Thursday 17 March 2016

Soalan Lazim 8 Imam Mahdi Syiah


Soalan Lazim 8 Imam Mahdi Syiah

Ini memang soalan akhir zaman. 
Kita tanya: Bolehkah tuan (penyoal) tunjukkan dalil yang menunjukkan Imam Mahdi mengikut Mazhab yang tuan ikuti? Tolonglah jangan membuat tuduhan melulu!!

Khabar kedatangan Imam Mahdi ada banyak dalilnya. Contohnya

Al-Albani dalam Al-Silsilah Al-Sahihah menjelaskan terdapat hadits yang berbunyi:

لا تقوم الساعة حتى تملأ الأرض ظلماً وجوراً وعدواناً، ثم يخرج رجل من عترتي  أو من أهل بيتيي ملؤها قسطاً وعدلاً، كما ملئت ظلماً وعدواناً

"Tidak akan terjadi Al-Saah (hari kiamat)  sehingga bumi dipenuhi kezaliman, ketidakadilan dan permusuhan, kamudian akan keluar seorang lelaki dari 'itrahku atau ahlulbaitku, yang akan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan setelah dipenuhi kezaliman dan permusuhan." (Hadits riwayat Ahmad, juz 3, hal 36; Ibnu Hibban, hal 1880; Al-Hakim, juz 4, hal 557; Abu Na'im dalam kitab Al-Hilyah, juz 3, hal 101) .


Al-Hakim berkata: "hadits ini sahih menurut syarat Al-Syeikhain (Bukhari dan Muslim)." dan dipersetujui oleh Al-Zhahabi sebagaimana dikatakan (Al-Syeikhain). Abu Na'im juga mensahihkannya dengan ulasannya: “Hadits Abi Al-Shiddiq ini Hadits Masyhur (hadits yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih) dari Abi Sa'id.” bahawa dia mengatakan – “Hadits Masyhur” yang banyak jalannya, dari Abi Al-Shiddiq seperti yang dikemukakan.. Nama Abi Al-Shiddiq adalah Bakr bin 'Amru, dia tsiqah (terpecaya) disepakati yang menjadi hujjah bagi Al-Syeikhain (Bukhari dan Muslim) dan golongan ahli hadits. Maka sesiapa yang mendha'ifkan haditsnya dari golongan mutakhir, ia telah menyimpang dari jalan kaum mukmin. Kerana itu, Ibnu Khaldun tidak dapat mendha'ifkannya meski pun banyak sekali hadits-hadits mengenai Al-Mahdi yang didha'ifkannya. Bahkan diakui oleh Al-Hakim kesahihannya kerana jalan ini dan jalan-jalan berikut nanti, Maka sesiapa yang mengatakan bahawa dari beliaulah yang mendha'ifkan semua hadits berkaitan Al-Mahdi ia telah mendustakannya dengan sengaja ataupun tidak.

Kemudian Al-Baihaqi berkata: Dalam riwayat Ibnu 'Abdan,

ثم تجيء الرايات السود فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم ثم يجيء خليفة الله المهدي فإذا سمعتم به فاتوه فبايعوه فانه خليفة الله المهدي.

 "Kemudian datang panji-panji hitam, memerangi kamu dengan perperangan yang tak pernah dilakukan oleh kaum manapun. Kemudian datang Khalifah Allah Al-Mahdi. Jika kalian mendengarnya, maka datangilah ia! Bai’ahlah dia kerana sesungguhnya dialah Khalifah Allah Al-Mahdi."

Dan yang paling aneh Nasab (keturunan) Khalifah Allah Al-Mahdi adalah dari Quraisy, Bani Hasyim, Itrah atau ahlul-bait Nabi dan Anak Keturunan Fatimah

Imam Mahdi bukan Syi’ah (pengikut) tetapi diikuti, dia dari kalangan Itrah Nabi dan Anak Keturunan Fatimah yang mesti diikuti.

Sila layari


Ada perbezaan di antara Ahlulbait Nabi dengan Syi’ah.

Semua penduduk dunia, penganut agama Samawi menunggu kedatangan penyelamat mereka, tetapi adakah penyelamat itu ramai? Tentu sekali tidak…..

ثم يخرج رجل من عترتي  أو من أهل بيتيي

kamudian akan keluar seorang lelaki dari 'itrahku atau ahlulbaitku


Kini panji-panji hitam (IS atau ISIS) sedang memerangi kamu dengan perperangan yang tak pernah dilakukan oleh kaum manapun (di negara-negara Arab) Kemudian kami beritahu kepada kamu bahawa telah datang Khalifah Allah Al-Mahdi dan kalian telah mendengarnya, maka berbai'ahlah padanya kerana Sesungguhnya dialah (Ahmad AL-Hassan (as()) adalah Khalifah Allah Al-Mahdi


No comments:

Post a Comment