Wasiat Rasulullah Yang Tertangguh
﴿كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِن تَرَكَ
خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ ۖ حَقًّا
عَلَى الْمُتَّقِينَ﴾
Diwajibkan
atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika
ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara
ma'ruf, (ini adalah) kewajipan atas orang-orang yang bertakwa. [Al-Baqarah 2:180]
Sekiranya
kita merujuk kepada rentetan peristiwa yang berlaku sebelum kewafatan
Rasulullah (S), dan secara khususnya pada hari khamis terakhir yang lebih dikenali
dengan “Tragedi Hari Khamis”. Maka kita akan dapati bahawa umat Islam
keseluruhannya bersepakat bahawa Rasulullah (S) hendak meninggalkan wasiat, dan
baginda bersabda bawakan kepada aku lembaran tulis dan dakwat untuk kamu
catatkan apa yang tidak akan membuatkan kamu sesat selama-lamanya. Namun
sekumpulan sahabat membantah dan terbahagi kepada dua kumpulan menyebabkan
Rasulullah (S) murka dan seterusnya bersabda “pergilah kamu dari sisiku”.
Terdapat puluhan hadis menyebutkan tentang Tragedi Hari Khamis ini di dalam
kitab-kitab Ahlussunnah wa Al Jamaah berbanding kitab-kitab Syiah dan
kitab-kitab sejarah lainya. Dibawakan di sini riwayat yang diambil dari kitab
Sahih Bukhari :
Telah
diceritakan kepada kami Ibrahim bin Musa, begitu juga diceritakan kepada kami
Hisham bin Mu’ammar, dan diceritakan kepadaku Abdullah bin Muhammad,
diceritakan kepada kami Abdul Razaq, dikhabarkan kepada kami Muammar daripada
Al-Zuhri, daripada Ubaidullah bin Abdullah, daripada Ibnu Abbas r.a, dia telah
berkata: Ketikamana maut menghampiri Rasulullah (S) dan di dalam rumahnya
terdapat sekumpulan lelaki antaranya Umar bin Al Khattab, maka Nabi (S) telah
bersabda, Dekatlah kepadaku supaya dapat aku tuliskan buat kamu tulisan yang
tidak akan menyesatkan kamu selepasnya. Maka Umar berkata: Sesungguhnya Nabi
(S) sedang sakit tenat (al waja’), dan di sisi kamu ada Al Quran, jadi cukuplah
kitab Allah. Maka bertelagah dan bertengkarlah mereka yang berada di dalam
rumah itu, sebahagian mereka berkata “datanglah dekat supaya Nabi menuliskan
kamu tulisan yang tidak menyesatkan kamu selepasnya”, dan sebahagian yang lain
pula berkata sepertimana yang dikatakan Umar. Apabila keadaan bertambah runsing
dan pertengkaran mereka semakin hangat di sisi Nabi (S) , maka Rasulullah (S)
telah bersabda: “pergilah kamu dan tinggakanlah aku”. Telah berkata Ubaidullah
bahawa Ibnu Abbas biasa mengatakan tragedi atas segala tragedi, kerana
pertengkaran dan pertelagahan mereka menyebabkan Rasulullah (S) terhalang
daripada menuliskan tulisan tersebut kepada mereka.
Jelas
bahawa umat Islam bersepakat bahawa Rasulullah (S):
Ingin
meninggalkan wasiat
Menggambarkan
bahawa tulisan atau wasiat yang bakal dicatatkan adalah jaminan dari kesesatan.
Ada
kelompok yang membantah dan bertelagah di sisi Rasulullah (S).
Terbukti
bahawa umat ini berbeza pendapat tentang:
Adakah
wasiat tersebut telah dituliskan atau tidak (tanpa wujudnya dalil atau teks
menunjukkan bahawa tidak wujudnya wasiat)?
Atau
ianya telah dituliskan tetapi tidak sampai kepada kita?
Dengan
kesepakatan seluruh umat Islam bahawa tragedi tersebut telah berlaku pada malam
khamis dan Rasulullah (S) wafat di waktu Zuhur pada hari isnin. Sekiranya
seseorang yang bertaqwa dan di sisinya tulisan yang dapat menjamin umat
daripada kesesatan, manakala di sisi yang lain pula terdapat seseorang yang
berpewatakan seperti Umar misalnya yang cuba menghalangnya daripada
meninggalkan wasiat tersebut. Maka berselang masa tiga hari buatnya untuk
mencatatkan wasiatnya, adakah dia akan meninggalkan perbuatan tersebut? Sudah tentu
tidak. Oleh itu, bagaimana pula dengan penghulu orang-orang yang bertaqwa?
Bagaimana mungkin kita menuduhnya tidak menuliskan wasiatnya?
Wasiat
Rasulullah (S) Di Malam Sebelum Kewafatannya
Versi
pendek wasiat Rasulullah (S):
Daripada
Abi Abdillah a.s, daripada bapa-bapanya terdahulu, daripada Amirul Mukminin Ali
a.s, telah berkata: Rasulullah (S) telah bersabda kepada Ali di malam sebelum
kewafatannya; Wahai Bapa Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat,
maka Rasulullah (S) mencatatkan wasiatnya sehinggalah ia sampai ke butiran
berikut, dan bersabda; Wahai Bapa Hassan sesungguhnya akan ada selepasku
duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali
adalah yang pertama dari duabelas imam tersebut. Dan hadis tersebut berterusan
sehingga sampai kepada sabda, dan hendaklah diserahkannya kepada anaknya
Muhammad Al Mustahfiz dari keluarga Muhammad alaihis salam. Begitulah duabelas
orang Imam, setelah itu akan adanya duabelas Mahdi. Maka apabila maut
menghampirinya, hendaklah dia serahkannya (Imamah) kepada anaknya Mahdi yang
pertama, baginya tiga nama: nama seperti namaku dan nama bapaku iaitu Abdullah
dan Ahmad, dan nama ketiganya adalah Al-Mahdi. Dan dia adalah yang pertama
beriman. Bihar Al Anwar jilid 53 ms 147, Ghaybah Al Toosi ms 150, dan Ghayat Al
Maram jilid 2 ms 241.
Versi
penuh wasiat Rasulullah (S) beserta dengan sanadnya dan juga sumber-sumber yang
meriwayatkannya:
أخبرنا جماعة عن أبى عبد
الله الحسين بن علي بن سفيان البزوفرى عن علي بن سنان الموصلي العدل عن علي بن
الحسين عن أحمد بن محمد بن الخليل عن جعفر بن محمد المصرى عن عمه الحسن بن علي عن
أبيه عن أبى عبد الله جعفر بن محمد عن الباقر عن أبيه ذى الثفنات سيد العابدين عن
أبيه الحسين الزكي الشهيد عن أبيه أمير المؤمنين عليهم السلام قال قال رسول الله
صلى الله عليه وآله في الليلة التي كانت فيها وفاته لعلي (ع) يا أبا الحسن احضر
صحيفة ودواة فاملى رسول الله صلى الله عليه وآله وصيته حتى انتهى إلى هذا الموضع
فقال يا علي انه سيكون بعدي اثنى عشر أماما ومن بعدهم اثنى عشر مهديا فانت يا علي
اول الاثنى عشر الامام سماك الله في سمائه عليا المرتضى وأمير المؤمنين والصديق
الاكبر والفاروق الاعظم والمأمون والمهدي فلا تصلح هذه الاسماء لاحد غيرك يا علي
أنت وصيي على اهل بيتي حيهم وميتهم وعلى نسائى فمن ثبتها لقيتني غدا ومن طلقتها
فانا برئ منها لم ترني ولم ارها في عرصات القيامة وانت خليفتي على امتي من بعدي
فإذا حضرتك الوفاة فسلمها إلى ابني الحسن البر الوصول فإذا حضرته الوفاة فليسلمها
إلى ابني الحسين الشهيد المقتول فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه سيد العابدين
ذى الثفنات علي فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه محمد الباقر فإذا حضرته
الوفاة فليسلمها إلى أبنه جعفر الصادق فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه موسى
الكاظم فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه علي الرضى فإذا حضرته الوفاة فليسلمها
إلى أبنه محمد التقة التقي فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه علي الناصح فإذا
حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه الحسن الفاضل فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه
محمد المستحفظ
من آل محمد صلى الله عليه وعليهم فذلك اثنى
عشر أماما ثم يكون من بعده اثنى عشر مهديا فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى
أبنه اول المهديين له ثلاثة اسامي اسم كأسمي واسم أبى وهو عبد الله وأحمد
والاسم الثالث المهدى وهو اول المؤمنين
Daripada Abi Abdillah Al Hussain bin Sufyan,
daripada Ali bin Sinan Al Musili, daripada Ali bin Al Hussain, daripada Muhammad
bin Al Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri, daripada bapa saudaranya Al
Hassan bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad,
daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin, daripada bapanya
Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis salam telah
berkata: Rasulullah saaw bersabda kepada Ali as dimalam sebelum kewafatan
baginda: “Wahai Abul Hassan (Ali as) bawakan lembaran kertas dan dakwat. Maka
Rasulullah saaw telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia
sampai kepada noktah berikut, baginda saaw bersabda: Wahai Ali sesungguhnya
akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi.
Engkau wahai Ali adalah yang pertama daripada duabelas orang Imam tersebut.
Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq
Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada siapapun dibenarkan
memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas
Ahlulbaitku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas
isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkan dia, maka dia akan bertemu
denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan dia, maka aku berlepas diri
daripadanya, dan dia takkan dapat melihatku dan aku tidak melihatnya pada hari
kiamat. Engkau adalah khalifahku ke atas umatku selepasku, apabila maut
menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Hassan
al-Birr al-Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya
kepada anakku Hussein as-Syahid az-Zakiy al-Maqtul. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala
abid Ali zu as-Safanat. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkannya kepada anaknya Muhammad al-Baqir. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya Ja’afar al-Sadiq. Dan
apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa
al-Kadhim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada
anaknya Ali al-Ridha. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkannya kepada anaknya Muhammad al-Thiqah at-Taqiy. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali al-Nasih. Dan
apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Hassan
al-Fadhil. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada
anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad. Maka itulah dua
belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi.
Dan apabila maut menghampirinya, maka
hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah
sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku
dan nama bapaku, iaitu Abdullah dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al
Mahdi, dia adalah yang pertama beriman.”
1. Sheikh Al Toosi menyebutkan riwayat wasiat
ini di dalam kitabnya Al Ghaibah ms 150 beserta himpunan riwayat bagi
menguatkan bahawa Imamah adalah untuk Ahlulbayt a.s. Kemudian Sheikh Al Toosi
memperkuatkan lagi riwayat ini dengan riwayat-riwayat wasiat yang lain di dalam
kitab yang sama pada ms 156. Ianya adalah himpunan riwayat yang digunapakai
sebagai dalil untuk menguatkan tuntutannya bahawa Imamah adalah di kalangan
Ahlulbayt a.s. Dia mengatakan bahawa riwayat ini adalah sahih kerana Syiah
Imamiyah meriwatkannya secara tawatur iaitu orang yang terkemudian meriwayatkan
dari orang terdahulu tanpa terputus. Jalan pentashihannya adalah satu
sepertimana terdapat di dalam kitab-kitab Imamiyah dan juga melalui
manuskrip-manuskrip Amirul Mukminin Ali a.s
2. Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya
Ithbat Al-Huda, jilid 1, ms 549, hadis no. 376.
3. Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Al
Iqadh, ms 393.
4. Sheikh Hassan bin Sulaiman Al Hilli di dalam
kitabnya Mukhtasar Al Bashair, ms 159.
5. Al Allamah Al Majlisi di dalam kitab Bihar Al
Anwar, jilid 53, ms 147, hadis no. 6 (secara ringkas), dan jilid 36, ms 81,
hadis no. 81 (secara terperinci tanpa rangkap “Apablia maut menghampirinya”)
6. Sheikh Abdullah Al Bahrani di dalam kitabnya
Al ‘Awalim, jilis 1, ms 370, hadis no. 59.
7. Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya
Ghayat Al-Maram, jilid 1, ms 370, hadis no. 59.
8. Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Al
insaf, ms 222.
9. Al Faydh Al Kashani di dalam ktabnya Nawadir
Al Akhbar, ms 294.
10. Sheikh Mirza Al Noori di dalam kitabnya Al
Najm Al Thaqib, jilid 2, ms 71.
11. Sayyid Muhammad Muhammad Sadiq Al Sadr
menyebutkannya di dalam kitabnya Tarikh Ma Ba’da Dhuhur, ms 641.
12. Sheikh Al Miyanji di dalam kitabnya Makatib
Al Rasul, jilid 2, ms 96.
13. Sheikh Al Kurani di dalam kitab Mukhtasar
Mu’jam Ahadis Al Imam Al Mahdi.
***
Telah
muncul Ahmad yang disebutkan di dalam wasiat Rasulullah sebagai Mahdi yang
pertama iaitu pelaksana wasiat Imam Al Mahdi a.s dewasa ini dan mengajak semua
umat manusia untuk memberi taatsetia (baiah) kepada Allah SWT.
Setelah
kita bersetuju bahawa wasiat tersebut dituliskan, maka wajiblah ianya sampai
kepada kita. Ini disebabkan sifat Pemurah Allah SWT yang menjadikan Rasulullah
(S) tidak mengucapkan sesuatu daripada hawa nafsunya telah berkata bahawa ianya
adalah tulisan yang menjamin dari kesesatan.
Kesimpulannya
adalah seperti berikut:
Wasiat
itu tertulis
Sebagai
jaminan dari kesesatan
Ianya
telah disampaikan kepada kita melalui kitab-kitab. Sekiranya kita menyemak
kitab-kitab umat Islam di setiap mazhab, kita akan dapati bahawa hanya ada satu
wasiat Rasulullah (S) ketika menghampiri maut iaitu wasiat yang disebutkan di
dalamnya khalifah-khalifah selepas daripadanya seramai dua belas orang Imam dan
dua belas orang Mahdi, seperti tersebut di dalam kitab Al Ghaibah Al Toosi di
muka surat 150.
No comments:
Post a Comment