Soalan Lazim 3 Apa bukti Imam Mahdi sudah keluar - Apakah
buktinya Sahih? Apa bukti yang Imam Ahmad itu adalah Imam Mahdi yang sebenar?
Apa bukti Imam Mahdi sudah keluar -
Apakah buktinya Sahih?
1. Dia (as) sudah keluar (Zuhur) sejak tahun
1999 M (Ramadhan 1420 A.H.).. Sila rujuk
Sejarah Dakwahnya Secara Ringkas di link berikut:
Beliau (as) telah
mentarbiyah para pendokongnya (Ansar Imam Mahdi) menyusun gerakan dakwahnya di
bawah kelolaan Pejabat Ahmad Al Hassan (as) di Najaf Al-Asyraf sehingga
tersebar ke suluruh dunia.
a. Terdapat Perwakilan-perwakilan (Mas’ul) di seluruh
dunia
b. Terdapat sebuah pusat pengajian (Hauzah) Imam
Mahdi di Najaf,
c. Terdapat sebuah Pusat penyiaran TV Stelite
d. Baru menubuhkan Saraya
Al-Qaim – Briged Ketenteraan (Sya’ban 1436 H - 2015)
Media sosial
2. Beberapa orang ansar telah meriwayat keterlibatan
mereka sendiri dalam dakwah awal Al-Mahdawiyah di sekitar Najaf dan Iraq. Untuk
membacanya sila klik link berikut:
Apa bukti yang Imam Ahmad itu adalah
Imam Mahdi yang sebenar?
3. Untuk menjawab soalan ini secara ringkas, kita
mesti tahu orang-orang yang beriman dengan Allah dan RasulNya adalah orang yang
beriman dengan perkara ghaib. Orang yang beriman tidak lalai atau sentiasa ambil
peduli atau sangat sensitif sehingga akan sedar berdasarkan
a. Berita Besar dari Allah dan RasulNya
Berita kedatangan
Hujjah Allah atau Khalifah Allah akan diwar-warkan oleh Hujjah Allah atau Khalifah
Allah sebelumnya
Telah menjadi sunnah
Allah berita kedatangan Khalifah Allah adalah berita besar dan menjadi
persoalan antara manusia:
﴿عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ * عَنِ النَّبَإِ
الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ
مُخْتَلِفُونَ * كَلَّا
سَيَعْلَمُونَ * ثُمَّ كَلَّا
سَيَعْلَمُونَ﴾
Tentang apakah
mereka saling bertanya-tanya? * Tentang berita yang besar, * yang mereka
perselisihkan tentangnya. * Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui, *
kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui. [Al-Nabaa’
78:1-5]
Berita kedatangan
Nabi Besar Muhammad (S) sangat dinanti-nantikan oleh orang-orang Yahudi
dan Nasrani, sehinggakan merekalah (orang-orang Yahudi) telah membina Bandar
Yathrib berdasar tanda-tanda yang diajarkan kepada mereka, akhirnya mereka
ditemani kaum Arab yang dititipkan oleh Raja Yaman dengan Bani Aus dan Khazraj.
Mereka (orang-orang Yahudi) mengenal Muhammad (S) seperti mengenal anak mereka
sendiri:
﴿الَّذِينَ
آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ
أَبْنَاءَهُمْ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ
وَهُمْ يَعْلَمُونَ﴾
Orang-orang yang
telah Kami beri Al Kitab mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal
anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian diantara
mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.
[Al-Baqarah2:146]
﴿الَّذِينَ
آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ
أَبْنَاءَهُمُ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ﴾
Orang-orang yang
telah Kami berikan kitab kepadanya, mereka mengenalnya (Muhammad) seperti
mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Orang-orang yangmerugikan dirinya, mereka
itu tidak beriman. [Al-An3aam 6:20]
Umat Nabi Isa (as) dan
Bani Israel diberikah Nama Ahmad walaupun nabi yang keluar bernama Muhammad:
﴿وَإِذْ
قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّـهِ
إِلَيْكُم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا
بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ ۖ فَلَمَّا جَاءَهُم
بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَـٰذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ﴾
Dan (ingatlah)
ketika Isa ibnu Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah
utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi
khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku,
yang namanya Ahmad.". Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan
membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang
nyata".[Al-Shaaf 61:6]
Jadi dia pasti datang dan wajib beriman dengannya kerana dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi.
b. Tanda-tanda dan alamat
Terlalu banyak
riwayat (hadits-hadits) mwngenainya. Sebahagian darinya boleh rujuk di sini
i. Selamat Datang
Khalifah Allah Al Mahdi (Untuk Muslimin Sunni)
c.
Menangangi
Berita gembira
i. Oleh kerana dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi yang
dijanjikan maka wajib beriman dengannya sepertimana kata beliau (Ahmad Al-Hasan)
sendiri.
“Seruan dakwah
ini disokong oleh banyak dalil-dalil, dan saya berlindung dengan Allah dari
sifat Al-Ana (keakuan), saya tidak mengatakan ikutilah saya secara membuta
tuli, tetapi saya katakan bukalah mata anda dan bezakan dalil-dalil
dan kenali pemilik yang haq (benar) supaya anda boleh menyelamatkan diri dari
api neraka, seruan kebenaran tidak dapat berjalan seiring dengan panggilan
batil seperti berlaku pada Rasulullah (S) apabila seruan Musailamah Al-Kazhzhab
(pendusta) (La3nahu Allah) bersaing dengan baginda.”
iii. Jika masih tidak berpuas hati sila lakukan
d. Cara mengenal Hujjah Allah dan Khalifah Allah (boleh rujuk di laman ini)
i. Dia menunjukkan WASIAT Rasulullah, tiada
siapa pun ynag pernah mendakwa dirinya Al-Mahdi menunjukkan WASIAT Rasulullah
malah ada aliran umat Islam mengatakan Rasulullah tidak berwasiat walaupun WASIAT
itu wajib (Surah Al-Baqarah 2: ayat 180)
ii. Dia mempunyai ILMU DAN HIKMAH boleh menjawab
soalan-soalan 3adzdzaim (bersar) misalnya ayat Mutasyabihat, atau mengenai
Taurat dan Injil atau di manakah kubur Saidatina Fathimah Al-Zahraa; dan dll
iii. Menyeru BAI3ATU LILLAH ketaatan milik Allah
seperti seruan semua nabi-nabi dan rasul-rasul.
No comments:
Post a Comment