihat sembahyang Tawarikh
berjamaah di masjid, “Inilah bid’ah yang paling indah!!”
Itulah yang berlaku, dan ia berterusan,
perang berlaku lagi (Siffin) lebih kurang 30 000 pula umat Islam terkorban
........ Al-Hassan menjadi Khalifah lantikan Allah melalui wasiat Rasulullah
kedua .... sayangkan Agama Allah menyerahkan kepimpinan kepada Muawiyah... begitu
liku-liku khalifah Allah yang dijalani oleh ‘Itrah Ahl Bait Rasulullah. Imam
Ali dikutuk di mimbar Jumaat puluhan tahun, mana mungkin ada yang mengasihi
‘Itrah, Ahl Bait Rasulullah!?
Ada pengikut-pengikut ‘Itrah Ahl Bait
Rasulullah – Syi’ah Ali. Berjalan menyunsung arus kehidupan pengikut-pengikut
Para sahabat Rasulullah, yang mendabik dada sebagai golongan yang berpegang
sunnah Rasulullah beramai-ramai (Al-Sunnah dan Al-Jamaah).
Syi’ah Ali sesat dan batil, kerana percaya
Ali Khalifah Rasulullah??!
Syi’ah Ali sesat dan batil, kerana percaya
Itrah Ahl Bait Khalifah Rasulullah??!
Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah benar dan berada
dijalan yang lurus lagi selamat kerana ia memegang Sunnah Rasulullah dan Sunnah
Para Sahabat Rasulullah??!
Kini berita Besar itu telah muncul menjadi
kenyataan. Seorang yang mendakwa dia membawa wasiat Rasulullah. Jangan pula
kita katakan Rasulullah tidak menuliskan wasiat dan baginda melanggar ayat
Allah:
﴿كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِن تَرَكَ
خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ ۖ حَقًّا
عَلَى الْمُتَّقِينَ﴾
Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat kepada ibu-bapak dan karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. [Al-Baqarah 2:180]
Seseorang yang mendakwa dia dari Itrah Ahl
Bait Rasulullah.
Seorang yang mendakwa dari keturunan Ali
dan Fatimah. Dia membawa wasiat tersebut.
Ujilah dia, benarkah dia dilantik oleh
Rasulullah melalui wasiat baginda?
Ujilah dia, adakah dia mempunyai Ilmu dan
Hikmah??
Ujilah dia, adakah dia menyeru kepada
Bai’atu Lillah???
Sebagaimana diajarkan Allah di dalam
Al-Quran:
Ketika melantik Adam
sebagai Khalifah pertama
Adam diajarakan
nama semuanya
Dan peritah Sujud
kepada Adam sebagai Khalifah Allah
Biarlah manusia sedar, dan janganlah sampai
يَوْمَ تُقَلَّبُ
وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا
الرَّسُولَا *
وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا
وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا
Pada hari muka
mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya):
"Alangkah baiknya kalau Kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada
Allah serta taat kepada Rasul.* Dan mereka berkata lagi: "Wahai
Tuhan kami, Sesungguhnya Kami telah mematuhi (ajaran)
ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan Kami
dari jalan Yang benar. (Al Ahzab 33:66-67)
:
Inilah akhir zaman,
Muslim meriwayatkan dalam Shahihnya, dan
Ahmad di dalam Musnadnya, dari Abi Qalabah, dari Tsaubaan bersabda: Rasulullah
(Shalla Allahu 3alaihi wa Aalihi wa sallam):
وإذا رأيتم الرايات
السود قد جاءت من قبل خراسان، فأتوها فانّ فيها خليفة اللّه المهدي
(Jika kamu melihat panji-panji hitam datang dari
arah Khurasan, datanglah kepadanya kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi).
Wal-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin
No comments:
Post a Comment